Isnin, Disember 05, 2005


FAQIR ILALLAH...amilin-amilin Parti Islam Semalaysia beramai-ramai bangun bertahajjud di sepertiga malam bagi memohon pertolongan daripada Allah dalam menghadapi "hari bertemunya dua pihak". Dalam majlis yang penuh suasana pengabdian ini, jemaah yang hadir membaca istighasah beramai-ramai dengan diketuai oleh Ustaz Mohammad Mustapha. istighasah merupakan amalan Rasulullah SAW semasa Perang Badar Al-Kubra. Istighasah memberi maksud memohon pertolongan Allah SWT dalam suasana yang memerlukan kemenangan Islam.

Bagi memastikan doa yang lebih makbul, para amilin dinasihatkan agar senantiasa menjaga solat dengan bersolat jemaah, bersedekah, amar makruf dan nahi munkar. Dalam memperjelaskan lagi perihal amar ma'ruf dan nahi munkar, Ustaz Mohamad Mustapha menjelaskan dalam kuliah Subuhnya bahawa terdapat ma'ruful akbar dan juga munkarul akbar. Yang dikatakan ma'ruful akbar adalah usaha meletakkan agama Allah sebagai pemerintah, bukannya diperintah; manakala munkarul akbar adalah usaha untuk mengenepikan sebarang bentuk gerakan yang tidak meletakkan Islam sebagai panduan utama.

Jadi, sudah jelas lagi bersuluh, apabila anda menunaikan hak anda mengundi gerakan yang memperjuangkan Islam yang sebenar, ganjaran yang baik daripada sisi Allah akan menjadi milik anda, Insya Allah. ALLAHUAKBAR!

0 Comments:

Post a Comment