Rabu, Disember 14, 2005

Bekas Timbalan Perdana Mente! ri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan menfailkan saman malu berjumlah RM100 juta terhadap bekas mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Peguamnya, Sankara Nair (foto) memberitahu sedang akhbar pagi ini bahawa writ saman tersebut pastinya akan sampai ke tangan Dr Mahathir.

Beliau menjangka saman tersebut akan difailkan dalam tempoh dua minggu apabila Anwar pulang bercuti daripada tugasnya di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Pada 20 September, Anwar berkata, beliau akan mengambil tindakan
undang-undang terhadap Dr Mahathir jika bekas Perdana Menteri itu enggan memohon maaf dan menuntut gantirugi RM100 juta kerana didakwa membuat kenyataan Anwar seorang ‘peliwat’.

Dr Mahathir menolak
tuntutan tersebut dan berkata belaiu akan mempertahankan prosiding memfitnah yang dibawa terhadapnya.

Anwar antara lain, mendakwa, Dr Mahathir telah dengan sengaja, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat ketika membuat kenyataan tersebut.

Katanya lagi, kenyataan Dr Mahathir itu dibuat dengan tujuan untuk mencemarkan dirinya dan mendedahkan dirinya kepada kebencian umum.

Sankara menjelaskan bahawa kelewatan memfailkan saman tersebut adalah disebabkan masa yang diperlukan untuk mengumpul bukti dan menyediakan dokumen terbabit.

Katanya, ia merupakan satu perkara yang serius, kompleks dan beliau perlu teliti dan berhati-hati di samping mendapatkan pandangan beberapa peguam kanan, termasuk Raja Aziz Addruse dan Datuk Param Cumarasuamy.

Menurutnya, beliau sentiasa berhubungan de! ngan Anwar berhubung tindakan undang-undang itu.

Yakin berjaya

Sankara berkata, beliau juga menyedari yang Mahathir telah mengulangi dakwaan tersebut.

“Kami yakin (yang kami akan berjaya), tidak kira apa Dr Mahathir kata,” katanya.

Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno pada 1998 dan kemudianya didakwa di mahkamah dan disabitkan dengan kesalahan meliwat dan salahguna kuasa.

Beliau dihukum 15 tahun penjara bagi kedua-dua kesalahan tersebut, dan telah selesai menjalani hukuman enam tahun penjara bagi kesalahan salahguna kuasa.

Tahun lalu, Anwar dibebaskan apabila Mahkamah Persekutuan menerima rayuannya dan membatalkan tuduhan serta sabitan kesalahan liwat terhadapnya.

Dari awal lagi, Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu sengaja direka-reka dan merupakan konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Dr Mahathir bagaimanapun, menafikannya.

0 Comments:

Post a Comment