Sabtu, Disember 17, 2005

Di petik dari laman: http://pimpinmelayu.blogspot.com/

 

Jadual di bawah adalah ringkasan cerita PRK DUN Pengkalan Pasir. Kalau diikutkan hati, jadual di bawah boleh menjadi asas kepada satu cerita yang panjang. Malah satu buku. Tetapi malangnya, itu bukanlah kerja saya.

 

PERSPEKTIF PERTANDINGAN DUA PENJURU: Keputusan Pilihan raya DUN Pengkalan Pasir 2004 & 2005 (Calun Bebas dianggap undi rosak)

 

2004

2005

PEMENANG

Peti Undi

UMNO

PAS

UMNO

PAS

BEBAS

2004

2005

Banggol Chicha

745

1089

830

1105

27

(344)

(275)

Kasa

853

1043

876

1082

41

(190)

(206)

Sakar

419

477

406

518

13

(58)

(112)

Kubang Bemban

655

866

753

859

26

(211)

(106)

Slow Machang

950

1048

993

1036

85

(98)

(43)

Pengkalan Pasir

796

697

817

782

43

99

35

Kampung Dangar

587

538

631

523

54

49

108

Kampung Bharu

617

559

690

560

51

58

130

Kubang Badak

615

521

653

519

53

94

134

Jalan Pasir Pekan

609

275

620

291

17

334

329

Undi Pos

266

55

150

15

4

211

135

JUMLAH

7,112

7,168

7,419

7,290

414

(56)

129

Nota: Angka dalam kurungan menunjukan jumlah undi UMNO kalah

Data 2005 adalah berpandukan kiraan pertama.

 

Jika dalam tahun 2004 dulu PAS menang/UMNO kalah di lima peti undi, Banggol Chicha, Kasa, Sakar, Kubang Bemban, dan Slow Machang, dalam PRK ini PAS menang/UMNO kalah di tempat-tempat yang sama. Secara sinis, boleh dirumuskan bahawa setelah berjuta duit dibelanjakan oleh kedua-dua parti dalam PRK ini, hasilnya “pi mai pi mai tang tu jugak.”

Implikasinya? Kemungkinannya, pembubaran DUN Kelantan baik secara sukarela oleh PAS, atau hasil tekanan dan intriq dari UMNO, tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada kedua-dua parti. Jika majoriti 2/3 dalam DUN yang dicari oleh kedua-dua parti, mungkin hanya lagi sakit hati yang ditemui. Menemui Al Ghazali atau Ibnu Taimiyyah jauh sekali : - ))

 

Tolak tepi undi pos, pada keseluruhannya “prestasi” UMNO meningkat sedikit dalam PRK ini. Di lima peti undi yang UMNO kalah, UMNO telah berjaya mengurangkan jumlah kekalahan dari 901 (2004) kepada 743 (2005), yakni peningkatan sokongan sebanyak 159 undi atau 17.6%.

 

Di lima peti undi yang PAS kalah, UMNO telah berjaya menambah undi dari 634 (2004) kepada 736 (2005), yakni peningkatan sokongan sebanyak 102 undi atau 16%. Keseluruhannya kali ini UMNO telah berjaya menambah sokongan sebanyak 261 undi atau 4.30%.

 

Penambahan ini jika dinilai dalam konteks intensity, kesungguhan UMNO “menyerang” dari segala aspek, adalah laksana berniaga bermodalkan RM1,000/=, untung lima posen (50 sen). Untung memang untung, tapi ramai pemerhati politik akan bersetuju dengan saya bahawa kemenangan ini adalah satu keuntungan yang tidak berbaloi.

 

Cerita sebaliknya dalam gambar hitam putih ini ialah PAS mampu meniru langkah dan seni lawannya, masih berupaya menangkis serangan UMNO dan, ceteris paribus, nampaknya PAS masih mempunyai masa depan yang cerah untuk mentadbir Kelantan di masa hadapan.

0 Comments:

Post a Comment