Khamis, Februari 16, 2006
Pekilang arak Malaysia harus hormat Islam sebagai agama rasmi
0 komen Di hantar oleh dppks pada 2/16/2006 12:21:00 PGAntaranya ialah dengan mengadakan demonstrasi, menghantar surat bantahan serta memboikot produk yang berasal dari Denmark. Tapi bagaimana umat Islam hendak memboikot sesuatu barangan yang pada hukumnya memang haram dan dikilangkan pula di negara Islam ?
Yang paling ketara ialah jenama arak Carlsberg yang berasal dari Denmark , dikilangkan di Shah Alam, Selangor serta menguasai lebih 50% pasaran arak tempatan serta diekspot pula ke negara-negara Asia lain.
Inilah masanya kerajaan Malaysia yang berpegang kepada prinsip Islam Hadhari serta menjadi Pengerusi kepada Persidangan Negara-Negara Islam OIC agar mengambil pendekatan yang realistik terhadap pekilang-pekilang arak, lebih-lebih lagi pekilang arak dari Negara Denmark yang hingga ke saat ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada semua umat Islam di dunia.
Sekiranya negara barat boleh mengenakan pelbagai sekatan ekonomi serta meletakkan pelbagai syarat perdagangan untuk melindungi syarikat tempatan mereka, mengapa kita tidak dapat berbuat demikian agar pelabur-pelabur yang melabur di Malaysia terlebih dahulu menjaga sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi ?
Pekilang-pekilang arak yang ingin beroperasi di Malaysia haruslah dikenakan beberapa syarat antaranya ialah mereka hanya dibenarkan mengambil pekerja bukan Islam untuk bekerja di kilang atau syarikat mereka. Sekiranya pada ketika ini kita boleh mengenakan syarat seperti hanya warga Indonesia dan Filipina sahaja boleh diambil sebagai pembantu rumah, pekerja Vietnam sebagai pekerja kilang dan seterusnya, mengapa tidak diletakkan pula syarat kilang arak hanya dibenarkan mengambil pekerja bukan Islam , baik pekerja tempatan ataupun pekerja asing.
Malah bukan setakat pekerja sahaja pekilang arak mesti mengambil orang bukan Islam , malah jawatan lain termasuk pengarah syarikat , pembekal, pengedar dan peruncit juga haruslah diambil dari kalangan orang bukan Islam.
Begitu juga dengan tempat operasi kilang arak berkenaan, hendaklah ianya tidak beroperasi di kawasan penduduk yang majoritinya beragama Islam. Sekiranya hasil daripada pembangunan semasa serta kepadatan penduduk yang bertambah, maka lesen pekilang arak tidak sepatutnya diperbaharui, serta pekilang arak berkenaan harus diberi tempoh agar mereka dapat berpindah ke kawasan yang majoriti penduduknya adalah bukan Islam.
Islam begitu bertoleransi dengan penganut agama lain. Islam tidak menghalang pengikut agama lain makan apa yang mereka suka, serta minum apa yang mereka suka, asalkan pengikut agama lain menjaga sensitiviti umat Islam setempat.
Sebagai sebuah negara Islam juga , Malaysia boleh meletakkan syarat bahawa pekilang arak yang beroperasi di Malaysia ini hendaklah memastikan bahawa pengeluaran arak mereka hanyalah untuk pasaran tempatan sahaja, bukannya untuk pasaran ekspot. Adalah agak pelik Malaysia sebuah negara Islam menjadi pengeluar arak utama bagi rantau Asia Tenggara atau pun rantau Asia. Apatah lagi pekilang arak tersebut berasal dari negara Denmark, negara dimana akhbar mereka memulakan penyiaran karikatur yang menghina Nabi Muhammad saw.
Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang
Rabu, Februari 15, 2006
Mufti-Mufti Malaysia beri kata dua kepada Duta Denmark
0 komen Di hantar oleh dppks pada 2/15/2006 11:24:00 PTGBil ()dlm.MN.PK.A351.PTA/05/08
Tarikh : 8 Muharram 1427 - 7 Februari 2006
Kpd :
H.E. Borge Petersen
Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary
22nd Floor, Wisma
Tuan Yang Terutama,
BANTAHAN TERHADAP PENYIARAN KARIKATUR NABI MUHAMMAD SAW OLEH AKHBAR JYLLANDS-POSTEN
Saya mewakili Majlis Mufti-mufti
Kami berkepercayaan bahawa agama adalah hak manusia dan tidak boleh mana-mana pihak menghina dan mencaci agama lain. Keharmonian beragama yang masih bertahan di negara ini adalah disebabkan tiada perbuatan jijik dan hina seperti yang telah dilakukan oleh akhbar berkenaan yang menggambarkan sikap tidak menghormati sensitiviti agama lain.
Penganut Kristian dan agama lain bebas mengamalkan ajaran masing-masing di Negara ini kerana umat Islam amat berpegang kepada ajaran kitab suci Al Quran yang menegaskan : "Bagi kamu agama kamu , bagiku agamaku" "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah"
Kami menuntut penyiaran karikatur berkenaan dihentikan serta merta dan perbuatan yang tidak bertamadun berkenaan tidak diulangi pada masa akan datang. Kami juga menuntut akhbar berkenaan memohon maaf kepada seluruh umat Islam SEBELUM SAMPAI KE SITUASI KAMI MUFTI-MUFTI GAGAL LAGI MENGAWAL PERASAAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI.
Sekian.
SMP, DPMP, SIM, AMN, PKT, PJK
Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan
Mewakili Majlis
(
Selasa, Februari 14, 2006
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan sekitar jam 11 pagi Selasa 14 Februari di Kg Cacar, Jempol. Allahyarham telah banyak berjasa dalam perjuangan Islam disamping beliau juga telah melahirkan dan mendidik anak-anak beliau menjadi pembela agama yang turut bergiat aktif dalam parti antaranya Us Nazri Zainuddin dan Us Khairi Zainuddin.
Semoga ruhnya ditempat bersama-sama ruh orang-orang yang memperjuangkan Islam. Kepada mereka yang ingin mengucapkan atau mengirimkan SMS takziah bolehlah menghubungi Us Nazri 019-6460234 atau Us Khairi 019-6138096
Isnin, Februari 13, 2006
Egypt Footballers Sport Prophet T-Shirt in ACN Finale Striker Abu Trika wearing the prophet T-shirt during the warm-up. By Ahmed Fathy, IOL Correspondent CAIRO, February 11, 2006 (IslamOnline.net) Egyptian footballers, who won the prestigious African Cup of Nations title on Friday, February 10, after a die-hard battle against Cote d'Ivoire, sported T-shirts with the phrase "We Are Ready to Sacrifice Ourselves for Our Prophet Muhammad" printed on them. Before warming-up for the decisive match, the players lined up to greet a crowd of about 80,000 at the Cairo Stadium and were all dressed in the "Prophet" T-shirts. They were unable to wear the T-shirts in the finale because of the FIFA guidelines, which ban teams to have any kind of slogans on their T-shirts during official matches. Twelve cartoons of Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him), first published last September by Denmark's mass-circulation Jyllands-Posten and then reprinted by several European dailies, have caused an uproar in the Muslim world. The drawings included portrayals of the Prophet wearing a time-bomb shaped turban and showed him as a knife-wielding nomad flanked by shrouded women. "We Love You Prophet" Pro-Prophet placards were raised by fervent Egyptian fans during the games. (Reuters) Placards reading "We love you Prophet," "Stop Insulting Our Prophet Muhammad," and "Boycott Danish Products" were raised by fervent fans during the match and other previous games, especially those of host Egypt. Mohammed Hosni, supervisor of ACN Web site, urged the fans to shout "Allah's Prophet
Peace and Blessings be upon him" immediately after the national anthems of both teams and before the referee whistled the go-ahead. The initiative to praise Prophet Muhammad was publicized via mobile messages and appeared on billboards in front of the Cairo Stadium's gates. Egypt won the much-coveted cup after defeating Cote d'Ivoire 4-2 on penalties with President Hosni Mubarak, his wife and two sons watching. The victory set off nationwide celebrations. Egyptian newspapers Saturday heaped praise on Issam el-Hadary, the goalkeeper who gave his team a record fifth title by saving two penalties in a dramatic shootout. "Hadary was confirmed as a superstar during the African Nations Cup. He entered the club of great goalkeepers, another product of the Red Devils," the state-owned Al-Gomhurriya daily said in reference to the country's league champion. Egypt's victory was unimaginable when the tournament kicked off last month, but Egypt came out of the qualifying stages on top of its Group A after defeating Cote d'Ivoire 3-1. The Pharaohs then beat the Democratic Republic of Congo and Senegal in the quarters and semis before securing a record fifth trophy. Egypt coach Hassan Shehata said they owed their victory to the total support by the 80,000-strong crowd even at a point when it looked like this was not going to be their day.
Sabtu, Februari 11, 2006
Jumaat, Februari 10, 2006
8,000 berhimpun, bantah penghinaan ke atas Nabi
0 komen Di hantar oleh dppks pada 2/10/2006 07:04:00 PTGKUALA LUMPUR, 10 Feb (Hrkh) - Lebih 8,000 orang berarak, menyertai perhimpunan aman di hadapan Kedutaan Denmark di sini hari ini, mendesak pihak akhbar dan kerajaan Denmark serta sekutunya memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di atas kebiadapan akhbar Jyllands Posten yang memulakan penyiaran karikatur menghina Rasulullah s.a.w.
Demonstrasi aman yang diketuai Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bermula di Masjid Kampung Baru setelah selesai menunaikan solat Jumaat.
Ini merupakan demonstrasi kali kedua yang dibuat oleh PAS Pusat manakala kali pertama dilakukan oleh Pemuda PAS Pusat pada 5 Februari lalu.
Sepanjang perarakan itu mereka melaungkan takbir dan selawat kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. Mereka membawa sepanduk, antara lain bertulis `Boikot produk
Turut serta dalam perarakan tersebut, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Mohd Ramli; Ketua Penerangan, Ustaz Ahmad Awang; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Ketua Muslimat, Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali; Majlis Tertinggi PKR, Dr Badarulamin Baharom; Exco PAS Pusat, Negeri dan Kawasan.
Dalam perhimpunan di hadapan Wisma Denmark, Tuan Guru Abdul Hadi telah menyatakan bantahan kepada tindakan akhbar Denmark itu dan mengingatkan umat Islam supaya melahirkan kasih dan kecintaan kepada junjungan Besar Rasulullah s.a.w. dengan membuktikan segala kecintaan terhadap baginda hingga ke akhirat.
Katanya, umat Islam perlu meneruskan ketinggian martabat Nabi Muhammad s.a.w. dengan meneruskan segala ajaran dan perjuangannya.
Menurut beliau, walaupun akhbar mempunyai kebebasan tetapi kebebasan itu sudah pasti mempunyai hadnya dan umat Islam tetap menyanjung kebebasan.
"Ajaran Islam mewajibkan kita menjaga keselamatan kedutaan asing walaupun dengan negara yang bermusuh (berperang) kedutaan dan diplomat-diplomat tidak boleh diganggu.
"Ini mesti difahami dan ini merupakan satu gambaran yang sebenar dan hari ini kita menunjukkan gambaran yang sebenar mengenai Islam yang diperjuangkan oleh PAS," katanya.
Beliau berkata, Duta
Tuan Guru mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang menjaga keamanan dan dengan kerjasama itu, mereka boleh menjadi saksi di hadapan Allah di akhirat kelak kerana telah mengadakan bantahan terhadap penghinaan Rasulullah s.a.w.
Abdul Hadi bersama timbalannya di Kedutaan DenmarkMohamad Sabu turut menyatakan bantahan dengan mengingatkan umat Islam supaya tidak melayan segala provokosi yang dimulakan oleh puak jahiliah.
Beliau meminta umat Islam memboikot barangan
Katanya, umat Islam dilarang sama sekali menghina semua nabi serta mana-mana agama sama ada Kristian,Buddha, Hindu dan sebagainya.
Laungan takbir `Allah-u Akbar' menghangatkan lagi perhimpunan aman petang tadi. Walaupun diiringi hujan renyai-renyai, mereka tidak sedikit pun berganjak sebaliknya perhimpunan tetap diteruskan.
Mohamad Sabu berharap pihak akhbar dan kerajaan
Beliau melahirkan kekesalan kerana sikap kurang ajar yang telah ditunjukkan oleh akhbar `Tribune Sarawak' yang turut menghina Rasulullah s.a.w.
"Jika kerajaan dan akhbar
Salahuddin Ayub turut menyatakan perhimpunan itu merupakan satu amaran awal dan umat Islam tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang terlibat menghina junjungan besar Rasulullah s.a.w.
Beliau menegaskan Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mesti bertegas mengarahkan negara anggotanya memboikot barang-barangan
"Jangan hanya bisu seribu bahasa, kami umat Islam sanggup mati kerana mempertahankan ketinggian martabat Rasulullah," katanya.
Orang ramai bertakbir apabila bendera
Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali dengan penuh semangat mengingatkan suri rumah supaya memboikot barang
Katanya, Muslimat PAS mewakili wanita seluruh dunia menyatakan bantahan tehadap penghinaan ke atas Nabi Muhammad.
Ustaz Nasharuddin Mat Isa terkilan dengan seketariat Kedutaan
Katanya, hanya tiga orang pimpinan PAS sahaja yang dibenarkan bertemu dan menyerahkan memorandum bantahan terhadap penghinaan Rasulullah iaitu Ustaz Abdul Hadi Awang, beliau sendiri dan Dato' Kamarudin Jaffar.
Sementara itu Ketua Polis Dang Wangi, ACP Kamal Bashar memuji demonstasi yang dipimpin oleh PAS itu berjalan secara aman tanpa sebarang provokosi daripada mana-mana pihak.
Katanya, pihak polis telah mengarahkan seramai 200 orang anggotanya untuk mengawal demonstrasi aman tersebut.
Pegawai di Kedutaan
Beribu-ribu umat berarak membantah penghinaan terhadap Rasulullah di Kedutaan Denmark KL.Beliau berkata pegawai di Kedutaan
Bagaimanapun Steen sedih dengan syor memboikot barangan
Dato' Kamaruddin Jaffar pula melahirkan rasa gembira di atas sambutan 'luar jangka' umat Islam di negara ini terhadap piket bantahan yang dianjurkan.
Baginya, mesej yang disampaikan hari ini sudah cukup mengingatkan kepada bukan Islam dan negara Barat bahawa umat Islam pantang jika maruah agama mereka diinjak.
Justeru berdasarkan kepada memorandum dan solidariti yang ditunjukkan, PAS mendesak kerjaan
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti KeADILan Rakyat (PKR), Ustaz Badrol Amin Bahron pula menyeru seluruh umat Islam bersatu menentang siapa sahaja yang menghina Islam.
"Kita tentang akhbar
Baginya, akhbar itu perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini mahupun di dunia.
Jika kerajaan melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menahan beberapa individu Islam yang dikatakan mengugat keselamatan awam, PKR mahu kerajaan menjelaskan apa tindakan mereka dalam memastikan sensitiviti umat Islam tidak akan diusik selepas kejadian ini, katanya.
Dalam pada itu, jurucakap Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin pula menyeru umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Denmark, Perancis dan negara-negara yang turut serta terbabit menyiarkan karikatur.
Usaha ini perlu dipastikan berjaya bagi mengajar tindakan biadap negara tersebut mencetus kemarahan umat Islam, katanya.- lanh
PERARAKAN BANTAHAN... Berpuluh ribu umat Islam berarak menuju Kedutaan Denmark di Wisma Denmark, KL bagi membantah penghinaan terhadap Rasulullah yang dilakukan oleh akhbar negara itu. Mereka berarak dari Masjid Kg Baru sebaik sahaja selesai Solat Jumaat. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memimpin perarakan dan demo itu. Foto Harakahdaily.
