Selasa, Mei 30, 2006

PENGUMUMAN

Assalamualaikum, Mulai 25/5/2006, Laman Pemudapasseremban telah dipindahkan ke server tetap dan boleh dicapai di: http://pemudapasseremban.net

Isnin, Mei 22, 2006

PENGUMUMAN

Assalamualaikum WRBT, Mulai hari ini Isnin : 22hb Mei 2006 / 24hb Rabiul Akhir 1427, Laman ini tidak akan dikemaskinikan lagi. Para pengunjung boleh mengunjungi Laman Web DPPKS yang baru di: http://pemudapasseremban.athost.net , Walaubagaimanapun Laman ini masih boleh dilayari dan tidak akan dipadamkan. Segala kesulitan amatlah dikesali, kami mengalu-alukan sokongan semua, Terima Kasih.

Sabtu, Mei 13, 2006

Assalamualaikum, Alhamdulillah, DPPKSeremban telah maju setapak lagi, kami telah memiliki Laman Web sendiri di alamat: http://pemudapasseremban.athost.net/v1 Bagaimanapun laman ini hanya ditumpangkan sementara ditapak hosting percuma ini untuk tujuan ujian. Setelah semua proses ujian selesai Insya'Allah akan dipindahkan ketapak tetap. Pengunjung Blog Pemudapasseremban adalah dipelawa melawat ke Laman Baru kami. Kami mengalu-alukan segala komen, pandangan, pendapat dan kami juga mengalu-alukan sumbangan artikel dan berita dari anda semua. Kami boleh di hubugi di emel : pemudapasseremban@gmail.com.

Isnin, Mei 08, 2006

Program Motivasi Buat Ibu Bapa Dalam Membimbing Anak-Anak Ke Arah Mencintai Islam Dan Satu Usaha Pembinaan Keluarga Muslim Yang Cemerlang AHAD 14 Mei 2006 – 8:30 pagi – 12 tgh Di SARA Gedong Lalang 162, Ampangan, Seremban Penceramah (Pakar Motivasi) : Prof Madya Dr Sufyan Hashim Fellow Kanan Institut Alam dan Tamaddun Melayu (ATMA), UKM Bayaran : RM 10 seorang (Tiada bayaran bagi anak-anak yang hadir, sila maklumkan bilangan anak yang hadir) Aktiviti untuuk ank-anak : Peraduan Mewarna dan Pemainan Uji Minda Untuk Maklumat Lanjut/Pendaftara/Tempahan Gerai sila hubungi : Urusetia 06-6796258 Shazwan 019-6619156 Us Fuad 019-3941353

Rabu, Mei 03, 2006

Oleh : Ishar Hamka Ismail
 
TAWAU, 30 April : Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) telah manganjurkan satu demonstrasi bagi membantah kenaikan harga minyak yang telah melampau baru-baru ini.
 
Demonstrasi itu dianggotai oleh lebih kurang 100 orang Pemuda Sabah bagi menyampaikan maklumat yang tepat kepada orang ramai.
 
Antara pimpinan yang memberi ucapan ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman, Ketua Pemuda PAS Sabah, Ust. Annuar Alie dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kawasan Tawau, Sdr. Kadir Karisman.
 
Demonstrasi tersebut dimulakan dengan mengedarkan beberapa ratus risalah  kepada orang ramai lebih kurang pukul 4.00 ptg. Kemudian, semua ahli berkumpul di depan bangunan MARA. Ketiga-tiga pimpinan mengambil masa selama lebih kurang 45 minit dengan disusuli oleh laungan Takbir, dan Harga Minyak Turun.
 
Orang ramai yang pada mulanya tidak memandang endah kemudiannya berasa terpegun apabila mendengar ucapan dan penerangan oleh para pimpinan. Keaadan bertambah resah sedikit apabila hampir 50 orang polis dan SB berkumpul dan bersiap sedia dan seakan-akan mengepung kawasan tersebut.
 
Turut juga kelihatan unit FRU siap dengan lori yang bersiap sedia untuk mengangkut sesiapa. Lebih kurang pukul 5ptg, semua orang bersurai setelah Sdr. Mat Husin selaku Yang Di-Pertua Pas Kawasan Tawau berbincang dengan pihak Polis.
 
Akhirnya, dapat dikatakan orang ramai agak tergamam sedikit memandangkan budaya demonstrasi begini belum lagi sebati di daerah Tawau ini. Namun begitu, DPPNS pastinya begitu berasa puas hati kerana telah berjaya menyampaikan sedikit maklumat kepada orang ramai.

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Hrkh) - Empat aktivis Angkatan Muda KeADILan (AMK) yang ditahan dalam perhimpunan aman di hadapan Wisma Umno semalam akhirnya dibebaskan jam 1.20 petang tadi dengan jaminan polis.
Empat aktivis yang ditahan ialah, Timbalan Ketua Penerangan AMK, Badrul Hisham Shaharin; Ketua AMK Negeri Sembilan, Haji Ramlan Roes; Setiausaha AMK negeri, Azizi Abdul dan penolongnya, Amer Hariss.
Badrul Hisham yang dihubungi Harakahdaily selepas dibebaskan berkata, tindakan polis itu adalah disyaki ada kaitannya dengan arahan dari pihak tertentu yang tidak mahu risalah kesedaran kenaikan harga minyak diedar di Negeri Sembilan.
Polis alat Umno?
"Saya kecewa, polis bertindak sedemikian dan menjadi alat Umno lebih-lebih lagi selepas AMK membuat cabaran terbuka kepada Umno untuk berdebat mengenai isu harga minyak di Wisma Anwar, Seremban baru-baru ini.
"Kita ambil inisiatif edar risalah setelah cabaran terbuka AMK itu tidak disahut Umno," katanya.
Sambil melahirkan rasa kecewa dengan tindakan ganas polis mengheret beliau dan tiga lagi rakannya tanpa sebarang perbincangan, beliau menyatatkan tindakan itu menggambarkan Umno Negeri Sembilan di bawah pimpinan Menteri Besar, Mohammad Hassan takut kepada kebangkitan rakyat berikutan isu kenaikan harga minyak, katanya.
Ini ditambah pula dengan isu keretakan hubungan antara pemimpin Umno negeri sehingga wujudnya kem-kem dikalangan mereka, dakwanya.
"Kita akan teruskan lagi usaha menyedarkan rakyat.Penahanan saya semalam tidak melunturkan semangat dan ianya pembuka jalan kepada usaha menyedarkan rakyat negeri ini khasnya seluruh Malaysia amnya,' katanya.
Empat aktivis AMK itu ditahan di hadapan Wisma Umno semalam (1Mei) ketika mahu memulakan sidang media  pengedaran risalah perhimpunan kesedaran rakyat sempena sambutan hari pekerja 1 Mei dekat sini.
Perhimpunan yang dijangka dimulakan pada jam 11.35 pagi itu akhirnya tidak berjalan seperti yang dirancangkan setelah polis terlebih dahulu menghalang kumpulan perhimpunan.
Ketika mahu memulakan sidang media, kumpulan perhimpunan aman didatangi oleh OCPD Seremban, Hasanuddin Hassan yang mahu semua peserta yang berhimpun bersurai segera tanpa mengadakan apa-apa aktiviti termasuk sidang media kepada wartawan.
Timbalan Ketua Penerangan AMK, Badrul Hisham Shaharin, yang ketika itu cuba berbincang dengan Hasanuddin akhirnya ditahan oleh lima anggota polis berpakaian preman.
Badrul dan rakan diheret
Akibat dari tindakan 'ganas' polis mengheret Badrul Hisham, tiga lagi rakan aktivis AMK cuba berbincang dengan polis bagi membebaskan Badrul Hisham, bagaimanapun mereka turut ditahan ketika pergelutan berlaku.
Ketika diheret ke trak polis, Badrul Hisham dan tiga yang lain sempat mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan pihak polis hari ini didakwa sebagai tindakan 'pengecut' dan tidak 'bermaruah'.
"OCPD Seremban jadi alat kepada Mohammad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan)," laung Badrul Hisham disahut rakan-rakannya dengan laungan reformasi dan Umno pengecut.