Isnin, Januari 09, 2006

Surat tuntutan dari ECM Libra yang saya terima dari peguamnya pada 8 Januari 2006 tidak akan menghalang saya untuk terus mendedahkan uruniaga-urusniaga yang dilakukan kebelakangan ini yang boleh menjejaskan kepentingan negara.
 
 
KOTA BHARU, 9 Jan (Hrkh)- Surat tuntutan dari ECM Libra tidak akan menghentikan Naib Presiden PAS, Husam Musa dari terus mendedahkan urusniaga-urusniaga yang boleh menjejaskan kepetingan negara.

Husam dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau akan mengeluarkan satu kenyataan lengkap mengenainya tidak lama lagi.
Husam mengulas surat tuntutan yang dibuat oleh syarikat ECM Libra yang diterimanya semalam. Surat yang dibuat oleh syarikat guaman Bodipalar Ponnudurai Nathan dan ditandatangani oleh Fiona Bodipalar juga diterima Harakahdaily.
Mereka menyifatkan kenyataan Husam yang disiarkan Harakahdaily pada 29 Disember 2005 bertajuk "Bagaimana Khairy membeli saham ECM Libra?" sebagai fitnah kepada ECM Libra.
Kenyataan itu turut disiarkan dalam Malaysiakini.com, Malaysia-today.net dan juga Harakah versi cetak.
Berikut adalah kenyataan penuh Husam mengenainya:
 
KENYATAAN MEDIA
Surat tuntutan dari ECM Libra yang saya terima dari peguamnya pada 8 Januari 2006 tidak akan menghalang saya untuk terus mendedahkan uruniaga-urusniaga yang dilakukan kebelakangan ini yang boleh menjejaskan kepentingan negara.
Saya akan keluarkan satu kenyataan lengkap mengenai langkah-langkah kerajaan yang merugikan negara yang melibatkan perjanjian perdagangan penjualan saham-saham syarikat milik negara yang boleh menjejaskan kepentingan negara pada jangka panjang.
Penjualan saham Pantai Holding misalnya kepada syarikat milik Singapura adalah menyalahi garis panduan penggabungan dan pengambilalihan yang melibatkan pegangan asing melebihi 15 peratus.
Kebimbangan sama telah dinyatakan oleh Menteri Kesihatan sendiri yang meminta Unit Perancang Ekonomi (UPEN) mengkaji semula cara-cara untuk mendapatkan semula dua subsidari Pantai Holding kerana ia boleh menjejaskan negara ini sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Malay Mail 20 Disember 2004 lalu.
Kenyataan yang akan saya keluarkan nanti adalah lebih menyeluruh dan terpeinci.
Hasrat saya ialah untuk menjaga kepentingan negara dan perbuatan pihak berkenaan yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menjual aset-aset negara kepada pihak asing dapat dihentikan.
Husam Musa

0 Comments:

Post a Comment