Selasa, Januari 31, 2006
Seremban 31 Jan - Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini telah menganjurkan Liqa' Fikri Dewan Pemuda PAS Zon Selatan yang bertujuan untuk menyatukan gerak kerja pemikiran dan barisan kepimpinan pemuda di peringkat cawangan , kawasan dan negeri di zon selatan yang terdiri dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Dengan kehadiran lebih 100 orang perwakilan pemuda dari hampir setiap kawasan di zon selatan ini membuktikan kesungguhan mereka untuk menyusun gerak kerja pemuda dalam menyebarkan risalah Islam yang telah diamanahkan kepada mereka.
Antara yang hadir membentangkan kertas kerja ialah Ustaz Rosli Jabar Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang dan Ustaz Mohd Nor Omar Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka. Sementara itu barisan kepimpinan pemuda zon selatan yang hadir ialah Us Hassan Alias Ketua Pemuda PAS N.Sembilan, Us Ashraf Mukhlis Minghat Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Sdr Khairul Faizi Ketua Pemuda PAS Johor.
Antara penekanan yang diberikan dalam program ini ialah peri pentingnya proses tarbiyyah yang berterusan serta pendekatan dakwah kepada masyarakat umum terutamanya mereka yang bukan ahli PAS.
Ahad, Januari 29, 2006
AMPANGAN, Seremban (28 Jan) - Ceramah YB Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan telah diadakan di perkarangan Pasti Al Wildan, Taman Setia Jaya. Seramai kira-kira 200 orang telah hadir didalam ceramah ini yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Seremban dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban.
Antara isu yang disentuh oleh YB Ustaz ialah tentang situasi di DUN Kelantan dimana kedudukan ADUN sekarang ialah 23 dari PAS dan 22 BN. Kata beliau, walaupun dengan jumlah yang begitu ramai di DUN, tetapi ianya tidak mendatangkan banyak masaalah kepada Kerajaan Negeri kerana kebanyakan ADUN dari BN ini seolah-olah tidak ada fungsi.Banyak hujah-hujah wakil pembangkang didalam DUN Negeri Kelantan yang tak masuk akal, katanya. Umpamanya apabila ADUN BN membangkitkan tentang kemiskinan di Negeri Kelantan, beliau menjawab bagaimana negeri yang diperintah oleh BN lebih teruk kemiskinannya sehingga ada rakyat yang makan siput babi seperti yang ditunjukkan didalam rancangan bersamamu terbitan TV3. Lalu di jawab semula oleh wakil BN bahawa mereka yang makan siput babi itu bukan hanya makan siput babi, babi pun mereka makan, katanya. Begitulah gambaran mentaliti wakil BN di DUN Kelantan, oleh itu beliau mencadangkan supaya diadakan lawatan ke DUN Negeri Kelantan semasa DUN bersidang untuk melihat sendiri gelagat dan telatah wakil rakyat BN ini.
Selain itu beliau juga menyentuh, bagaimana tidak sensitifnya orang melayu Islam terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan BN tentang kenaikan harga barang-barang keperluan. Kegagalan Umno untuk memberi kefahaman tentang Islam kepada Parti komponen BN sehingga ada dikalangan menteri bukan islam yang menghantar memorandum kepada kerajaan supaya dikaji semula kuasa yang ada di Mahkamah Syariah.Isu ketidaktelusan dalam sistem pilihanraya juga disentuh, bagaimana Umno/BN telah menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan untuk memenagi pilihanraya di Pengkalan Pasir yang lepas. Disamping ugutan-ugutan oleh menteri-menteri berkaitan terhadap guru-guru dan juga pesara-pesara tentera.
Dan sebagai penutupnya beliau berharap penduduk di Negeri Sembilan dan penduduk di Ampangan ini khasnya untuk membuat perubahan didalam PRU yang akan datang supaya dapat menyuarakan bantahan dan pandangan di DUN Negeri Sembilan ini.
Sabtu, Januari 28, 2006
Saya sekadar ingin berkongsi dengan anda pemandangan di sebuah NEGERI ISLAM yang saya pasti tidak terdapat di negeri² lain. Hatta di NEGERI ISLAM HADHARI sendiri.
Iklan AmInsurans... Wanita bertudung? Pernahkah anda lihat ini di Kepala Batas, Pulau Pinang?
Ini pula iklan sunsilk bertudung... Perkara yang tidak mustahil...
Iklan Xpax yang menyejukkan mata...
Nampaknya kerajaan Kelantan betul² menjaga maruah wanita. Wanita bukan sekadar simbols seks dan untuk diperjajakan. Mampukah anda melihat iklan² sebegini di Kuala Lumpur, ibu negara ISLAM HADHARI? Antara kita, ada yang mengatakan kita negara ISLAM, tapi perkara mudah beginipun tidak mampu untuk dilaksanakan.Tahniah kepada Bandaraya ISLAM yang berjaya menonjolkan izzah ISLAM itu sendiri. Sama-samalah kita berdoa moda suasana begini dikecapi di seluruh negara.! Ini bukan perkara mustahil kerana KELANTAN telah membuktikannya. Wallahualam...

Khamis, Januari 26, 2006
Berita Negara Islam: Hamas menang Pilihanraya Pelestin.
0 komen Di hantar oleh dppks pada 1/26/2006 06:30:00 PTGHamas Claims Vote Victory, Fatah Acknowledges
![]() |
| Hamas supporters celebrate the group's victory in the Palestinian elections |
Additional Reporting By Mustafa el-Sawwaf, IOL Correspondent
GAZA CITY, January 26, 2006 (IslamOnline.net & News Agencies) Hamas has won an absolute majority of seats in the Palestinian legislative elections, said a Hamas official on Thursday, January 26, , according to initial results, with the mainstream Fatah acknowledging for Hamas victory.
"Hamas has won more than 70 seats in Gaza and the West Bank, which gives it more than 50 percent of the vote", Ismail Haniyeh, who headed Hamas's list in the Palestinian elections, told Reuters.
Sami Abu Zuhri, spokesman for the faction, said Hamas won at least 43 seats in constituencies and more than 45 percent of the remainder of seats which are being elected via party lists.
The combined total would give Hamas's Change and Reform list 75 seats in the Ramallah-based Palestinian Legislative Council.
Of the 132 seats in parliament up for grabs, 66 were elected on a constituency basis and 66 via proportional representation-style lists.
"This is a victory of the Palestinian people who voted against the occupation (by Israel in the West Bank), who voted for resistance, who voted for a new political system based on political partnership," said Haniyeh.
Such results would put Hamas in a position to set the shape of a Palestinian government, he added.
The Palestinian electoral commission had no immediate comment but was expected to issue official results later on Thursday for the 132-member parliament.
On Wednesday, exit polls showed Hamas had won at least 53 seats and that Palestinian President Mahmud Abbas's Fatah, which has dominated Palestinian politics for decades, had got 58.
Fatah Acknowledges
Mahmoud Al-Zahar, senior Hamas official, said the group's Change and Reform list has made a breakthrough in Wednesday's vote.
"The Change and Reform list is advancing in the West Bank and Gaza Strip," he told IslamOnline.net.
"Hamas has won over all other runners in the polls."
Mainstream Fatah movement has acknowledged Hamas victory in Wednesday's legislative elections.
"Hamas has beaten Fatah in the elections," a senior Fatah official told AFP on condition of anonymity.
Another Fatah candidate also agreed that Hamas had won the vote.
"They have won more seats than us in the legislative council," he said also on condition of anonymity.
New Government
![]() |
| "Hamas has won more than 70 seats in Gaza and the West Bank, which gives it more than 50 percent of the vote", Haniyeh said |
The election results would put Hamas in a position to set the shape of the future Palestinian government.
"In the light of these first results, we will consult president (Palestinian President Mahmud Abbas) Abu Mazen and the Fatah brothers on the type of political partnership," Haniya said.
"We are also going to talk to parliamentary groups about the nature of this political partnership," he added.
One Hamas source told AFP that a decision on the movement's participation in the incoming administration would be taken "today or tomorrow" but would "probably be favorable".
The United States and the European Union have assured Israel they will not recognize any Palestinian government in which Hamas participates.
EU Foreign Policy Chief Javier Solana warned on December 18, that if Hamas wins the polls, it will be "very difficult that help and the money that goes to ... the Palestinian Authority will continue to flow".
Two days before, the US House of Representatives threatened the PA that it risked losing US financial aid and other support if it allowed Hamas to contest the polls
Ahad, Januari 22, 2006
Petikan Bernama: Lapan Menteri Tarik Balik Memorandum Bersama Kepada PM
0 komen Di hantar oleh dppks pada 1/22/2006 09:01:00 PGMereka ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting (MCA), Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy (MCA), Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (MCA), Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek (MCA), Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu (MIC), Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik (Gerakan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Maximus Ongkili (PBS), dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (SUPP).
Ong, juga Presiden MCA dalam satu kenyataan berkata MCA serta pemimpin-pemimpin parti komponen lain Barisan Nasional tidak berniat mengenakan tekanan ke atas kerajaan dengan memorandum itu.
"Kami beri jaminan kepada PM bahawa kami tidak berniat mengenakan tekanan ke atas kerajaan tetapi untuk menyampaikan pandangan, rayuan dan keprihatinan orang bukan Islam. Sebagaimana dinasihatkan oleh PM, mengemukakan memo itu tidak sesuai dari segi prosedur. Berikutan nasihat beliau, kami telah menarik balik memo itu," kata kenyataan tersebut.
Parti itu, katanya, menyambut baik jaminan PM bahawa mereka akan meneruskan rundingan di Kabinet seperti yang mereka telah lakukan sebelum ini dan memberikan input mengenai isu pertukaran agama.
"Kami setuju perlu ada perbincangan berterusan mengenai isu perundangan dan perlembagaan yang menyentuh hak bukan Islam. Kami penuh yakin terhadap kebijaksanaan PM dalam menyelesaikan isu," katanya dalam kenyataan yang ditandangani oleh empat menteri MCA.
Sementara itu, Samy Vellu yang juga Presiden MIC berkata partinya akan menarik balik memorandum bersama itu.
Ini berikutan nasihat Perdana Menteri kepada beberapa orang Menteri bukan Islam termasuk beliau yang berjumpa dengan PM pagi tadi.
"Kami amat menghargai nasihat serta pandangan Perdana Menteri dan akan akur dengan keputusan beliau," kata Samy Vellu dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata MIC juga mengalu-alukan nasihat Abdullah supaya isu itu di bincangkan dalam mesyuarat kabinet.
Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya berkata MIC amat yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri dalam menangani isu tersebut.
Dr Lim, Presiden Gerakan berkata dalam kenyataannya bahawa memorandum itu bertujuan memberi input, pandangan dan keprihatinan orang bukan Islam kepada Perdana Menteri.
"Ini kerana isu itu sebenarnya telah dibincangkan di Kabinet beberapa minggu lepas. Banyak pendapat telah disampaikan. Kabinet memutuskan untuk menangguhkan perbahasan dan perbincangan, dan merujuk kepada Peguam Negara bagi melihat aspek perundangan dan membuat perakuan," tambahnya.
Yang demikian, kata Dr Lim memorandum itu bertujuan memberikan input selanjutnya secara lebih sistematik dan spesifik, tetapi secara sulit dan dengan niat yang baik.
"Ia tidak bertujuan mengenakan tekanan ke atas Perdana Menteri, dan tidak langsung sebagai ancaman kepada beliau," katanya.
"Selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, kami sedar ini tidak sesuai dari segi prosedur, terutama kini ia menjadi pengetahuan umum dan menimbulkan persepsi yang salah."
"Berikutan nasihat Perdana Menteri, kami memutuskan menarik balik memorandum itu. Bagaimanapun, bila perakuan Peguam Negara dibentangkan di Kabinet untuk perbincangan pada masa depan, kami akan mengemukakan pandangan dan perakuan kami ketika itu," kata Dr Lim.
Ongkili yang sedang melawat Singapura dalam kapasiti selaku pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysaia (MCPF) berkata beliau akur dengan nasihat Perdana Menteri supaya menarik balik memorandum itu.
"Kami yakin penuh Perdana Menteri dapat menyelesaikan isu-isu yang dihadapi negara," kata Ongkili kepada Bernama.
Menteri yang bertanggungjawab mengenai perpaduan dan integrasi nasional itu berkata memo itu tidak berpunca khusus dari menteri-menteri berkenaan.
Ia lebih merupakan himpunan pandangan yang dilahirkan secara umum oleh pelbagai kumpulan kaum dan agama termasuk cadangan spesifik yang dikemukakan oleh Majlis Perundingan mengenai Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sik (CCBCHS) selepas kes yang menyelubungi kematian pendaki Everest Sarjan M. Moorthy atau Muhamad Abdullah.
"Majlis berkenaan menemui kebanyakan menteri bukan Islam itu secara individu dan menyerahkan salinan memo yang mereka telah serahkan kepada Perdana Menteri".
"Selepas mengkaji memo itu yang pada pandangan kami mengandungi cadangan yang wajar diberi pertimbangan dan kajian selanjutnya oleh kerajaan, menteri-menteri itu berpendapat daripada menyampaikan pandangan secara individu mengenai pelbagai cadangan, lebih baik kami mengemukakan cadangan itu dalam satu nota bersama," kata beliau.
Ongkili berkata tindakan itu dilakukan secara ikhlas ingin menyelesaikan isu yang boleh menimbulkan perdebatan dan mempunyai kesan jangka panjang terhadap perpaduan dan kesatuan rakyat terutama mereka yang merasa terjejas oleh kelemahan perundangan.
Chin, ketika dihubungi Bernama di Miri malam ini, berkata beliau juga bersetuju menarik balik memorandum dengan pemahaman bahawa isu-isu yang dibangkitkan akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet akan datang.
"Memandangkan apa yang PM telah katakan kepada lima menteri (pada mesyuarat mereka) hari ini adalah wajar menarik balik memo, saya akur dengan tindakan itu," kata beliau.
Sabtu, Januari 21, 2006
Petikan Bernama: Tujuh Menteri Tarik Balik Memorandum Bersama Kepada PM
0 komen Di hantar oleh dppks pada 1/21/2006 10:30:00 PTG
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Tujuh menteri -- empat dari MCA dan seorang masing-masing dari MIC, Gerakan dan Parti Bersatu Sabah -- hari Sabtu menarik balik memorandum bersama yang mereka kemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Rabu lepas.
Mereka ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting (MCA), Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy (MCA), Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (MCA), Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek (MCA), Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu (MIC), Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik (Gerakan), dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Maximus Ongkili (PBS).