Rabu, Oktober 19, 2005

Gambar-gambar Program Ceramah YB Salahuddin di Ampangan, Seremban pada 17hb Oktober,2005.

YB. Salahuddin sedang memberi ucapan.

Diantara yang disentuh didalam ucapan beliau ialah bagaimana Allah SWT telah membalas kekejaman Amerika Syarikat terhadap umat Islam di Afghanistan dan Iraq dengan mendatangkan dua taufan iaitu Taufan Katrina dan Rita. Dimana kemusnahan yang berlaku akibat kedua-dua taufan ini sangat hebat dan tidak dijangka sama sekali oleh pentadbiran Bush. Menurut Sdr. Yb Salahuddin kawasan yang musnah akibat Taufan Katrina adalah seluas Negara Afghanistan dan kemusnahan akibat Taufan Rita adalah seluas Negara Iraq. Didalam ucapan beliau juga disentuh mengenai kegagalan dasar-dasar yang dibuat oleh Kerajaan BN, seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), pembahagian AP dan Isu penyenaraian TH Plantatiaon ke BSKL. Beliau berkata Kerajaan BN telah gagal untuk mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekonomi dalam tempoh 20 tahun. Walaupun dipanjangkan selama 10 tahun lagi melalui Dasar Pembangunan Negara (DPN), penguasaan ekonomi melayu hanyalah di sekitar 18 peratus sahaja. Itu pun setelah di campur dengan ekuiti dari PNB, TNB, Tabung Haji, KWSP dan lain-lain syarikat milik kerajaan. Sekiranya ditolak pegangan syarikat-syarikat tersebut, orang Melayu menurut beliau hanyalah memegang sekitar 3 peratus sahaja pegangan ekonomi negara. Kata beliau, menurut Prof Diraja Ungku Aziz penyebab utama kegagalan ini adalah berpunca dari amalan rasuah yang diamalkan secara berleluasa. Dalam bahasa yang mudah, Kerajaan BN adalah kerajaan rasuah. Dimana rasuah berlaku secara berleluasa dikalangan pemimpin-pemimpin Kerajaan. AJ

YB Salahuddin bersama pimpinan Kawasan dan Negeri.

Jamuan Ringan selepas ceramah.

0 Comments:

Post a Comment