Ahad, Disember 11, 2005

Pengundi Hantu I (Banggol Chica)
Bahan Bergambar
Bas yang disyaki membawa pengundi hantu telah ditahan oleh pemuda Pas Pengkalan Chepa di Banggol Chicha pada jam 7.30 pagi hari pengundian (6 Disember 2005).

Bas ini penuh dengan penumpang dan diketuai oleh seorang yang mana gambarnya sempat dirakamkan (gambar paling atas). Pemandu ! bas ini berketurunan India, dia enggan membuka pintu bas apabila diminta oleh pihak kami sehingga menimbulkan kemarahan pemuda-pemuda Pas yang membuat rodaan untuk menghalang pengundi hantu.
Akhirnya, sebuah kereta polis datang dan mengiringi bas ini ke Balai Polis Pasir Mas.

Pengundi Hantu - penumpang bas ini tidak mahu memperkenalkan diri setelah ditanya dengan baik oleh peronda PAS
Pengundi Hantu - Dipercayai Ketua rombongan, tidak mengendahkan apabila diminta memperkenalkan diri.

Pengundi Hantu - Mereka menggunakan Bas Persiaran untuk mengangkut pengundi hantu
 
Pengundi Hantu II (Mubaligh UMNO)
Bahan Bergambar
Pengundi hantu Umno yang pertama berjaya ditangkap oleh petugas-petugas Pas ialah ketika "hantu" ini cuba masuk untuk mengundi di SK Banggol Chicah iaitu kira-kira jam 4.00 petang. Sebelum itu, terdapat dua kes pengundi hantu yang dapat lari apabila cuba ditangkap oleh petugas-petugas Pas. Seorang daripadanya lari dengan menggunakan kereta.

Orang tua berserban ini adalah seorang penyokong Umno yang kuat di kawasan ini dan dikenali oleh orang tempatan di sini sebagai 'Umno tuli'. Beliau juga merupakan seorang mubaligh di kawasan setempat yang dibayar gaji oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Orang tua ini telah mengundi kali pertama pada awal pagi. Kehadirannya dengan memakai baju dan serban yang sama cepat dihidu oleh para petugas keselamatan Pas.
Bila ditahan, orang tua ini juga mengaku beliau telah mengundi pada awal pagi dan beliau mengaku diupah untuk mengundi buat kali kedua.
Hj. Muhammad Sabu dan Takiyuddin Hassan telah hadir ke sini setelah diberitahui mengenai kehadiran pengundi hantu. Orang tua ini dan seorang lagi pemuda yang juga disyaki pengundi hantu yang ditangkap 30 minit kemudiannya telah dibawa ke dalam sebuah rumah berdekatan.
Dua ora! ng pegawai polis dengan disertai oleh dua orang pemimpin Umno Terengganu (peti undi Banggol Chicah di bawah pemantauan Umno Terengganu) turut memasuki rumah tersebut.
Hj. Muhammad Sabu telah menjerkah dan menghalau dua pemimpin Umno tersebut keluar. Jerkahan suara Hj. Muhammad Sabu didengari oleh ramai penyokong Pas yang berada di luar rumah. Kemudian, Hj. Muhammad Sabu mengheret tangan kedua-dua memimpin Umno itu keluar dan mereka pulang ke markas Umno dengan muka yang malu sambil di 'boo' oleh orang ramai di situ.
Orang tua dan pemuda yang ditangkap itu kemudiannya diiringi oleh anggota polis berpakaian preman dan dibawa dengan kereta kancil polis ke IPK Pasir Mas kira-kira jam 6.30 petang
 
Pengundi Hantu III (Putera Umno)
Bahan Bergambar
Pengundi hantu Umno yang cuba masuk untuk mengundi di SK Banggol Chica kira-kira jam 4.45 petang sempat disedari oleh para petugas Pas. Atas kesedaran kempen menahan dan menangkap mana-mana pengundi hantu (pengundi yang mengundi 2X atau lebih, mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain, mengundi mengunakan nama yang sepatutnya telah tiada seperti mati dll)

Pemuda ini memakai baju Putera Umno yang diterbalikkan dan cuba melarikan diri ketika dihampiri oleh petugas-petugas PAS. Pemuda ini kemudiannya ditangkap. Setelah disiasat, nama pemuda ini memang tiada dalam senarai nama pemilih.
Pemimpin Pas yang hadir setelah diberitahu kes ini ialah Hj. Muhammad Sabu dan Takiyuddin Hassan. Turut hadir ialah dua orang pegawai polis.
Pemuda ini kemudiannya dibawa oleh pihak polis dengan kereta kancil polis kira-kira jam 6.30 petang.
 
Pengundi Hantu IV (Hantu Bas Sekolah)Bahan Bergambar
Sebelum saya memulakan laporan berita ini, kata Dato' Najib (Pernah Jadi wakil Pos) petugas PAS tangkap parayu undi. Perayu undi kepala hontak hang, datang malam nak mengundi aje. Sepatutnya datanglah awal untuk berkempen macam hang tu tidur sini, lupa tugas hang ganti Pak lah semasa PM tak ada!

Bas yang disyaki membawa pengundi hantu dibawa keluar dari Pasir Mas oleh pihak keselamatan ke IPK di Kota bharu. Bas yang dapat dikesan di Banggol Chica pada pukul 12 malam itu, dikatakan membawa pengundi hantu dari negeri Terengganu.
Tengah hari tadi dalam kenyataan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abd. Rahman berkata, bas yang ditahan pada malam tadi adalah bas pelancong dari luar Kelantan untuk melihat perjala! nan pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir.
Hebatnya Pengkalan Pasir, sehingga pelancong pun nak melihat macam mana pilihan raya nak diadakan. Tidak adakah pilihan raya di tempat lain sehingaa perlu datang ke sini. Kalau nak datang pun, kenapa perlu malam sebelum pembuangan undi. Kenapa tak datang seawal lagi untuk melihat perjalanan kempen, itu lagi meriah.
Menurut sumber keselamatan PAS, sehingaa pagi tadi, lebih 22 buah bas dapat ditahan. Kebanyakannya ditahan di kawasan Lemal, kemudiannya diminta berpatah balik keluar dari Pasir Mas. Bas terakhir yang dapat ditahan, pada pukul tujuh pagi tadi.
PAS yakin mereka yang datang dengan lima bas malam tadi dan pagi ini ke Pengkalan Pasir sebagai pengundi hantu kerana kedatangannya tidak menggambarkan sebagai jentera kempen parti lawan.
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar berkata, sekiranya dikatakan sebagai tenaga kempen Umno sudah tentu mereka! datang lebih awal untuk berkempen dan bukannya awal pagi tadi.
“Apa yang berlaku awal pagi tadi adalah sesuatu yang tidak kena. Mereka tidak boleh diistilah sebagai pekerja Barisan Nasional tetapi sebagai pengundi hantu. Orang ramai yang menahan bas terbabit kerana mereka bimbang dengan kehadiran sebagai pengundi yang tidak dikenali,” katanya pada sidang media di Markaz Besar di sini, hari ini.
 
Malam tadi kira-kira jam 10 malam, sekumpulan penduduk kampung mengepung dua bas yang berhenti di sebuah rumah di Kubang Bemban dekat sini.
Tiga lagi bas turut ditahan penduduk pagi tadi yang dipercayai membawa pengundi ‘hantu’. Bas terbabit ditahan di Tendong.
 
Ribuan penduduk mengepung bas tersebut sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas yang begitu teruk di Kubang Bemban dan kawasan bandar.
 
Ekoran itu, polis datang membawa penumpang-penumpang terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.
 
Penduduk kemudian berhimpun pula di depan balai polis sebagai membantah kehadiran pengundi tidak dikenali itu. Dianggarkan lebih 2,000 penduduk berhimpun bermula jam 1 hingga 3.30 pagi.
 
Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang lengkap dengan water-canon bersiap sedia.
 
Mereka kemudian bersurai selepas diarah berkali-kali pasukan keselamatan. Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak berkata, dakwaan PAS mengenai wujudnya pengundi hantu dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir tidak betul.
 
"Memang ada orang yang tidak dikenali tinggal di luar dan pulang untuk mengundi. Kita tak kenal dia dan dia memang pulang mengundi," katanya Timbalan Presiden Umno.
 
Pada tahun 2000 timbul kekecohan semasa berlangsung pilihan raya kecil Lunas apabila petugas parti bertindak menahan 12 bas ya! ng mengangkut penyokong dan peraih undi BN yang didakwa sebagai pengundi hantu.
 
Kamaruddin berkata, kebimbangan PAS terhadap kewujudan pengundi hantu sebelum ini benar-benar menjadi realiti hari ini apabila petugas parti dan penduduk kampung berjaya menahan mereka.
 
“Kita amat sedih proses pilihan raya di negara ini seakan-akan sama dengan situasi yang berlaku di Zimbabwe, di mana proses pilihan raya begitu teruk sekali.
 
“Kita telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut dan kita menunggu tindakan lanjut diambil pihak terbabit. Bagaimanapun kita berharap tindakan tegas perlu diambil kerana ada usaha menghalang demokrasi berlaku di negara ini,” ujarnya. Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap isu kehadiran pengundi hantu diselesai secara aman kerana ia berpunca pertembungan ideologi daripada isu politik. Menurutnya, ia perlu diselesaikan secara baik dan tidak perlu dipanjangkan. Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa berkata, parti itu tidak memberi sebarang arahan penyokong menahan mana-mana bas yang memasuki kawasan pilihan raya kerana ia menyalahi undang-undang. Bagaimanapun katanya, petugas parti berbuat demikian atas rasa curiga di atas kehadiran mereka dalam bilangan yang ramai menjelang waktu mengundi.

Pengundi Hantu V (Kejar Mengejar)
Bahan Bergambar

Ini adalah gambar yang disyaki ajen pembawa pengundi hantu. Ajen ini membawa sebuah jip yang mana no pendaftarannya dari negeri melaka. Kami mendapati ajen ini menunggu di dalam jip yang berada di belakang sekolah yang juga merupakan perkarangan masjid Kasa


Inilah bas yang membawa pengundi hantu kami ambil gambar di Dangar yang mana bas dikawal oleh beberapa kereta peronda polis bagi melancarkan perjalanan jahat mereka.


Kami gagal untuk mengejar bas tersebut. Apabila kami melalui balai polis Pasir Mas, kami dapati bas yang kami kejar tadi telah dikepung oleh petugas2 PAS dihadapan Balai Polis Pasir Mas


Ini ialah pemandu bas warga india yang ditugaskan membawa bas pengundi hantu yang kononnya dikatakan bas pelancong. Kesemua orang didalam bas ini tidak disoal siasat oleh polis malah mereka dibenarkan meninggalkan tempat mereka dikepung oleh petugas PAS atas arahan ketua mereka. Ini menimbulkan kemarahan petugas PAS yang rata-rata telah menyiasat dan mendapat maklumat tentang bas tersebut yang membawa hantu. Ada diantara petugas PAS yang tidak dapat menahan kemarahan diatas sikap polis yang menjadi barua UMNO telah bertindak mengurangkan angin tayar bas tersebut supaya bas tersebut tidak dapat meninggalkan balai polis tersebut.


Gambar Jip pajero yang kami tangkap yang mana logo bahagian pintunya ditutup dengan sticker hitam dan kami dapati logo tersebut adalah logo kementerian penerangan. Mengikut makllumat, jip ini juga membawa pengundi hantu dan digunakan untuk membawa wang untuk disogok kepada pengundi di Pengkalan Pasir


Ini adalah gambar yang disyaki ajen pembawa pengundi hantu. Ajen ini membawa sebuah jip yang mana no pendaftarannya dari negeri melaka. Kami mendapati ajen ini menunggu di dalam jip yang berada di belakang sekolah yang juga merupakan perkarangan masjid Kasa


0 Comments:

Post a Comment