Jumaat, September 30, 2005

BERTEMU MUKA

 
BERTEMU MUKA... "Tuan Guru merupakan ulama yang saya kagumi," luah Mawi (Asmawi) di hadapan para wartawan dan peminatnya di JKR 10, dalam sesi sidang media, 12 tengahari tadi. Jelas terpancar kemesraan di raut wajah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Mawi serta Exco Kerajaan, Husam Musa dan Taqiyuddin Hassan. Mawi akan menghiburkan para peminatnya khusus mereka yang memberi undian dalam Akademi Fantasia (AF3), malam ini. Kehadiran Mawi ke negeri Serambi Mekah ini akan memecahkan spekulasi yang selama ini dilemparkan terhadap negeri di bawah pimpinan Ulama. Foto Mohd Nasir Sudin

Oleh: Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kenyataan Bush yang mula 'menyalahkan Tuhan kerana membenarkan bencana (Katrina) berlaku' (Berita Harian 24/9/2005) langsung tidak mengejutkan. Orang sekular akan sentiasa mencabar kuasa Tuhan walau dimana-mana. Tidak puas menyalahkan Datuk Bandar New Orleans dan kemudian penduduknya, kini Bush maju setapak lagi. Walaupun setiap perlantikan Presiden baru Amerika dan perbicaraan di mahkamah di negara itu dibuat dengan ikrar diatas Kitab Injil manakala di atas setiap helai dollarnya ada tertulis perkataan (In god we trust), namun sifat sekular Bush mengatasi segala ikrar Amerika Syarikat mengenai Tuhan dan agama. Inilah kelaziman perangai pemimpin sekular walaupun dimana. Erti Tuhan yang samar-samar ini pulalah yang meracuni dan mempengaruhi setiap tindak tanduk beliau, pemimpin bukan Islam atau pemimpin Islam yang berfahaman sekular diserata dunia. Martabat Tuhan dan fungsi agama cuma difahami mereka dengan samar-samar.

Ini berpunca dari fahaman keliru mengenai Tuhan yang kononnya berkongsi kuasa antara Tuhan itu sendiri, Nabi Isa alaihissalam dan Siti Maryam yang menjadi ibunya. Adakah ini dari fahaman Allah S.W.T atau sebaliknya dari rekaan dan pandai-pandai pendita mereka? Jika kita merujuk Firman Allah yang sebenar, ia berbunyi, "Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam, padahal Al Masih (sendiri) berkata:

"Hai bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim (orang ini adalah orang-orang yang menzalimi diri sendiri) itu seorang penolongpun" (Surah Al Maidah Ayat 72)

Dari perkembangan ini, jangan terkejut jika terdengar pemimpin-pemimpin negara lain walaupun Islam (dilihat pada zahirnya) untuk meniru tuturkata Bush. Di negara kita sendiri pun, sudah ada orang mencanangkan bahawa semua malapetaka itu adalah bencana alam. Mereka cuba memutuskan hubungan alam dengan Pencipta Alam yang Maha Berkuasa dan sepatutnya menjadi “tempat bergantung segala sesuatu (Al Ikhlas Ayat 2).

Ini semua adalah bibit-bibit awal kearah meniru Bush disuatu ketika nantinya.

Jika kita tidak cermat, kita akan terpengaruh dengan kebiadaban Bush sedangkan Presiden Amerika yang bongkak ini meniru Firaun yang pernah menafikan adanya Tuhan. Beliau mengarahkan "hai Hamman, buatlah untuk ku menara yang besr/tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku benar-benar yakin dia termasuk orang-orang pendusta." (Surah Al Qashash Ayat 38). Walaupun Bush tidak menafikan adanya Tuhan tetapi Bush keliru dalam dua keadaan.

Pertama, sebagai seorang yang beragama Kristian nada Bush tidak jelas mengenai had kuasa Tuhan yang sebenarnya. Sebenarnya, Allah tidak pernah berkongsi kuasa dengan Maryam dan Isa sebagaimana yang diselewengkan kefahaman dalam konsep 'trinity' ketuhanan bersifat tiga dalam satu.

Kedua, kekeliruan amalan sekularnya yang memisahkan gereja dengan kaisar yakni pemerintah (dirinya) telah membawa beliau menyalahkan Tuhan. Sikap menyalahkan Tuhan ini berpunca dari sikap 'memakhlukkan' tuhan dalam satu faham persyarikatan kuasa dengan Isa dan Maryam yang karut marut hasil propaganda pendita Kristian.

Dalam konteks ini, Bush tidak syak lagi mengeluh terhadap Tuhan secara jahil. Dia tidak memahami sifat Jamal yang menyebabkan manusia tertarik kepada Allah dan sifat Jalal yang menyebabkan manusia takut/gerun kepada Allah. Sifat-sifat yang utama Allah tercantum kepada dua iaitu Jamal yang berkaitan dengan segala kurnia yang baik dan cantik dan Jalal yang berkaitan dengan hukuman kesombongan dan kebengisan.

Memahami Tuhan adalah memahami dalam 2 sifat-sifat utama ini. Sewaktu Amerika Syarikat dikurnia dengan kemakmuran rezki yang melimpah limpah, Allah S.W.T mengunakan segala sifat-sifatnya yang Jamal manakala sewaktu menghantar taufan Katrina dan Rita, Allah S.W.T menunjukkan wajah bengisnya (Al-Mutakabbir dan Al Muntaqim). Semuanya dari Allah SWT yang disebut Bush sekadar 'god'.

Jika Bush benar-benar beragama, berilmu, berperikemanusiaan dan tidak sekular, Bush tentu mengeluh bila melihat penderitaan di Afghanistan, Iraq dibom, Hiroshima, Nagasaki, Vietnam dan Korea Utara menjadi abu, serta umat Islam disembelih di Palestine, Kashmir, Sbra-Shatila dan Chechnya. Disebalik mengeluh, Bush terus menghalalkan keganasan.

Tidak syak lagi, bahawa disini beliau dan sekutu-sekutunya telah bersendiwara dengan pura-pura mahu memburu Al-Qaeeda dan Ben Laden. Kini apabila Amerika Syarikat diburu oleh angin puting beliung di New Orleans, Texas dan Florida dengan tenaga kelajuan 290 km sejam, Bush mula menyalahkan Tuhan. Selama ini, apa yang beliau lakukan untuk tidak membangkitkan kemurkaan Allah? Apabila Amerika Syarikat seakan-akan sudah dihalalkan untuk dimusnahkan oleh kuasa langit, kenapa perlu beliau cemas?.

Malah, kebongkakkan Bush yang menyalahgunakan kekuatan militer kuasa tunggal dunia inilah yang menghukum rakyatnya sendiri yang tidak berdosa di New Orleans, Texas, Lousiana dan Houston. Kini sudah 194 billion USD telah dibelanjakan untuk memulihkan kesan bencana Katrina. Terkini pula sudah lebih 2 juta penduduk meninggalkan kawasan pantai teluk dan Houston, bandaraya keempat terbesar. (Berita Harian 24/9/2005) di Amerika.

Saya sangat pasti yang Bush sudah kebingungan. Beliau sudah 'hysteria' kerana telah tenggelam dengan sifat 'mahakuasa' yang konon dimilikinya sebelum ini. Sikap mempersalahkan Tuhan dengan pertanyaan 'kenapa Tuhan membenarkan bencana itu berlaku' adalah langkah serampang 2 mata berniat jahat dengan 2 motif terselindung iaitu:

Pertama, ingin meninggalkan kesan seolah-olah samada Tuhan sudah tidak berkuasa lagi untuk menyekat bencana atau Kedua, ingin melahirkan kesan penolakan dihati manusia agar lebih jauh meninggalkan agama kerana 'Tuhan kini sudah zalim malah sudah tidak berfungsi lagi.' (waliya zubillah). Anehnya, disebalik mengaut sokongan, Bush berdepan dengan puluhan ribu penunjuk perasaan yang mendesak beliau meletak jawatan (Berita Harian 25 September 2005)

Walau apapun kemungkinan pertama atau kedua, Bush sudah nyata mengakui kelemahannya sebagai seorang manusia. Walaupun kamu Amerika, tetapi kamu masih seekor makhluk. Walau sebongkak mana sekalipun, jika Allah SWT campurtangan maka sesiapa pun terpaksa akur dan terpaksa tunduk berserah dan melutut kepada Nya.

Bush tidak faham bahawa kerajaan Amerika yang konon dikuasai beliau itu adalah sekelumit kecil dari kerajaan Allah yang Maha Luas. Jika Allah mahu bertindak, Dia berkuasa bertindak sendirian tanpa memerlukan sebarang penolong. Siri bencana dan malapetaka yang Allah SWT atur menimpa alam dari masa kesemasa adalah untuk mengejutkan para pemimpin dan umat manusia pada amnya.

Dan katakanlah : "Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempuyai sekutu dalam kerajaan Nya dan tidak mempunyai penolong (untuk menjaga Nya) dari kehinaan dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya." (Surah Al-Isra’ Ayat 111)

Rencana ini bertujuan untuk mengigatkan diri saya, seluruh pemimpin Islam dan Bukan Islam akan bahaya menolak Tuhan dalam pemerintahan. Allah berfirmman dengan maksud,

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolong dan meneguhkan kedudukan mu".

"Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka".

 
Pertemuan dua negarawan politik negara iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di JKR 10, Kota Bharu petang semalam. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu baru pulang dari luar negara semalam meluangkan masa mengunjungi Kelantan untuk berjumpa dengan pemimpin dan rakyat di sini. Pertemuan tertutup empat mata dua tokoh tersebut diadakan selepas majlis Hi-tea yang dianjurkan Angkatan Muda Keadilan Rakyat di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan. Manakala pada malamnya pula diadakan ceramah perdana di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz. - Foto Rizal Tahir

Oleh: ROSLAN SMS

Apabila DAP menolak undang-undang hudud serta menolak penubuhan sebuah negara Islam, sebahagian masyarakat Melayu Islam walaupun sedikit terguris namun tidak memandang berat sangat penolakan tersebut lantaran DAP rata-rata diwakili oleh masyarakat bukan Islam yang hakikatnya jahil berkenaan Islam.

Tahap toleransi masyarakat Melayu Islam dalam hal ini boleh dikawal lagi. Malahan apabila DAP bertegas mahu mempertahankan semangat sekular perlembagaan persekutuan yang menurut pentafsiran mereka tidak mengizinkan negara ditadbir menurut selera mana-mana agama, orang Melayu Islam ambil indah tak indah, kerana DAP dengan perwakilan yang terdapat ditangan mereka tidak mampu membangkitkan seberang kesan atau pengaruh.

Walaubagaimanapun apabila ahli Parlimen veteran DAP kawasan Kepong, Dr Tan Seng Giaw, mencadangkan agar diadakan kawalan terhadap tahap suara azan yang dibenarkan berkumandang di masjid dan surau-surau, saya kira beliau telah menjolok sarang tebuan!

Semasa berbahas di dewan rakyat semalam sebagaimana dilaporkan THE STAR Dr Tan berkata: "I have received complaints from people in my constituency which has a majority of non Muslims, that the azan for subuh prayers is too loud and wakes them up abruptly".

"Saya menerima aduan dari rakyat di kawasan saya yang majoritinya masyarakat bukan Islam bahawa azan subuh yang dikumandangkan terlalu kuat dan menganggu tidur mereka". Sebagai seorang ahli parlimen veteran Dr Tan sepatutnya telah faham akan sensitiviti masyarakat berbilang kaum dalam negara, tambahan Dr Tan sendiri berasal dari Kelantan dimana majoriti rakyatnya adalah beragama Islam.

Untuk berlaku adil, memang kiranya tahap suara azan yang dimaksudkan terlalu kuat sangat, maka wajarlah masjid atau surau berkenaan diminta mengurangkannya. Tetapi Dr Tan mahu ingat bukan masjid sahaja rumah ibadat yang mengeluarkan suara atau bunyi-bunyian. Bagaimana dengan kuil hindu dan tokong Buddha yang membunyikan loceng masing-masing pada waktu-waktu tertentu.

Bagaimana pula bunyi bising mercun yang walaupun diharamkan namun dilepaskan juga sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina sehingga memakan masa berpuluh hari lamanya. Bagaimana pula asap dari colok-colok gergasi yang dinyalakan di tokong-tokong Cina pada perayaan-perayaan tertentu? Dan bagaimana pula perarakan-perakan keagamaan termasuklah Hindu dan Kristian yang menganggu kelicinan dan kelancaran lalulintas. Ini belum lagi kita membicarakan darihal daging-daging babi salai yang disalai secara terbuka di bandar-bandar besar, contohnya di Petaling Street yang turut dikunjungi oleh ramai penduduk Islam. Kesimpulannya selama ini, masing-masing pihak boleh menerima budaya, amalan dan kepercayaan masing-masing dengan penuh sikap tolak ansur dan toleransi, mengapa tiba-tiba Dr Tan perlu melatah?

Sekiranya DAP menganggap perkara ini sebagai hak mereka untuk dibangkitkan pada bila-bila masa, maka berwaspadalah, akhirnya nanti masyarakat Melayu samada yang kuat Islamnya ataupun tidak akan menolak DAP bulat-bulat. Selamat tinggal DAP!

Oleh: IBNU W YAACOB
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Hrkh) – Belum pun sempat kerajaan Barisan Nasional (BN) membentang belanjawan bagi tahun 2006, PAS hari ini telah mengemukakan empat langkah fiskal sebagai saraan bagi kebaikan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Empat langkah itu adalah, belanjawan mestilah yang prorakyat, properniagaan, propertumbuhan ekonomi dan propengurusan kewangan awam yang berhemat.

Empat langkah fiskal itu bermotif kepada menjana pertumbuhan ekonomi yang sederhana tetapi lestari, meringankan beban rakyat, memantapkan sektor swasta dan menjana suasana kondusif bagi meningkatkan daya saing dalam ekonomi.

Saranan itu dibentang oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar dan Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakob di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen sebentar tadi.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan wakil pelbagai media.

Antara cadangan yang terkandung dalam saranan belanjawan 2006 yang dikemuka PAS itu ialah, kerajaan perlu membekukan kenaikan harga runcit petroleum, membekukan kadar tol, membekukan kadar tarif air dan elektrik, mewujudkan kadar upah minimum dan menurunkan kadar duti eksais kereta import.

PAS juga mahu kerajaan menentukan akses yang seluas-luasnya kepada semua golongan untuk mendapatkan pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.

Selain itu dalam saranan itu PAS juga mencadangkan kepada kerajaan agar memberi dua setengah bulan bonus kepada kakitangan awam atau tidak kurang daripada RM2,000.

PAS juga mahu kerajaan memansuhkan cukai jalan bagi kenderaan berkuasa bawah 1,500 cc, katanya.

Dalam masa yang sama, PAS juga mahu kerajaan membaikpulih daya saing ekonomi kerana mengikut laporan Institut Pembangunan Pengurusan yang berpusat di Geneva, kedudukan daya saing Malaysia jatuh daripada tempat ke-16 kepada ke-28.

"Amalan rasuah dan birokrasi menyumbang kepada kejatuhan ini," kata Kamaruddin.

Selain itu PAS juga mahu kerajaan menggalakkan keseimbangan pembangunan antara wilayah supaya keciciran pembangunan yang berlaku selama ini di wilayah seperti Sabah dan Sarawak dapat diatasi, katanya.

PAS juga mahu kerajaan mengurangkan hutang kerajaan yang kini dianggarkan sekitar RM180 hingga RM200 bilion, iaitu melebihi 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

(Dapatkan kenyataan penuh Pembentangan Saranan Langkah-langkah Belanjawan Alternatif 2006 di ruangan kenyataan rasmi Harakahdaily dalam masa terdekat)

 

Khamis, September 29, 2005

Oleh: Tun Paduka Tuan

Jika tidak ada aral merintang dan tentunya dengan takdir Allah s.w.t. juga, malam lusa, 30 September kemudian diikuti pada 1 September (berturut-turut) maka akan berlangsunglah apa yang dinamakan Konsert Tautan Kasih di Padang Perdana Kota Bharu Kelantan dan konsert sempena pengisytiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.

Kasih siapa dan cinta siapa hendak ditautkan, serta untuk apa, Wallahualam! Cuma di dalam majlis itu khabarnya diundang sama orang-orang yang kurang sihat anggota, alias cacat untuk turut sama berkonsert dan berhibur. Barang kali mereka yang buta dan tuli juga ada sama. Mereka akan berkongsi – si buta akan menceritakan kelunakan suara penghibur kepada sipekak, sementara sipekak pula akan menceritakan telatah penghibur di pentas kepada si buta.

Penglibatan manusia kurang upaya itu, untuk diberikan hiburan, adalah sebagai tanda simpati, prihatin dan juga kepekaan tinggi pihak penganjur. Bahawa orang cacat perlu dilayan, diberikan keperluan zahir dan batin secukupnya. Mereka perlu dibantu jiwanya, demi meneruskan kehidupan ini. Budi dan ingatan yang baik itu mudah-mudahan akan dinilai di atas mirzam keadilan di akhirat kelak.

Pada majlis konsert Tautan Kasih, kemuncaknya ialah kehadiran pemenang Akademi Fantasia (AF) 3 yang menjadi sanjungan dan kegilaan dewasa ini. Di sini kita tidak mahu mempersoalkan lagi mengenai kontroversi pemergian artis itu ke negeri tadahan wahyu itu sehingga mengheret dua orang ulama muktabar di dalam Pas bersabung mulut. Itu terserah kepada kedua sang ulama itu.

Sebab ulama ini diikhtirafkan sebagai insan yang alim dan waruk. Mempunyai kitab, petikan hadith dan juga pandangan (teologi) sendiri berlandaskan kepada keilmuan masing-masing. Apa lagi ulama di zaman sekarang ini petah dan licik di dalam mencari hujah untuk membalas hujah. Ada kalanya hujah yang dipertahankan itu bukan sangat di atas kepentingan umum, melainkan demi mempertahankan ego sendiri.

Kita serahkan soal serabut-menyerabut itu kepada ulama-ulama berkenaan.

Secara mutlak, bahawa konsert dan juga hiburan sesuatu yang menjadi buruan nafsu di dalam kehidupan. Ia dituntut dan harus dipenuhi. Bila untuk menegakkan keperluan ini maka Rasulullah pun diheret sama kononnya baginda juga turut berhibur. Hiburan macam mana? Ingin kita ajukan persoalan, benar hiburan itu diperlu, tetapi apakah ia terkhusus kepada konsert atau nyanyi-nyanyian sahaja?

Jika begitu kenalah kerajaan Kelantan mengadakan konsert berkenaan. Menghiburkan mereka yang cacat dan juga yang sihat. Melowongkan satu dimensi baru dalam bidang hiburan di Kelantan. Demikian juga, konsert pada 1 Oktober di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu sebagai menyambut pengisytiharan rasmi Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.

Tidak mengapalah walaupun ciri-ciri Islam belum terserlah, tetapi pengisytiharan itu sebagai mencampakkan biji benih. Apa lagi memang menjadi kesukaan orang politik menguar-uarkan sesuatu perkara itu lebih awal. Ada kalanya yang diuar-uarkan itu tidak menjadi kenyataan pun akhirnya. Barangkali demikianlah ‘sunnah’ orang politik.

Tidak mengapa juga sebab mereka akan ada hadith, ada ayat-ayat al-Quran untuk menjawabnya dan dijadikan sandaran bagi menghalalkan tindakan mereka. Selalunya pula orang kita bila mendengar ayat-ayat Quran akan mudah lena dan tanpa bahas lagi. Seolah-olah ayat-ayat yang dibaca itu menjadi kunci kepada persoalan sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Mungkin mereka akan berkata tidak mengapa menguar-uarkan sesuatu yang baik. Sebab, kalau tidak jadi, tidak berdosa, tetapi pahala niat tetap sudah ada. Apakah kita ini boleh hidup dan cukup dengan niat sahaja? Makan angin dan asap!?

Adapun di sini apa yang hendak dipesankan ialah kepada pihak penganjur kedua-dua konsert berkenaan. Ada beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian demi menjaya dan juga menjadikan konsert berkenaan tidak mendatangkan masalah. Peringatan ini adalah sebenarnya kepada mereka yang sudah tahu lagi arif. Tapi atas sifat manusia itu lemah maka ia perlu diperingatkan berulang-ulang kali.

Tuhan sendiri mengingatkan hambaNya berkali-kali. Sebabnya Dia sudah tahu sebagai makhluk yang tidak sempurna (dijadikan daripada tanah hitam lagi hanyir) manusia sering kali lupa dan lalai. Atas ‘juh’ itu jugalah saya ingin berpesan kepada pihak penganjur berhubung konsert berkenaan.

Ada pun perkara yang perlu diingat dan ditekankan ialah mengenai keselamatan konsert berkenaan. Hendaknya konsert itu dijaga agar berjalan dalam suasana aman, teratur dan penuh sopan santun sesuai ia berlangsung tempat yang bakal diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam.

Pastikan tidak akan ada percampuran di antara lelaki dengan perempuan. Kalau pun pengasingan tidak ada, pastikan konsert itu tertib dan bukan berlaku seperti di konsert-konsert lain di luar Kelantan.

Mungkin boleh dibenarkan jerit menjerit atau bersorak, tetapi jangan keterlaluan. Harus difahami yang hadir adalah anak-anak muda yang otaknya belum penuh. Mereka datang selain hendak mendengar suara penyanyi pujaan mereka, mereka hendak lihat dari dekat wajah penyanyi kesayangan mereka. Tentunya harapan lebih jauh dari itu ingin menyentuhnya,

Lagak anak muda ini samalah dengan lagak orang tua yang taksub atau terpesona dengan tok-tok guru. Mereka akan kerumun dan berasak-asak untuk bersalaman dengan tok-tok guru di mana juga.

Kalau orang tua nak bersalaman dengan tok-tok guru kerana nak dapatkan berkat, begitu juga dengan remaja, mereka nak bersalaman dengan artis kerana hendak mendapat autograf. Bagi mereka autograf adalah sama seperti sepotong doa yang diberikan ulama atau maha guru kepada orang yang taksub kepadanya.

Keadaan ini jangan biarkan kelam kabut. Pihak penganjur hendaklah menjaga suasana ini. Bukan apa demi untuk menghormati Kota Bharu sebagai bandaraya Islam. Islam itu teratur dan sopan. Kalau ianya sama dengan apa yang berlaku ditempat lain, maka KB dengan tempat lain dua kali lima sahaja. Maka janganla orang di Kota Bharu menuduh konsert di luar tidak islamik pula.

Selain itu kawalan keselamatan kepada mereka yang hadir juga kena ketat. Kalau target 100,000 pengunjung itu menjadi kenyataan, ia akan menjadi satu masalah. Kemungkinan yang patut disendakkan di kepalanya ialah akan adanya perbuatan sabotaj oleh musuh kerajaan Pas. Tidak mustahil musuh yang sentiasa mencari peluang akan mengambil kesempatan ini. Kena jaga hal ini jangan sampai berlaku.

Apa-apa boleh berlaku di dalam khalayak yang ramai begitu. Dan kena ingat musuh masuk dengan segala kelengkapan yang canggih. Mereka bukan masuk tangan kosong. Kita bimbang kalau berlaku sabotaj atau pengkhianatan, maka tujuan murni konsert itu akan bertukar menjadi benda lain. Kala inilah nanti kesalan sudah tidak berguna lagi.

Bagaimana pun kita percaya dan mengharap ia akan menjadi kenyataan. Sepatah kata MB Besar Kelantan, negeri Kelantan akan selamat selagi ianya dijagai oleh ulama! Atas kata-kata yang berbau sedikit ego itu, kita harapkan Kelantan akan selamat dan konsert itu akan berjaya dan berjalan dalam suasana aman dan membawa natijah yang tersurat dan juga yang tersirat! - Reformasi.

Rabu, September 28, 2005

PENDAFTARAN PASTI 2006
DIBUKA UNTUK ANAK-ANAK BERUMUR 4,5 & 6 TAHUN.

UNTUK PENDAFTARAN DAN MAKLUMAT LANJUT

SILA HUBUNGI :

PASTI AS-SIBYAN, TAMAN DUSUN SETIA, SEREMBAN

019-3395768 (CIKGU NORLELA), 012 6830738 (SDR. MOHD ALI) PASTI AS-SAADAH, GEDUNG LALANG 162 017-6923147 (CIKGU KAMILAH)

PASTI AL IKHWAN, TMN PAROI JAYA 012-6835226 (USTAZ SUHAIMI)

PASTI AL-HADI, TMN PANCHUR JAYA 012-3607910 (CIKGU NORLELA), 019-3193627 (SDR HAMIDON)

PASTI AL-FALAH, TMN DESA RHU 06-7644568 (CIKGU NORAISHAH)

PASTI AL-BADAR, RUMAH RAKYAT PANTAI 013-6665005 (CIKGU JAMIAH)

PASTI AL-FATIHAH, TMN SERI RAMBAI, KG ISMAIL 06-7619557 (CIKGU HAMIZAH)

Muka Depan Buletin DPPKS Edisi Oktober 2005

Oleh : Roslan SMS
Perkara seperti ini acapkali berlaku. Dalam keghairahan pengurus, pentadbir ataupun pemegang amanah rumah kebajikan ataupun anak-anak yatim memungut dana untuk organisasi masing-masing, kadang-kadang perkara penting seperti ini tidak dipedulikan.Yang sedihnya rumah kebajikan, rumah anak yatim dan seumpamanya itu diurus dan diselenggarakan oleh orang-orang Islam sendiri. Dan penghuninya samada kebanyakkan ataupun rata-rata adalah orang Islam belaka.Anak kecil yang tak tahu sumber hadiahnyaMengapa kita tidak prihatin dan berhati-hati dalam hal sumber dana yang kita terima itu? Walaupun sebesar mana mungkin dana yang disalurkan namun kalau berpiunca dari sumber yang haram, ianya tetap haram jua.
Tidakkah Allah swt telah berfirman dalam surah al Baqarah 172:Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik, yang halal, yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada Allah.Malah di sana terdapat hadis Rasulullah saw yang bermaksud:Dari Saad bin Abi Waqas Radiallahuanhu ia berkata, wahai Rasullullah serulah kepada Allah untuk menjadikan aku orang yang mustajab dengannya, bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, wahai Saad, perbaikilah makananmu, nescaya kamu menjadi orang yang dikabulkan doanya. Demi jiwa Muhammad dalam genggaman-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan diterima amal kebajikannya selama empat puluh hari. Dan barangsiapa yang daging dalam badannya tumbuh dari yang haram dan dari hasil riba, maka api Neraka lebih layak baginya. (Riwayat Al-Imam At-Tabarani).
Semalam sebagaimana yang diterbitkan oleh Buletin Utama TV3 dan disiarkan dalam BERITA HARIAN hari ini, Persatuan Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia (YHKM) yang penaungnya adalah isteri TPM dilaporkan mengaih-agihkan bantuan peralatan sekolah iaitu beg, kasut dan pakaian seragam sekolah kepada 785 murid daripada 14 rumah anak yatim, di samping sumbangan yang salah sebuah penyumbangnya adalah Berjaya Group.
Berjaya Group yang dimiliki Vincent Tan disenaraikan oleh Bursa Malaysia sebagai syarikat yang tidak berlandaskan syariah, bermakna core activity ataupun aktiviti utama syarikat berkenaan melibatkan aktiviti yang haram

Bebal minyak

Bebal minyak Hishamuddin Rais -

Hishamuddin Rais

...adalah seorang manusia baru dengan roh yang bebas. Beliau merupakan pendukung dan pengembang asal mazhab NGI (non-governmental individual). Dipengaruhi oleh fahaman Marxis jenis Groucho, Isham adalah lulusan daripada sekolah pemulihan pemikiran politik seperti Melbourne Tellamarine Center, Bombay Arthur Road, Ayer Molek dan Dang Wangi. Kolumnya di malaysiakini - DOTMAI - terberhenti sejak April 2001 selepas penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Isham dibebaskan Jun lalu selepas dua tahun di Kem Tahanan Kemunting. Kini Isham muncul semula dengan kolum DOTMAI KEMBALI di mana beliau akan menulis mengenai isu-isu politik semasa, filem, seksualiti hingga kepada isu estetika kebosanan hidup.

Just before war broke out in 1914, British and German companies had negotiated joint participation in the newly-founded Turkish Petroleum Company that held prospecting rights in Mesopotamia. The war ended the Anglo-German oil partnership and it exposed the territories of the German-allied Ottoman Empire to direct British attack. As war continued, oil seemed ever more important and shortages ever more menacing to the imperial planners. Sir Maurice Hankey, powerful Secretary of the British War Cabinet, wrote to Foreign Secretary Arthur Balfour during the wars final stage, to argue that oil had become absolutely vital to Britain and that oil resources in Mesopotamia would be crucial in the future. “Control of these oil supplies becomes a first-class war aim,” Hankey said enthusiastically, as British troops closed in on Baghdad. Dipetik dari buku Hadiah Pulitzer tulisan Daniel Yergin - The Prize: The Epic Quest for Oil, Money and Power New York 1991). Setelah taufan Katrina berlalu, kini warga dunia telah diberi tahu satu lagi taufan bernama Rita akan melanggar kawasan persisiran Laut Teduh di Amerika Syarikat. Kedatangan taufa Katrina telah memusnahkan bukan sahaja kota New Orleans tetapi beberapa buah pelantar minyak di Telok Mexico. Katrina telah melonjakkan harga bahan bakar minyak mentah dunia hingga mencecah 71 dollar satu tong. Taufan Rita yang sedang bergolak di Telok Mexico sedang bergumpal dan bertiup menuju ke Texas. Kemungkinan Rita melanggar musnah 18 buah loji penapis minyak di Texas adalah satu perkara yang paling mencemaskan, bukan hanya rakyat Amerika tetapi ekonomi dunia. 18 buah loji ini mengeluarkan empat juta tong minyak sehari atau suku dari pada jumlah minyak mentah yang telah ditapis di Amerika Syarikat. Semasa saya menyediakan tulisan ini, harga minyak mentah telah mula mencecah 67.80 dollar satu tong. Kemungkinan harga ini akan naik lagi tidak dapat dipertikaikan. Persoalannya yang wajib kita sama-sama renungkan ialah hingga ke tahap mana bahan bakar petrol ini akan naik. Saya merasakan di negara kita ini, kesedaran tentang minyak dan arus politik ekonomi minyak amat minima. Saya masih belum melihat berlakunya perbincangkan akademik atau wacana ilmiah dari para pemikir tamadun – jika mereka wujud – tentang peranan minyak dan budaya konsumer yang kita alami hari ini. Parti-parti politik, dari yang berkuasa hingga ke parti yang bermimpi-mimpi hendak berkuasa, masih gagal memahami implikasi politik minyak. Badan-bandan Ngo kelihatan tidak bermaya untuk memahami apa itu politik minyak. Saya tidak mengharapkan universiti kerana universiti-universiti di negara ini, telah lama ‘mandul’ ilmu. Akhirnya apa yang wujud hanyalah budaya bebal minyak. Malah, masih ramai yang berpendapat bahawa harga minyak melonjak naik kerana wujudnya spekualsi dari syarikat-syarikat gergasi minyak yang memasung pengeluaran dan pengedaran minyak. Mengikut hujah pandangan garis ini, para spekulasi ini sedang bersekongkol dengan media untuk menakut-nakutkan pengguna agar harga minyak terus dapat dinaikkan. Saya tidak menafikan bahawa dalam suasana kelam-kabut dan tidak menentu ini, keuntungan maksima memang sedang diraih dan meloroh masuk ke dalam kantung syarikat-syarikat gergasi minyak. Exxon, Chevron, Mobil, British Petrolium, Shell, Gulf dan Texaco adalah gergasi-gergasi yang juga dikenali sebagai Seven Sisters. Syarikat-syarikat inilah yang memiliki dan menguasai carigali dan pemasaran minyak dalam dunia ini. Pertamina dan Petronas hanyalah sebesar tahi lalat Azean Irdawaty berbanding dengan Seven Sisters. Kuasa tentera Jerman Biar saya ulang sebut beberapa fakta sejarah agar kita sama-sama dapat merasakan taufan yang telah dibawa oleh bahan bakar minyak ini. Perang dunia pertama berlatarbelakangkan bahan bakar minyak. Perang dunia kedua juga adalah perebutan minyak antara kuasa imperial British yang telah menawan, menakluk dan memiliki telaga-telaga minyak di Timur Tengah dengan kuasa tentera Jerman yang tidak memiliki minyak. Serangan dan penaklukan tentera Jerman ke atas Mesir – jauh dari pentas perang Eropah – bertujuan untuk menguasai telaga-telaga minyak di Timur Tengah. Tentera Mussolini yang menakluki Libya, juga bertujuan untuk menjarah telaga minyak yang telah dimiliki oleh kuasa imperial British. Pentabiran Muhammad Mussadegh (1951-53) di Iran, telah disingkirkan oleh kuasa Anglo-Amerika kerana Perdana Menteri Iran ini telah memiliknegarakan telaga-telaga minyak negaranya. Penggantinya ialah Ahmad Reza Pahlevi yang telah dinobatkan oleh kuasa Anglo-Amerika untuk memastikan Seven Sisters dapat sekali lagi beroperasi tanpa halangan di Iran. Malah, jika rajin mengkaji sejarah negara kita sendiri, maka kita akan bertemu bagaimana pada tahun 1962, rancangan Brunei untuk menjadi kerabat Malaysia, telah dihalang oleh kepentingan Shell. Tiba-tiba, pada tahun 1967, Sultan Omar Ali Saifuddin diberitakan ‘tidak sihat’ dan digantikan dengan Sultan Hassannul Bolkiah yang ketika itu masih lagi muda. Tidak dapat tidak, sandiwara ini adalah sandiwara Shell. Perang Iran dan Iraq bermula apabila kepentingan syarikat minyak Seven Sisters tergugat oleh pentabiran Ayatollah Khomenei. Perang ini berlanjutan dan berjangkit ke Kuwait, wilayah yang dianggap oleh warga Iraq sebagai sebahagian dari tanahair mereka. Dua tahun dahulu, kuasa imperial Anglo-Amerika dengan segala kekuatan bala tenteranya, telah menyerang dan menakluk Iraq. Hari ini, warga dunia dari ceruk manapun telah mengetahui bahawa tujuan serangan ini ialah untuk menguasai dan memiliki telaga minyak Iraq yang telah dimiliknegarakan oleh kerajaan Parti Sosialis Baath di Iraq semenjak tahun 1974. Perang di Iraq yang sedang dipentaskan hari ini, adalah bukti seperti ‘siang lagi bersuluh’ tentang peranan bahan bakar minyak petrol. Saya telah menulis dan cuba menerangkan kepada umum, terutama kepada ramai penganut mazhab bebal minyak bahawa bahan bakar minyak petrol ini telah semakin susut. Saya dapati kebebalan yang maha sangat ini, sedang melanda budaya fikir warga negara ini. Sedikit sebanyak, saya dapat memahami kenapa begitu liat sekali kesedaran ini meresap. Dan bagitu susah sikap bebal minyak ini pecah. Dari sudut ilmu falsafah, perkara yang amat susah untuk diterima ialah kebenaran, terutama apabila kebenaran itu akan mengancam pandangan dunia yang sedang dipegang. Teori puncak minyak Untuk ini, sekali lagi saya akan cuba menerangkan apa yang dipanggil teori ‘Peak Oil’ atau yang telah saya sunatkan untuk menjadi teori Puncak Minyak. Teori ini dikeluarkan oleh M King Hubbert, seorang pakar kajibumi – geophysicist – Amerika. Dia telah menulis dan menyampaikan teorinya kepada American Petroleum Institute pada tahun 1956. Mengikut teori ini, Hubbert telah meramalkan pengeluaran minyak di Amerika Syarikat akan sampai ke puncak di antara tahun 1965– 1970. Apabila pengeluaran minyak ini telah sampai ke puncaknya, maka ianya akan menurun dan akhirnya minyak ini akan habis. Hubbert memunculkan teori ini berdasarkan pengamatan data-data tahap kesusutan sesebuah telaga minyak. Dia menolak pandangan pakar kajibumi yang menganggap bahawa telaga minyak adalah satu tasik minyak dibawah tanah yang hanya perlu ditemui dan disedut minyaknya keluar. Seperti menyedut air soya dalam kotak. Menurut Hubbert telaga minyak ialah batu-batan yang mengandungi minyak yang wajib mendapat tekanan. Kawasan di sekeliling batu-batan minyak ini, wajib mendapat tekanan yang teratur rapi, terutama di sekitar telaga. Tanpa tekanan, mungkin minyak tidak akan dapat ditimba keluar. Kuasa tekanan untuk mengeluarkan minyak ini akan dilakukan dengan memancutkan air, gas atau apa sahaja. Telaga minyak akan dianggap susut apabila tenaga untuk mewujudkan tekanan ini sama sahaja kosnya dengan jumlah minyak yang dikeluarkan dari telaga ini. Mengeluarkan minyak dari telaga seperti ini akan dianggap tidak berbaloi walaupun masih banyak lagi minyak yang belum dikeluarkan dari telaga ini. Bila ini terjadi, maka telaga ini telah melintasi Puncak Minyak. Ketika Hubbert mengajukan teorinya pada tahun 1956, dia dianggap sasau dan tidak waras dari segi ilmiah dan akademik. Hari ini, terbukti teori Puncak Minyak yang diajukan oleh Hubbert tepat ke sasarannya. Amerika Syarikat telah sampai ke puncak pada tahun 1971, seperti yang diramalkan oleh Hubbert. Puncak minyak telah melintasi Russia pada tahun 1987, Brunei (1979), Libya (1970), Iran (1974) dan Indonesia pada 1997. Puncak penemuan minyak dalam dunia ini ialah pada tahun 1964. Berdasarkan teori ini dan dengan data-data terbaru, maka pengeluaran minyak sedunia akan sampai ke puncak tidak lama lagi. Pengkaji yang optimis pula telah berani memberikan tarikh 2020 sebagai puncak minyak sedunia. Tetapi ada pula pengakaji yang lebih pesimistik yang mengatakan bahawa dunia telah melintasi puncak minyak. Memang betul, apa yang diajukan oleh Hubbert hanyalah satu teori. Dan sebagai satu teori, ianya boleh disanggah dan diperlekehkan. Tetapi hakikatnya, pada hari ini, semakin jelas kelihatan bahawa pengeluaran minyak dalam dunia ini tidak berupaya untuk menampung permintaan. Permintaan yang meninggi dan pengeluaran yang mengecut, telah melonjakkan harga komoditi ini. Ini memperkuatkan lagi teori Hubbert ini. Teori Puncak Minyak ini telah mendapat sokongan dari Matt Simmons, Pengerusi Simmons and Company International – sebuah bank perlaburan carigali minyak. Matt Simmons juga adalah seorang penasihat kepada ‘2001 Energy Task Force – di bawah jabatan Naib Presiden Dick Cheney. Matt Simmons orang minyak ini, bukan orang biasa. Ertinya dia mengetahui semua selok-belok dan hal-hal bersangkutan dengan bahan bakar minyak petrol. Matt Simmons berpendapat, pasaran minyak semakin kelam-kabut kerana 90 peratus pengeluaran minyak dari Arab Saudi, hanya datang dari lima telaga yang telah beroperasi lebih daripada 50 tahun. Arab Saudi adalah pengeluar minyak terbesar di dunia. Tamadun konsumer Selama dua dekad ini, tidak wujud data-data terperinci tentang pengeluaran dan carigali minyak di Arab Saudi. Semuanya dirahsiakan oleh kerajaan Saud. Ini meremangkan bulu tengkok sesiapa sahaja yang menjalankan kajian ilmiah tentang minyak petrol. Kita harus sama-sama menerima hakikat bahawa tamadun yang sedang kita alami ini ialah tamadun minyak. Panggillah ianya apa sahaja – tamadun moden, pasca moden, late capitalism, pasca Marxism atau pra tamadun Islamic – hakikatnya, kita sedang bergelumang dalam tamadun konsumer yang dijana oleh minyak petrol yang senang didapati dan murah. Semua yang wujud di sekeliling kita hari ini ada bersangkutan dengan bahan bakar minyak petrol. Kita diterangi, dipanasi dan diangkut ke hulu ke hilir oleh minyak. Kita makan dan kita minum minyak petrol. Makanan yang dihidangkan di meja makan kita adalah minyak. Tepung, beras, sayuran, daging atau ayam yang dimport, memerlukan pengangkutan. Pengangkutan bermakna minyak. Gandum yang menghasilkan tepung, memerlukan baja. Baja ertinya minyak petrol. Ikan yang dicari di lautan, wajib ditangkap dengan kapal nelayan. Kapal nelayan bermakan bahan bakar minyak. Ayam yang kita bawa masuk dari Siam wajib dibawa dengan lori. Lori ini memerlukan minyak petrol. Kain baju yang kita pakai pun dari minyak. Hakikatnya, dalam tamadun konsumer hari ini adalah tamadun minyak petrol. Kerana bahan bakar ini begitu penting, maka saya meminta kita memberi perhatian serapi mungkin terhadap gerak politik minyak yang sedang berlaku di sekeliling kita, agar kita tidak terus menjadi bebal minyak dan tiba-tiba melopong ternganga apabila Kancil kita tidak berupaya lagi bergerak. Perhatikan dengan rapi – hari ini tentera laut negara China telah berubah menjadi apa yang dipanggil ‘Blue Navy’. Peralihan ini bermakna, tentera laut China bukan lagi hanya berligar di kawasan perairan persisiran China, tetapi memiliki keupayaan untuk berlayar jauh. Ini dilakukan untuk mengawal dan menjaga keselamatan kapal-kapal pembawa minyak yang akan masuk ke pelabuhan China. Perhatikan dengan rapi – perang sudara di Darfur Sudan. Latarbelakang perang ini ialah perebutan blok atau kawasan-kawasan minyak yang telah diagih-agihkan kepada syarikat-syarikat carigali minyak, termasuk Petronas dari Malaysia. Perhatikan dengan rapi – apa yang sedang bergolak di Lembah Niger, Nigeria. Jangan lupa tentang seniman dan penulis Ken Saro-Wiwa yang telah dihukum bunuh kerana berjuang menentang syarikat Shell yang memusnahkan wilayah Ogoni kawasan, kaumnya pada tahun 1995. Perang pemisah yang sedang berlaku sekarang, semuanya berasaskan perebutan blok atau kawasan yang buminya dianggap memiliki minyak. Parlimen dan isu AP Perhatikan dengan rapi – tentang pencerobohan kapal selam China ke perairan Jepun pada awal tahun ini. Ini juga bersangkutan dengan minyak. China sedang menduga sistem pertahanan laut Jepun. Perhatikan dengan rapi – perebutan kawasan perairan di antara Indonesia dan Malaysia yang baru berlalu tidak lama dahulu. Ini juga berlatarkan perebutan blok minyak. Di negara kita ini, saya perhatikan penganut mahzab bebal minyak ini semakin bebal. Saya ingin memeranjatkan mereka dan memberitahu bahawa dalam masa yang amat singkat, Malaysia tidak akan lagi memiliki minyak untuk dijual. Malaysia akan melintasi puncak minyak atau telahpun memasuki zaman puncak minyak. Sikap bebal minyak saya perhatikan semakin menjadi-jadi. Satu petanda yang amat jelas ialah garis ekonomi kerajaan kita yang begitu ghairah dengan industri kereta dan motosikal. Perbincangan yang dilakukan di Parlimen oleh pihak kerajaan dan pihak yang bermimpi hendak menjadi kerajaan mengenai industri ini, hanya berupaya ke tahap permit AP. Otak ahli-ahli Parlimen kita tidak berupaya untuk berhujah dan menilai lebih jauh: – Apakah industri kereta ini satu bentuk industri lama yang telah ditinggalkan zaman – Apakah industri ini sengaja ditinggalkan kepada dunia ketiga kerana ianya bersifat ‘kotor’ – Apa pandangan para YB tentang masa depan industri ini yang dijangka hanya akan dimiliki oleh hanya lima syarikat motor gergasi dan tidak termasuk Proton atau kedai membaiki motor di Kampung Kerinchi. – Apakah para YB tidak menyedari bahawa banyak syarikat kereta dalam dunia ini sedang menuju ke gaung kemuflisan, termasuk Proton. Hari ini, kereta dan motosikal ini telah menjadi pembunuh bersiri yang paling rajin. Dalam masa yang sama industri yang bersangkut rapat dengan bahan bakar petrol ini, sedang membawa musibah pencemaran alam sekitar. Pembakaran petrol dari enjin kereta, telah bertanggungjawab menaikkan suhu kepanasan dunia yang kini melahirkan perubahan cuaca. Cuaca dunia yang berubah ini pula melahirkan Katrina dan Rita yang memusnahkan diri kita sendiri. Hanya yang si bebal sahaja tidak dapat mencampur dua sama dua. Saya cukup yakin, sesiapa yang bebal minyak akan terperanjat tidak lama lagi akan apabila dunia berhadapan dengan Puncak Minyak. Hingga ke hari ini, lebih dari 25 bilion tong minyak telah dikenal pasti. Dalam masa yang sama, hanya 8 bilion tong minyak baru, yang telah ditemui. Hari ini, dunia menggunakan 84.3 juta tong minyak sehari, ertinya 30 bilion tong untuk setahun. Pengeluaran dan permintaan jika selari, maka tidak berlaku kelam-kabut seperti hari ini. Tetapi ekonomi dunia dan keadaan politik dunia tidak dalam keadaan ceteris paribus. Keadaan berubah, permintaan dari China dan India telah memberi tekanan kepada pengeluaran yang sedia sempit. Akhir bulan ini atau bulan hadapan, kerajaan Indonesia akan melupuskan subsidi bahan bakar minyak untuk rakyat Indonesia. Pentabiran Presiden Susilo telah bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Keretakan rejim Suharto dahulu bemula apabila Suharto cuba menaikkan harga bahan bakar ini. Kali ini Susilo pula akan mencuba melakukan perkara yang sama dalam suasana pasca reformasi. Saya berharap semua penganut bebal minyak akan mengikuti apa yang akan berlaku di Indonesia dan bukan hanya bersembang kosong tentang AP.