Rabu, Julai 02, 2008

ImageKUALA LUMPUR, 1 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan tuduhan liwat yang dilemparkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi jahat dan jijik.

Sambil mengharapkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenakan tindakn kepada pihak yang terbabit mendakangi konspirasi ini beliau juga mahu isu ini dihentikan serta merta.

Malah atas nama Islam beliau menyeru kepada kelompok yang berkemungkinan mencetus konspirasi ini agar memikirkan implikasinya terhadap tuduhan ini yang mengaibkan seseorang.

Kamarudin juga memaklumkan bahawa petang tadi satu taklimat dan penerangan telah dibuat Anwar kepada pemimpin PAS antaranya, beliau sendiri, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS< Salahuddin Ayub dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad di Pejabat KeADILan di Damansara.

ImageTaklimat itu dibuat sejurus selepas Anwar mengadakan sidang media dan laporan polis di Ibu Pejabat Kontinjen Shah Alam.

Pagi tadi, Presiden Abim, Yusri Mohammad pula menyatakan, insiden dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim mengejutkan rakyat dan menjadi kebimbangan.

Malah, Abim memberi amaran kepada semua pihak termasuk media agar tidak mensensasikan isu ini kerana ia membabitkan maruah dan isu peribadi, katanya.

ImageNegara ini telah dan masih merasa perit dan pedih kesan krisis yang berpanjangan dan kompleks, melibatkan Ketua Umum KeADILan itu sebelum ini, katanya.

"Jika kita tidak berhati-hati, isu terbaru ini mungkin mengheret negara ke kancah krisis yang akan membawa akibat buruk kepada rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataannya 30 Jun lalu.

0 Comments:

Post a Comment