Khamis, Mac 30, 2006
Peguam Syarie Menulis: Hukuman mati ikut Barat kurang insafkan penjenayah
Jika kadar jenayah yang masih tinggi dijadikan alasan, apakah jaminan sekiranya hukuman mati ini dimansuhkan kadar jenayah akan turun? Adakah pesalah berat yang telah dihukum ini akan keluar dari penjara dengan penuh keinsafan dan tidak mengulangi kesalahannya?
Kegagalan menurunkan kadar ini sebenarnya berpunca daripada pelaksanaan hukuman mati dan bukan hukuman itu sendiri. Apa yang berlaku sekarang, hukuman mati dijalankan secara tertutup dan tidak disaksikan orang ramai.
Bagaimanakah hukuman sebegini dapat memberi kegerunan kepada sesiapa kerana mereka sendiri tidak pernah melihat ia dilaksanakan. Hukuman seperti ini biasanya dijalankan di dalam penjara dan disaksikan pegawai penjara, pegawai perubatan, majistret dan ahli keluarga terdekat. Orang awam hanya akan mengetahui setelah hukuman itu dilaksanakan.
Di Arab Saudi dan beberapa negara lain yang menjalankan hukuman mati secara terbuka, apakah kadar jenayah negara itu tinggi? Ini adalah bukti bahawa hukuman sebegini akan melindungi masyarakat umum daripada dikacau ganggu orang yang tidak bertanggungjawab.
Jangan hanya merujuk kepada Barat sebagai penyelesai masalah, sedangkan di tempat lain masih banyak yang kita boleh mengambil iktibar.
Majlis Peguam juga khuatir suatu hari kelak akan ada kes di mana orang yang tidak bersalah telah dihukum mati dan didapati bukan dia yang melakukan kesalahan itu kemudian hari. Memang benar orang yang tidak bersalah ini tidak boleh diselamatkan lagi kerana telah meninggal dunia. Tetapi, adakah ini alasan yang munasabah hukuman mati itu perlu dimansuhkan? Tidak adakah cara lain di mana kesilapan seperti ini dapat dielakkan?
Di dalam sistem perundangan yang kita amalkan pada masa ini, seseorang yang telah disabitkan bersalah dan dihukum dengan hukuman mati tidak akan terus dibunuh. Secara automatik kes ini akan dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi untuk rayuan dan ia akan diputuskan oleh sekurang-kurangnya tiga hakim Mahkamah Rayuan. Mahkamah yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan) akan membuat keputusan mereka.
Sekiranya masih didapati bersalah, maka rayuan ke Mahkamah Persekutuan pula boleh dibuat di hadapan panel sekurang-kurangnya tiga hakim. Setelah keputusan dicapai dan jika masih lagi disabitkan bersalah, pesalah ini boleh memohon pengampunan kepada Sultan.
Proses ini amat panjang. Tentu dalam proses ini akan muncul fakta baru yang menunjukkan ketidakbersalahan pesalah itu dan dia akan bebas daripada hukuman itu.
Sekurang-kurangnya tujuh hakim yang akan membuat keputusan itu. Setelah segala jalan diambil dan tidak berjaya, baru hukuman mati ini boleh dilaksanakan. Maka, kebarangkalian kesilapan akan berlaku amat kecil.
Seperkara lagi yang boleh diamalkan ialah dengan mengetatkan pembuktian. Pada masa ini pembuktian yang dibebankan ialah melampaui keraguan munasabah. Beban ini adalah tinggi dan hendaklah dipikul oleh pihak pendakwa. Tugas peguam bela hanya menimbulkan keraguan yang munasabah bagi membebaskan orang yang kena tuduh itu.
Beban pembuktian di dalam Islam untuk kes yang membabitkan hukuman mati adalah lebih tinggi lagi iaitu melampaui sebarang keraguan. Dengan cara ini ia akan mengelakkan kesilapan menghukum seseorang. Namun, ia tidak bermakna mereka akan terlepas begitu saja kerana masih boleh disabitkan dalam kesalahan lain yang dikategorikan sebagai takzir.
Di dalam pembuktian kes yang membawa hukuman mati, banyak perkara yang perlu diteliti hakim seperti kewibawaan saksi, dokumen dan sumpah. Dengan itu tidak akan berlaku kesilapan menghukum orang yang tidak bersalah.
Janganlah kita hanya mementingkan hak asasi pesalah. Kita perlu sedar sistem undang-undang yang diterima telah mensabitkan beliau atau suatu kesalahan yang berat seperti membunuh dan mengedar dadah.
Tidakkah kita prihatin dengan perasaan dan kesusahan yang dihadapi keluarga mangsa? Bagaimanakah keadaan keluarga mangsa yang dibunuh apabila suatu hari nanti terserempak dengan pembunuh ayah mereka?
Bagi pengedar dadah yang merosakkan masyarakat umum pula, tentulah mereka akan keluar dari penjara dan meneruskan kegiatan itu kerana memberikan pulangan lumayan. Yang menjadi mangsanya ialah anak kita yang akan terjebak ke dalam lembah kehinaan itu.
Mereka yang melakukan kesalahan kejam seperti membunuh dan mengedar dadah ini hanya mementingkan diri sendiri. Mereka sebenarnya tidak layak hidup kerana hanya memberi kemudaratan kepada orang lain. Yang pasti keluarga mangsa akan mengalami trauma, sedih, marah dan kesusahan yang tidak terhingga apabila mendapati keluarga mereka menjadi mangsa pembunuhan.
Buat sedikit kajian terhadap keluarga mangsa. Bagaimana mereka meneruskan kehidupan mereka setelah insiden kejam itu berlaku. Bagaimana perasaan mereka ketika menghadapi perbicaraan dan menerima keputusan yang dibuat hakim.
Oleh itu, saranan berkenaan perlu dikaji dan tidak terus membuat andaian hanya dengan merujuk kepada Barat. Mungkin kerajaan boleh mencuba pendekatan baru dengan melaksanakan hukuman mati di tempat terbuka dengan cara sesuai. Pasti kita akan dapati penurunan mendadak jenayah di Malaysia. Hukuman lain seperti mencuri dan merogol juga boleh dilakukan di tempat terbuka dengan tujuan sama. Dengan cara ini matlamat hukuman itu sebagai suatu pengajaran akan dapat dicapai.
Hak pesalah untuk mendapatkan perbicaraan yang adil. Tetapi, setelah dibicarakan dengan adil dan disabitkan kesalahan, maka hak keluarga mangsa dan orang awam hendaklah diutamakan. Hak keluarga mangsa untuk mendapatkan keadilan. Hak orang awam untuk hidup dalam keadaan selamat dan tenteram.
Rabu, Mac 29, 2006
Nisa janjikan program terbaik semasa pelancaran peringkat Negeri Sembilan
0 komen Di hantar oleh dppks pada 3/29/2006 08:09:00 PTG
SEREMBAN, 28 Mac (Hrkh) - Pelbagai acara menarik khusus untuk golongan remaja muslimah disediakan sempena pelancaran Nisa peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan di Gedung Lalang, Ampangan, Seremban pada Ahad 23 April 2006 ini bermula jam 9.00 pagi. Menurut Pengarah Nisa Negeri Sembilan, Norwani Amat, antara acara yang akan diadakan ialah pertandingan fesyen muslimah cilik, pertandingan tudung kreatif remaja muslimah, pertandingan masakan rendang dan pembuka selera, deklamasi sajak, persembahan nasyid, gerai busana muslimah, jualan amal barangan terpakai serta gerai jualan usahawan muslimah. Program itu diatur sejajar dengan peranan Nisa untuk membimbing para remaja untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, katanya. Majlis Pelancaran Nisa ini adalah terbuka kepada semua, sementara acara pertandingan yang disediakan adalah percuma,katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi. Beliau juga memaklumkan bahawa kepada individu atau kumpulan yang ingin menyertai acara pertandingan atau membuat tempahan tapak geraihendaklah memaklumkan kepada pihak penganjur sebelum 17 April 2006. Untuk maklumat lanjut, pendaftaran dan tempahan gerai bolehlah menghubungi Norwani (013-3851202), Hanadiah (013-6153468), Jazillah (019-3073100) dan Norashikin (019-6535145). Di samping itu pihak penganjur juga mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada orang ramai untuk menjayakan program ini, katanya./wn. |
53 peratus keuntungan Petronas dimiliki kerajaan
0 komen Di hantar oleh dppks pada 3/29/2006 08:07:00 PTG
Hasil Petronas yang masuk kepada kerajaan ialah dalam bentuk pembayaran cukai, royalti dan dividen. Malangnya semuanya itu tidak didedah kepada rakyat. Misalnya pada tahun lepas bayaran Petronas kepada kerajaan Persekutuan sebanyak RM31 bilion. Jumlah itu tidak termasuk hasil cukai lain seperti cukai perniagaan, pendapatan, kenderaan dan banyak lagi yang dibayar orang ramai. Namun apa yang terbuku di hati rakyat, ke mana dibelanjakan wang keuntungan Petronas yang begitu banyak sehingga kerajaan kononnya mendakwa tidak mampu menanggung subsidi minyak dan gas untuk rakyat. Penganalisis politik, Saifudin Nasution Ismail berkata, kerajaan tidak pernah memberitahu secara terbuka bagaimana membelanjakan hasil perolehan Petronas yang begitu banyak. Katanya, kerajaan Barisan Nasional berjaya mengelakkan rakyat daripada mendapat tahu kedudukan sebenar kewangan Petronas disebabkan Akta Pembangunan Petroleum hanya menjadi kuasa 'veto' Perdana Menteri dan bukannya Parlimen atau jemaah menteri. “Akta ini meletakkan hanya Perdana Menteri seorang sahaja yang bertanggungjawab soal kewangan Petronas. Sebab itu Parlimen Malaysia tidak tahu ke mana duit Petronas dibelanjakan. Jemaah menteri pun mungkin tidak tahu," katanya di sini. Petronas ditubuhkan pada tahun 1970-an, bermodal RM10 juta. Namun sekarang syarikat gergasi itu telah beroperasi di 35 negara sehingga berjaya memberi keuntungan besar kepada kerajaan. Saifuddin juga berkata, berdasarkan kepada penjelasan Perdana Menteri, subsidi minyak sebanyak RM4.4 bilion akan digunakan bagi membangun sistem pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan bas baru, namun ia hanya ditumpu di Lembah Klang tanpa mendapat manfaat rakyat di tempat lain. Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan masih memberi subsidi gas kepada empat penjana kuasa elektrik yang dimiliki jutawan terkenal termasuk Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri T Ananda Krishnan dan Tan Sri Syed Moktar Al-Bukhari. "Kerajaan tidak jelaskan kepada rakyat subsidi yang begitu besar masih diberi kepada pengendali janakuasa tersebut yang berjumlah RM14 bilion setahun," dakwanya. Tenaga yang dihasilkan penjana bebas itu kemudiannya dijual dengan harga 30 sen satu kilowat kepada TNB dan TNB menjual semula kepada pengguna pada kadar 23 sen satu kilowat sehingga terpaksa menanggung kerugian besar. Ertinya setiap satu kilowat TNB rugi 7 sen dan menjadikan keseluruhan TNB kerugian sebanyak RM30 bilion, seperti pernah diumumkan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Shaziman Abu Mansor. |
Ahad, Mac 26, 2006
GAMBAR HARI SUKAN KELUARGA PASTI KAWASAN SEREMBAN 2006
0 komen Di hantar oleh dppks pada 3/26/2006 08:42:00 PTGKesemua 19 tahanan demo KLCC dibebaskan jam 5.30 petang
0 komen Di hantar oleh dppks pada 3/26/2006 08:01:00 PTG
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Kesemua 19 aktivis yang ditahan di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dalam demonstrasi membantah kenaikan harga minyak anjuran MTUC pagi tadi telah dibebaskan dari Balai Polis Pudu pada jam 5.10 hingga 5.35 petang tadi.
Dr Hatta Ramli serta dua anaknya, Amirah dan Atiqah pula dibebaskan pada jam 5.17 petang disambut oleh Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dan pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR), Tian Chua, Sivarasa Rasiah dan Xavier Fernandes. Menyusul selepas itu Yusoff Ahmad, Hamid Bahrawi Omar Tan Abdullah, Salmah Abdul Rashid, Sanussi Saidin, Rosli Yusoff dan Hariss Ebrahim dibebaskan pada jam 5.20 petang. Sementara Mohd Asril Nasruddin, Mohd Salihin Johari, Kamal Mohammad, Zulkarnain Khalid dan Faizal Ahmad dibebaskan pada jam 5.35 petang. Selepas dibebaskan semua tahanan berkumpul di hadapan Balai Polis Pudu sambil melaungkan supaya harga minyak diturunkan serta kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan kerana menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak 30 sen 28 Februari lalu.
"Kena tangkap ini semua perkara kecil sahaja, yang penting perjuangan membela rakyat.Ini akan memberi semangat kepada pejuang.Turun minyak...turun PM, hidup rakyat...hidup rakyat," laungnya sambil disahut semua penyokong yang setia menanti di hadapan balai polis sejak jam 2.00 petang lagi. Dalam pada itu Kamaruddin yang yang bercakap bagi pihak PAS mengutuk keras tindakan polis menahan peserta perhimpunan aman pagi tadi. Beliau yang ditemui ketika menunggu tahanan dibebaskan menyifatkan tangkapan yang dibuat telah dirancang terlebih dahulu setelah sebelum ini dua demonstrasi atas isu yang sama dianjurkan PAS dan PKR di KLCC. "Kita akan teruskan protes kenaikan harga minyak ini demi memastikan hak rakyat terus diperjuangkan," katanya. Sementara itu beberapa aktivis yang ditahan mendakwa mereka telah diperlakukan secara kasar oleh pihak polis. Seorang dari mereka, Mohd Fiqtrey berkata, semasa ditahan di hadapan KLCC polis bertindak kasar dengan memijaknya. Beliau yang masih berasa sakit mahu membuat laporan polis di atas tindakan kasar polis menahannya itu. "Saya akan ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan selepas itu akan membuat laporan polis," katanya./wn |
Dr Hatta dan dua anaknya antara 19 yang ditahan dalam demo depan KLCC
0 komen Di hantar oleh dppks pada 3/26/2006 07:59:00 PTG
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli bersama dua anaknya antara yang ditahan dalam perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak yang dihadiri 2000 peserta di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebentar tadi. Dua anak perempuan Dr Hatta, Amirah 9, dan Atiqah 17, yang menyertai demonstrasi itu turut ditahan ketika hendak bersurai hadapan jalan bertentangan KLCC setelah memulakan semula demosnstrasi di kawasan berkenaan. Lebih malang lagi seorang Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Aiman Athirah Al Jundi turut menjadi mangsa kerakusan polis menahan peserta demonstrasi setelah terdahulu sebelum itu peserta disembur dengan air 'water canon'. Lain yang ditahan ialah aktivis Parti KeADILan Rakyat (PKR), Omar Tan Abdullah, aktivis Universiti Bangsar Utama (UBU), Fiqtrey Al Hakimi; Pemuda PAS Pandan, Kamal Mohammad; Hariss Ibrahim, Salmah Abdul Rashid, Azmi Ali;Mohd Zai Mustaffa, Khairul Anwar Mohammad Khusairi, Yusoff Ahmad, Hamid Bahrawi, Sanussi Saidin, Rosli Yusoff, Zulkarnain Khalid, Faizal Ahmad, Mohd Salihin Johari dan Mohd Asril Nasruddin. ![]() Dr Hatta dan dua anaknya dibawa polis ke balai selepas ditahan di perkarangan KLCC. Setakat berita ini ditulis semua yang ditahan kini berada di Balai Polis Pudu dan belum dibebaskan. Perhimpunan yang bermula jam 10.00 pagi tadi dianjur oleh Kengres Kesatuan Sekerja Nasional (MTUC) dengan kerjasama PAS, PKR, DAP, Suarama dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang lain. Antara pimpinan yang hadir ialah, Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu; Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohammud; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob; Ketua Penerangan PKR; Tian Chua dan beberapa aktivis rakyat. Anjuran MTUC Perhimpunan Bersama Keluarga hari ini pada asalnya dianjurkan oleh MTUC . Bagaimanapun pihak lain yang juga menentang kenaikan harga minyak ini menyertai perhimpunan MTUC itu. Antaranya Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang ditubuhkan oleh parti pembangkang dan NGO tempatan. "Kami menganjurkan perhimpunan untuk memberikan penerangan tentang kandungan memorandum yang hendak dihantar MTUC kepada Perdana Menteri di Bangunan Parlimen esok," kata Syed Shahir, Presiden MTUC kepada Harakahdaily sebelum ini. MTUC tidak bersetuju dengan kenaikan ini kerana golongan pekerja yang paling terasa akibatnya ekoran kenaikan harga minyak ini, kata beliau. Lagipun, katanya, ada cara lain yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menangani kenaikan harga minyak dunia sebagaimana cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. |
SABTU 1 April 2006 Jam 9 malam
Penceramah : Hj Mahfuz Omar , Dato Ibrahim Ali, Us Kamal Ashaari
AHAD 2 April 2006 Jam 9 malam
Penceramah : YB Salahuddin Ayub, YB Zaki Ibrahim, Dr Rosli Yaakop
SEMUA BERTEMPAT DI
Kg Masjid, Lenggeng, Negeri Sembilan
Anjuran : Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS N.Sembilan
Maklumat lanjut hubungi :
Zulkefly 019-2818816
Ghazali 019-2515618
SABTU 1 April - Ahad 2 April 2006
9 pagi - 12 tgh malam
Di Kg Masjid, Lenggeng, Negeri Sembilan
EXPO ini bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hak mereka sebagai pengguna serta kepentingan penjagaan alam sekitar disamping mempromosikan barangan produk halal.
ANTARA YANG MENARIK
Sukaneka Kanak-Kanak PASTI/TASKI/TADIKA/TABIKA
Forum dan Dialog Pengguna
Pameran dan Gerai Jualan
Aturcara
Sabtu 1 April 2006
8.30 pagi - 9.50 pagi Pendaftaran Peniaga
10 pagi - 12 mlm Pameran dan Gerai Jualan
9 mlm - 12 mlm Perasmian dan Ceramah
Ahad 2 April 2006
8.30 pagi - 12 mlm Pameran dan Gerai Jualan
9 pagi - 11 pagi Sukaneka Kanak-Kanak
2.30 ptg - 4.45 ptg Forum dan Dialog Pengguna
9 mlm - 12 mlm Ceramah dan Penutup
Anjuran : Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS N.Sembilan
Maklumat lanjut hubungi :
Zulkefly 019-2818816
Ghazali 019-2515618
Jumaat, Mac 24, 2006
MTUC teruskan perhimpunan bantah kenaikan harga bahan bakar Ahad ini
0 komen Di hantar oleh dppks pada 3/24/2006 05:38:00 PG
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan meneruskan 'Perhimpunan Pekerja Bersama Keluarga" di perkarangan bangunan KLCC Ahad 26 Mac ini bagi membantah kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan kerajaan sebelum ini.
Presiden MTUC, Syed Shahir berkata, perhimpunan ini bertujuan untuk menerangkan kepada para pekerja dan keluarga mereka kenapa MTUC membantah kenaikan ini sebelum memorandum bantahan diserahkan kepada Perdana Menteri pada keesokan harinya (Isnin).
"Kita akan pastikan perhimpunan ini seaman mungkin," kata Syed Shahir ketika dihubungi Harakahdaily.
Ketika ditanya kenapa MTUC membantah kenaikan ini, Syed Shahir memberikan dua sebab utama iaitu mangsa utama kenaikan ini adalah golongan pekerja dan yang kedua 'ia boleh dielakkan'.
"Sebagaimana kenyataan pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri sendiri, kenaikan ini boleh dielakkkan," kata beliau.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak perlu menaikkan harga minyak kalau kerajaan memperkuatkan nilai mata wang negara iaitu ringgit.
Perhimpunan anjuran MTUC ini akan bermula jam 10 pagi di perkarangan KLCC. Ia bakal disertai oleh badan-badan lain termasuk NGO dan sebagainya.
Sebelum ini, Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak dan Gas (Protes) dalam kenyataan mereka berkata, para penyokongnya juga diarahkan untuk menyertai perhimpunan anjuran MTUC ini.
Protes dengan slogannya 'Protes Sampai Turun' telah menganjurkan demo di seluruh negara termasuk dua kali di perkarangan KLCC.
Jumaat, Mac 17, 2006
Ahad, Mac 12, 2006
Kenyataan Mufti Negeri Perak mengenai isu konsert
Ipoh 2 Rejab 1425 @ 19 Ogos 2004 - Jabatan Mufti Negeri Perak mengorak selangkah lagi ke hadapan apabila Unit Khas Jabatan itu menyiarkan kenyataan penuh Mufti Kerajaan Negeri Perak, YBhg Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria dalam bentuk audio video.
Rakaman audio video ini telah dibuat pada 13 Ogos 2004 di pejabat YBhg Dato' Seri Haji Harussani kira-kira jam 3 petang. Wartawan dari media TV3 telah menjadi penemubual Mufti Kerajaan Negeri Perak itu mengenai isu konsert.
JMNPk mensifatkan isu konsert ini adalah lanjutan dari Konsert Sure Heboh yang telah diharamkan oleh Majlis Mufti-mufti Malaysia dalam Persidangan Mufti-Mufti Malaysia di Hotel Casuarina, Ipoh pada 28 Julai lalu.
http://mufti.perak.gov.my/berita/berita040819-1.htm
Jumaat, Mac 10, 2006
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - Demonstrasi membantah kenaikan harga minyak dengan motto 'Protes Sampai Turun' berjalan lagi di KLCC hari ini, nampaknya mereka lebih ramai berbanding minggu lepas, tetapi polis khasnya Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sudah bersedia untuk bertindak terhadap mereka.
Dua buah helikopter polis berlegar rendah di ruang udara KLCC berbanding hanya satu minggu lalu.
Jam 2.30 petang
Kelihatan para penunjuk perasaan berarak dari Masjid KLCC dan kini berada di depan Hotel Nikko. Tidak diketahui lagi ke mana tujuan mereka.
Menurut Saidatul Amani, wartawan Harakah, pekarangan Suria KLCC sudah dipenuhi dengan polis dan juga orang ramai.
2.35 petang
Para penunjuk perasaan sampai di perkarangan KLCC jam 2.35 petang dan mula berhimpun untuk mendengar ucapan-ucapan dari pemimpin mereka.

Antara yang memberikan ucapan adalah Dr Hatta. Menurut beliau, perhimpunan ini bertujuan untuk membantah kenaikan harga minyak yang tidak munasabah.
Selain beliau, turut sama berucap adalah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua dan Presiden Pro-Tem PSM, Dr Mohd Nasir Hashim.
Protes ini akan dibuat sehingga harga minyak turun balik atau pemimpin dan kerajaan yang ada turun.
Jam 2.50 petang

Jam 3.10 petang
Keadaan masih aman dan polis tetap berkawal.
Sekarang Ketua pemuda Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berucap.
Sebelum itu Dato' Paduka Ibrahim Ali yang berucap berkata barisan parti pembangkang sanggup bekerjasama untuk pembelaan rakyat.
Katanya, menteri-menteri dan wakil rakyat tidak menghadapi masalah dengan kenaikan barang dan minyak.
Mereka dapat tuntut balik duit minyak melalui claim sedangkan rakyat terus menderita.
3.25 petang

Semasa Salahuddin berucap helikopter betul-betul berada di paras kepala peserta.
Turut berucap adalah wakil-wakil dari badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Suaram dan Jerit.
Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh pimpinan Dewan Muslimat PAS, antaranya Ketua Penerangan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmud dan Ustazah Noridah Salleh.
3.30 petang
Perhimpunan kali ini dianggap lebih berjaya berbanding minggu lalu dan dikatakan boleh mencecah 5,000 orang kalau tidakpun melebihi 2,000 orang minggu lalu.

Dalam ucapannya, Dr Mariah berkata, suri rumah seperti beliau yang paling terasa ekoran kenaikan harga minyak terutama kenaikan gas memasak sehingga mencecah RM5 untuk tong gas yang beratnya 14 Kg.
Beliau pula berpendapat, kerajaan patut menggunakan keuntungan besar Petronas untuk kepentingan rakyat terbanyak bukannya membelanjakannya untuk kepentingan yang tidak tentu.
Jeritan Hidup Rakyat terus bergema di sepanjang perhimpunan kali ini.
3.35 petang
Setelah Jurucakap Protes, Nasharudin Mat Isa berucap, para peserta demo itu mula berarak menghala ke Hotel Concord menggunakan Jalan Sultan Ismail.
3.50 petang
Polis mula menyemburkan meriam air (Water canon) ke arah orang ramai. Antara yang menjadi mangsanya ialah Dr Dzulkifli Ahmad, AJK PAS Pusat.

Polis pula memberi amaran supaya orang ramai bersurai dan kelihatan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Mohd Nor dan Peguam Zulkifli Nordin serta Peguam Shamsul Iskandar meminta juga orang ramai bersurai.
Kira-kira jam 4 petang, pasukan FRU mula keluar selepas berbincang dengan beberapa peguam di situ. Orang juga mula bersurai selepas itu.
Minggu lalu

Minggu ini, Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menjangka lebih ramai yang akan turun membantah kerana bantahan kali ini hanya dibuat di KLCC dan Kuala Terengganu sahaja berbanding seluruh negara minggu lalu.
Tidak ada sebarang gangguan polis berlaku minggu lalu dan mereka dilihat menjalankan tugas secara profesional menjaga keamanan.
Gambar demo kedua bantah kenaikan harga minyak di KLCC
0 komen Di hantar oleh dppks pada 3/10/2006 06:49:00 PTG
|
Khamis, Mac 09, 2006

“Isu Minyak dan Isu Semasa”
ISNIN 20 Mac 2006
JAM 9 Malam
Di Muassasah Darul Sharif (Markas PAS Kawasan Jempol) , Jln Batu Kikir-Bahau, Jempol, NS
Penceramah :
Dato Dr Hassan Ali – Naib Presiden PAS
Dr Rosli Yaakop – Pesuruhjaya PAS NS
Demo bantah kenaikan harga minyak sekali lagi di KLCC
0 komen Di hantar oleh dppks pada 3/09/2006 11:40:00 PTGRabu, Mac 08, 2006
Cartoon time - True color of the Terrorist: North Korea
0 komen Di hantar oleh dppks pada 3/08/2006 11:33:00 PG
Cartoon time - True color of the Terrorist: Israel Classroom
0 komen Di hantar oleh dppks pada 3/08/2006 11:28:00 PG
AHAD 12 MAC 2006
9.00 pagi - 1.00 tgh
Tempat : SURAU AL-HIQMAH, SEROJA APARTMENT, TAMAN
TASIK JAYA, SEREMBAN
Pemeriksaan Kesihatan Percuma Untuk Semua Golongan :
Tekanan darah / Indeks berat badan / Gula dalam badan
Ceramah Kesihatan
Pameran kesihatan / Galeri Yayasan Amal
Anjuran :
Surau Al Hiqmah &
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
TERBUKA UNTUK SEMUA KAUM DAN AGAMA
Maklumat lanjut hubungi En Mokhtar 012-6787024 , En
Sufian 013-3589328
"Isu Minyak dan Isu Semasa"
ISNIN 20 Mac 2006
JAM 9 Malam
Di Muassasah Darul Sharif (Markas PAS Kawasan Jempol)
, Jln Batu Kikir-Bahau, Jempol, NS
Penceramah :
Dato Dr Hassan Ali - Naib Presiden PAS
Dr Rosli Yaakop - Pesuruhjaya PAS NS
Dr Ahmad Azam Hamzah - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat NS
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Maklumat lanjut hubungi Sdr Abd Rahim 019-2876734
Jumaat, Mac 03, 2006
Petikan Harakahdaily : Lebih 2,000 demo bantah kenaikan harga minyak di KLCC
0 komen Di hantar oleh dppks pada 3/03/2006 09:37:00 PTG


|
KENYATAAN MEDIA DPPP BERKENAAN ISU KENAIKAN HARGA MINYAK II :
0 komen Di hantar oleh dppks pada 3/03/2006 01:21:00 PG

DPPP melihat perkembangan ini secara serius terutama kegagalan kerajaan dalam menangani beberapa isu yang secara jelas menyentuh kepada kepentingan rakyat. Sikap kerajaan yang bertindak atas keputusan yang tidak konkrit dan tiada hala tuju yang jelas lebih mempamerkan kerajaan yang ada hari ini bersikap lepas tangan dengan membebankan sepenuhnya kepada rakyat bagi setiap isu yang melanda negara. Isu kenaikan harga minyak ketika ini adalah contoh yang terbaik untuk dinilai oleh rakyat akan kebenaran ini. Tindakan, cadangan dan saranan yang dikemukakan kerajaan yang bersandarkan kepada hujah politik dilihat lebih kepada ‘gula-gula’ untuk menenangkan emosi rakyat berbanding untuk menyelesaikan permasalahan sebenar.
Isu penjimatan RM 16 billion yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam wawacara tersebut yang dikatakan sebagai langkah proaktif kerajaan bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang baik adalah hujah yang dikutip daripada ‘tong sampah’ politik. DPPP mempersoalkan integriti kerajaan di dalam hal ini.
Mengapa di dalam isu pemberian subsidi harga minyak kepada rakyat, kerajaan cukup berkira pada setiap sen yang dibelanjakan tetapi pada ketika kerajaan membelanjakan berbillion ringgit wang rakyat untuk menutup segala permasalahan yang timbul dalam projek-projek pembanggunan kerajaan dan juga pada ketika kerajaan ‘meleburkan’ berbillion ringgit wang rakyat bagi menyelamatkan syarikat-syarikat bermasalah tidak timbul sedikitpun isu penjimatan ? Inikah yang dikatakan sebuah kerajaan yang prihatin dan sedang menuju ke arah pengujudan sebuah kerajaan yang baik ? Jika hujah penjimatan RM 16 billion yang dibangkitkan DPPP menegaskan kepada kerajaan untuk mencermin dahulu setiap tindakan yang mereka ambil sehingga menyebabkan rakyat dan negara kerugian berbillion ringgit sebelum hendak menuding kepada rakyat dan berbicara tentang penjimatan !
Begitu juga halnya dengan jaminan dan janji kerajaan untuk menyalurkan penjimatan RM 16 billion tersebut ke dalam satu Kumpulan Wang Amanah bagi tujuan penambahbaikan pengangkutan awam. Secara prinsipnya DPPP memahami matlamat dan tujuan tersebut yang mana dengan penambahbaikan sistem pengangkutan awam dinegara ini akan menggalakkan rakyat untuk menggunakannya dan secara automatisnya kadar penggunaan kereta persendirian akan berkurangan. Maka secara logiknya kadar penggunaan minyak juga akan kurang dan penjimatan berlaku disini.
Tetapi persoalannya apa jaminan kerajaan bahawa bagi setiap sen dalam RM 16 billion tersebut akan membuahkan natijah yang diharapkan sedangkan telah berpuluh tahun kerajaan menjanjikan penambahbaikan sistem pengangkutan awam tetapi hasilnya jangan kata memuaskan malah lebih teruk lagi. Tidak sedarkah kerajaan cadangan yang diuar-uarkan sebagai penyelesaian berpakej ini hanyalah suatu teknik isu ‘rebranding’ bagi menutup daripada isu yang sebenar. Bagi DPPP apa yang diselindungkan oleh kerajaan ialah ketidakmampuan kewangan kerajaan untuk membangunkan projek-projek kepentingan rakyat kesan daripada amalan pembaziran dan boros.
Maka atas kesedaran itulah DPPP sekali menegaskan kepada kerajaan agar jangan cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan hujah yang dangkal kerana rakyat hari ini tidak semudah itu untuk diperkotak-katikkan. Jika sebelum ini kerajaan pimpinan UMNO/BN begitu berbangga dengan gagasan pembangunannya di dalam kempen-kempen pilihanraya sehingga dengan angkuhnya mengatakan bahawa tanpa UMNO/BN negara tidak akan membangun sekarang dimana keangkuhan itu buktikanlah !
Di dalam isu kesan kenaikan harga minyak yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran. Kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bagi kenaikan harga minyak kali ini. Bagi DPPP ini adalah pembohongan yang paling ketara sekali dilakukan oleh kerajaan. Kerap kali pembohongan ini dijadikan modal untuk mewajarkan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak.
Tidak sedarkah kerajaan pada 3 kali kenaikan harga minyak tahun lalu, boleh dikatakan hampir keseluruhan harga barang dan perkhidmatan naik secara mendadak. Jangan berhujah dengan mengatakan bahawa kos minyak yang hanya melibatkan 1.5 peratus daripada keseluruhan kos pengeluaran tidak akan menjadi faktor kepada kenaikan harga barang jika harga minyak dinaikkan. Angka tetap angka tetapi realitinya berbeza.
Hendak atau tidak terutamanya bagi sektor peruncitan yang profit marginnya kecil jika berlaku walaupun sedikit peningkatan kos harga tetap perlu dinaikkan kerana perniagaan tetap sebuah firma yang berusaha untuk memastikan keuntungan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang profit margin nya bukannya pada kadar maksimun tapi minima ! Jadinya dimana logiknya hujah kenaikan harga minyak tidak akan menyumbang kepada kenaikan harga barangan dan inflasi. Sekali lagi DPPP mengingatkan kerajaan hari ini rakyat semakin bijak maka pastikan jika hendak berbohong berbohonglah secara bijak !
Seperkara yang amat mengecewakan DPPP lewat daripada wawancara tersebut ialah tidak berbangkitnya soal keuntungan berlipat ganda Petronas yang dituntut rakyat untuk digunakan bagi mengurangkan beban yang mereka hadapi ketika ini. Jelas sekali ketelusan tidak menjadi pegangan kerajaan dalam hal ini. Desakan dan harapan rakyat untuk setidak-tidaknya menikmati sedikit hasil dari bumi yang dipijak ini dinafikan kerana keangkuhan kerajaan yang ada.
Tidak sewajarnya ketika rakyat begitu berharap akan kepada Petronas, tetapi jawaban yang diberi hanyalah fakta yang menyatakan bahawa rizab minyak negara dijangka akan habis pada 2010 dan untuk itu rakyat tidak wajar bergantung daripada keuntungan Petronas. Rakyat tidak mempersoalkan tentang hal tersebut tetapi rakyat membangkitkan tentang keuntungan puluhan tahun yang dinikmati oleh Petronas sehingga mencecah ratusan billion. Adakah menjadi satu kudis kepada kerajaan untuk menyalurkan keuntungan Petronas kepada rakyat bagi mengurangkan beban mereka yang cukup terhimpit kini ? DPPP mempersoalkan hujah kerajaan di dalam hal ini. Persoalan kehabisan rizab minyak negara, tidak berkait langsung dengan cadangan pengagihan keuntungan Petronas untuk kemaslahatan rakyat.
Malah keuntungan Petronas itu sendiri sebenarnya bukan sahaja datang dari sumber minyak di dalam negara tetapi juga pada keuntungan perlaburan Petronas diluar negara. Perlaburan Petronas diluar negara melibatkan 35 buah negara dengan melibatkan perlaburan mencecah sehingga US$ 9.4 million. Malah kerajaan sendiri pada tahun 2004 menerima sehingga RM 31.2 billion hasil daripada dividen yang dibayar Petronas kepada kerajaan. Maka di dalam cadangan pengagihan keuntungan Petronas kepada rakyat janganlah kerajaan melarikan isu yang sebenar dengan fakta yang tidak wajar. Berdolak-dalik dalam isu ini membuatkan rakyat keliru dan curiga tentang kemana sebenarnya hasil keuntungan Petronas ini disalurkan adakah ianya disalurkan kepada perbendaharaan negara atau kemana ?
Inilah kenyataannya, kenyataannya isu kenaikan minyak ini adalah bukti betapa lemahnya kerajaan yang ada pada ketika ini. Pentadbiran kerajaan didasarkan kepada idea usang dan lapuk. Retorik dan omongan kosong politik turut dijadikan faktor kepada pembinaan negara. DPPP menegaskan kepada kerajaan sudah sampai masanya kerajaan diam daripada beristilah dan beretorik. Slogan tidak kira apa pun bunyinya tidak kiralah “bekerja bersama saya”, mahupun “cemerlang, gemilang, terbilang” atau apa saja ianya tidak memberi sumbangan apa-apa kepada rakyat. Hari ini rakyat ingin melihat tindakan yang lebih proaktif, bukan madah dan slogan.
Namun begitu seandainya kerajaan terus angkuh dan menafikan aspirasi rakyat ini pilihan yang ada kepada kerajaan ialah letakkan jawatan dan bubarkan parlimen ! Kerana kerajaan yang ada pada ketika ini adalah kerajaan yang mengkhianati aspirasi rakyat, kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang muflis, kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab, kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang tiada kredibaliti untuk membawa rakyat negara ini kekemuncak kegemilangannya. Setidak-tidaknya itulah yang lebih bermaruah daripada muncul dihadapan media kemudian membicarakan pembohongan demi pembohongan kepada rakyat yang menaikkan mereka !
MAZLAN BIN ALIMAN
NAIB KETUA PEMUDA PAS PUSAT
2 SAFAR 1427 / 2 MAC 2006
Rabu, Mac 01, 2006
MB Kelantan mohon kerajaan Pusat tarik balik kenaikan harga minyak
0 komen Di hantar oleh dppks pada 3/01/2006 06:50:00 PTG"Saya minta kerajaan Pusat bukan sahaja kaji balik kenaikan tersebut, sebaliknya menarik balik kenaikannya," ujarnya selepas mesyuarat Exco hari ini.
Lewat malam semalam kerajaan mengumumkan kenaikan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 30 sen sekilogram berkuat kuasa segera.
Harga runcit baru petrol premium RON97 di Semenanjung Malaysia naik kepada RM1.92 seliter, petrol ROM92 (RM1.88 seliter), diesel (RM1.581 seliter) dan LPG (RM1.75 sekilogram).
Menteri Besar berkata, sebagai wakil rakyat beliau sering menjadi tempat rakyat mengadu masalah mereka termasuk isu kenaikan harga minyak atau yuran persekolahan anak.
“Namun bagi pemimpin kerajaan Pusat dan menteri-menteri mungkin mereka tidak menjadi tempat rakyat untuk datang mengadu. Kalau boleh tak payah kaji balik, tarik semula kenaikan tersebut,” ujarnya.
Menurut beliau, tiada makna kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah sekiranya rakyat hidup dalam kesusahan akibat pemimpin silap mengurus negara.
"Inilah juga bahana kempen gaya hidup mewah yang dipamerkan kerajaan sekarang. Kita sendiri tengok kerajaan memanjakan rakyat dengan pelbagai subsidi. Sebaliknya Islam tidak mengajar penganutnya hidup mewah, hanya sederhana dalam segala hal,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Haji Ahmad Othman turut melahirkan rasa terkilan di atas kenaikan minyak sehingga 30 sen seliter yang dianggap tidak pernah berlaku sebelum ini.
Ekoran kenaikan itu kata beliau, tidak dapat ditolak akan mengundang inflasi memandangkan harga barangan keperluan harian akan naik.
“Tak kan bawang seulas datang bergolak ke rumah pengguna, ia tentunya diangkut dengan kenderaan, dan kenderaan menggunakan minyak untuk bergerak. Apabila harga minyak naik sudah tentu tambang akan meningkat,” katanya.
Oleh itu beliau berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu bekerja keras bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan setelah belaku peningkatan harga minyak.
Bagaimanapun tambahnya, mungkin kerajaan menaikkan harga minyak yang begitu tinggi bagi mengelakkan penyeludupan ke negara jiran, disebabkan harga minyak di negara terbabit mahal berbanding pasaran tempatan.
Seorang peniaga, Haji Suply Abdul Razak berkata, kerajaan tidak boleh menjadikan isu kenaikan harga minyak dengan penyeludupan kerana masalah itu tidak melibatkan rakyat terbanyak.
Lagi pun kerajaan tentunya ada mekanisme lain untuk mengatasi penyeludupan diesel ke negara jiran,” tambahnya.
“Tak kan kerana masalah segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan berpuluh juta rakyat terpaksa menanggung beban. Ini memang tidak lojik sekali.