Ahad, Oktober 16, 2005

TABUNG Haji Plantation Berhad (THP) yang mula ditubuhkan pada 28hb Ogos 1972 adalah sebuah anak syarikat Tabung haji yang berorientasikan kepada perladangan khususnya kelapa Sawit THP memiliki 11 estate dengan jumlah keluasan 16,227 hektar dan 3 buah kilang yang dapat mengeluarkan 419,000 metrik tan setahun.

Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8 , Akta Lembaga urusan dan Tabung Haji 1969 adalah bertujuan untuk:
Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagai memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam dan
Memberi perlindungan pengawalan daan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan mengadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.
Berasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu membeli perkhidmatan yang baik sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atau wang simpanan mereka.
Pembentangan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin di Parlimen, supaya THP disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) telah mendapat kritikan pelbagaai pihak. Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) telah menggariskan 5 persoalan dan kebimbangan terhadap cadangan ini.
a. Apabila THP disenaraikan di BSKL maka pemilikan sahan THP adalah terbuka kepada pelbagai pihak termasuk pelabur asing dan pelabur yang bukan Islam. Justeru kawalan terhadap kepentingan pencarum-pencarum Tabung Haji oleh pihak Tabung haji sendiri semakin berkurang seterusnya ia sangat mudah terdedah kepada sebarang pelaburan yang tidak mengikut syarak dalam jangka masa panjanng.
b.Selama ini THP tidak pernah menghasapi maasalah modal kerana ia adalah sebuah anak syarikat Tabung Haji yang memiliki simpanan kewangan dan aset yang besar dalam negara ini. Apakah rasionalnya THP disenaraikan di BSKL sedangkan ianya berisiko tinggi untuk di monopoli oleh pihak luar?
c. Apabila cadangan ini dikeluarkan maka pelbagai persoalan timbul dikalangan rakyat khususnya yang mencarum. Mereka mempersoalkan adakah Tabung Haji sedang menghadapi krisis kewangan akibat daripada kegagalan pelaburan. Kelemahan pengurusan dan penyelewengan?Mereka beranggapan mungkin sebagai usaha untuk melunaskan hutang yang banyak maka Tabung Haji memerlukan dana modal yang besar tanpa kos pembiayaan balik melalui penyenaraian di BSKL. DPPP beranggapan bahawa tanggapan seumpama ini di pihak pencarum adalah lambaang ketidak yakinan mereka kepada Tabung Haji akan kehilangan modal yang besar daripada pencarum-pencarumnya.
Rakyat sering didedahkan dengan pelbagai kelemahan pengurusan Tabung Haji dari kurangnya daya saing dalam pelaburan anak syarikat Tabung Haji walaupun ianya didominasi sepenuhnya oleh orang Islam. Persoalannya adakah Tabung Haji mampu mengawal THP setelah disenaraikan setelah pelabur asing turut sama memiliki kepentingan dalam THP?
e. Selama ini Tabung Haji memperolehi modal daripada pencarum-pencarum yang menanam cita-cita untuk menunaikan haji dan kebanyakakannya berpendapatan kecil. Pencarum ini sudah tentu tidak mampu memiliki saham THP di BSKL kerana mereka tidak mampu dari segi kewangan pengalaman dan pendidikan.
Oleh itu DPPP merasakan pencarum-pencarum kurang mendapat manfaat daripada penyenaraian ini malah modal mereka terdedah kepada pelbagai risiko. Sepatutnya Tabung Haji lebih menekankan kepada kebajikan pencarum-pencarum bukannya mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko.
Berdasarkan kepada pemerhatian Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) terhadap cadangan penyenaraian Tabung Haji Plantation (THP) di Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL) maka DPPP mendesak kepada Y.A.B Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia menghalang penyenaraian THP di BSKL.
Salahuddin Ayub
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

0 Comments:

Post a Comment