Isnin, Oktober 31, 2005
Ahad, Oktober 30, 2005
Fw: [N.Sembilan] PAS N.Sembilan edar risalah kepada pengguna jalanraya
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/30/2005 03:19:00 PTGSenawang Sabtu 29 Okt - Prihatin dengan meningkatnya kadar kemalangan serta kadar jenayah apabila tiba musim perayaan di Malaysia, PAS N.Sembilan hari ini telah berusaha memberi kesedaran kepada pengguna jalanraya dan orangramai dengan mengedarkan risalah berkaitan di Plaza Tol Senawang.
Tidak melepaskan peluang ini ialah Dr Rosli Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Sdr Zulkefly Mohamad Omar Timbalan Pesuruhjaya PAS NS yang turut turun ke padang mengedarkan risalah berkaitan kepada orang ramai.
Menurut Sdr Zulkefly aktiviti pengedaran risalah kepada orang ramai di Negeri Sembilan ini adalah merupakan rutin tetap PAS di negeri ini bukan hanya ketika menjelangnya musim perayaan. Beliau juga menyeru agar usaha pengedaran risalah untuk memberi kesedaran orang ramai ini diperhebatkan di seluruh kawasan dan cawangan di negeri ini.
Fw: [N.Sembilan] Dr Rosli Lancar Tabung Manga Gempa Bumi
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/30/2005 03:18:00 PTGRembau Sabtu 29 Okt - Dr Rosli Yaakop, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan hari ini telah melancarkan Tabung Mangsa Gempa Bumi Asia Selatan peringkat Negeri Sembilan dalam satu majlis ringkas selepas Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Markas PAS Kawasan Rembau.
Sehubungan dengan itu beliau menyeru kepada semua ahli khususnya dan rakyat di Negeri Sembilan ini agar menghulurkan derma melalui tabung ini untuk membantu meringankan beban mangsa gempa bumi di Asia Selatan terutamanya di Pakistan yang terjejas teruk akibat malapetaka tersebut. Apatah lagi ujar beliau kebanyakkan mangsa gempa bumi tersebut adalah saudara seagama kita, dimana sakit saudara kita itu sepatutnya dirasai oleh umat Islam di Malaysia ini.
Beliau juga menyeru agar umat Islam di Malaysia ini bersatu membantu mangsa-mangsa di negara yang dilanda malapetaka seperti di Acheh yang masih belum pulih daripada bencana Tsunami dan sekarang ini di Asia Selatan pula, dimana semua ini adalah ujian daripada Allah swt untuk kita semua. Umat Islam menurut beliau tidak sepatutnya menyerahkan bulat-bulat usaha menyelamatkan mangsa gempa bumi tersebut kepada PBB tanpa kita sendiri berusaha untuk membantu saudara kita di sana.
Beliau juga turut mengambil kesempatan ini menyeru kepada semua ahli PAS di Negeri Sembilan dan umat Islam di Malaysia ini amnya agar meraikan Idil Fitri dengan penuh rasa syukur, insaf, merapatkan ukhuwwah dan secara sederhana sesuai dengan apa yang dituntut Islam.
“Pemuda PAS amat kesal di atas keputusan tersebut kerana ia adalah satu kesilapan yang Abdullah lakukan setelah banyak suara yang padu khasnya daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menentang penyenaraian tersebut"
Oleh ROY RASUL
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Hrkh) - Keputusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya TH Plantations menerus penyenaraiannya ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dilihat sebagai tidak menghormati pandangan pelbagai pihak terutamanya Ahli-ahli Parlimen kata, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, keputusan tersebut menunjukkan Abdullah lupa terhadap pengalaman-pengalaman yang dilalui banyak syarikat atau Perbadanan Negeri lain contohnya Lembaga Kemajuan Pertanian Negeri Pahang yang kehilangan majoriti ekuitinya setelah diapungkan di BSKL.
“Pemuda PAS amat kesal di atas keputusan tersebut kerana ia adalah satu kesilapan yang Abdullah lakukan setelah banyak suara yang padu khasnya daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menentang penyenaraian tersebut,” katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini.
Justeru itu, beliau meminta Perdana Menteri mengkaji balik perkara tersebut memandangkan ia melibatkan kepentingan yang sangat besar terutamanya daripada umat Islam negara ini.
Katanya, beliau tidak nampak anak syarikat Tabung Haji itu dikatakan akan lebih berdaya saing setelah disenarai kerana dakwanya selama ini pun menunjukkan kemampuan untuk terus berdaya saing biarpun tidak disenaraikan.
Tambahan pula katanya, TH Plantation memiliki capital yang kukuh dan kerana itu katanya, apa yang perlu ditingkatkan adalah mutu pengurusan dan pelaburan bukannya disenaraikan di BSKL.
“Apa jaminan kerajaan apabila ke BSKL nanti ia tidak berdaya saing dan maju seperti sekarang,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga akan melihat perkembangan tersebut secara dekat dan sebarang tindakan yang merugikan rakyat perlu diambil tindakan secara drastik.
Sementara itu, media tempatan hari ini melaporkan bahawa Abdullah memberi lampu hijau supaya cadangan TH Plantation diteruskan.
Ini dakwanya langkah penyenaraian tersebut mampu meningkatkan keupayaan operasi TH Plantation bagi membolehkan ia bersaing dengan syarikat-syarikat terbaik dalam sektor itu. - mks.
Jumaat, Oktober 28, 2005
Tumpuan 2006: Pasti Kelantan tingkat kemahiran komputer
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/28/2005 05:11:00 PTGKOTA BHARU, 27 Okt (Hrkh) - Pihak Pengurusan Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) Kelantan akan mempertingkatkan kemahiran komputer dan bidang akademik tenaga pengajarnya mulai tahun depan.
Setiausaha Pasti Negeri, Zuraiddin Abdullah berkata, bersesuaian dengan perkembangan semasa, tenaga pengajar Pasti perlu didedahkan dengan ilmu-ilmu berkaitan matematik, sains dan komputer.
- SMH, RT/mj
DAP perlu realistik terhadap kedudukan Islam di Malaysia
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/28/2005 05:04:00 PTG PETALING JAYA, 28 Okt (Hrkh)- DAP diminta bersikap realistik dalam perjuangan politiknya dan menerima kedudukan Islam sebagai salah satu faktor penting politik Malaysia.
Naib Presiden PAS, Husam Musa dalam wawancara khas dengan akhbar Cina, Guang Ming Daily berkata, sikap DAP itu penting bagi mengukuhkan pembangkang di negara ini.
"Saya harap DAP bersikap sedikit realistik terhadap politik Malaysia dan menerima hakikat bahawa Islam adalah faktor penting politik negara ini," kata beliau.
Beliau diwawancara oleh tiga wartawan Guang Ming di pejabat mereka dekat Petaling Jaya yang diketuai oleh Penolong Pengarang Beritanya, Ng Sern Loong.
Wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu membincangkan pelbagai perkara termasuk persoalan arah tuju PAS di masa depan berikutan perubahan pucuk pimpinannnya dalam muktamar yang lalu.
Husam juga ditanya soal politik dan dasar kerajaan negeri Kelantan di samping hubungan PAS dengan Anwar dan lain-lain parti pembangkang termasuk DAP.
Kadang-kadang, kata Husam, beliau terasa MCA lebih matang dalam menerima realiti politik Malaysia hari ini terutama sekali berkaitan dengan Islam.
Bagi Husam, kekuatan dan kesepakatan pembangkang sekarang sangat penting bagi mencapai hasrat bersama iaitu mengubah kerajaan yang ada kerana Umno sudah tidak boleh dibaiki lagi khasnya berkaitan politik wang dan amalan korup.
Menurut Husam, agenda untuk membersihkan pentadbiran negara sekarang perlu menjadi agenda semua rakyat kerana selagi kerajaan Umno yang ada sekarang kekal, selagi itulah agenda ini tidak boleh dilaksanakan.
"Amalan korup sudah membarah dalam Umno dan tidak boleh diperbaiki lagi," katanya.
Bagi mencapai hasrat bersama, kata Husam, semua pihak perlu berkorban sedikit sebanyak.
"Misalnya jika undi kita sedikit berkurang dalam pilihan raya kita tidak boleh berpatah balik hanya kerana sedikit kekurangan itu...perjuangan mesti diteruskan baru rakyat yakin," kata beliau.
Anwar bakal PM
Bagi Husam, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah bakal Perdana Menteri jika PAS dan pembangkang yang ada memerintah negara.
"Rakyat bukan Islam tentu tidak berapa yakin dengan PAS dan pemimpinnya. Mereka lebih kenal Anwar. Jadi apa salahnya Anwar dilantik jadi PM. PAS tidak tamak dalam hal ini," kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah PAS menerima jika Anwar jadi pemimpin PAS.
"Tidak berbangkit soal Anwar menjadi pemimpin PAS atau tidak. Yang penting Anwar bersama kita untuk memimpin Barisan Alternatif untuk membentuk kerajaan alternatif kepada BN," kata beliau.
Fokus utama sekarang, kata Husam adalah untuk membentuk pasukan pembangkang yang kuat.
Untuk pilihan raya akan datang, fokus PAS adalah untuk berjaya memerintah Malaysia atau sekurang-kurangnya menjadi pembangkang yang kuat.
"Anwar adalah tokoh yang sesuai untuk memimpin Malaysia di waktu itu," kata Husam. -ZS

Fw: [harakahdaily] Tanda halal Jakim, Menteri disoal bertalu-talu
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/28/2005 05:01:00 PTGKUALA LUMPUR, 26 Okt (Hrkh) - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Abdullah Mat Zin disoal bertalu-talu daripada beberapa ahli parlimen kerana meragui tanda halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketika Abdullah menggulung perbahasan, Mohamad Said Yusof (BN-Jasin) bangkit mempersoalkan kewujudan kedai mamak yang menggunakan tanda halal yang pengusahanya tidak beragama Islam.
"Pergi kedai mamak banyak logo halal dipamerkan, tetapi taukenya ada tanda putih di atas dahi, ini jelas kedai mamak bukannya dimiliki oleh orang Islam, bagaimana mereka memperoleh tanda halal daripada Jakim" tegasnya.
Mohamad Said berkata, oleh kerana sambutan daripada orang-orang Islam amat menggalakkan maka mereka mengambil kesempatan mempamerkan tanda halal.
Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pula membangkitkan sejauhmanakah kesahihan logo halal memberi keyakinan kepada penggunanya sekiranya sehingga hari ini masih mempunyai enam orang pegawai penguatkuasa.
"Jadi bagaimana kita hendak memastikan setiap produk yang dikeluarkan Jakim sahih halalnya," katanya dan meminta penjelasan.
Sejurus selepas itu, Idris Haron (BN-Tangga Batu) pula bingkas menyoal menteri berkenaan, berhubung minuman arak yang diletakkan di tempat yang sama dengan minuman-minuman halal.
"Misalnya di beberapa buah restoran yang didapati meletakkan arak bersama minuman halal, dalam satu peti ais, jadi saya minta penjelasan," katanya.
Selepas itu, Abdul Fatah Harun (PAS-Rantau Panjang) pula membangkitkan soal menempatkan arak di atas kapal terbang MAS sedangkan tempat dan rak yang digunakan untuk menghidangkan minuman tersebut adalah terhad.
"Bagaimana pula kita lihat di atas kapal terbang MAS adakah minuman halal dan haram ini tidak bercampur sedangkan tempatnya adalah sempit," soalnya.
Abdul Fatah juga mempersoalkan adakah Jakim membuat pemeriksaan di atas kapal terbang untuk memastikan minuman halal dan haram diasingkan.
"Bolehkah Jakim minta izin daripada pentadbiran MAS sekali sekala untuk membuat pemeriksaan, dan saya yakin, barangkali pihak Jakim belum membuat pemeriksaan di atas kapal terbang itu," tegasnya.
Bagaimanapun Abdullah Mat Zin, menjelaskan sekiranya Jakim berpuas hati dan tidak ada aduan daripada mana-mana pihak maka Jakim tidak perlu membuat pemeriksaan sewenang-wenangnya.
Ismail Noh (PAS-Pasir Mas) pula bangun menceritakan pengalamannya di dalam kapal terbang Mas ketika pulang daripada menunaikan umrah.
"Pada masa itu hampir 99 peratus penumpang adalah jemaah baru balik dari umrah dan hanya enam orang sahaja penumpang Filipina dan saya yakin dia bukan Islam, malangnya MAS menghidangkan arak kepada mereka, apakah MAS tidak tahu menjaga atau menghormati penumpang orang Islam ini," jelasnya.
Ekoran daripada itu, Ismail meminta menteri supaya tidak menghidangkan arak kepada penumpang biarpun mereka bukan Islam sebagai menghormati penumpang yang baru balik dari umrah.
Ismail juga membangkitkan soal langkah kerajaan yang akan mengimport daging daripada luar negara semasa musim perayaan ini kerana daging tempatan tidak mencukupi.
Jelasnya, beliau sendiri akan merasa ragu-ragu apabila kerajaan mengambil tindakan mengimport daging daripada Argentina, China dan Amerika memandangkan hampir 90 peratus penduduknya bukan Islam.
"Kalau negara Islam Malaysia timbul keraguan tentang masalah halal dan haram inikan pula daging daripada negara luar ini yang seratus peratus penduduk negara mereka adalah Kristian," katanya.
Abdullah kemudiannya bangun menjelaskan satu persatu jawapan daripada ahli parlimen antaranya, beliau menjelaskan pelantikan pegawai penguatkuasa untuk memantau tanda halal adalah di bawah tangungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Bagaimanapun katanya, kementerian berkenaan sentiasa memberi kerjasama sekiranya pihak Jakim memerlukannya. - mks.
Fw: [harakahdaily] Isu Bank Islam: Ummah diingatkan awasi dua fitnah besar
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/28/2005 04:57:00 PTGKUALA LUMPUR, 27 Okt (Hrkh) - Apa jua yang berkaitan dengan harta benda boleh menjadi fitnah besar sekiranya tidak diuruskan dengan baik dan amanah, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib bagi mengulas isu kerugian membabitkan institusi berkaitan Islam.
Segala perkara yang melibatkan ikon ini dan fitnah wanita, sekiranya tidak ditadbir dengan amanah, akan lebih menjerumuskannya kepada kegagalan dan kerugian, katanya.
"Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa dua perkara ini (wanita dan harta benda) jika tidak diuruskan dengan amanah, walaupun sedikit akan menyebabkan kegagalan dan kerugian kepada Islam itu sendiri," tegas beliau sebagai reaksi kerugian Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebanyak RM700 juta, yang didedahkan media, baru-baru ini.
Mengulas lanjut perkara tersebut, beliau berkata, BIMB perlu memperbaiki kelemahan itu secara dalaman berbanding diketengahkan kepada umum kerana ia lebih banyak merugikan daripada membawa kebaikan.
Beliau turut mendakwa, banyak lagi 'institusi lain' yang kerugian tetapi tidak diambil peduli oleh orang ramai.
"Lagipun, institusi yang lebih kecil seperti BIMB ini lebih mudah nampak kelemahannya apabila ia duduk di tengah-tengah kelompok konvensional yang besar, cuma kelemahan institusi konvensional lain itu tidak diterjemah dalam bentuk kerugian," jelas beliau lagi.
Ditanya mengenai sama ada perkara ini boleh menjejaskan imej Islam ataupun tidak , Ustaz Taib berkata musuh Islam memang akan mengeksploitasikan perkara ini atas sebab itu institusi seperti BIMB, Tabung Haji dan badan-badan Islam perlu berhati-hati dan berjaga-jaga.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa faktor individu ini ada di mana-mana bukan sahaja di institusi Islam.
"Oleh itu, faktor individu ini hanya boleh diselesaikan dengan dengan syarak iaitu hukum Islam itu sendiri.
“Jika seseorang itu tidak amanah, maka ia perlu dihukum mengikut syarak. Jangan kerana simpati, kita melepaskannya kerana ia akan membawa masalah kepada semua pihak," tegasnya lagi. – lanh
Fw: [harakahdaily] Kelantan cadang bayar gaji dua kali sebulan
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/28/2005 04:54:00 PTGKOTA BHARU, 26 Okt (Hrkh) – Kalau disebut Kelantan sebagai pelopor dalam banyak aspek pentadbiran kerajaan, ada pihak tidak senang hati. Misalnya cuti mingguan dua hari seminggu dan cuti bersalin 60 hari.
Setelah lama dilaksanakan di Kelantan baru kerajaan Persekutuan mengekorinya dari belakang. Cuti dua hari seminggu dilaksanakan di negeri ini sejak hampir 15 tahun lalu, sedangkan Pusat baru beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun hari ini kerajaan negeri yang ditadbir PAS mencetus satu lagi pemikiran baru apabila sedang mengkaji cadangan membayar gaji kepada kakitangannya dua kali sebulan.
Sekiranya ia benar-benar direalisasikan, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat wajar dinobat sebagai ‘bapa kebajikan pekerja’ era terkini.
Ketika sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini, beliau berkata, kerajaan Kelantan sedang mengkaji kertas cadangan berhubung perkara tersebut.
“Perkara ini telah lama diamalkan di London. Jadi kita ambil teori itu bawa ke negeri kita. Kita nak kaji positif dan negatifnya dulu. Kesan positifnya, apabila dibayar gaji dua kali, mereka yang berhutang dapat meringankan sedikit bebanan hutang dan kedai-kedai runcit tidak mengalami masalah sangat.
“Dari segi negatifnya pula ia boleh menghilangkan sifat menabung. Amalan penabungan boleh menjadi kurang. Di samping itu kerajaan negeri perlu menambah pegawai. Kos pentadbiran juga akan bertambah,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya cadangan itu dilaksanakan Kelantan menjadi negeri pertama yang melaksanakan pembayaran gaji dua kali sebulan di negara ini.
Kata beliau, hasil kajian itu dijangka dapat diketahui awal tahun depan. “Ia juga mungkin dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Ia akan melibatkan seramai 5,000 kakitangan,” katanya.
- /mj
Khamis, Oktober 27, 2005

Rabu, Oktober 26, 2005
Statistik kemiskinan: Siapa pembohong, angka siapa yang tepat?
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/26/2005 11:14:00 PTG



Selasa, Oktober 25, 2005
Fw: [N.Sembilan] Bekas Pesuruhjaya PAS N.Sembilan meninggal dunia
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/25/2005 06:57:00 PTGSeremban 25 Okt , 21 Ramadhan 1426 - Ustaz Ghazali Abdul Kadir, bekas Pesuruhjaya PAS N.Sembilan telah meninggal dunia sekitar jam 11 pagi tadi di Hospital , Seremban. Al Marhum adalah merupakan seorang tokoh agama yang tidak asing lagi di Negeri Sembilan, kerana sering menerima undangan memberikan kuliah dan ceramah di masjid-masjid dan surau di negeri ini. Menurut Sdr Shamsul Kamal Setiausaha Badan Perhubungan PAS N.Sembilan, jenazah Al Marhum akan dibawa ke rumahnya di Taman Guru , Jalan Senawang - Paroi , Seremban selepas zuhr. Dan dijangka akan dikebumikan di Makam Hj Said Seremban sebelum solat Maghrib hari ini. Menurut Sdr Shamsul lagi, Al Marhum pada malam tadi kelihatan sihat , tetapi telah mengalami kesesakan nafas pada sebelah pagi dirumahnya dan telah meninggal dunia sekitar jam 11 pagi tadi di Hospital Seremban. Kepada mereka yang ingin menziarahi jenazah Al Marhum bolehlah ke rumah beliau di Taman Guru, berhampiran Surau Taman Guru.
Isnin, Oktober 24, 2005
Fw: Guru PASTI perlukan bantuan rawat suami
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/24/2005 05:03:00 PTGPrihatin dengan nasib golongan seperti ini Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan Tn Hj Taufek Abd Ghani telah menziarai En Hamzah bin Pilus yang cacat penglihatan kedua-dua belah matanya akibat kemalangan di tempat kerja sejak tahun 1998. Seperti jatuh ditimpa tangga Hamzah ditimpa penyakit misteri yang menyebabkan kedua-dua belah kakinya membengkak dan perutnya membesar , akibatnya beliau tidap dapat bergerak.
Pendapatan beliau sebelum ini sebagai tukang urut refleksologi tidak dapat diteruskan apabila beliau ditimpa sakit misteri tersebut pada September 2005. Malah pencen ilat yang diterima daripada Perkeso sebanyak RM400 sebulan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan perubatan beliau.
Isteri En Hamzah, Pn Rosila bt Ahmad bekerja sebagai Guru PASTI dengan pendapatan hanya sekitar RM 300 sebulan. Pasangan yang sedang menghadapi dugaan Allah ini mempunyai 5 orang anak dari yang berumur 3 tahun hinggalah ke Tingkatan 1.
En Hamzah sekarang ini menetap di Rumah Pangsa Senawang. Kepada mereka yang ingin menziarahi atau membantu pasangan ini bolehlah ke alamat berikut :
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun RHB En Hamzah bin Pilus, No Akaun 10504200095933
Atau menghubungi Tn Hj Taufek 019-3920869 , Sdr Nazri Zainal 016-2778269 AJK PASTI
Majlis Tazkirah dan Iftar Tn. Hj. Muhammad Sabu
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/24/2005 01:05:00 PGPara hadirin sedang menghadapi juadah
Ucapan Perasmian Pesuruh Jaya, Dr Rosli Yaakob.
Persembahan murid-murid PASTI.
Ibubapa yang hadir
Pesuruh Jaya PAS Negeri Sembilan, Pengerusi PASTI Kawasan Seremban, Ketua DPPKS, Tim. Pengerusi PASTI Kawasan Seremban.
Ahad, Oktober 23, 2005
Sabtu, Oktober 22, 2005

Khamis, Oktober 20, 2005
Rabu, Oktober 19, 2005
Ceramah YB Salahuddin Ayub di Ampangan, Seremban pada 17hb Oktober,2005.
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/19/2005 01:38:00 PG
YB. Salahuddin sedang memberi ucapan.
Diantara yang disentuh didalam ucapan beliau ialah bagaimana Allah SWT telah membalas kekejaman Amerika Syarikat terhadap umat Islam di Afghanistan dan Iraq dengan mendatangkan dua taufan iaitu Taufan Katrina dan Rita. Dimana kemusnahan yang berlaku akibat kedua-dua taufan ini sangat hebat dan tidak dijangka sama sekali oleh pentadbiran Bush. Menurut Sdr. Yb Salahuddin kawasan yang musnah akibat Taufan Katrina adalah seluas Negara Afghanistan dan kemusnahan akibat Taufan Rita adalah seluas Negara Iraq. Didalam ucapan beliau juga disentuh mengenai kegagalan dasar-dasar yang dibuat oleh Kerajaan BN, seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), pembahagian AP dan Isu penyenaraian TH Plantatiaon ke BSKL. Beliau berkata Kerajaan BN telah gagal untuk mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekonomi dalam tempoh 20 tahun. Walaupun dipanjangkan selama 10 tahun lagi melalui Dasar Pembangunan Negara (DPN), penguasaan ekonomi melayu hanyalah di sekitar 18 peratus sahaja. Itu pun setelah di campur dengan ekuiti dari PNB, TNB, Tabung Haji, KWSP dan lain-lain syarikat milik kerajaan. Sekiranya ditolak pegangan syarikat-syarikat tersebut, orang Melayu menurut beliau hanyalah memegang sekitar 3 peratus sahaja pegangan ekonomi negara. Kata beliau, menurut Prof Diraja Ungku Aziz penyebab utama kegagalan ini adalah berpunca dari amalan rasuah yang diamalkan secara berleluasa. Dalam bahasa yang mudah, Kerajaan BN adalah kerajaan rasuah. Dimana rasuah berlaku secara berleluasa dikalangan pemimpin-pemimpin Kerajaan. AJ

YB Salahuddin bersama pimpinan Kawasan dan Negeri.
Jamuan Ringan selepas ceramah.
Isnin, Oktober 17, 2005
Fw: PMRAM DIPAKSA BERDAFTAR DENGAN KEDUTAAN SATU RAMADHAM MERUPAKAN NOTIS TERAKHIR.
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/17/2005 01:13:00 PGDesas-desus dari Mesir ada mengatakan bahawa PMRAM telah dituduh terlibat dengan parti pembangkang dan pihak PMRAM telah menafikan sekeras-kerasnya di hadapan Dato’ Hamid Othman, Dato’ Zainal Abidin Abdul Kadir serta Dato’ Shafie Mohd Salleh pada 3 September 2004 yang lalu.
Menurut sumber yang boleh dipercayai mendakwa, kalau ingin benar mengaitkan PMRAM dengan pembangkang hanya kerana individu-individu tertentu yang pernah bergiat aktif dengan PMRAM kemudian terjun ke politik pembangkang, maka sejarah PMRAM menegaskan bahawa salah seorang Presiden PMRAM, Datuk Wan Mokhtar Ahmad yang menjadi presiden dari tahun 1959 hingga 1961 (ketika itu jawatan presiden masih lagi menggunakan istilah Yang DiPertua Persekutuan Melayu Mesir) telah terlibat aktif dengan UMNO malahan menjadi Menteri Besar Terengganu dalam tempoh yang panjang. Malah, Dato Hamid Othman yang sangat setia dengan perjuangan UMNO hari ini adalah antara Badan Pengurus PMRAM satu ketika dulu.
Kalaulah PMRAM benar-benar terlibat dengan sebarang pergerakan politik, pasti PMRAM sudah lama ditarik pendaftarannya oleh Kementerian Kemasyarakatan Mesir kerana melanggari undang-undang tubuh PMRAM yang menyatakan bahawa PMRAM tidak boleh sama sekali terlibat dengan mana-mana pergerakan politik baik politik dalam Mesir atau luar Mesir. Umum telah mengetahui bahawa kerajaan Mesir begitu keras dengan pergerakan Ikhwan Muslimin. Mereka pun boleh benarkan PMRAM bernaung di bawah salah satu kementerian Mesir. Ini tidak akan berlaku seandainya PMRAM adalah salah satu sayap pembangkang!
Persatuan-persatuan kampus di Malaysia turut melahirkan tokoh-tokoh politik kerajaan mahupun pembangkang. Hal ini tidak mampu dinafikan lagi.PMRAM juga sama seperti persatuan-persatuan tersebut.
Krisis PMRAM dengan Kedutaan Malaysia di Mesir bermula apabila PMRAM menentang penubuhan Kelab UMNO di Mesir pada tahun 1982. PMRAM begitu menentang penubuhan Kelab UMNO tersebut kerana ia merupakan pertubuhan yang melibatkan politik. Apa tidaknya, sesiapa yang ingin menyertai Kelab Umno maka seseorang itu terpaksa mengisi borang keahlian UMNO terlebih dahulu !
Malah PMRAM dikatakan seolah-olah organisasi ala-PAS apabila kebanyakan ahlinya memakai jubah dan berniqab(berpurdah). Malah, wujud tohmahan songsang yang mendakwa PMRAM memaksa pemakaian sedemikian dan menolak pemakaian baju kurung.
Faktor-faktor sedemikianlah maka PMRAM dilabelkan sebagai organisasi yang cenderung ke arah parti pembangkang (PAS).
Baiklah, kini lihat pula apakah organisasi-organisasi yang telah diiktirafkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir. Organisasi itu adalah Nadi UMNO Republik Arab Mesir (NUMRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) Mesir, Persatuan Pelajar Malaysia Mesir (PPMM) dan ALAMI.
Nampaknya organisasi yang pro-UMNO sahaja yang diiktiraf oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan tidak yang lainnya.
Kini jelaslah sudah, kerangka untuk mengUMNOkan semua pelajar yang terdapat di Malaysia serta pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara secara paksa sedang hebat berlangsung. Seandainya pelajar tidak menurutinya maka padahlah jawabnya.
Sampai bilakah mahasiswa Malaysia di serata pusat pengajian di seluruh dunia akan terus di’paksa’ dengan sedemikian rupa?.
Ahad, Oktober 16, 2005
Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8 , Akta Lembaga urusan dan Tabung Haji 1969 adalah bertujuan untuk:
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Jumlah intelektual yang simpati dengan gerakan mahasiswa mengecewakan
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/16/2005 03:12:00 PGKUALA LUMPUR, 15 Oktober (Hrkh) - Ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Aziz Bari berkata, golongan intelektual yang terlibat atau pun yang simpati dengan gerakan mahasiswa boleh dibilang dengan jari.
Ini katanya kebanyakan mereka lebih cenderung untuk menyokong dasar universiti.
Jumaat, Oktober 14, 2005

Kepimpinan ulama terajui perubahan berteras acuan Islam
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/14/2005 02:23:00 PGKOTA BHARU, 13 Okt (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji Zulkifli Mamat berkata, kerajaan Kelantan di bawah kepemimpinan ulama sentiasa menerajui perubahan yang berteraskan acuan Islam.
"Kita berhasrat menjadikan corak pentadbiran Islam yang diamalkan di Kelantan sekarang sebagai model kepada negeri lain, malah sehingga ke peringkat Pusat," katanya pada taklimat penubuhan Pupuk Nilai Murni Berhad kepada usahawan, Penyelia DUN dan badan bukan kerajaan, di sini, semalam.
- /mj