Jumaat, April 28, 2006

Berita IT

"The Star (25/04/2006) hari ini di muka hadapan melaporkan bahawa beribu-ribu kalau tak pun berjuta-juta pengguna komputer di negara ini yang bersistem operasi Windows cetak rompak akan diberikan peringatan apabila pemberitahuan tentang cetak rompak itu tertera di skrin setiapkali mereka menghidupkan komputer mereka.

Ciri ini akan terpasang di dalam sistem operasi Windows oleh Microsoft Corp mulai esok dan tidak boleh dipadam. Sepastinya ia tamparan hebat kepada pengguna Windows versi cetak rompak dan amat mengaibkan bagi pengguna korporat.

Mengikut satu anggaran, terdapat 6 juta pengguna Windows di negara ini, dan Business Software Alliance melaporkan bahawa 61% daripada perisian yang digunakan di sektor perniagaan adalah cetak rompak.

Pengguna Windows cetak rompak akan menemui satu tampalan pada waktu mereka mengemaskinikan Windows mereka.

Asasnya, satu mesej menyatakan “This copy of Windows is not genuine ...” akan dilekatkan secara kekal di skrin login Windows, dan mesej yang serupa akan wujud dalam bentuk popup pada bila-bila masa sewaktu komputer itu digunakan.

Langkah anti-cetakrompak ini bermula di lima negara esok – Amerika Syarikat, Britain, New Zealand, Australia dan Malaysia.

Pengguna yang telah dikenakan tampalan tersebut hanya boleh memadamnya dengan memasang perisian Windows asli. Harga di sekitar RM320 untuk sesalinan Windows XP Home (versi OEM) hingga RM510 untuk Windows XP Pro (versi OEM ).

“Atau mereka sedia terima peringatan dengan mesej popup berkenaan,” kata K.T. Ng, Pengurus Kumpulan untuk Windows Client solutions di Microsoft Malaysia.

Jika mereka golongan peniaga atau eksekutif korporat, pasti ia memalukan jika pelanggan mereka menemui yang syarikat berkenaan menggunakan Windows cetak rompak ini, tambah beliau.

Menurut Ng, langkah itu bertujuan untuk melayani pengguna perisian Microsoft’s yang tulen dengan lebih baik.

Contohnya kata beliau, pemalsu telah berjaya menyalin produk Microsoft pada peringkat di mana pengguna tidak dapat membezakan diatara yang tulen dan tiruan.

“Mesej pop-up akan segera mengingatkan pengguna tentang cetak rompak berkenaan misalnya sewaktu mereka membeli komputer atau notebook baru,” kata beliau lagi.

Jika seorang pengguna tidak menyedari yang ia dibekalkan dengan sistem operasi yang tidak sah, dia boleh melaporkan vendor berkenaan dengan mengklik butang “Get Genuine” di skrin login.

Komputer yang telah ditampalkan dengan mesej ini masih boleh menerima pengemaskinian perisian untuk sistem operasi, tetapi tidak dibenarkan memuat-turun Internet Explorer 7.0 (IE7) dan Windows Defender. (Baca seterusnya dari akhbar The Star bahagian Komputer hari ini)

IE7 ialah browser Microsoft terbaru, yang lebih selamat sementara Microsoft Defender ialah sebuah program anti-spyware.

Sementara itu, saya telah menerima beberapa email dari pengguna-pengguna menyatakan keresahan ini.

Kita dukacita kerana langkah mundur yang diambil oleh Microsoft ini kerana buat masa ini kesemua syarikat sedang berusaha untuk menjadikan perisian mereka sebagai Open-Source.

Kita tidak pasti mengapa Microsoft Malaysia mampu melaporkan perkara yang buruk kepada ibu pejabat mereka tentang penggunaan Windows di Malaysia, kerana jika bukan maklumat dari mereka, mengapa Malaysia tersenarai di dalam 5 negara yang akan dikuatkuasakan mesej tampalan tersebut? Mengapa tidak negara lain seperti Thailand, Filipina, China dan India yang kada penggunaan cetakrompak mereka jauh lebih tinggi dari Malaysia?

Micrsoft Windows versi tulen terlalu mahal untuk dibeli oleh sekalian rakyat Malaysia (RM320-RM510) untuk sebuah pc. Bayangkan rakyat negara ini yang dihimpit dan dibelenggu dengan pelbagai kenaikan harga, tiba-tiba kini dipaksa untuk membeli versi tulen untuk sistem operasi komputer mereka.

LPZH kesal dengan tindakan Kerajaan yang lebih membela golongan korporat yang kaya raya serta membelakangkan rakyat terbanyak. Telah banyak langkah-langkah kerajaan di zaman era PM yang baru ini (dengan maaf) mencekik dan mencerut leher rakyat.

Jika benar kerajaan merestui langkah Microsoft ini dilaksanakan, ini bererti maka makin mundurlah rakyat negara ini di bidang ICT. Pelajar manakah yang mampu membeli versi tulen sistem operasi ini sedangkan telah diketahui 60%-70% pengguna komputer di negara ini adalah terdiri dari golongan pelajar? Apakah Kerajaan suka dengan fenomena kemunduran sebegini berlaku di kalangan pelajar Malaysia? Akan berkuburlah cita-cita Kerajaan untuk mewujudkan K-itu K-ini (knowledge-based) apabila langkah terbaru ini tidak di atasi segera.

Saya tidak menyatakan bahawa saya menyokong cetak-rompak ini berleluasa di negara ini, tapi saya KESAL sangat kerana tiada langkah proaktif kerajaan yang ada untuk membela rakyat. Jika benar versi tulen perlu digunakan maka Kerajaan perlu memberikan subsidi agar lebih ramai rakyat yang mampu membelinya. Jika subsidi boleh diberikan kepada penternak ayam, golongan petani beras, gas memasak, pemilik syarikat pengangkutan, pemilik kereta mewah, golongan peniaga dan sebagainya, mengapa di bidang sepenting ini kerajaan memejam mata dan berlepas tangan?

Saya merayu Kerajaan bertindak dengan tidak membelakangkan kepentingan berjuta pengguna komputer di negara ini dengan melakukan sesuatu agar rakyat terbanyak mampu memiiliki sistem operasi untuk digunakan di komputer-komputer.

Saya menasihatkan agar pengguna-pengguna bersabar dan memboikot penggunaan Microsoft Windows secara berperingkat-peringkat. Usah UPDATE sebarang produk Microsoft untuk tempoh ini kerana dengan berbuat demikian anda akan memperolehi kenyataan tampalan jijik itu di skrin anda. Kita akan dapat perhatikan juga nanti terdapat komputer-komputer di jabatan-jebatan Kerajaan yang bakal mempunyai tanda yang demikian juga.
InsyaAllah LPZH akan memulakan satu tutorial baru menegenai pemasangan dan penggunaan Linux dalam tempoh yang terdekat sebagai satu langkah protes kita terhadap kerajaan dan Microsoft.

Petikan dari laman web:-
http://www.zulkiflyharun.com/php/index.php

Khamis, April 27, 2006


In The Name of Allah The Most Beneficent and The Most Merciful
 
Today, that is on 24th April 2006, we received an email from some Ethiopian brothers informing us of discretion of the Quran that took place in Ethiopia, it is said that some university students used the Quran for toilet paper, DISGUSTING INDEED!!!! It shows that how far the infidels can go in order to stop the light of Allah from spreading but insAllah they won’t be able to stop the light. The news can be viewed at the following link:
 
 
Interestingly, I hardly find the link for the news in English !!.
 
Is this news not worth of reporting? Or is it our faith is not significant?
 
Or perhaps the West is so cowards of the clashback and ferocious of our sisters and brothers in the path of Allah in defending their Deed.
 
Kufr will not stop until Muslim becomes a dog that only follow what the west dictates.
 
Islahonline 
 
توتر بالجامعات الإثيوبية إثر تدنيس طالب للمصحف

(الجزيرة نت)

 

نور الدين عبده - أديس أبابا
توتر الوضع في عدد من الجامعات الإثيوبية إثر قيام طالب مسيحي بتدنيس المصحف الشريف في جامعة أواسا جنوب البلاد.

 

ورد الطلبة المسلمون في جامعة أديس أبابا بمظاهرة سلمية داخل حرم الجامعة. كما جرت في اليومين الماضيين احتجاجات في جامعتي جما وهرامايا جنوب غرب وشرق إثيوبيا.

 

وأبلغ شاهد عيان الجزيرة نت أن الطلبة المسلمين عثروا بشكل متكرر على قصاصات من أوراق المصحف في المراحيض, وهو ما استدعى القيام بمراقبة دورات المياه لتسعة أيام, تمكن بعدها الطلبة من القبض على أحد الطلاب عندما كان يهم باستخدام قصاصة من المصحف كانت بيده في حدود الساعة الرابعة صباحا.

 

احتجاجات طلابية إسلامية بعدد من الجامعات (الجزيرة نت)
قرار هزيل
وفور القبض عليه تم تسليمه إلى إدارة الجامعة التي أوقفت الطالب عن الدراسة لمدة سنتين كإجراء تأديبي، فضلا عن احتجازه في مركز محلي للشرطة.

 

إلا أن قياديا مسلما في جامعة أواسا وصف قرار الجامعة "بالهزيل" وقال للجزيرة نت إن القرار يظهر عدم جدية إدارة الجامعة التي سبق لها أن أوقفت طالبا لسنة كاملة لمجرد تمزيقه مذكرة زميله، وطرد آخر نهائيا لإساءته لإحدى القوميات.

 

وأوضح أن الطلبة المسلمين يطالبون السلطات بأخذ الأمر بالجدية التي يستحقها وتقديم الطالب ومن يقف خلفه للقضاء على المستوى الفدرالي من أجل وقف مثل هذه الأعمال المنهجية التي تهدف إلى استفزاز المشاعر, وطالب بسن تشريعات تمنع الإساءة للأديان.

 

"
يشكل المسلمون 13% تقريبا من إجمالي عدد طلبة الجامعات والمعاهد العليا في إثيوبيا
"
وتأتي هذه الاحتجاجات في وقت تعيش فيه المؤسسات التعليمية في إثيوبيا توترا متصاعدا منذ انتخابات مايو/ أيار الماضي. وأدى ذلك التوتر إلى تأجيل بدء العام الدراسي الحالي ببعض الجامعات, كما أدى إلى مواجهات متفرقة بين الطلبة وقوى الأمن بين الحين والآخر بالعاصمة أديس أبابا والولايات.

 

ويشكل المسلمون 13% تقريبا من إجمالي عدد طلبة الجامعات والمعاهد العليا في إثيوبيا، وهي نسبة كما يراها العديد من الطلبة ضئيلة إذا ما قورنت بنسبة المسلمين البالغة أكثر من 50% من إجمالي سكان إثيوبيا البالغ 70 مليون نسمة.
___________
الجزيرة نت

المصدر: الجزيرة
طباعة الصفحة إرسال المقال

Selasa, April 25, 2006

Ceramah Umum

Oleh Tn Ibrahim bin Tn Man
RABU 10 Mei 2006
Jam 9 Malam
Di Markas PAS Palong 4
Anjuran : PAS Kawasan Jempol
Maklumat hubungi : 019-2876734

********************
CERAMAH PERDANA

Us Nasharuddin Mat Isa - Timbalan Presiden PAS
Sdr Mazlan Aliman - Naib Ketua Pemuda PAS Pusat
SABTU 29 Apr 2006
Jam 9 mlm
Di Markas PAS Rembau

********************
Dailog Bersama YB Dato Kamaruddin Jaafar
 
Sempena Perasmian Muktamar PAS Rembau
AHAD 30 Apr 2006
Jam 9.30 pagi
Di Markas PAS Rembau

Khamis, April 20, 2006

Al Fatihah

Assalamualaikum,
Adalah dimaklumkan ayah Sdr Fadly Che Me(SU DPPKS)
telah meninggal dunia jam 1pagi tadi Rabu 20April 2006. Mereka yang tidak berkesempatan utk ziarah bolehlah mengirimkan SMS kepada beliau di 019-3078672 Al Fatihah

Rabu, April 12, 2006

Al Fatihah

Assalamualaikum,
Adalah dimaklumkan ayah Sdr Nazri Zainal (Unit Amal
NS) telah meninggal dunia jam 5 pagi tadi Rabu 12
April 2006 di Kg Pelangai, Pahang. Mereka yang tidak
berkesempatan utk ziarah bolehlah mengirimkan SMS
kepada beliau di 016-2778269

Al Fatihah

Isnin, April 10, 2006

Respon terhadap tulisan Dinsman (Harakah bil 1309)

Saya memang berhasrat memberi respon kepada tulisan Dinsman mengenai melakonkan watak para nabi semenjak kali pertama dibangkitkannya di dalam Harakah, tetapi hasrat itu terbantut kerana didahului oleh beberapa tugasan lain. Saya menjangka persoalan itu telah selesai, tetapi apabila dibangkitkan lagi dalam Harakah terbaru (bil 1309), saya cuba mengambil masa untuk memberi respon terhadapnya.

Saya bukan orangnya untuk menjawab persoalan ‘boleh atau tidak melakonkan watak nabi’, tetapi kalau semua orang mengambil sikap ‘mungkin ada orang lain yang menjawabnya’, hasilnya ialah tiada siapa pun yang menjawab.

Para ulama semenjak sekian lama telah menjawab persoalan ini kerana lakonan bukan perkara baru. Cuma saya kurang bersetuju apabila dikatakan Saidina Uthman ‘berlakon’ ketika menunjukkan kepada orang lain mengenai cara Rasulullah saw berwuduk. ‘Mengajar – ta’lim’ adalah berbeza dengan ‘berlakon – tamsil’. Saidina Uthman tidak melakonkan watak nabi, tetapi mengajarkan apa yang dibuat oleh nabi dengan cara melakukannya semula. Bukan melakonkannya.
Begitu juga apabila dikatakan ‘Jibril juga pernah berlakon seolah-olah dia seorang yang tidak tahu’. Hakikatnya, Jibril bertanya nabi bukan kerana tidak tahu tetapi ‘mengajar dengan pendekatan bertanya’ dan bukan berlakon menjadi pelajar. Dalam kedua-dua kes itu, Saidina Uthman dan Jibril bukan ‘pelakon – mumassil’ tetapi ‘guru – muallim’. Lebih janggal lagi apabila dikatakan nabi pun pernah berlakon. Agaknya nabi memegang watak apa dalam lakonan itu?

Saya tidak berhasrat belarut-larut dengan istilah tetapi menisbahkan sesuatu istilah kepada seseorang terutamanya kekasih Allah, para sahabat yang dijamin syurga dan malaikat yang mulia hendaklah dengan penuh hati-hati dan cermat.

Saya tidak menafikan seni lakon sebagai medium dakwah. Seni lakon pada asalnya adalah harus dengan syarat semua batas-batas kebenaran dan adab dipelihara. Ia adalah salah satu cabang seni yang diabaikan oleh pendakwah. Lalu berserabutlah seni lakon itu dengan berbagai unsur maksiat. Usaha membersihkan seni lakon daripada semua kekotoran itu amat disanjung. Dinsman tentu lebih memahami hakikat ini berbanding saya yang ‘ketinggalan bas seni’ ini.

Menurut Dr Yusof al-Qardhawi, al-Azhar telah mengeluarkan fatwa semenjak sekian lama iaitu tidak harus melakonkan watak sahabat-sahabat ulung seperti khalifah yang empat, sepuluh sahabat yang dijanjikan dengan syurga dan para isteri Rasulullah saw. Melakonkan watak selain mereka adalah harus. Kerana itulah lahir filem Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As dan lain-lain. Begitu juga dengan imam-imam seperti Ahmad bin Hanbal, Abu Hanifah, Umar bin Abd Aziz dan sebagainya. (Rujuk laman web : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528602260)

Dapat difahami apabila melakonkan watak para sahabat ulung tidak dibolehkan, apatah lagi melakonkan watak para nabi.
Larangan melakonkan watak nabi bukan diqiaskan kepada hukum bergambar yang mendorong kepada berlakunya pengagungan dan penyembahan. Larangannya lebih menjurus kepada natijah yang terhasil iaitu berlakunya penghinaan dan pendustaan terhadap individu yang dilakonkan wataknya. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Tidak memudaratkan diri sendiri dan tidak memudaratkan orang lain”. Pendustaan dan penghinaan kepada sesiapa sahaja adalah kemudaratan yang dilarang oleh Islam apatah lagi terhadap para nabi..

Bukan semua perkara dinaskan secara khusus oleh al-Quran dan hadis. Sesuatu hukum boleh juga ditentukan dengan nas umum daripada kedua-duanya. Di sana juga wujud sumber hukum yang lain seperti ijma’ dan uruf. Para ulama mengambil kira semua itu dalam menentukan hukum terhadap melakonkan watak nabi.
Berikut adalah sebahagian fatwa yang telah dikeluarkan oleh individu dan institusi berautoriti tentang persoalan ini.

“Menjelmakan – melakonkan watak nabi-nabi dan rasul-rasul dengan melakukan peranan-peranan mereka adalah haram pada pandangan Jumhur Ulama Islam masa kini. Ada pun selain mereka (para nabi dan rasul) daripada kalangan orang-orang saleh dan para sahabat, berlaku khilaf – perselisihan pendapat. Para ulama melihat kepada martabat orang saleh atau sahabat yang dilakunkan wataknya itu”.

(Fatwa dikeluarkan oleh : Syeikh Faisal Maulawi, Naib Ketua Majlis Eropah Bagi Kajian dan Fatwa – lihat : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528621302).

“Haram melakonkan watak nabi dan rasul, melukiskan gambar mereka, menjelmakan mereka dengan apa cara sekali pun. Asas pengharaman itu ialah ‘menolak keburukan lebih diutamakan daripada mengambil kebaikan”. Apabila keperluan pengetahuan membawa kepada keluar daripada beradab (terhadap para nabi), maka bahayanya ketika itu mengatasi kebaikan. Pemeliharaan Allah terhadap para nabi dan rasul dengan tidak mengizinkan syaitan menyerupai mereka juga merupakan larangan terhadap penyerupaan mana-mana individu dengan mereka”.

(Fatwa dikeluarkan oleh : i. Syeikh Hasanain Makhluf pada bulan Mei 1950 dalam kitabnya ‘al-Fatawa al-Islamiah, jld 4 mukasurat 1297. ii. Lajnah Fatwa al-Azhar pada bulan Jun 1968. iii. Darul Ifta’ pada bulan Ogos 1980 dan lain-lain lagi. Lihat : Laman web seperti pada bilangan 2) “Tidak harus melakonkan watak nabi saw, khalifah yang empat dan para isteri Rasulullah saw”.

(Fatwa dikeluarkan oleh : Lajnah Fatwa Kementerian Wakaf Kuwait – lihat : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528614792)

“……Disyaratkan tidak wujud dalam wasilah ini (wasilah dakwah melalui lakonan) sesuatu yang diharamkan seperti berdusta, melakonkan watak sebagai orang kafir, melakonkan watak para sahabat (jika melakonkan watak sahabat diharamkan, apatah lagi melakonkan watak para nabi – penulis) dan para imam yang agung selepas para sahabat atau selainnya yang mendorong kepada penghinaan terhadap mereka atau lelaki melakonkan watak wanita atau sebaliknya kerana wujud larangan menyerupai kaum yang berlainan jenis…….”

(Fatwa dikeluarkan oleh : Syeikh Muhammad bin Saleh bin Uthaimin – lihat laman web : http://www.bahraini.ws/ib/index.php?showtopic=4245)

Agama tidak akan melarang sesuatu kecuali ia mendatangkan keburukan kepada kehidupan samada diketahui oleh manusia atau tidak. Kita mengakui bahawa tidak mungkin sama sekali orang yang melakonkan watak seseorang, mampu menyerupai orang itu sepenuhnya. Perbezaan antara pelakon dengan individu sebenar pasti berlaku. Sekiranya pelakon mampu membuat lebih baik daripada individu asal, ia dapat diterima. Sebaliknya jika pelakon tidak mampu melakukan yang lebih baik daripada individu asal, ia dikira menyakiti dan menzalimi individu itu.

Menyakiti orang lain merangkumi fizikal dan adab dilarang oleh syarak. Allah berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 58 yang bermaksud, “Dan orang-orang yang menyakiti orang mukmin lelaki dan wanita dengan perkataan atau perbuatan yang tidak menepati apa yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan tuduhan dusta dan melakukan dosa yang nyata”.

Ulama Syiah sendiri pun seperti Syed Ali al-Husaini as-Sistani berfatwa, “Apabila mampu dipelihara tuntutan supaya menghormati dan mengagungkan para nabi dan tidak mengandungi perkara yang menyakiti kedudukan mereka yang suci maka tidak ada larangan”. (Lihat laman web : http://www.almajara.com/forums/showthread.php?t=7966)

Adakah sesiapa yang mampu memberi jaminan bahawa orang yang melakonkan watak nabi tidak akan melakukan perkara yang dikira merendahkan martabat nabi? Perlu disebut semua para nabi adalah maksum. Wujudkah peribadi yang mampu melakonkan watak nabi tanpa menjejaskan kemaksuman para nabi? Tentu sekali tidak kerana namanya pun ‘lakonan’. Begitu juga akan wujud adegan-adegan tambahan untuk menarik minat penonton. Inilah yang dimaksudkan dengan pendustaan, perendahan maratabat dan penghinaan terhadap nabi dalam melakonkan watak mereka.

Para ulama mengharamkan melakonkan watak individu terhormat terutamanya para nabi dan rasul, termasuk melukis dan menjelmakan mereka dalam apa bentuk sekalipun berdasarkan alasan berikut: i. Melakonkan watak seseorang atau melukisnya sama sekali tidak akan sama dengan individu asal. Ini adalah pendustaan. Berdusta adalah haram. Rasulullah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Sesiapa yang melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat tinggalnya di dalam neraka”. Pelakon watak nabi tentu tidak serupa dengan nabi dan dikira berdusta terhadap nabi.

ii. Apabila pelakon tidak mampu melakukan sama seperti yang dilakukan oleh individu asal dia dikira berdusta. Berdusta terhadap nabi dikira menyakiti nabi dan menyakiti nabi adalah haram. Allah berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 57 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan rasulnya, menerima laknat Allah di dunia dan di akhirat. Dan Ia (Allah) menyediakan untuk mereka azab yang pedih”.

iii. Para nabi adalah ikutan orang ramai. Melakukan pendustaan terhadap mereka dengan melakonkan watak mereka menjadikan orang ramai tidak lagi menjadikan mereka sebagai ikutan kerana melihat kepada peribadi pelakon. Ini bercanggah dengan al-Quran yang mengarahkan manusia mengambil contoh daripada para nabi. Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 90 yang bermaksud, “Mereka itulah (para nabi) orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikut olehmu akan petunjuk mereka”.

Saya yakin, bagi mereka yang memahami ‘ruh syariat’ akan berpuashati dengan fatwa dan alasan di atas. Para nabi dan rasul adalah pembawa hidayah. Jika watak mereka tidak dilakonkan sekali pun, hidayah tetap akan terpancar dan menyelinap masuk ke dalam jiwa-jiwa yang ikhlas mencari kebenaran.

Jika watak mereka dilakonkan, pendustaan dan penyakitan terhadap peribadi mereka pasti berlaku sedangkan mereka yang menontonnya belum tentu menerima hidayah. Satu persoalan besar, dalam teater nabi Yusof, siapakah bakal pemegang watak nabi itu? Adakah di sana atau dimana-mana manusia setabah iman, secantik, sejujur, seikhlas, setaqwa….nabi Yusof as? Jika ada siapalah agaknya orang itu? Jika tiada, nabi Yusof akan didustai dan disakiti. Wallahu a’lam.

Zolkharnain Abidin Kampong Jejawi Dalam, Arau, Perlis.

Isnin, April 03, 2006

TAMRIN DPPNS

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPNS) melalui Lajnah Tarbiyyah nya telah mengadakan program Tamrin Siri Pertama di Muasasah Darul Syarif, Jempol selama tiga hari dari 31hb Mac hingga 2hb April yang baru lalu. Seramai 30 orang peserta yang terdiri dari ahli-ahli pemuda dari seluruh Negeri Sembilan telah menghadiri Program Tamrin tersebut.
 Posted by Picasa

Al Fatihah

Adalah dimaklumkan Imam Masjid Sikamat, Seremban,
Ustaz Ibrahim Ali telah pulang ke rahmatullah jam 3 pagi tadi Isnin 4hb Rabiulawal,1427 / 3hb April,2006.
Al Fatihah