Rabu, Januari 04, 2006

MENUNTUT KEADILAN.... Ketua Pemuda PAS Pasir Mas, Mohd Ridza Haji Zain mengemukakan petisyen pilihan raya DUN Pengkalan Pasir di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tengah hari tadi. Mohd Ridza sebagai pempetisyen diiringi Pengerusi Jawatankuasa Petisyen Pilihan Raya DUN berkenaan, Takiyuddin Hassan dan Hanipa Maidin. Panel peguam seramai 11 orang yang diketuai bekas Timbalan Dekan Undang-Undang Universiti Malaya, Haji Mohamad Ariff Mohd Yusoff dilantik bagi mengendalikan kes tersebut. Turut hadir Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa dan calon DUN Pengkalan Pasir, Haji Hanifa Ahmad bersama hampir 100 penyokong PAS yang berada di perkarangan mahkamah sejak awal pagi lagi.Foto Rizal Tahir.
 



KOTA BHARU, 3 Jan (Hrkh) – PAS hari ini melakukan persiapan terakhir bagi menyediakan petisyen pilihan raya DUN Pengkalan Pasir sebelum difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu esok.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan berkata, persiapan bagi menyediaan petisyen itu sudah di peringkat akhir dan esok ia akan difailkan.
Katanya, sebelum ini PAS Pusat mewujudkan Jawatankuasa Khas Petisyen Pilihan Raya DUN Pengkalan Pasir yang dipengerusi bersama beliau dan peguam, Hanipa Maidin.
"Jawatankuasa ini pula menubuh sebuah panel peguam dan setakat ini dianggotai lima peguam terkenal bagi mengkaji kes tersebut. Seorang peguam kanan yang pakar dalam undang-undang perlembagaan dilantik mengetuai panel itu,” katanya di sini.
Menurutnya juga PAS mempunyai asas kukuh dalam petisyen pilihan raya kecil itu antaranya kes pengundi hantu yang dapat dibuktikan termasuk orang yang telah mati masih lagi tersenarai dalam daftar pemilih baru-baru ini.
"Dan ada pula orang yang mengundi bagi pihak orang yang sudah mati itu,” ujarnya yang juga anggota Exco kerajaan negeri.
Pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 6 Disember lalu PAS tewas dengan kekurangan majoriti sebanyak 134 undi, sedangkan sebelum pengiraan undi pos calon PAS, Haji Hanifa Ahmad mengatasi Haji Hanafi Mamat (BN) kelebihan dua undi.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan ceramah khas mengenai petisyen pilihan raya tersebut akan diadakan di Dewan Perniagaan Cina di Jalan Kebun Sultan kira-kira jam 9 malam ini.
Antara penceramahnya, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Dato’ Kamaruddin Jaffar dan Takiyuddin.
- mJ

Isnin, Januari 02, 2006

Oleh: Roslan SMS
Pada malam Jumaat lepas 4 pegawai dan 23 anggota dari D7 iaitu Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menyerbu sebuah Pusat Spa dan Karaoke di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya iaitu sebuah hotel bertaraf 5 bintang.

Seramai 30 wanita asing berusia antara 18 dan 30 tahun (terutama warga Cina) yang dipercayai telah terlibat dengan aktiviti pelacuran telah ditahan. Turut ditahan adalah dua orang wanita yang dipercayai bertindak sebagai ibu ayam.

Dalam serbuan itu juga 43 pelanggan dan 36 orang pekerja telah disoal-siasat pihak Polis.

Akhbar THE STAR pada pagi Jumaat melaporkan peristiwa sebuan itu dengan tajuk:

Datuk left red faced by raid


Saya berusaha mendapatkan maklumat lanjut berkenaan identiti Datuk ini kerana dia dikatakan seorang ahli politik. Seorang kawan memberitahu bahawa Datuk ini seorang pemimpin muda dari Umno yang sedang meningkat naik dan tinggal pula di Subang Jaya.

Untuk makluman ketika serbuan berlaku Datuk tersebut berada dalam kolam spa bersama beberapa wanita yang ditangkap sebagai pelacur itu (apa yang sedang dilakukannya tidak pula diberitahu)!

Saya mula membayangkan identiti Datuk ini setelah maklumat demi maklumat sampai kepengetahuan saya. Akhirnya telahan saya tepat apabila laman web umno reform.com membuat pendedahan berikut:



Kita minta jangan ada layanan istimewa jika benar Azeez ini (Ketua PUTERA Umno Malaysia) telah terjebak sekali lagi dalam kesalahan jenayah. Pihak polis perlu membuktikan yang mereka telus dan tidak mengamalkan pendakwaan berpilih-pilih. Kita juga minta jangan ada mana-mana Menteri atau Timbalan Menteri yang memulas tangan pihak polis untuk membebaskan Azeez ini jika benar dia terlibat.

Semasa pilihnaraya kecil DUN Pengkalan Pasir yang baru lalu saya pernah menulis di BLOG ini dimana Azeez dilaporkan oleh akhbar THE STAR (11/11/05) sebagai berkata:

He said in restricting activities for youths PAS (Kelantan) made them turn to social ills such as drug abuse.

Tak tahu pula saya adakah aktiviti yang beliau ceburi ini termasuk dalam senarai aktiviti yang sihat yang mampu menghalang dan mengubati kanser keruntahan akhlak.

Pada bulan Jun tahun lalu laman web Agenda Daily telah menemuramah Azeez ini dan berikut antara sedutan kata-kata Azeez ketika itu:

Sesuatu yang salah tetap saya kata salah, haram tetap haram halal tetap halal prinsip saya jelas, saya tidak mahu kerana kawan saya nak pusing cakap, itu saya tak mahu! Bagi saya apa mak cakap adalah benar belaka.

Dan Azeez turut menyentuh berkenaan Islam Hadhari apabila beliau berkata:

Pak Lah ke sana sini menyebut Islam Hadhari, yang faham siapa, ketua bahagian pun ada yang tak faham, apatah lagi akar umbi, jadi peluang yang berikan pada saya ini akan dipergunakan dengan sebaik-baiknya, saya akan pergi ke akar umbi untuk menterjemahkan apa itu mari bekerja bersama saya bukan untuk saya.

Berada dalam spa bersama wanita pelacur jelas haram Azeez, walk the talk, jangan pusing-pusing cakap. Dan harap-harap janganlah ketika itu Azeez rupanya sedang tekun menterjemahkan mari bekerja bersama saya bukan untuk saya, serta konsep Islam Hadhari.

Apa agaknya komen penanung terbesar Azeez, Sdr. KJ?

Ahad, Januari 01, 2006

Oleh Roslan SMS
Semasa Mahkamah mendengar permohonan isteri Allahyarham Mohammad bin Abdullah atau Moorthy tempoh hari berbagai affidavit telah dikemukakan oleh peguam Kaliammal Sinnasamy untuk memenangkan permohonan beliau itu.

Dan sepanjang berada di Mahkmah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) selama dua hari saya berkesempatan mendengar pelbagai hujah yang dikemukakan oleh peguam Kaliammal dan peguam-peguam yang mewakili Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh Malaysia, NGO Hakam dan Majlis Peguam Malaysia berdasarkan affidavit yang dikemukakan itu.

Satu demi satu hujah yang merisau dan megguriskan hati telah dikemukakan. Antaranya bahawa Allahyarham kononnya setakat mana yang diketahui oleh isterinya adalah seorang Hin! du dan tidak pernah mengamalkan Islam. Dikatakan Allahyarham antaranya telah merai dan mengambil bahagian dalam perarakkan Thaipusam, meraikan Deepavali, memakan daging khinzir serta meminum arak dan tidak pernah berkhatan.

Abang Allahyarham Mohd Hussin dikerumuni wartawan di tanah perkuburan
(Gambar PERAKAN)



Manakala peguam-peguam lain pula berhujah mempertikaikan ke Islaman Allahyarham sebagaimana di dakwa pihak JAWI dan bahawa JAWI tidak berhak melaksanakan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah kerana ianya tidak mengikat isteri Allahyarham dan malah Allahyarham sendiri.

Mungkin ada yang bertanya bukankah kes ini telah selesai dan jenazah Allahyarh! am pun telah selamat dikebumikan?

Benar jenazahnya telah selama t dikebumikan, namun kes ini belum selesai kerana pihak penuntut telah pun mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya. Dan jika pun proses rayuan telah selesai nanti, hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh peguam-peguam pemohon dan komen-komen yang dikeluarkan oleh kaum keluarga dan para penyokongnya yang terbit khasnya dalam laman-laman web tempatan akan terus terpahat sebagai luka yang sukar diubati.

Soalnya benarkah dakwaan terhadap Allahyarham itu, kerana kesahihannya tidak disentuh langsung oleh hakim lantaran keputusannya bahawa mahkamah sivil tidak memiliki bidangkuasa menyemak atau mengubah keputusan mahkamah syariah.

Benarkah kandungan affidavit tersebut?

Sekadar kajian sila kita teliti tarikh-tarikh berikut:

1988
Moorthy menyertai Angkatan tentera Malaysia

23 Mei 1997:
Moorthy terlibat dengan pasukan pendaki Everest

14 Ogos 1998:
Moorthy lumpuh setelah jatuh ketika latihan somersault ! di Kem Sg Udang, Melaka

11 Oktober 2004:
Moorthy peluk Islam menurut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa

25 Januari 2005:
Cuti Thaipusam (Moorthy didakwa kononnya menyertai perarakan kavadi)

1 November 2005:
Cuti Deepavali (Moorthy didakwa kononnya meraikan perayaan Hindu ini dan memakan daging khinzir)

3 November 2005:
Hari Raya Eidul Fitri

11 November 2005:
Moorthy dimasukkan ke HKL dan JAWI mendakwa memaklumkan Kaliammal berkenaan ke Islaman Moorthy dan jika meninggal maka mayatnya akan dituntut mereka kerana ia mati dalam keadaan Islam

22 Disember 2005:
Moorthy meninggal dunia setelah koma selama lebih sebulan akibat jatuh dari kerusi rodanya


28 Disember 2005:
Moorthy selamat dikebumikan menurut peraturan Islam

Dan bagi sesiapa yang berkesempatan sila baca akhbar HARIAN METRO hari ini mukasurat 6 di bawah tajuk:

Solat sambil baring

Menurut la poran akhbar tersebut wartawan RTM Wan Anitabanun Salleh, 33 mengaku mengenali Allahyarham semasa hayatnya.

Yang pentingnya menurut Wan, beliau telah mengenali Allahyarham dalam satu sessi temubual pada tahun 2003. Semasa Hari Raya Haji tahun 2004 penderitaan hidup Allahyarham atas usaha Wan telah mendapat liputan dalam siaran khas Aidil Adha Korban Kasih.

Perhatikan menurut Wan semasa bulan Ramadhan lalu (iaitu sekitar 3 Oktober ke 2 November 2005) beliau bertemu Allahyarham di desa Hussien Onn, Setiawangsa dan telah menyerahkan buku-buku agama kepada Allahyarham sebagaimana yang dipesannya.

Menurut Wan lagi Allahyarham memiliki pengetahuan yang baik tentang Islam, beliau hafal beberapa ayat Quran dan Hadis serta mahir tentang sejarah hidup Rasulullah saw. Kata Wan lagi, Allahyarham tahu cara mendirikan solat dan malah biasa bersolat secara berbaring!

Dan yang paling menarik sekali, Wan berkata kali terakhir beliau berhubung dengan Allahyarham ad! alah melalui kiriman kad Hari Raya. Wan mengatakan beliau menerima kad dari Allahyarham dengan lambing Gerak Khas dan Allahyarham mencatatkan namanya sebagai Mohammad Abdullah.

Saya tidak bermaksud mahu mengeruhkan suasana tapi isu ini melibatkan maruah dan nama baik Allahyarham sendiri yang kini tidak ada sesiapa yang boleh membelanya. Kalau berdasarkan kenyataan Wan Anitabanun ini maka tidakkah affidavit pemohon itu dikira aneh dan ganjil? Atau barangkali sengaja direka-reka semata-mata untuk memburuk-burukkan ke Islaman Allahyarham?

Allahyarham dikatakan tidak mengamalkan Islam, tetapi kenyataan Wan membuktikan sebaliknya.

Kita sukar untuk mengetahui kerana isu ini berkemungkinan tidak akan dibongkarkan. Semasa di mahkamah saya berkesempatan menemui pegawai JAWI yang terlibat dalam merekodkan pengislaman Allahyarham. Dia mengakui Allahyarham menerima Islam dengan kerelaan hatinya. Dia mengaku berpuas hati dengan sikap dan pendrian Allahyarham khasnya! berhubung dengan penerimaan Islam beliau.

Dan saya juga menden gar cerita dari seorang sahabat di mahkamah bahawa pernah seorang anak saudaranya melihat dan mendengar Allahyarham berzikir dengan memegang tasbih ditangan semasa hayatnya.

Sudah pasti dengan kenyataan Wan Anitabanun ini berbagai tanda tanya dan persoalan akan timbul terhadap kesahihan affidavit Kaliammal itu? Siapakah yang telah berbohong? Siapakah yang memiliki niat jahat dalam hal ini?

Kalau demikianlah rupanya affidavit tersebut sepatutnya digugurkan sahaja, dan kes ini dibiarkan selesai. Elok sangatlah kita akur pada pesanan abang Allahyarham iaitu Mohd Hussin bin Abdullah yang telah Islam sejak 25 yahun lalu:

Saya bersyukur kerana akhirnya jenazah adik dapat disemadikan dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan baramal soleh. Cukuplah segala kekusutan yang berlaku sebelum ini, apa yang penting jenazahnya telah selamat dikebumikan.

Al Fatihah.

Jumaat, Disember 30, 2005

“Bagaimana Khairy membiayai pembelian saham tersebut. Samada melalui pinjaman bank atau melalui wang peribadi beliau sendiri atau melalui apa-apa komisyen, jika ada, dari ECM Libra di atas apa juga peranan beliau yang mungkin ada, dalam proses penjualan saham Pantai kepada Parkway.”
 
Oleh HUSAM MUSA
Seksyen berita perniagaan, akhbar New Straits Time, Business Time, muka 4 bertarikh 28 Disember 2005 melaporkan pembelian saham sebuah syarikat perunding pelaburan, ECM Libra oleh menantu Perdana Menteri, Encik Khairy Jamaluddin sebanyak 12.9 juta saham atau bersamaan 3% saham dengan harga RM 9.2 juta.

Ia satu perkembangan yang menarik atas beberapa sebab;
a. Inilah pertama kali Khairy memiliki kepentingan secara langsung dalam syarikat selepas beliau bergelar menantu Perdana Menteri.
b. ECM Libra kebelakangan ini terlibat dalam menasihati penjualan saham beberapa syarikat, antaranya saham Southern Bank Berhad oleh keluarga diraja Selangor dan penjualan saham Pantai Holdings kepada syarikat dari Singapura, Parkway Holdings yang banyak menimbulkan kontroversi.
c. Bagaimana Khairy membiayai pembelian saham tersebut. Khairy, sebagai menantu Perdana Menteri, harus menjelaskan kepada masyarakat bagaimana beliau memperolehi saham ECM Libra tersebut, seperti; samada melalui pinjaman bank atau melalui wang peribadi beliau sendiri atau melalui apa-apa komisyen, jika ada, dari ECM Libra di atas apa juga peranan beliau yang mungkin ada, dalam proses penjualan saham Pantai kepada Parkway.
Peranan ECM Libra
Berbalik kepada peranan ECM Libra dalam penjualan saham syarikat Malaysia kepada syarikat Singapura. Ada beberapa pertanyaan sekitar penjualan ini. Antara lain;
a. Bagaimana Menteri Kewangan dengan mudah memberikan kelulusan terhadap penjualan tersebut. Sehingga kini, tiada penjelasan terbuka Kementerian Kewangan terhadap isu ini, meskipun 31% pegangan syarikat Malaysia telah dilepaskan kepada syarikat asing, satu jumlah yang besar dan melibatkan sektor yang strategic bagi negara ini.
i. Pertama, Pantai Holdings terlibat dalam perniagaan sektor kesihatan atau perubatan yang menerima banyak subsidi dari kerajaan Malaysia.
ii. Kedua, Pantai Holdings memiliki anak syarikat, Pantai Medivest dan Fomema yang diberikan konsensi beberapa projek kerajaan, antara lain projek Total Hospital Information System (THIS) bagi menguruskan data-data hospital serta pesakit di seluruh Malaysia. Data ini amat sensitive dan strategic bagi negara ini dan ia boleh terlepas kepada pihak lain melalui pemilikan syarikat seperti disebutkan.
Selain itu, Pantai Holdings mengendalikan tujuh buah hospital di Malaysia,
iii. 31% saham Pantai Holdings telah dibayar dengan harga RM311.58 juta oleh Parkway. Dari jumlah ini, berapakah komisyen yang diterima oleh ECM Libra? Adakah ECM Libra berhasrat mengumumkan pendapatan mereka dari yuran perundingan penjualan tersebut?Adakah pendapatan itu telah diagihkan? Adakah pemegang saham baru seperti Khairy akan mendapat keuntungan tidak langsung dari pendapatan yuran perundingan penjualan tersebut? Adakah jika pemegang saham baru akan mendapat apa-apa faedah dari pendapatan perundingan penjualan saham itu, ia tidak merupakan satu pelan yang telah dirancang lebih awal?
iv. Siapakah yang terlibat memujuk Menteri Kewangan memberikan izinnya sebegitu mudah tanpa mempertimbangkan pelbagai aspek yang disebut di atas, sehingga kepentingan 31% syarikat Malaysia boleh beralih tangan?
Tulisan Kadir Jasin
A Kadir Jasin dalam ruangannya Other Thots dalam majalah Malaysian Busines, 1 Disember 2005 juga membangkitkan peranan lain ECM Libra, iaitu ECM Libra terlibat bagi pihak keluarga diraja Selangor dan kumpulannya menjual pegangan mereka dalam Southern Bank Berhad kepada Commerce International Merchant Bank (CIMB).
Mengikut rencana tersebut, akhbar The Star, 23 November 2005 memetik penilain oleh Goldman Sachs yang berpejabat di Singapura menaikkan nilai sesaham SBB kepada rm 5.50 sesaham iaitu RM 1.50 lebih tinggi dari harga Bursa Malaysia.
Jika CIMB yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia membayar dengan harga tersebut, ia nescaya akan membuka mata banyak pihak kerana ia melibatkan wang syarikat milik kerajaan, kata rencana tersebut.
Rencana itu juga menyebut tentang langkah syarikat milik Singapura, Temasek Holdings mengurangkan pegangan sahamnya dalam SSB dari 7% kepada 4.9% tanpa kebenaran Bank Negara dan ini melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan(Bafia) dan tidak jelas apa tindakan yang telah diambil oleh Bank Negara terhadap pelanggaran tersebut.
Nyata bahawa ECM Libra akan memainkan peranan penting dalam sector koporat negara. Sebelum keadaan menjadi lebih parah, adalah baik bagi pihak terbabit menjelaskan kepada masyarakat beberapa persoalan yang berkaitan;
A. Menteri Kewangan perlu menjelaskan mengapa ia telah memberikan kelulusan terhadap penjualan 31% saham Pantai Holdings kepada Parkway Holdings.
 
B. Encik Khairy mengenai cara pembiayaan pembelian saham ECM Libra dan isu berkaitan seperti yang disebutkan di atas.
-zs
 
 
 
 
 
 
-------------------------------
Husam adalah Naib Presiden PAS yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
 

SELAMAT DISEMADIKAN....Selepas berebut beberapa hari, jenazah Allahyarham Mohamad Abdullah atau M Moorthy selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang 28 Disember. Paginya, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Khas), Dato' Raus Sharif memutuskan mahkamah itu tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan Moorthy Islam atau tidak kerana ia telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah sebelum itu. Foto Nasir Sudin.
 
Kes Moorthy: Keputusan Mahkamah Syariah kekal, dikebumi di Danau Kota
Jenazah Mohamad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Kuala Lumpur dengan kawalan ketat polis.
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Hrkh)-Mahkamah Tinggi (Rayuan Khas) memutuskan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah terhadap kes Mohamad Abdullah (M Moorthy) tidak boleh dipertikaikan dan hendaklah dipatuhi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Mohd Raus Sharif yang membaca keputusan menyatakan, Mahkamah Tinggi tidak boleh campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berdasarkan kepada Perkara 121A (Perlembagaan Persekutuan).
"Hanya Mahkamah Tinggi Syariah yang ada kuasa untuk menentukan simati terkeluar dari Islam atau tidak," katanya ketika membuat hujah penghakiman.
Sehubungan dengan keputusan Mahkamah itu, jenazah Mohamad dikeluarkan dari bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang tadi.
Jenazah itu kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota kira-kira jam 3 petang dengan kawalan ketat.
Dalam keputusannya, Mohd Raus menyatakan pihak Mahkamah Tinggi hanya meluluskan satu permohonan iaitu dalam perkara pertama permohonan keluarga simati, balu (Kaliammal) adalah sah sebagai seorang isteri kepada simati.
Sementara tuntutan menghalang mana-mana pihak menuntut mayat simati untuk dikebumikan secara Islam ditolak.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) diwakil peguam persekutuan, Fakhroul Azman Abu Hassan dan Hassan Abdul Rahman, sementara balu Allahyarham Mohammad, Kaliammal Sinnasamy diwakili peguam, M.Manokaran dan S.Sivanesan.
Begitupun, peguam yang mewakili Kaliammal, M.Manokaran dan S.Sivanesan menyatakan akan membuat satu lagi rayuan kepada Mahkamah Rayuan bagi menyemak semula perintah Mahkamah Tinggi Syariah.
Rayuan itu akan difailkan di Mahkamah Rayuan Putrajaya petang ini, kata Manokaran.
Pengerusi Institut Pengembelengan dan Pembagunan Komuniti (Impak), Haji Mahfuz Omar yang hadir dalam perbicaraan itu berkata pihaknya bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun beliau mempertikaikan ruang yang diberi untuk pihak pemohon membuat rayuan di Mahkamah Rayuan yang akan menjejaskan kredibiliti Mahkamah Tinggi Syariah.
Seharusnya dalam kes ini semua pihak patuh kepada keputusan yang dibuat berdasarkan Poerkara 121A (Perlembagaan Persekutuan).
"Meskipun pihak Maiwp kini boleh mengkebumikan jenazah, tetapi jika rayuan pihak pemohon diterima Mahkamah Rayuan, maknanya kubur akan digali semula.Ini merumitkan keadaan," katanya.
Suasana tegang ketika mahkamah mengumumkan keputusan tersebut.Malah ketika Kaliammal dibawa keluar dari mahkamah, wartawan tidak dibenarkan untuk mendekati beliau.
Bagaimanapun suara berbentuk provokasi atau perkauman sedikitpun tidak kedengaran.

Khamis, Disember 29, 2005

Artikel Agama

Kecelakaan besar orang beli keuntungan dunia

Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

SAYYID Qutub berkata: "Di antara angan-angan mereka yang tidak selaras dengan dasar keadilan Allah s.w.t., tidak sesuai dengan undang-undang-Nya dan tidak secocok dengan konsep amalan dan balasan yang betul ialah mereka berfikir bahawa mereka akan terlepas daripada azab Allah s.w.t. walau apa pun kejahatan yang mereka lakukan, mereka tidak akan disentuh api neraka kecuali beberapa hari tertentu sahaja. Dan selepas itu mereka akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

"Atas dasar apakah mereka landaskan segala angan-angan mereka? Dan atas perhitungan apakah mereka membataskan masa azab itu seolah-olah mereka benar-benar yakin? Seolah-olah perkara ini merupakan suatu perjanjian yang telah ditentukan masanya.

"Sebenarnya ia bukan suatu apa pun kecuali angan-angan kosong daripada orang-orang jahil yang buta huruf dan pe! mbohongan daripada ahli-ahli agama yang betul apabila mereka dilalui oleh masa yang amat lama dan terputus daripada hakikat agama mereka yang sebenar, hingga tiada lagi yang tinggal kecuali nama dan bentuknya sahaja, bukannya isi dan hakikatnya, dan ini pada sangkaan mereka sudah cukup untuk menyelamatkan mereka daripada azab kerana mereka telah mengisytiharkan dengan lidah mereka bahawa mereka berpegang dengan agama."

Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis kitab Taurat dengan tangan mereka sendiri (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah daripada sisi Allah"(dengan maksud) supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka kerana apa yang mereka kerjakan itu.

Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa! hari yang tertentu." Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji daripada Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?" (al-Baqarah: 79-80)

Firman Allah s.w.t., kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka). Layak dan patutlah mereka menerima kecelakaan dan azab Tuhan di atas tindakan mereka meminda Taurat, menulis ayat-ayat berikut yang menyeleweng dengan tangan mereka. Perkataan `wail` ditafsirkan dengan beberapa tafsiran.

*Satu lembah dalam neraka jahanam. Apabila dihumban orang kafir ke dalamnya, selepas 40 tahun baru sampai ke bawah. Hal ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w. daripada riwayat Abu Sa'id al-Khudri r.a.

lAl-Zajjaj berkata: "Wail ialah perkataan orang Arab yang menggunakannya bagi sesiapa yang terkena binasa dan kematian."

*Asal perkataan tersebut memberi makna azab dan kebinasaan sebagaimana kata I! bn al-Anbari. Kemudian mereka berkata: "Ini ialah daripada sisi Allah." Inilah dakwaan mereka kepada pengikut-pengikut mereka yang buta huruf sedangkan sebenarnya hanya rekaan dan ciptaan mereka. Kemudian menisbahkannya kepada Allah s.w.t. secara dusta dan tipu.

Perbuatan itu dilakukan untuk membeli keuntungan dunia yang sedikit. Pada sangkaan mereka, keuntungan tersebut yang bersifat sementara memberi kebaikan kepada mereka. Syeikh al-Maraghi berkata: "Mereka sanggup melakukan rasuah atas kerja yang mereka lakukan dengan meminda dan mengubah ayat Allah s.w.t.."

Allah s.w.t. menegaskan, adalah kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, di mana azab ditambah atas perbuatan mereka yang terkutuk itu dengan menyeleweng ayat-ayat Allah s.w.t..

Syeikh al-Maraghi berkata: "Penulis-penulis Yahudi yang dianggap pendeta melakukan tiga jenayah:

1. Meminda dan mengubah sifat Nabi s.a.w..

2. Berbohong terhadap Allah s.w.t! ..

3. Mengambil rasuah.

Justeru, layaklah mereka diberi an caman terhadap jenayah yang mereka lakukan dengan perkataan `wail' atau kecelakaan.

Dan kecelakaan besar bagi mereka daripada apa yang mereka usahakan itu. Ini kerana perbuatan mereka penuh dengan keji dan maksiat serta bergelumang dengan perkara yang haram. Ibn al-Jauzi dalam kitabnya Zad al-Masir berkata: "Ayat ini diturunkan terhadap ahli kitab yang meminda Taurat serta menukar sifat Nabi s.a.w. di dalamnya. Inilah pendapat Ibn Abbas, Qatadah, Ibn Zaid dan Sufyan."

Dakwah

Sayyid Qutub berkata: "Bagaimanakah golongan-golongan manusia seperti ini dapat diharap akan menyambut dakwah yang benar, bersikap lurus mengikut hidayah dan mempunyai perasaan malu dan segan daripada mengubah dan memesongkan nas-nas kitab suci mereka sendiri yang dianggap menjadi batu penghalang di tengah jalan mereka? Sebenarnya mereka tidak mungkin diharap akan percaya kepada kaum Muslimin. Untung nasib yang menunggu mereka hanya kecelakaan dan kebinasaan. Itulah balasan terhadap tu! lisan-tulisan yang digaris oleh tangan mereka untuk mereka-rekakan pendustaan terhadap Allah s.w.t.. Itulah balasan terhadap pemalsuan dan pembohongan mereka."

Firman Allah s.w.t.: Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu." Itu berdasarkan tempoh masa mereka menyembah anak lembu atau tujuh hari sahaja.

Perkataan hari-hari ditafsirkan juga dengan tafsiran yang lain, iaitu 40 hari sahaja sebagaimana pendapat Ibn Abbas, Ikrimah, Abu al-`Aliyah, Qatadah dan al-Suddi. Persoalan kenapa 40 hari terdapat tiga pendapat:

1. Antara tepi neraka ke sebelah sana, perjalanannya 40 hari. Hal ini disandarkan kepada Ibn Abbas.

2. Tuhan mencela kita dalam arahan-Nya, kemudian bersumpah untuk mengazabkan kita 40 hari dan memasukkan kita ke syurga sebagaimana pendapat al-Hasan dan Abi al-Aliyah.

3. Hari-hari tersebut hanya tujuh hari kerana pada sangkaan mereka bahawa usia dunia 7,000 tahun. Dan ! manusia diazab setiap seribu tahun sehari daripada hari dunia. Kemudia n akan terputuslah azab sebagaimana dinisbahkan kepada Ibn Abbas.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji daripada Allah sebagai cara ingkar dan keji, di mana persoalan ini ditanya bila pula Allah s.w.t. membuat perjanjian dengan kamu?"

Jika Allah s.w.t. membuat perjanjian seperti itu supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, kerana inilah sifat Allah s.w.t. yang sekali-kali tidak memungkiri janji.

Al-Samarqandi dalam Bahr al-`Ulum berkata: "Adakah kamu melakukan janji setia dengan Allah s.w.t. iaitu bertauhid, nescaya Allah s.w.t. sekali-kali tidak memungkiri janji-Nya. Atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"

Di sini akan berlaku dua jenayah. Jenayah mengubah dan meminda kalam Allah s.w.t. dan jenayah mendusta dan berbohong ke atas Allah s.w.t..

Mengikut riwayat bahawa apabila mereka dimasukkan dalam neraka selepas beberapa ketika, maka berkata malaikat penjag! a neraka, "Hai musuh-musuh Allah, telah berlalu masa dan kekallah kamu serta yakinlah kamu kekal di sini."

Syeikh al-Sya'rawi pula berkata: "Allah s.w.t. mendedahkan segala perancangan fikiran mereka di mana syaitan telah menghiasi bagi mereka kebatilan hingga mereka menjadikan iktiqad bahawa mereka mampu melakukan apa sahaja, mengambil harta dan kemegahan dunia dan merasai kemenangan dengannya."

"Ini kerana fahaman mereka bahawa sekali-kali mereka tidak diazab pada hari akhirat kecuali azab yang sedikit lagi ringan. Justeru, Allah s.w.t. dedahkan kenyataan mereka."

*DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Rabu, Disember 28, 2005

MENYOKONG KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUALA LUMPUR BERHUBUNG HAK JAWI MENGURUSKAN PENGKEBUMIAN MOHAMMAD ABDULLAH (M. MOORTHY)

Kami dari pertubuhan-pertubuhan Islam menyokong penuh keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk mengesah dan membenarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menguruskan pengkebumian jenazah Mohammad Abdullah (M.Moorthy) di tanah perkuburan Islam.

Bukti bahawa Allahyarham telah memeluk agama Islam dan ternyata ada pendaftaran yang sah serta bukti pengeluaran sijil pengislaman di JAWI tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Kami kesal terhadap keputusan itu dicabar oleh pihak-pihak tertentu walaupun peruntukan undang-undang jelas bahawa keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh dicabar oleh Mahkamah sivil.

Alasan kami adalah seperti berikut:

1. Penghakiman kes ini yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah adalah sah dan mengikut bidangkuasa mahkamah ini kerana Allahyarham sudah diperakui sebagai seorang Islam dan tidak ada keraguan berkaitan keislamannya.

2. Dinyatakan dalam Perkara 121A, Perlembagaan Persekutuan bahawa mana-mana Mahkamah tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dalam sesuatu kes,

3. Keputusan Mahkamah Syariah juga tidak boleh dibatalkan oleh mana-mana Mahkamah lain seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Mempertikaikan keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah adalah suatu perlanggaran undang-undang yang boleh membawa kepada kesalahan penghinaan kepada Mahkamah tersebut ( Contempt of Court).

Oleh itu pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk menguruskan jenazah ini tidak perlu mengambil kira sebarang keputusan lain kerana ia sudah dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Tinggi Syariah bahawa JAWI berhak menguruskan pengkebumian jenazah tersebut mengikut pengkebumian Islam.

Akibat dari keputusan itu dicabar melalui afidavit yang dihantar oleh pihak keluarga Allahyarham ke Mahkamah Tinggi , pengkebumian itu terpaksa ditangguh sudah melebihi seminggu dan ini adalah suatu yang sangat tidak wajar dan melanggari tuntutan syara' bahawa jenazah seseorang Islam sangat perlu dikebumikan sesegera mungkin.

Tindakan mencabar keputusan itu sangat tidak wajar dan kami mempersoalkan bagaimana ini boleh berlaku sedangkan peruntukan secara undang-undang tidak membolehkan kes-kes yang berkait dengan undang-undang syariah dibatalkan oleh undang-undang sivil.

Oleh kerana secara prinsipnya telahpun dapat dibuktikan bahawa Allahyarham tidak pada mana-mana waktu yang tercatat di JAWI mengisytiharkan keluar daripada Islam, maka seharusnya proses menyerahkan jenazah itu kepada JAWI untuk segera dikebumikan sepatutnya tidak diganggu.

Kami berpendirian adalah sangat berbahaya jika hal ini terus berlarutan kerana ia akan menyentuh soal agama yang sangat sensitif kepada masyarakat di negara ini. Bila pihak-pihak yang berkaitan menunjukkan penentangan secara beramai-ramai untuk mengganggu penyerahan jenazah dari Hospital Kuala Lumpur kepada pihak JAWI ia akan mudah membakar api kemarahan kepada masyarakat antara agama.

Kami yang mewakili suara masyarakat Islam ingin menggesa agar semua pihak menghormati keputusan itu dan tidak mengambil kesempatan untuk menegangkan suasana yang jika berlarutan akan boleh mewujudkan konflik dalam masyarakat.

Kami dengan ini menggesa perkara berikut diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkaitan:

1. Pihak berkuasa segera melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah supaya jenazah Allahyarham dikebumikan mengikut pengkebumian Islam.

2. Keputusan Mahkamah Syariah dalam kes ini yang jelas tidak harus dicabar oleh mahkamah sivil hendaklah benar-benar dikuatkuasakan supaya tidak timbul percanggahan dalam peruntukan undang-undang yang sedia ada.

3. Pihak-pihak yang cuba mengganggu JAWI dalam urusan pengambilan jenazah Allahyarham dan mengkebumikannya tidak meneruskan tindakan menentang keputusan itu yang jelas berada dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.

4. Jenazah Allahyarham perlu segera diuruskan pengkebumiannya tanpa berlengah-lengah lagi kerana ini jelas bertentangan dengan tuntutan syariah yang memerlukan pengkebumian disegerakan.

Datuk Sheikh Azmi Hj. Ahmad
Pengerusi Institut Penyelidikan dan Pegembangan Syariah Malaysia (ISRA)

Sheikh Abu Bakar Awang
Yang DiPertua Persatuan Ulama Kedah

Haji Abdul Ghani bin Samsudin
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Hj Mahfuz bin Omar
Pengerusi Institut Pengembelengan dan Pembangunan Komuniti (IMPAK)

Hj. Mohd Azmi bin Abdul Hamid
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

Ahmad Tarmizib bin Sulaiman
Pengerusi Ikatan Siswazah Syariah Malaysia

Hj. Ismail bin Wan Teh
Pengerusi
Kumpulan Prihatin Masyarakat Negeri Kedah