Ahad, Oktober 09, 2005

Oleh SALMAH MAT HUSEIN KOTA BHARU, 7 Okt (Hrkh) – Pentadbiran kerajaan Kelantan yang diterajui PAS sejak 15 tahun lalu, telah mencapai rekod kecemerlangan apabila tiada seorang pun pemimpin kerajaan itu ditangkap kerana rasuah.Mohd Zaki Ibrahim (PAS – Kelaburan) berkata, biarpun usaha pihak tertentu termasuk pemimpin Umno berusaha untuk membawa pemimpin PAS ditangkap kerana rasuah atau seumpamanya, namun sehingga sekarang usaha tersebut masih gagal. Beliau berkata demikian ketika berucap membahas ucapan Belanjawan 2006 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang ke-11. Belanjawan tersebut telah dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Zaki berkata lagi, sejak 15 tahun lalu sehingga sekarang belum ada pemimpin kerajaan negeri sama ada wakil-wakil rakyatnya, anggota exco atau Timbalan Menteri Besar dan Menteri Besar ditangkap kerana masalah yang serupa. “Kelantan telah mencatat ‘record’ dalam pentadbirannya di mana ia telah mencapai kejayaan yang besar tanpa sebarang kes rasuah oleh pemimpinnya atau salah laku yang lain. “Kalau ada sudah tentu perkara ini tidak adakan didiamkan kerana pihak lawan sedaya mungkin berusaha untuk menghebohkan perkara ini, jadi oleh kerana ia tidak berlaku, maka usaha tersebut gagal,” ujarnya. Sementara itu sewaktu Adun Kelaburan itu berucap, beberapa wakil Barisan Nasional (BN) bangun untuk meminta laluan. Antara mereka ialah, Tendong, Paloh, Manik Urai, Pengkalan Kubur, Guchil termasuk Ketua Pembangkangnya. Mereka tidak berpuas hati ekoran wakil PAS itu mendedahkan ada seorang ibu di Melaka terpaksa menjual anaknya kepada warga Singapura semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan anaknya yang sakit jantung. Menurut Zaki lagi, rakyat Kelantan biarpun seringkali dikatakan susah, namun belum seorangpun menjual anak mereka semata-mata untuk mendapatkan wang. Wakil Tendong, biarpun tidak diberi laluan, namun tetap bangun untuk mencelah sewaktu Zaki berucap, menyebabkan kekecohan berlaku. Biarpun Timbalan Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud berulangkali menyuruh wakil Tendong itu duduk namun dia tetap ‘berdegil’ tidak mahu duduk sehingga exco kerajaan negeri, Takiyuddin Hassan menunjukkan buku merah ‘standing order’. Nasaruddin menyuruh Tendong duduk ikut peraturan sekiranya ingin berucakap. “Saya tidak mahu menggunakan kuasa yang ada pada saya, jadi minta duduk sebab yang berhormat Kelaburan tidak beri laluan,”ujarnya. Suasana semakin riuh rendah apabila Adun Kelaburan itu mendedahkan pelajar sekolah di Sabah terpaksa menjadi tarzan berikutan tiada jambatan yang menghubungkan kampung mereka menuju ke sekolah. “Mereka saban hari terdedah dengan bahaya kerana meniti jambatan gantung di mana di bawahnya pula buaya sedang menunggu untuk membaham mereka. “Pendedahan ini bukan dibuat oleh akhbar Harakah, sebaliknya akhbar milik BN juga,”ujarnya. Suasana yang tegang itu juga menyebabkan Takiyuddin sekali lagi menunjukkan buku peraturan berhubung perkara 121, iaitu apabila seseorang ahli dewan sedang berucap, yang lain diminta diam. Sementara itu sewaktu Zaki berucap, wakil PAS-Chetok yang mendapat laluan mencadangkan supaya diadakan muzakarah antara ulama PAS dan Umno bagi menghuraikan sesuatu isu termasuk Islam Hadhari bagi menyelesaikan masalah kekeliruan yang timbul dalam masyarkat. Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Adun Kelaburan itu yang juga turut menyentuh soal Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan BN yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya oleh masyarakat berhubung perkara itu. Zaki seterusnya memberitahu, PAS sejak sekian lamanya sudah bersedia untuk bermuzakarah dengan pemimpin Umno tetapi sehingga sekarang usaha itu gagal kerana pemimpin mereka tidak bersedia. “Mereka takut untuk berhadapan dengan pemimpin PAS dalam semua isu yang diciptakan oleh mereka sendiri,”ujarnya. Terdahulu mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan ini (BN –Kok Lanas) Dato’ Anuar Musa dan (PAS – Kemuning. - zs

0 Comments:

Post a Comment