Isnin, Oktober 24, 2005

Majlis Tazkirah dan Iftar bersama Naib Presiden PAS, Tn Hj Muhammad Sabu anjuran PAS Kawasan Seremban telah diadakan di Taman Setia Jaya, Ampangan, Seremban pada 23/10/2005 (Ahad). Majlis ini bermula pukul 6 petang dan berakhir selepas selesai Solat Maghrib. Majlis ini telah dihadiri oleh kira-kira seratus orang. Diantara yang hadir didalam majlis ini ialah YDP Kawasan Seremban, Tn Hj M.K Ibrahin Abd Rahman, YDP Kawasan Rasah Tn Syed Fuad, YDP Kawasan Tampin, Sdr Ali Maidin, YDP Dewan Ulama Negeri, Ustaz Kasim dan pimpinan Negeri dan Kawasan yang lain.
Majlis tazkirah telah diadakan dirumah Setiausaha Kawasan Seremban,Tn Hj Rahim manakala Majlis Iftar diadakan di Masjid Jame' Ampangan.
Sebagai mukadimah tazkirahnya Tn Hj Muhammad Sabu telah mengingatkan para hadirin bahawa banyaknya berlaku bencana besar yang berlaku kebelakang ini untuk memberi peringatan tentang kebesaran Allah SWT dan sebagai amaran kepada umat manusia supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Beliau juga menyatakan kehairanannya bagaimana rakyat Malaysia langsung tidak sensitif dengan penyelewengan harta rakyat yang dilakukan oleh pemerintah. Tidak seperti negara lain seperti di Jepun dan Korea dimana rakyat negara tersebut begitu mengambil berat tentang bagaimana harta mereka di belanjakan oleh perintah.
Di akhir tazkirah beliau menceritakan bahawa baru-baru ini beliau telah di temuramah oleh seorang sarjana dari Negara Jepun. Beliau telah menerangkan kepada sarjana Jepun tersebut, bagaimana kehidupan rakyat Negara tersebut selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Islam sebenarnya. Sekiranya rakyat tersebut menerima kalimah Tauhid nescaya akan menjadi contoh yang terbaik. Sarjana tersebut kata beliau sangat tertarik dengan penerangan tersebut dan berkata, sekiranya mesej dakwah tersebut dapat disampaikan di negaranya pasti ramai yang akan tertarik kepada Islam.
Majlis berakhir selepas Solat Maghrib dimana beliau akan ke Kawasan Tampin untuk berceramah di sana selepas Solat Tarawih. wallahu aklam. aj.
Ucapan alu-aluan YDP Kawasan Seremban.
Tn Hj Muhammad Sabu Sedang Berucap.
Sedang berbuka puasa.

Para hadirin sedang menghadapi juadah

0 Comments:

Post a Comment