Selasa, November 29, 2005
Isnin, November 28, 2005

Ahad, November 27, 2005

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak kertas pencalonan dua calon bebas, Fauziah Ghani dan Mohd Suji @ Ahmad bin Awang kerana mereka gagal menyediakan wang deposit tunai untuk pencalonan sebanyak RM5,000.
Difahamkan kedua-dua mereka menyerahkan cek untuk pembayaran deposit berkenaan.
Selepas tamat satu jam tempoh penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) dekat sini, SPR kini memberikan tempoh satu jam sehingga 11 pagi ini kepada orang ramai untuk mengemukakan sebarang bantahan.
Calon PAS, Hanifa Ahmad, 59, paling awal memasuki pusat penamaan pada 9.01 pagi ini bagi menyerahkan kertas pencalonannya.
Sebelum itu, beliau yang diiringi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan kira-kira 5,000 penyokong berarak ke pusat penamaan calon itu.
Hanifa menyerahkan kertas pencalonan dengan dicadang Hussin Ahmad dan disokong Hashim Omar.
Seorang lagi calon bebas, Datuk Ibrahim Ali bersama kira-kira 1,000 penyokongnya tiba di pusat itu pada 9.10 pagi.
Pencalonannya dicadang Ismail Chik dan disokong Muhamad Sayuti Ismail.
Calon Barisan Nasional (BN), Hanafi Mamat, 51, yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas bersama-sama hampir 10,000 penyokongnya tiba di pusat berkenaan 10 minit kemudian.
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa, Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kerajaan BN serta menteri-menteri kabinet ialah antara yang mengiringi beliau ke pusat itu.
Kertas pencalonannya dicadang Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan disokong Che Harun Che Ngah.
Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Wan Abdul Aziz Wan Jaafar pada 31 Okt lepas akibat penyakit kanser hati. SPR menetapkan 6 Dis ini sebagai hari pengundian.
Mengikut Daftar Pemilih yang disahkan SPR pada 15 Ogos 2005, seramai 18,411 termasuk 195 pengundi pos layak mengundi melibatkan 10 daerah mengundi iaitu Banggol Chicha, Kubang Badak, Kubang Bemban, Kampung Bharu, Kampung Dangar, Pengkalan Pasir, Jalan Pasir Pekan, Slow Machang, Kasa dan Sakar.
Pihak polis turut mengadakan kawalan keselamatan bagi memastikan proses penamaan calon itu berjalan lancar.

Sebelum perarakan yang bemula jam 8.45 pagi, sebahagian mereka menunaikan solat hajat pada jam 8.20 pagi yang diimami Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat di madrasah itu, kira-kira satu kilometer dari pusat penamaan calon.



Wartawan terkejut ramai penduduk Cina, India iringi calon PAS
0 komen Di hantar oleh dppks pada 11/27/2005 04:39:00 PTGMereka pada awalnya beranggapan perarakan calon PAS sudah bermula, sebaliknya kehadiran ribuan penyokong Barisan Alternatif itu sebenarnya untuk menyertai puluhan ribu penyokong PAS yang sudah berada di Kubang Bemban.


|
|
Sabtu, November 26, 2005
Haji Hanifa Ahmad calon PAS DUN Pengkalan Pasir
0 komen Di hantar oleh dppks pada 11/26/2005 11:45:00 PGTurut hadir, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan.
- mJ
Jumaat, November 25, 2005
Khamis, November 24, 2005

Majlis Jamuan Hari Raya yang dianjurkan bersama olen PAS Kawasan Seremban, Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Dewan Muslimat Kawasan Seremban yang diadakan pada 23hb November 2005 di Taman Setia Jaya (bersebelahan Masjid Jame' Ampangan) telah mendapat sambutan diluar jangkaan. Dimana kehadiran yang pada mulanya dijangkakan hanya sekitar 200 orang telah menjangkau sehingga lebih 400 orang. Memandangkan sambutan yang luar biasa tersebut, Pihak penganjur ingin momohon maaf kepada para tetamu yang hadir sekiranya terdapat sedikit-sebanyak kelemahan dan kekurangan dalam program tersebut. Majlis pada malam itu bermula dengan solat isya' berjemaah diikuti dengan solat hajat untuk memohon pertolongan Allah untuk menghadapi PRK Pengkalan Pasir. Solat hajat telah di imamkan oleh Ustaz Fuad Osman. Program diteruskan dengan ucapan ringkas oleh YDP Kawasan Seremban, Tn. Hj. Ibrahim Abd Rahman diikuti oleh Tetamu Jemputan Ustaz Jamsari Marsom. Didalam program itu juga telah dilancarkan tabung khas untuk PRK Pengkalan Pasir untuk disampaikan kepada petugas-petugas yang akan pergi kesana nanti.
Diantara tetamu yang hadir pada Majlis Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Seremban. Sedang Mendengar Ceramah oleh penceramah Jemputan, Ustaz Jamsari Marsom, Pengarah Unit Amal Pusat.
YDP Kawasan Seremban, Tetamu Jemputan Ustaz Jamsari Marsom, YDP Dewan Ulama' Negeri Sembilan serta pimpinan kawasan yang lain sedang menghadapi juadah.
Tetamu-tetamu sedang mengambil giliran untuk mendapatkan juadah yang disediakan.
Suasana di bawah khemah yang disediakan untuk muslimat.