Jumaat, April 28, 2006
Mengikut satu anggaran, terdapat 6 juta pengguna Windows di negara ini, dan Business Software Alliance melaporkan bahawa 61% daripada perisian yang digunakan di sektor perniagaan adalah cetak rompak.
Pengguna Windows cetak rompak akan menemui satu tampalan pada waktu mereka mengemaskinikan Windows mereka.
Asasnya, satu mesej menyatakan “This copy of Windows is not genuine ...” akan dilekatkan secara kekal di skrin login Windows, dan mesej yang serupa akan wujud dalam bentuk popup pada bila-bila masa sewaktu komputer itu digunakan.
Langkah anti-cetakrompak ini bermula di lima negara esok – Amerika Syarikat, Britain, New Zealand, Australia dan Malaysia.
Pengguna yang telah dikenakan tampalan tersebut hanya boleh memadamnya dengan memasang perisian Windows asli. Harga di sekitar RM320 untuk sesalinan Windows XP Home (versi OEM) hingga RM510 untuk Windows XP Pro (versi OEM ).
“Atau mereka sedia terima peringatan dengan mesej popup berkenaan,” kata K.T. Ng, Pengurus Kumpulan untuk Windows Client solutions di Microsoft Malaysia.
Jika mereka golongan peniaga atau eksekutif korporat, pasti ia memalukan jika pelanggan mereka menemui yang syarikat berkenaan menggunakan Windows cetak rompak ini, tambah beliau.
Menurut Ng, langkah itu bertujuan untuk melayani pengguna perisian Microsoft’s yang tulen dengan lebih baik.
Contohnya kata beliau, pemalsu telah berjaya menyalin produk Microsoft pada peringkat di mana pengguna tidak dapat membezakan diatara yang tulen dan tiruan.
“Mesej pop-up akan segera mengingatkan pengguna tentang cetak rompak berkenaan misalnya sewaktu mereka membeli komputer atau notebook baru,” kata beliau lagi.
Jika seorang pengguna tidak menyedari yang ia dibekalkan dengan sistem operasi yang tidak sah, dia boleh melaporkan vendor berkenaan dengan mengklik butang “Get Genuine” di skrin login.
Komputer yang telah ditampalkan dengan mesej ini masih boleh menerima pengemaskinian perisian untuk sistem operasi, tetapi tidak dibenarkan memuat-turun Internet Explorer 7.0 (IE7) dan Windows Defender. (Baca seterusnya dari akhbar The Star bahagian Komputer hari ini)
IE7 ialah browser Microsoft terbaru, yang lebih selamat sementara Microsoft Defender ialah sebuah program anti-spyware.
Sementara itu, saya telah menerima beberapa email dari pengguna-pengguna menyatakan keresahan ini.
Kita dukacita kerana langkah mundur yang diambil oleh Microsoft ini kerana buat masa ini kesemua syarikat sedang berusaha untuk menjadikan perisian mereka sebagai Open-Source.
Kita tidak pasti mengapa Microsoft Malaysia mampu melaporkan perkara yang buruk kepada ibu pejabat mereka tentang penggunaan Windows di Malaysia, kerana jika bukan maklumat dari mereka, mengapa Malaysia tersenarai di dalam 5 negara yang akan dikuatkuasakan mesej tampalan tersebut? Mengapa tidak negara lain seperti Thailand, Filipina, China dan India yang kada penggunaan cetakrompak mereka jauh lebih tinggi dari Malaysia?
Micrsoft Windows versi tulen terlalu mahal untuk dibeli oleh sekalian rakyat Malaysia (RM320-RM510) untuk sebuah pc. Bayangkan rakyat negara ini yang dihimpit dan dibelenggu dengan pelbagai kenaikan harga, tiba-tiba kini dipaksa untuk membeli versi tulen untuk sistem operasi komputer mereka.
LPZH kesal dengan tindakan Kerajaan yang lebih membela golongan korporat yang kaya raya serta membelakangkan rakyat terbanyak. Telah banyak langkah-langkah kerajaan di zaman era PM yang baru ini (dengan maaf) mencekik dan mencerut leher rakyat.
Jika benar kerajaan merestui langkah Microsoft ini dilaksanakan, ini bererti maka makin mundurlah rakyat negara ini di bidang ICT. Pelajar manakah yang mampu membeli versi tulen sistem operasi ini sedangkan telah diketahui 60%-70% pengguna komputer di negara ini adalah terdiri dari golongan pelajar? Apakah Kerajaan suka dengan fenomena kemunduran sebegini berlaku di kalangan pelajar Malaysia? Akan berkuburlah cita-cita Kerajaan untuk mewujudkan K-itu K-ini (knowledge-based) apabila langkah terbaru ini tidak di atasi segera.
Saya tidak menyatakan bahawa saya menyokong cetak-rompak ini berleluasa di negara ini, tapi saya KESAL sangat kerana tiada langkah proaktif kerajaan yang ada untuk membela rakyat. Jika benar versi tulen perlu digunakan maka Kerajaan perlu memberikan subsidi agar lebih ramai rakyat yang mampu membelinya. Jika subsidi boleh diberikan kepada penternak ayam, golongan petani beras, gas memasak, pemilik syarikat pengangkutan, pemilik kereta mewah, golongan peniaga dan sebagainya, mengapa di bidang sepenting ini kerajaan memejam mata dan berlepas tangan?
Saya merayu Kerajaan bertindak dengan tidak membelakangkan kepentingan berjuta pengguna komputer di negara ini dengan melakukan sesuatu agar rakyat terbanyak mampu memiiliki sistem operasi untuk digunakan di komputer-komputer.
Saya menasihatkan agar pengguna-pengguna bersabar dan memboikot penggunaan Microsoft Windows secara berperingkat-peringkat. Usah UPDATE sebarang produk Microsoft untuk tempoh ini kerana dengan berbuat demikian anda akan memperolehi kenyataan tampalan jijik itu di skrin anda. Kita akan dapat perhatikan juga nanti terdapat komputer-komputer di jabatan-jebatan Kerajaan yang bakal mempunyai tanda yang demikian juga. InsyaAllah LPZH akan memulakan satu tutorial baru menegenai pemasangan dan penggunaan Linux dalam tempoh yang terdekat sebagai satu langkah protes kita terhadap kerajaan dan Microsoft.
Petikan dari laman web:- http://www.zulkiflyharun.com/php/index.php
Khamis, April 27, 2006

In The Name of Allah The Most Beneficent and The Most Merciful
| ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
|
Selasa, April 25, 2006
Oleh Tn Ibrahim bin Tn Man
RABU 10 Mei 2006
Jam 9 Malam
Di Markas PAS Palong 4
Anjuran : PAS Kawasan Jempol
Maklumat hubungi : 019-2876734
********************
CERAMAH PERDANA
Us Nasharuddin Mat Isa - Timbalan Presiden PAS
Sdr Mazlan Aliman - Naib Ketua Pemuda PAS Pusat
SABTU 29 Apr 2006
Jam 9 mlm
Di Markas PAS Rembau
********************
Dailog Bersama YB Dato Kamaruddin Jaafar
AHAD 30 Apr 2006
Jam 9.30 pagi
Di Markas PAS Rembau
Khamis, April 20, 2006
Rabu, April 12, 2006
Adalah dimaklumkan ayah Sdr Nazri Zainal (Unit Amal
NS) telah meninggal dunia jam 5 pagi tadi Rabu 12
April 2006 di Kg Pelangai, Pahang. Mereka yang tidak
berkesempatan utk ziarah bolehlah mengirimkan SMS
kepada beliau di 016-2778269
Al Fatihah
Isnin, April 10, 2006
Ustaz Nasruddin Tantawi: HUKUM MELAKONKAN WATAK NABI
0 komen Di hantar oleh dppks pada 4/10/2006 09:53:00 PTGii. Apabila pelakon tidak mampu melakukan sama seperti yang dilakukan oleh individu asal dia dikira berdusta. Berdusta terhadap nabi dikira menyakiti nabi dan menyakiti nabi adalah haram. Allah berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 57 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan rasulnya, menerima laknat Allah di dunia dan di akhirat. Dan Ia (Allah) menyediakan untuk mereka azab yang pedih”.
iii. Para nabi adalah ikutan orang ramai. Melakukan pendustaan terhadap mereka dengan melakonkan watak mereka menjadikan orang ramai tidak lagi menjadikan mereka sebagai ikutan kerana melihat kepada peribadi pelakon. Ini bercanggah dengan al-Quran yang mengarahkan manusia mengambil contoh daripada para nabi. Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 90 yang bermaksud, “Mereka itulah (para nabi) orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikut olehmu akan petunjuk mereka”.
Saya yakin, bagi mereka yang memahami ‘ruh syariat’ akan berpuashati dengan fatwa dan alasan di atas. Para nabi dan rasul adalah pembawa hidayah. Jika watak mereka tidak dilakonkan sekali pun, hidayah tetap akan terpancar dan menyelinap masuk ke dalam jiwa-jiwa yang ikhlas mencari kebenaran.
Jika watak mereka dilakonkan, pendustaan dan penyakitan terhadap peribadi mereka pasti berlaku sedangkan mereka yang menontonnya belum tentu menerima hidayah. Satu persoalan besar, dalam teater nabi Yusof, siapakah bakal pemegang watak nabi itu? Adakah di sana atau dimana-mana manusia setabah iman, secantik, sejujur, seikhlas, setaqwa….nabi Yusof as? Jika ada siapalah agaknya orang itu? Jika tiada, nabi Yusof akan didustai dan disakiti. Wallahu a’lam.
Isnin, April 03, 2006


Al Fatihah