Isnin, Januari 09, 2006

 
BERATUR UNTUK TERIMA BAUCER JUDI....Kehadiran lebih 100 warga tua termasuk beragama Islam berpakaian tudung kepala dan berkupiah putih yang beratur di depan sebuah kedai ramalan nombor ekor di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani, seawal jam 9.00 pagi, menimbulkan kehairanan orang ramai. Berasaskan sesuatu yang pelik, mereka menghubungi pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) kemudian menghantar sepasukan pegawai diketuai Kamaruddin Kassim dibantu Said Hussain dan Zaiferi Zainol Abidin, bagi menyiasat perkara itu. Hasil siasatan mendapati warga tua Islam berumur antara 50 hingga 80 tahun itu beratur untuk mendapatkan baucer yang ditandatangani pengurusan premis judi itu bernilai RM20 yang boleh dituntut pada 12 Januari 2006, jam 3.00 - 4.00 petang, bertempat di Dewan Persatuan Pemuda Lim See Chong Soo, Jalan Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Foto Suzriman

0 Comments:

Post a Comment