Rabu, November 26, 2008

Suara N9

Belum reda lagi dengan wabak denggi , wabak Chikungunya , kini Negeri Sembilan ditambah dengan satu lagi wabak , iaitu wabak Malaria. Semua wabak ini disebarkan oleh nyamuk. Dulu wabak JE , juga nyamuk. Apalah bala atau musibah yang melanda N.Sembilan pada ketika ini ? Marilah kita sama-sama bertaubat , perbanyakkan amal serta menjaga kebersihan rumah dan kejiranan kita. Apa sudah jadi dengan semangat gotong royong kita ?

Kes malaria tertinggi di Jempol - Berita Harian 25 Nov 2008 SEREMBAN: Sebanyak 69 kes malaria dilaporkan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga pertengahan bulan ini dengan kes tertinggi dikesan di daerah Jempol dan Seremban.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), Dr Zainal Ariffin Omar, berkata dua daerah itu masing-masing mencatatkan 46 dan 16 kes, diikuti Kuala Pilah dengan tiga kes serta masing-masing dua kes di Jelebu dan Port Dickson.

"Setakat 15 November lalu juga, tiada kes malaria dilaporkan di daerah Rembau dan Tampin, manakala dua lokaliti wabak malaria ialah di Felda Serting Hilir 3 dengan enam kes, membabitkan empat warga asing dan dua tempatan selain di Felda Palong 13 dengan lima kes, semuanya membabitkan warga asing.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20081125080620/Article/index_html

0 Comments:

Post a Comment