KUALA LUMPUR, 1 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan tuduhan liwat yang dilemparkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi jahat dan jijik.
Sambil mengharapkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenakan tindakn kepada pihak yang terbabit mendakangi konspirasi ini beliau juga mahu isu ini dihentikan serta merta.
Malah atas nama Islam beliau menyeru kepada kelompok yang berkemungkinan mencetus konspirasi ini agar memikirkan implikasinya terhadap tuduhan ini yang mengaibkan seseorang.
Kamarudin juga memaklumkan bahawa petang tadi satu taklimat dan penerangan telah dibuat Anwar kepada pemimpin PAS antaranya, beliau sendiri, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS< Salahuddin Ayub dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad di Pejabat KeADILan di Damansara.
Taklimat itu dibuat sejurus selepas Anwar mengadakan sidang media dan laporan polis di Ibu Pejabat Kontinjen Shah Alam.
Pagi tadi, Presiden Abim, Yusri Mohammad pula menyatakan, insiden dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim mengejutkan rakyat dan menjadi kebimbangan.
Malah, Abim memberi amaran kepada semua pihak termasuk media agar tidak mensensasikan isu ini kerana ia membabitkan maruah dan isu peribadi, katanya.
Negara ini telah dan masih merasa perit dan pedih kesan krisis yang berpanjangan dan kompleks, melibatkan Ketua Umum KeADILan itu sebelum ini, katanya.
"Jika kita tidak berhati-hati, isu terbaru ini mungkin mengheret negara ke kancah krisis yang akan membawa akibat buruk kepada rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataannya 30 Jun lalu.

Kelompok media dan pemerhati politik mula bercerita pelbagai teori dan kemungkinan berhubung kes ini yang masing-masing memberi hujah menurut peristiwa tertentu yang mereka rekodkan.
Seorang sumber yang enggan namanya disiarkan mendakwa, beberapa orang bekas penyokong kepada mantan Timbalan Perdana Menteri itu turut terbabit dalam konspirasi memalukan Anwar dengan tuduhan liwat.
"Dan kita sudah melihat gerak-geri individu terbabit beberapa minggu selepas pilihan raya umum lalu, dan pada mulanya kita rasakan orang itu akan menggunakan seorang pembantu Anwar yang lain (bukan Saiful) untuk memfitnah Anwar.
Anwar sendiri hari ini tampil untuk menyatakan beliau tidak bersalah, malah menyatakan ia satu kerja hina yang dibuat hanya untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. 


Pada ketika ini Anwar sedang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS antaranya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Sebaik ketibaan beliau, Anwar disambut oleh Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah, Bendahari Agung KeADILan, William Leong, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Akin dan ratusan penyokong sambil melaungkan reformasi.
Katanya, terdapat desas-desus bahawa bekas TPM itu akan ditahan di IPK Shah Alam, berhubung dakwaan kes liwat oleh bekas Pembantu Khasnya, Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun dengan kewujudkan kes terbaru ini, segala gerak kerja politik beliau tertangguh.