Jumaat, Oktober 28, 2005

MANGSA ISA...Inilah wajah mangsa ISA sebenarnya iaitu anak-anak yang ditinggalkan apabila ayah mereka ditahan di bawah ISA. Kini sudah lebih empat tahun mereka ditinggalkan. Ketika kanak-kanak lain beraya bersama ibu dan ayah mereka,kini sudah masuk tahun kelima mereka beraya tanpa kehadiran ayah mereka, Lotfi Ariffin di sisi, yang ditahan di bawah ISA sejak lebih 4 tahun lalu. Baru-baru ini Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah melanjutkan lagi dua tahun tempoh tahanan ayah mereka. Isteri Lotfi atau ibu kepada kanak-kanak ini, Puan Naimah Abdullah, sentiasa sebak di dada apabila anak mereka bertanya, "Bila nak jumpa ayah?" terutama dari anak ketiga mereka, Ahmad Fathi, 4 tahun itu. Dari kiri Ahmad Salahudin, Ahmad Fathi dan Abdul Aziz. Foto Md Sabri Said.

0 Comments:

Post a Comment