Selasa, Disember 13, 2005

KAHERAH 12 Dis. - Universiti Al-Azhar akan mengemukakan bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa berhubung penyiaran kartun yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. dalam akhbar utama Denmark baru-baru ini.
Menurut Al-Azhar, akhbar Jyllands-Posten telah melampaui batas dengan menyiarkan gambar-gambar kartun itu.
``Lukisan itu telah melampaui segala batas kritikan objektif dan sebaliknya menunjukkan penghinaan serta kebencian terhadap kepercayaan agama lebih satu bilion umat Islam di seluruh dunia termasuk beribu-ribu penduduk Islam di Denmark,'' kata menurut Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar dalam satu kenyataan kelmarin.
``Al-Azhar akan membantah penyiaran kartun-kartun anti-Nabi Muhammad itu kepada jawatankuasa berkenaan di PBB dan pertubuhan hak asasi manusia di seluruh dunia,'' menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Syeikh Al-Azhar, Mohammad Sa! yed Tantawi.
Sebanyak 12 lukisan yang menggambarkan Nabi Muhammad dalam situasi berlainan disiarkan dalam Jyllands-Posten pada 30 September lalu.
Dalam salah satu lukisan itu, imej yang dikatakan Nabi Muhammad kelihatan memakai serban berbentuk bom yang dililit di kepala.
Imej yang diharamkan dalam Islam itu telah menimbulkan bantahan keras daripada masyarakat Islam di Denmark, lebih-lebih lagi dengan keengganan akhbar berkenaan untuk memohon maaf atas alasan mempertahankan hak bersuara. - Agensi

0 Comments:

Post a Comment