Ahad, Januari 29, 2006

AMPANGAN, Seremban (28 Jan) - Ceramah YB Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan telah diadakan di perkarangan Pasti Al Wildan, Taman Setia Jaya. Seramai kira-kira 200 orang telah hadir didalam ceramah ini yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Seremban dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban.

Antara isu yang disentuh oleh YB Ustaz ialah tentang situasi di DUN Kelantan dimana kedudukan ADUN sekarang ialah 23 dari PAS dan 22 BN. Kata beliau, walaupun dengan jumlah yang begitu ramai di DUN, tetapi ianya tidak mendatangkan banyak masaalah kepada Kerajaan Negeri kerana kebanyakan ADUN dari BN ini seolah-olah tidak ada fungsi.Banyak hujah-hujah wakil pembangkang didalam DUN Negeri Kelantan yang tak masuk akal, katanya. Umpamanya apabila ADUN BN membangkitkan tentang kemiskinan di Negeri Kelantan, beliau menjawab bagaimana negeri yang diperintah oleh BN lebih teruk kemiskinannya sehingga ada rakyat yang makan siput babi seperti yang ditunjukkan didalam rancangan bersamamu terbitan TV3. Lalu di jawab semula oleh wakil BN bahawa mereka yang makan siput babi itu bukan hanya makan siput babi, babi pun mereka makan, katanya. Begitulah gambaran mentaliti wakil BN di DUN Kelantan, oleh itu beliau mencadangkan supaya diadakan lawatan ke DUN Negeri Kelantan semasa DUN bersidang untuk melihat sendiri gelagat dan telatah wakil rakyat BN ini.

Selain itu beliau juga menyentuh, bagaimana tidak sensitifnya orang melayu Islam terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan BN tentang kenaikan harga barang-barang keperluan. Kegagalan Umno untuk memberi kefahaman tentang Islam kepada Parti komponen BN sehingga ada dikalangan menteri bukan islam yang menghantar memorandum kepada kerajaan supaya dikaji semula kuasa yang ada di Mahkamah Syariah.Isu ketidaktelusan dalam sistem pilihanraya juga disentuh, bagaimana Umno/BN telah menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan untuk memenagi pilihanraya di Pengkalan Pasir yang lepas. Disamping ugutan-ugutan oleh menteri-menteri berkaitan terhadap guru-guru dan juga pesara-pesara tentera.

Dan sebagai penutupnya beliau berharap penduduk di Negeri Sembilan dan penduduk di Ampangan ini khasnya untuk membuat perubahan didalam PRU yang akan datang supaya dapat menyuarakan bantahan dan pandangan di DUN Negeri Sembilan ini.

0 Comments:

Post a Comment