Rabu, Februari 15, 2006
Mufti-Mufti Malaysia beri kata dua kepada Duta Denmark
Di hantar oleh dppks pada 2/15/2006 11:24:00 PTGBil ()dlm.MN.PK.A351.PTA/05/08
Tarikh : 8 Muharram 1427 - 7 Februari 2006
Kpd :
H.E. Borge Petersen
Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary
22nd Floor, Wisma
Tuan Yang Terutama,
BANTAHAN TERHADAP PENYIARAN KARIKATUR NABI MUHAMMAD SAW OLEH AKHBAR JYLLANDS-POSTEN
Saya mewakili Majlis Mufti-mufti
Kami berkepercayaan bahawa agama adalah hak manusia dan tidak boleh mana-mana pihak menghina dan mencaci agama lain. Keharmonian beragama yang masih bertahan di negara ini adalah disebabkan tiada perbuatan jijik dan hina seperti yang telah dilakukan oleh akhbar berkenaan yang menggambarkan sikap tidak menghormati sensitiviti agama lain.
Penganut Kristian dan agama lain bebas mengamalkan ajaran masing-masing di Negara ini kerana umat Islam amat berpegang kepada ajaran kitab suci Al Quran yang menegaskan : "Bagi kamu agama kamu , bagiku agamaku" "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah"
Kami menuntut penyiaran karikatur berkenaan dihentikan serta merta dan perbuatan yang tidak bertamadun berkenaan tidak diulangi pada masa akan datang. Kami juga menuntut akhbar berkenaan memohon maaf kepada seluruh umat Islam SEBELUM SAMPAI KE SITUASI KAMI MUFTI-MUFTI GAGAL LAGI MENGAWAL PERASAAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI.
Sekian.
SMP, DPMP, SIM, AMN, PKT, PJK
Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan
Mewakili Majlis
(