Rabu, November 26, 2008
N.Sembilan ketiga terbanyak perumahan terbengkalai
0 komen Di hantar oleh dppks pada 11/26/2008 04:21:00 PGSuara N9,
Percaya atau tidak N.Sembilan adalah negeri ketiga terbanyak yang mempunyai Projek Perumahan Terbengkalai , iaitu sebanyak 29 Projek Perumahan Terbengkalai ? Sementara dari segi peratusan Projek Yang Masih Terbengkalai N.Sembilan adalah kedua tertinggi peratusannya iaitu 55%. Apo nak jadi N.Sembilan ni , pemimpin Umno nya sibuk berebut jawatan , sibuk buat laporan BPR sesama sendiri , akhirnya rakyat N.Sembilan sendiri tidak terbela.
Laman web khusus untuk Perumahan Terbengkalai di Negeri Sembilan http://terbengkalai.blogspot.com
( SEREMBAN: Seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan didakwa terbabit menyogok seorang ketua Puteri Umno sebuah bahagian di negeri ini sebanyak RM500 agar mengundinya pada pemilihan jawatan parti di peringkat bahagian itu bulan lalu. http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081124090620/Article/index_html )
( BAHAU: Tiga ahli Puteri Umno Bahagian Jempol membuat laporan polis terhadap pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa mereka disoal siasat dengan cara pelik selain dipaksa membuat perakuan palsu di bilik sebuah hotel bajet di pekan ini pada 18 November lalu. http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081124090751/Article/index_html )
( Di Jelebu, Yunus Rahmat (EXCO Kerajaan Negeri Sembilan) tewas ditangan Rais Yatim. Di Jempul, Aziz Shamsudin (ADUN Palong) dan Shamsul (EXCO Kerajaan Negeri Sembilan) juga tewas. http://colroseli.blogspot.com/2008/10/mohamad-hassan-takut-pada-bayang-bayang.html )
Soalan : 24
YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan projek terbengkalai mengikut pecahan negeri di seluruh Malaysia. Apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menyelamatkan projek perumahan yang terbengkalai dan berapakah projek perumahan terbengkalai telah pun dipulihkan melalui campur tangan pihak Kementerian.
Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Bagi tempoh 1990 sehingga Jun 2008, terdapat sejumlah 270 projek perumahan terbengkalai di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 126 projek telah disiapkan dengan Sijil Layak Menduduki, 29 projek sedang dalam pembinaan manakala 115 projek masih terbengakalai. Pecahan mengikut negeri adalah seperti berikut:
Negeri - Siap Dipuilihkan - Sedang Dalam Pembinaan - Masih Terbengkalai -
Jumlah
Selangor – 27 – 4 – 35 – 66 – 53%
Johor - 5 – 9 – 23 – 37 – 62%
N.Sembilan – 9 – 4 – 16 - 29 – 55%
Pulau Pinang – 16 – 2 – 8 – 26 – 30%
Pahang – 10 – 2 – 9 – 21 – 42%
Kedah – 11 - 2 – 7 – 20 – 35%
Perak - 14 - 1 - 5 - 20 - 25%
W.Persekutuan, KL – 12 – 3 – 3 – 18 – 16%
Melaka – 7 – 1 – 6 – 14 – 42%
Terengganu – 7 – 0 – 1 – 8 – 12%
Kelantan – 5 – 1 – 2 – 8 – 25%
Perlis – 3 – 0 - 0 - 3 – 0%
Jumlah – 126 – 29 – 115 - 270
Cuba kita tanya secara rambang rakyat Malaysia ketika ini apa masalah
mereka. Adakah masalah utama mereka akan diberhentikan kerja , harga getah
dan sawit merudum jatuh , harga barang naik ? Atau mereka akan jawab ladang
babi berhampiran rumah mereka , papan tanda jalan pelbagai bahasa depan
rumah mereka , mereka tak dapat mengamalkan Yoga ?
Nampaknya rakyat Malaysia sekarang ini dialihkan perhatian oleh media , baik Tanya seorang suami apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga barang naik Tanya seorang anak apa masalah mereka ? Mereka akan jawab tak lama lagi nak Tanya seorang ibu apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga ikan naik , Tanya seorang ayah apa masalah mereka ? Mereka akan jawab rumah yang dibeli Tanya seorang polis apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes samun makin Tanya seorang imam masjid pula apa masalah mereka ? Mereka akan jawab jemaah Tanya seorang doktor apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes pembuangan Tapi bila kita tanya ahli politik , kita tanya menteri apa masalah mereka ? Jadilah rakyat yang bijak dan berfikiran terbuka serta rasional.
media pro BN mahu pun media pro Pakatan Rakyat (kerana menghabiskan masa
menepis serangan media pro BN) terhadap isu-isu yang remeh temeh. Sedangkan
banyak isu lain yang lebih besar.
Tanya seorang isteri apa masalah mereka ? Mereka akan jawab suami mereka tak
beri nafkah , suami mereka gila perempuan , suami mereka gila judi
, elaun dipotong , harga getah turun.
buka sekolah , tapi ayah tak mampu nak bayar yuran , tak mampu nak bayar
tambang bas.
anak perempuan mereka selalu keluar malam , anak lelaki mereka sudah mula
berjinak dengan dadah.
terbengkalai , pinjaman bank perlu dibayar , duit sewa rumah juga perlu
dibayar.
meningkat , kes rogol makin meningkat , kes macam-macam lagilah.
solat semakin berkurangan , kehadiran kuliah agama semakin berkurangan.
bayi semakin banyak , kes bayi lahir tanpa bapa semakin banyak.
Mereka akan jawab papan tanda jalan mesti Bahasa Melayu , ketuanan Melayu
mesti dipertahankan , lapangan terbang perlu di bina di Negeri Sembilan dan
macam-macam isu lagi yang digembar gemburkan.
Tarikh : 25 Disember 2008 ( Khamis/Cuti Umum )
Masa : 8 pg - 1tgh
Tempat : Al-Hufaz Training and Services , Tmn Sri Pulai 3 , Seremban, N.Sembilan
Yuran Penyertaan : RM 35 (Kertas kerja dan makan)
( Tiada had umur penyertaan )
Pengesahan Penyertaan sebelum 20 Disember melalui SMS atau tel.
019 365 6203 ( Ust. Ayub )
019 224 5321 ( Ust. Khairul Azhar )
019 640 0062 ( Ust. Nor Azman )
019 323 1429 ( Ust. Khir )
Rawatan penyakit yang berpunca dari gangguan makhluk halus adalah satu bidang yang amat rumit ,sama rumitnya dengan penyakit itu sendiri.Pada kebiasaannya penyakit yang sedemikian tidak dapat dikesan oleh perubatan Alopty. Bidang rawatan ini memerlukan persediaan rohani dan jasmani dengan pengetahuan yang menyeluruh tentang hakikat kejadian dan kewujudan makhluk tersebut yang dipelajari dari Al-Quran dan As-Sunnah
Ustaz Haji Hanafi Abd Rahman Fesfanji adalah merupakan aktivis Islam yang bergiat sekitar Kuala Lumpur. Pernah menjadi panel forum Ehwal Islam RTM dan pengkuliah tetap beberapa masjid utama di Wilayah Persekutuan. Beliau memperolehi BA Shariah Universiti Al-Azhar, Diploma Tinggi Pengajian Islam di Maahad Aly Lil Dirasat Islamiyyah , Mesir. Beliau menyambung ke peringkat Master dalam bidang Islamic Studies di University of Portsmouth, UK. Pernah menjadi pensyarah sambilan di UTP, KUIM, Upitaj dan Kudqi.
Sekarang beliau mengendalikan Rawatan Islam dan Alternatif di samping aktif dalam beberapa pertubuhan NGO Islam.
</span>
Suara N9
Belum reda lagi dengan wabak denggi , wabak Chikungunya , kini Negeri Sembilan ditambah dengan satu lagi wabak , iaitu wabak Malaria. Semua wabak ini disebarkan oleh nyamuk. Dulu wabak JE , juga nyamuk. Apalah bala atau musibah yang melanda N.Sembilan pada ketika ini ? Marilah kita sama-sama bertaubat , perbanyakkan amal serta menjaga kebersihan rumah dan kejiranan kita. Apa sudah jadi dengan semangat gotong royong kita ?
Kes malaria tertinggi di Jempol - Berita Harian 25 Nov 2008 SEREMBAN: Sebanyak 69 kes malaria dilaporkan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga pertengahan bulan ini dengan kes tertinggi dikesan di daerah Jempol dan Seremban.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), Dr Zainal Ariffin Omar, berkata dua daerah itu masing-masing mencatatkan 46 dan 16 kes, diikuti Kuala Pilah dengan tiga kes serta masing-masing dua kes di Jelebu dan Port Dickson.
"Setakat 15 November lalu juga, tiada kes malaria dilaporkan di daerah Rembau dan Tampin, manakala dua lokaliti wabak malaria ialah di Felda Serting Hilir 3 dengan enam kes, membabitkan empat warga asing dan dua tempatan selain di Felda Palong 13 dengan lima kes, semuanya membabitkan warga asing.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20081125080620/Article/index_htmlRabu, Oktober 15, 2008
MP PKR Kulim-Bandar Baharu nafi ditawar masuk Umno
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/15/2008 09:44:00 PTGSebaliknya tegas wakil rakyat itu beliau masih bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen semalam, Zulkifli juga menegaskan beliau akan bersama dengan parti yang memperjuangkan Islam.
Ekoran keputusan mahkamah semalam banyak pihak membuat andaian bahawa beliau akan menyertai Umno.
Malah komen pengunjung blognya juga menyentuh kemungkinan tersebut.
Menurut beliau, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan parti itu masih memperjuangkan Islam.
"Setakat ini belum lagi (tawaran dari Umno). Saya ambil pendirian dan konsisten dengan pendirian saya untuk memartabatkan Islam dan mana-mana platform yang memperjuangkan Islam.
"Kalau DAP memperjuangkan Islam, saya pilih bersama DAP” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Ditanya sama ada kenyataannya itu bermakna beliau akan menyertai PAS, Zulkifli berkata, beliau tidak bermaksud demikian.
"Saya masih duduk di kerusi PKR. Cuma ada sedikit hiccup atas perjuangan dengan Islam tapi tak timbul soal melompat parti.
"Saya masih berhubung dengan Datuk Seri Anwar dan beliau memberi jaminan pada saya yang perjuangan Islam masih diiktiraf," katanya.
Zulkifli berkata, beliau telah dipanggil mengadap jawatankuasa disiplin partinya berhubung penyertaannya dalam perhimpunan membantah penganjuran forum ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu dan tiada tindakan yang dikenakan ke atasnya.
"Saya telah memberikan penjelasan yang cukup jelas tentang pendirian saya bahawa saya utamakan perjuangan Islam dan kalau PKR utamakan Islam, saya tiada masalah.
"Saya tiada halangan khususnya dari (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang telah banyak kali berjumpa dan berhubung.
"Saya tak dikenakan sebarang sekatan untuk teruskan perjuangan Islam saya khususnya berkaitan dengan bangsa," katanya.
Zulkifli berkata, beliau bersyukur atas penarikan balik petisyen tersebut dan selalu meletakkan keyakinan bahawa kebenaran akan terserlah.
"Walaupun kita bersedia untuk menghadapi perbicaraan tersebut dengan persediaan rapi dan saksi yang kita ada tapi keputusan yang dibuat oleh BN untuk menarik balik petisyen tersebut, kita terima dengan dada yang lapang," katanya.
Sementara itu, Anwar ketika diminta mengulas mengenai hal itu berkata Zulkifli masih menjadi wakil rakyat PKR bagi kawasan Kulim-Bandar Baharu.
Katanya, dakwaan bahawa Zulkiffli keluar daripada PKR dan menyertai parti lain adalah khabar angin semata-mata, tambahan pula mereka sering berhubung dan tidak pernah dimaklumkan pengerusi Persatuan Peguam Islam itu mahu keluar daripada parti.
Berhubung tindakan calon BN kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menarik balik petisyen pilihan raya bagi mencabar kemenangan Zulkiffli, Anwar berkata, perkara itu mungkin disebabkan BN tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk menang atau mereka juga tidak yakin bahawa akan ada pilihan raya kecil diadakan.
"Banyak pandangan mengatakan kes itu kuat (untuk BN menang). Itu yang saya dengar daripada peguam mereka dan mereka akan lawan habis-habisan tetapi memandangkan keadaaan politik dan ekonomi sekarang, BN dan Umno tidak bersedia menghadapi pilihan raya kecil sebab itu mereka tarik petisyen terhadap Zulkifli di Kulim-Bandar Baharu," katanya.
Semalam, Zulkifli berjaya mengekalkan kerusi Kulim-Bandar Baharu apabila Mahkamah Tinggi Alor Star menolak petisyen tersebut selepas Barisan Nasional (BN) memohon untuk menarik balik petisyen berkenaan.
Pada 27 April lepas, bekas calon BN bagi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Mohd Hafarizam Harun memfailkan petisyen memohon keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas bagi kerusi itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah.
Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/15/2008 09:02:00 PTGKeputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.
"Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama... belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar... bukan cerita baru," kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini.
Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004.
Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.
Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.
Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Malah Anwar juga meminta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan sokongan anggota Dewan Rakyat pada 23 September lalu.
Kedua-dua permintaan itu telah ditolak oleh Abdulllah.
Ketika ditanya tentang peluang dan kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat, Nik Aziz berkata: "Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah."
Tambah beliau, jika demokrasi dilaksana dengan sepenuhnya, sudah lama Umno digantikan dengan kerajaan baru.
"Kami yakin, syaratnya demokrasi diberi peluang penuh, tiada gangguan ISA, tiada ditangkap, kecuali dia ditangkap macam komunis," katanya.
Apabila ditanya mengenai perbezaan pandangan dan tidak puas hati dalam isu pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat dan diketuai Anwar jika menjadi, Nik Aziz berkata, masalah itu tidak wujud secara keseluruhan.
Cuma, jelas Nik Aziz, wujud sedikit perasaan ragu-ragu memandangkan Anwar dituduh kerana dituduh liwat sedangkan mahkamah sudah lepaskan beliau.
Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, pernah berhadapan dengan kes liwat 10 tahun lalu tetapi dibebaskan dan berhadapan dengan tuduhan buat kali kedua Ogos lalu.
Jumaat, Oktober 10, 2008
Pakatan pilih cara aman tukar kerajaan - Anwar
0 komen Di hantar oleh dppks pada 10/10/2008 02:59:00 PTGKOTA BHARU, 10 Okt (Hrkh) - Rakyat tidak seharusnya gusar biar pun tarikh pertukaran kerajaan yang diuar-uarkan 16 September lalu belum menjadi kenyataan, kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, lagi pun rakyat sebelum ini sanggup menunggu puluhan tahun bagi membolehkan Pakatan Rakyat bangkit pada pilihan raya umum lalu. "Puluhan tahun kita sanggup tunggu, tak kan hendak tunggu sekejap lagi pun tidak boleh," katanya pada ceramah perdana Aidilfitri di Padang Perdana, malam tadi. Padang tempat berlangsung ceramah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai. Ceramah itu turut mendapat liputan sebuah stesen televisyen dari Australia yang memfokuskan segmen kebangkitan semula Anwar. Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail dan wakil-wakil rakyat Kelantan. Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu pertukaran kerajaan berlaku seperti di Bangkok dan Filipina secara tidak aman. "Kita pilih secara aman biar pun usaha Pakatan Rakyat sebelum ini mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri tidak diendahkan. Begitu juga permohonan untuk mengadakan sidang parlimen khas juga tidak dihiraukan. "Malah Pakatan Rakyat sudah menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memaklumkan perkembangan terkini dalam Pakatan Rakyat yang sudah ada simple majority bagi membentuk kerajaan," katanya. Pada ceramah itu sekali lagi beliau menegaskan Islam menjadi tunggak utama kerajaan baru sebagaimana yang termaktud dalam perlembagaan. Katanya menjadi keutamaan Pakatan Rakyat untuk terus memartabatkan Islam dan PAS tetap menjadi penaju utama kepada kerajaan baru. Menurutnya, setiap dasar kerajaan akan diputuskan bersama dengan parti-parti Pakatan Rakyat dan bukan menjadi dominan kepada pihak tertentu sahaja. Anwar juga memberitahu beliau tidak setuju dengan cara pemimpin Umno menghina begitu rupa presiden mereka sehingga terpaksa membuat keputusan berundur Mac depan. "Oleh itu baki lima bulan yang ada sekarang Perdana Menteri hendaklah menggunakan ruang tersebut bagi memulihkan kembali reputasinya. Pertama membebaskan mereka yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kemunting. "Dato' Seri Abdulllah tidak perlu lagi takut kepada pemimpin lain dalam Umno kerana mereka sudah meneranjangnya sekarang," tambahnya. Beliau berkata, sekiranya Abdullah tidak menggunakan peluang tersebut, Pakatan Rakyat akan melakukannya dengan membebaskan semua tahanan ISA apabila dapat membentuk kerajaan kelak. Hujah itu turut disokong Husam yang mahu Perdana Menteri menggunakan baki kuasa yang ada sekarang kerana penggunaan ISA muktahir ini begitu meragukan sekali. "Tidak pernah berlaku orang yang dikatakan kena ugut ditahan dan orang yang mengugut pula bebas di luar," katanya. Beliau juga berkata, petanda-petanda kejatuhan kerajaan BN semakin jelas sekarang apabila perpecahan dalam parti semakin ketara. Sebab itulah sekarang menurutnya, rakyat tidak sabar lagi menunggu kerajaan baru dibentuk dan bukan lagi sekadar pertukaran Abdullah kepada Najib. Saifuddin menjelaskan biar pun Najib menggantikan Abdullah pada Mac depan ia tidak menjanji apa-apa perubahan kepada rakyat kerana dasar parti tetap sama. "Institusi polis, peguam negara, badan rasuah masih lagi terkial-kial sekarang. Kerajaan yang diketuai Najib juga tidak menjanjikan masa depan yang baik.
Sabtu, September 20, 2008
Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormati.
Umno yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di awal penubuhannya, kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah umat Islam dan orang Melayu terbela.
Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan Umno seolah-olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah cubaan Umno untuk mengalih masalah yang berlaku di kalangan parti komponen BN pada ketika ini.
Sehubungan itu, Parti Islam Se Malaysia (PAS) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS dan seterusnya menjadikan PAS sebagai parti tempat bernaung.
PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit, tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya, maka PAS percaya bahawa orang-orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli-ahli Umno beserta pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah.
Sebagaimana yang dipertegaskan oleh PAS dalam Muktamar PAS ke-54 yang lalu dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", bahawa sebenarnya perjuangan PAS tetap kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan kepada akidah perjuangan yang jelas.
PAS bukannya sebuah parti politik semata-mata, tetapi adalah satu wadah dakwah dan tarbiyah. Perjuangan PAS adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), Perlembagaan PAS di mana usaha-usaha PAS ialah:
� Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam,
� Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini,
� Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta manghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
Bertitik tolak dari hakikat ini, maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh Umno ini. PAS percaya bahawa ahli-ahli dan pimpinan Umno ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS.
Marilah bersama-sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.
Marilah bersama-sama menyertai PAS!
16 September 2008/ 16 Ramadhan 1429
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Sabtu, Ogos 30, 2008
Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada masa ini menguasai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan DAP 10 , PKR 4 dan PAS 1 kerusi. Sementara BN mempunyai 21 kerusi dengan UMNO 19 , MCA 1 dan MIC 1 kerusi.
Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan hanya memerlukan 4 kerusi sahaja lagi untuk memerintah Negeri Sembilan. Apakah ini akan berlaku pada 16 September 2008 atau pada Pilihanraya Umum ke 13 , biarlah ianya menjadi teka teki Dato Seri Mohamad Hassan untuk menilai sendiri kesetiaan ADUN BN kepada beliau.
Apa yang pasti sekiranya terdapat 2 orang ADUN Melayu dan 2 orang ADUN bukan Melayu dari BN di N.Sembilan keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat maka , BN tidak lagi memerintah N.Sembilan.
Buat masa ini terdapat 22 ADUN Melayu , 9 ADUN Cina dan 5 ADUN India di Negeri Sembilan. DAP mempunyai 7 ADUN Cina dan 3 ADUN India. PKR pula diwakili 2 ADUN Melayu , 1 ADUN Cina dan 1 ADUN India. Sementara PAS hanya 1 ADUN Melayu.
Pada ketika ini kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Dato Seri Mohamad Hassan mempunyai 10 orang EXCO tidak termasuk Menteri Besar dimana 8 EXCO Melayu, 1 Cina dan 1 India.
Sekiranya Pakatan Rakyat di N.Sembilan berjaya membentuk kerajaan dengan andaian diatas maka akan terdapat 9 ADUN Cina , 5 ADUN India dan 5 ADUN Melayu. Sementara BN hanya ada 17 ADUN Melayu yang semua diwakili UMNO.
Sudah pasti atas dasar demokrasi ADUN Cina akan mendapat lebih jawatan EXCO di N.Sembilan ini yang majoritinya dari DAP. Kemungkinan bilangan EXCO Melayu 3 , EXCO Cina 4 dan EXCO India 3.
Maka wajarkah kita menyalahkan DAP jika ramai EXCO Cina di Negeri Sembilan ?
Mengapa tidak disalahkan ADUN dari UMNO yang tidak ramai keluar dari BN untuk menyertai Pakatan Rakyat Negeri Sembilan samada dengan menyertai DAP, PKR, PAS atau Bebas ?
Mengapa tidak disalahkan para pengundi Melayu di Negeri Sembilan untuk memenangkan wakil Melayu dalam Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke 12 atau Pilihanraya Umum ke 13 nanti ?
Mengapa tidak salahkan pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat berbangsa Melayu dalam PKR dan PAS yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mempastikan kemenangan calon mereka dalam pilihanraya dengan mengorbankan segala tenaga , masa dan wang ringgit ?
Bak kata Nabil "Raja Lawak" orang Mambau , Negeri Sembilan "Lu pikirlah sendiri".
Khamis, Ogos 28, 2008
Ibu sara 4 anak, ibu uzur di Chengkau, Rembau
0 komen Di hantar oleh dppks pada 8/28/2008 03:09:00 PTGNafsiah Yusof 48, yang bekerja di kilang ayam di Pedas, cekal menghadapi hidup setelah bercerai enam tahun lalu tanpa diberi nafkah untuk membesarkan anak-anak.
Walaupun mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan tetapi ia tidak mencukupi untuk membesarkan anak-anak tanpa bantuan daripada bekas suami.
Seawal jam 5.30 pagi, Nafsiah akan berjalan kaki berulang alik ke perhentian bas setiap hari untuk ke tempat kerja dan pulang antara 6 hingga 7 petang dengan jarak yang sangat jauh.
"Biasanya saya akan memasak terlebih dahulu untuk anak-anak dan ibu, kemudian baru saya pergi bekerja," katanya.
Anak-anaknya yang bersekolah dari darjah dua hingga enam di Sekolah Kebangsaan Bongek terpaksa berdikari sendiri untuk persiapan ke sekolah dengan menaiki van yang dibayar RM200 sebulan.
Selain itu, kesihatan anak-anaknya begitu membimbangkan Nafsiah apabila anak perempuannya yang berumur 12 tahun sering mengadu sakit perut dan pinggang.
"Saya telah membawanya ke klinik, namun doktor mengatakan tiada apa-apa penyakit tetapi penyakitnya sering berulang dan merisaukan saya.
"Hendak dibawa berjumpa pakar, saya tidak berkemampuan daripada segi kewangan," katanya.
Kehidupan yang menghimpit semakin perit apabila rumah yang uzur perlu dibaiki untuk memberikan keselesaan terhadap anak-anaknya yang semakin membesar.
Atas keprihatinan dan jasa baik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Dr Awaludin Said, permohonan saya terhadap Rumah Mesra Rakyat telah diluluskan yang kini dalam proses pengesahan peguam dan akan dibina tidak lama lagi.
Namun, disebabkan pendapatan bersih setiap bulan hanya RM500 lebih menyukarkannya untuk membayar dan Nafsiah telah memohon bagi pihak anak sulungnya yang telah bekerja dan berkeluarga.
Apabila rumah itu siap nanti anak sulungnya yang akan menetap di situ sebaliknya dia dan anak-anak lain akan terus tinggal di rumah yang didiaminya sekarang.
Persidangan Dun yang bermula jam 10 pagi itu menjadi kecoh apabila Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook (DAP-Lobak), menyuarakan rasa tidak puas hati Adun Pakatan Rakyat kepada Speaker Dato' Razak Mansor kerana penggiliran sesi soal jawab ketika perbahasan hanya mengutamakan kepada Adun Barisan Nasional (BN) sahaja.
Adun BN pula akan melengah-lengahkan masa dan membangkitkan soalan yang tiada mempunyai kepentingan langsung terhadap permasalahan rakyat sehingga menyebabkan Adun Pakatan Rakyat tidak berpeluang untuk membangkitkan soalan kerana masa sudah tamat.
Loke mencadangkan supaya diselang-selikan soalan di antara wakil BN dan Pakatan Rakyat supaya ianya adil kepada kedua-dua belah pihak seperti yang diamalkan di Parlimen mahupun di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
Walaubagaimana pun, ianya ditolak oleh Dato' Razak dengan alasan peraturan itu telah dijalankan sejak sekian lama dan memang diamalkan di dalam persidangan Dun Negeri Sembilan, ini menyebabkan 15 Adun Pakatan Rakyat bertindak keluar dari dewan pada pukul 10.30 pagi kerana memboikot persidangan Dun tersebut.
Mohamad Hasan yang jelas berang dengan tindakan itu mengatakan 'pergi mampus' kepada pembangkang sambil diiringi sorakan Adun BN yang lain ketika menggulung perbahasan pada pukul 12.00 tengahari.
"Mereka ingat saya takut, 'pergi mampus' sama mereka, mereka tak ada pun kita boleh bersidang juga lagi senang kita buat kerja," kata beliau dengan nada marah.
Akhirnya persidangan Dun kali ini ditamatkan pada pukul 12.30 tengahari iaitu antara tempoh persidangan Dun yang terpendek sedangkan notis yang diberikan sebelum ini untuk dua hari. - mks. _
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16694&Itemid=1
Siapa yang bodoh wahai Datuk Seri Mohamad Hasan ?
0 komen Di hantar oleh dppks pada 8/28/2008 03:06:00 PTG11 ADUN BN di Pulau Pinang bodoh juga ke ? ADUN-ADUN BN di Kelantan bodoh juga ke ? Kerana semua ADUN-ADUN BN ini yang kebanyakannya UMNO , juga telah keluar sidang dewan pada tahun ini. Datuk Seri sebagai pemimpin negeri haruslah bersikap professional , bukannya emosional.
11 ADUN BN tinggalkan sidang DUNPULAU PINANG 28 Julai - Semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bertindak keluar dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).. (Petikan Utusan Malaysia 29 Julai 2008) http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0729&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_11.htm&arc=hive
Wakil BN keluar sidang DUN Kelantan KOTA BHARU 7 Julai - Semua wakil pembangkang hari ini bertindak keluar daripada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas membantah keputusan Speaker, Mohd. Nassuruddin Daud yang menolak 10 daripada 15 soalan lisan yang dikemukakan mereka. (Petikan Utusan Malaysia 8 Julai 2008) http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0708&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_04.htm&arc=hive
Rabu, Julai 02, 2008
Tuduhan terhadap Anwar, konspirasi yang jijik - Kamarudin Jaffar
0 komen Di hantar oleh dppks pada 7/02/2008 12:38:00 PGKUALA LUMPUR, 1 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan tuduhan liwat yang dilemparkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi jahat dan jijik.
Sambil mengharapkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenakan tindakn kepada pihak yang terbabit mendakangi konspirasi ini beliau juga mahu isu ini dihentikan serta merta.
Malah atas nama Islam beliau menyeru kepada kelompok yang berkemungkinan mencetus konspirasi ini agar memikirkan implikasinya terhadap tuduhan ini yang mengaibkan seseorang.
Kamarudin juga memaklumkan bahawa petang tadi satu taklimat dan penerangan telah dibuat Anwar kepada pemimpin PAS antaranya, beliau sendiri, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS< Salahuddin Ayub dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad di Pejabat KeADILan di Damansara.
Taklimat itu dibuat sejurus selepas Anwar mengadakan sidang media dan laporan polis di Ibu Pejabat Kontinjen Shah Alam.
Pagi tadi, Presiden Abim, Yusri Mohammad pula menyatakan, insiden dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim mengejutkan rakyat dan menjadi kebimbangan.
Malah, Abim memberi amaran kepada semua pihak termasuk media agar tidak mensensasikan isu ini kerana ia membabitkan maruah dan isu peribadi, katanya.
Negara ini telah dan masih merasa perit dan pedih kesan krisis yang berpanjangan dan kompleks, melibatkan Ketua Umum KeADILan itu sebelum ini, katanya.
"Jika kita tidak berhati-hati, isu terbaru ini mungkin mengheret negara ke kancah krisis yang akan membawa akibat buruk kepada rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataannya 30 Jun lalu.
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Persoalan mula timbul mengenai siapa yang mungkin mendalangi kemungkinan konspirasi di sebalik tuduhan liwat membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Kelompok media dan pemerhati politik mula bercerita pelbagai teori dan kemungkinan berhubung kes ini yang masing-masing memberi hujah menurut peristiwa tertentu yang mereka rekodkan.
Namun, umum mula dihidangkan dengan kenyataan-kenyataan para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang menafikan pembabitan Anwar sekaligus menyatakan bahawa ini satu konspirasi menjatuhkan Anwar.
Begitupun beberapa nama telah disebut sebagai antara yang didakwa mendalangi isu ini sambil nama-nama yang dikaitkan itu menafikan dakwaan.
Seorang sumber yang enggan namanya disiarkan mendakwa, beberapa orang bekas penyokong kepada mantan Timbalan Perdana Menteri itu turut terbabit dalam konspirasi memalukan Anwar dengan tuduhan liwat.
Sumber turut mendakwa bahawa perancangan mengenakan Anwar dengan tuduhan yang sama telah dikesan sejak kehadiran Saiful Bukhari Azlan di pejabat Anwar sebagai pembantu khas.
"Malangnya ketika itu Anwar tidak menyangka kehadiran Saiful Bukhari sebagai orang yang boleh mengancam reputasi Anwar," kata sumber.
Beliau mendakwa, pergerakan bekas penyokong Anwar itu dikesan sebaik sahaja tersebar laporan menyatakan orang tersebut akan membuat sesuatu terhadap Anwar.
"Dan kita sudah melihat gerak-geri individu terbabit beberapa minggu selepas pilihan raya umum lalu, dan pada mulanya kita rasakan orang itu akan menggunakan seorang pembantu Anwar yang lain (bukan Saiful) untuk memfitnah Anwar.
"Tetapi akhirnya dalam kes ini Saiful pula yang dibabitkan dalam konspirasi ini," dakwanya.
Menurut sumber, oleh kerana sikap Anwar yang tidak mudah buruk sangka terhadap sesiapa sahaja yang datang untuk memberi kerjasama, akhirnya beliau difitnah sedemikian rupa.
Begitupun sumber enggan menamakan siapa individu tersebut yang dimaksudkan sebagai antara konspirator selain tidak mengesahkan samada individu itu ahli KeADILan atau bukan.
"Jika Anwar diperlakukan sekali lagi dengan cara yang terkutuk ini, saya pasti rakyat tidak boleh menerimanya dan rakyat akan turut serta menentang penzaliman ini," ujarnya.
Sementara dalam kenyataan terbaru Anwar, beliau sendiri menafikan tuduhan meliwat itu sambil menyatakan ia satu konspirasi yang ingin menjatuhkan beliau.
Anwar sendiri hari ini tampil untuk menyatakan beliau tidak bersalah, malah menyatakan ia satu kerja hina yang dibuat hanya untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.
Terdahulu, dalam perkembangan isu liwat Anwar, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan bahawa BN tidak terlibat dengan apa yang dikatakan konspirasi menjatuhkan Anwar.
Bagi Perdana Menteri, satu perkara biasa kepada orang yang dituduh untuk menafikan tuduhan terhadapnya.
Begitupun beliau memberi jaminan bahawa kes membabitkan dakwaan terhadap Anwar ini akan disiasat setelus mungkin.
'Saiful ada pertemuan sulit dengan Rosmah berulang kali' - Anwar
0 komen Di hantar oleh dppks pada 7/02/2008 12:36:00 PGKUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa bekas pembantu beliau Saiful Bukhari Azlan yang membuat dakwaan liwat terhadapnya mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
"Saiful ada pertemuan sulit dengan Rosmah berulang kali malah ada SD (Surat Akuan Bersumpah) tentang apa yang berlaku di pejabat Timbalan Perdana Menteri itu," katanya dalam satu sidang media di pejabat KeADILan jam 3.45 petang tadi.
Beliau mengadakan sidang media tersebut sebaik sahaja pulang dari ibu pejabat kontijen polis Selangor kerana memberi keterangan dan laporan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Menemani beliau ialah beberapa peguam dan pemimpin KeADILan seperti Naib Presiden Sivarasa Rasiah, Bendahari parti William Leong dan Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar Md Akin.
Turut hadir, ahli parlimen Padang Serai Gobalakrisnan dan exco kerajaan Selangor dan juga ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu, Dr Xavier Jayakumar termasuk hampir 50 orang penyokong Anwar berada di luar pintu masuk IPKS.
Dalam pada itu beberapa ahli-ahli parlimen PKR termasuk anaknya Nurul Izzah Anwar hadir di depan pintu dan dihalang masuk ke ibu pejabat polis tersebut sehingga menimbulkan sedikit kekecohan dengan anggota polis untuk beberapa minit ketika ketibaan Anwar.
Anwar dan para penyokongnya meninggalkan bangunan IPKS jam 3.20 petang dan menuju ke ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.
Dalam sidang media itu juga, beliau sekali lagi menafikan dakwaan yang dibuat oleh Saiful tersebut dan mempunyai bukti kukuh dan alibi yang boleh mengaitkan tentang insiden berkenaan namun Anwar berkata beliau akan mendedahkan dakwaannya itu dalam masa terdekat.
"Saya ingin memberi amaran dan ingatan agar jangan sesiapa mengulangi konspirasi jahat ini," tegas di hadapan puluhan wartawan dalam dan luar negara.
Beliau juga menafikan Mohd Saiful seorang pegawai peribadinya dan akan menjelaskan pada jangka masa terdekat tentang tarikh dan tempat kejadian itu yang dikaitkan dengan beliau.
"Perkara itu tidak berlaku. Saya mempunyai bukti kukuh dan alibi tentang kes ini," katanya
Sementara itu satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini yang bakal dihadari oleh Anwar sendiri.
Anwar jumpa pemimpin PAS selepas buat laporan di IPK Shah Alam
0 komen Di hantar oleh dppks pada 7/02/2008 12:33:00 PGSHAH ALAM, 1 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim baru selesai memberikan sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti KeADILan sejurus keluar dari IPK Shah Alam jam 3.30 petang tadi.
Pada ketika ini Anwar sedang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS antaranya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Sebelum itu, kira-kira jam 2.50 petang tadi, Anwar diringi peguamnya Sankara N Nair kelihatan memasuki perkarangan Ibu Pejabat Kontingen Polis (IPK) Shah Alam.
Sebaik ketibaan beliau, Anwar disambut oleh Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah, Bendahari Agung KeADILan, William Leong, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Akin dan ratusan penyokong sambil melaungkan reformasi.
Anwar tiba di IPK Shah Alam untuk membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung salahlaku kedua-duanya dalam mengendalikan kesnya pada tahun 1998-1999 yang lalu.
Wartawan Harakah dilokasi, Wan Nordin Wan Yaacob melaporkan, keadaan di IPK sekarang ini berada dalam kawalan yang amat ketat.
Katanya, terdapat desas-desus bahawa bekas TPM itu akan ditahan di IPK Shah Alam, berhubung dakwaan kes liwat oleh bekas Pembantu Khasnya, Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun laporan terhadap Gani dan Musa tidak ada kena mengena dengan dakwaan terbaru terhadap beliau.
Sebelum ini Anwar menegaskan, beliau diperangkap dengan kes terbaru kerana pihak tertentu mengetahui bekas TPM itu akan membuat laporan polis terhadap AG dan IGP serta membuat pengumuman hasratnya untuk bertanding di sebuah kawasan pilihan raya.
Bagaimanapun dengan kewujudkan kes terbaru ini, segala gerak kerja politik beliau tertangguh.
Selepas di IPK Anwar dijadualkan akan memberikan sidang akhbarnya di Ibu Pejabat KeADILan di Damansara, seterusnya berucap dala ceramah umum di Stadium Malawati Shah Alam malam ini.
Bagaimanapun semua jadual beliau bergantung kepada suasana yang bakal berlaku di IPK Shah Alam.
Ahad, Jun 29, 2008
Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib
0 komen Di hantar oleh dppks pada 6/29/2008 08:59:00 PTGSHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) -Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.
Gambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang. Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.
Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar. Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar.
Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin. Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar. Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir. Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa Anwar akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.
Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut. Sumber KeADILan mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar. Sementara Saiful Bukhari dikatakan sedang memberi keterangan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur.
Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata. Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999. Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.
Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat. Dalam kenyataannya pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu KeADILan, sewaktu pilihan raya umum lalu. Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latar belakang pengadu. Mengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar. Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu. Anwar, bekas TPM dan Menteri Kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.
Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat. Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar. Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, Naib Presiden Azmin Ali mendedahkan Anwar berbuat demikian demi keselamatan dirinya.
"Beliau telah dihantar ke sana sejak jam 6 pagi tadi. Tidak siapa pun yang boleh menziarahi beliau kecuali isteri dan anak-anaknya," kata Azmin.
Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut.
Dalam sidang akhbar sebelumnya, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, usaha terbaru untuk membabitkan Anwar dalam tuduhan liwat ekoran laporan polis oleh bekas sukarelawan parti itu, menunjukkan usaha lebih serius oleh pihak-pihak tertentu untuk menutup mulutnya.
Katanya, Anwar telah menjadi sasaran bukan sahaja pembunuhan politik tetapi juga menerima ancaman terhadap nyawanya.
"Kami (dalam PKR), dan saya sendiri, telah menerima maklumat bahawa ini adalah satu percubaan bukan sahaja untuk membunuh karier politiknya, tetapi jika boleh, membunuh beliau," kata Syed Husin dalam satu sidang akhbar di Hotel Quality di Shah Alam.
Katanya, pihak parti telah mengambil semua langkah perlu untuk memastikan keselamatan Anwar.
Menurut beliau, percubaan tersebut juga mungkin disebabkan oleh kemungkinan berlakunya pertukaran kerajaan seperti yang war-war Anwar sejak kebelakangan ini.
Semalam, pembantu khas Anwar - Saiful Bukhari Azlan, telah membuat laporan polis, mendakwa ketua umum PKR itu telah meliwatnya.
Anwar bagaimanapun menafikannya dan berkata ia adalah satu rekaan semata-mata.
Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.
Kenyataan Anwar
Sementara itu, dalam kenyataannya yang dikeluarkan petang tadi, Anwar berkata beliau telah dibawa ke Kedutaan Turki awal pagi tadi demi keselamatan dirinya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menawarkan bantuan kepadanya dalam masa yang memerlukan ini.
Katanya, beliau juga terhutang budi kepada Duta Turki yang bersedia menyediakan perlindungan untuk dirinya di kedutaan tersebut.
Anwar berkata, sejak pilihanraya umum 8 Mac lalu, pelbagai sumber-sumber yang layak dipercayai dari dalam kerajaan dan perisikan tentera telah memaklumkan kepadanya bawa ejen-ejen tertentu dari dalam kepimpinan Barisan Nasional telah memulakan plot untuk membawa mudarat kepada dirinya atau keluarganya atau penyokongnya,
Tindakan tersebut, katanya, bertujuan untuk mengekang rakyat dan menamatkan perubahan-perubahan yang sedang berlaku di Malaysia.
Katanya, walaupun wujud ancaman untuk menutup mulutnya, beliau berhasrat untuk mendedahkan bukti baru, yang menurutnya, membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam perbuatan jenayah mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998.
Oleh itu, katanya, dakwaan yang dibuat terhadapnya semalam, adalah tidak lebih daripada ulangan apa yang berlaku pada 1998 apabila beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, dipenjara dan dipukul, dan kemudiannya didakwa dan disabit oleh mahkamah kangaroo bagi jenayah yang tidak pernah dilakukannya.
Beliau mendakwa kepimpunan BN yang korup melakukan semua itu dengan memperalatkan kuasa yang ada termasuk menguasai badan kehakiman, pasukan polis dan media arus perdana.
Tindakan yang sama, tegas Anwar, diulangi sekali lagi hari ini untuk menekan kuasa-kuasa reform dan pembaharuan yang tercetus daripada pilihanraya 8 Mac lalu.
"Saya ingin memberi jaminan kepada keluarga saya, rakan-rakan dan para penyokong saya di Malaysia bahawa saya selamat dan kekal komited untuk meneruskan perjuangan bagi negara Malaysia yang bebas dan adil," katanya. - Malaysiakini
Jumaat, Jun 27, 2008
MP berbasikal sebagai duta PM rasmikan gaya hidup berjimat
0 komen Di hantar oleh dppks pada 6/27/2008 06:07:00 PTGPoi pokan naik basikal
tongah hari tongah paneh
Bait lagu nyanyian Ito Blues Gang bukanlah mengambarkan budaya berbasikal masyarakat kota masa kini tetapi sekurang-kurangnya ia memberi gambaran bahawa kesediaan empat Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) berpeluh berbasikal ke sidang Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin, Tian Chua (Batu), N. Gobalakrisnan (Padang Serai) dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) dilaporkan masuk Malaysian Book of Record sebagai Ahli Parlimen pertama naik basikal ke Parlimen.
Tindakan keempat-empat mereka itu berbasikal ke Parlimen secara tidak langsung merasmikan upacara perasmian untuk melancarkan cara hidup berjimat yang lupa dirasmikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyeru rakyat ubah gaya hidup.
Pada kebiasaan acara perasmian Perdana Menteri, akan menepung tawar, memotong riben, memandu jengkaut, traktor dan lain-lain tetapi kenapa dalam perkara besar untuk mengubah gaya hidup tidak diatur sedemikian rupa bagi memberi pendidikan kepada rakyat.
Sepatutnya berbasikal ke Parlimen dilaksanakan Abdullah bersama pemimpin kanan mereka untuk dijadikan acara perasmian sebaliknya telah didahulukan oleh empat Ahli Parlimen KeADILan yang seolah-olah bertindak sebagai duta Perdana Menteri bahkan dapat masuk dalam rekod.
Mereka yang dapat sanjungan ini, rupanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, pula mengeji.
Beliau sifatkan perbuatan itu sebagai kebudak-budakan yang langsung tidak mencerminkan tahap keupayaan pemikiran anggota Parlimen.
Katanya, mereka cuba mencari publisiti murahan sedangkan sebagai anggota Parlimen banyak lagi tindakan lebih matang boleh dilakukan bagi membantu kerajaan berhadapan dengan fenomena kenaikan harga minyak global.
Bagi negara maju di Eropah dan negara membangun Asia Timur, berbasikal ke pejabat menjadi amalan yang sudah biasa dan bukanlah satu pandangan yang aib menggambarkan kehidupan peribadi miskin sebagaimana pandangan mata kasar rakyat Malaysia.
Sesungguhnya berbasikal di Malaysia memalukan seperti lagu Ito tadi berbasikal ke bandar kerana tidak berkemampuan disebabkan bekerja menorah getah. Sambungan daripada rangkap diatas tadi:
apo dayo motong gotah
apo nak dikato
kalau buleh nak jadi cikgu sekolah kek kolo pilah
Oleh yang demikian tindakan keempat-empat ahli parlimen tersebut boleh memecah kebuntuan penyakit keegoaan masyarakat supaya dapat melihat berbasikal itu bukan kerana kemiskinan tetapi merupakan jentera paling jimat masa kini dan tidak mencemarkan alam sekitar di samping melahirkan rakyat yang cergas dan sihat.
Bagaimanapun empat ahli parlimen itu belum berjaya untuk melahirkan matlamat sedemikian rupa walaupun sudah ada ke arah tersebut kerana mereka bukanlah pemimpin yang sepatutnya menjadi tauladan sebagaimana slogan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepimpinan melalui tauladan.
Bagi mencapai cita-cita berbasikal menjadi amalan, kerajaan sepatutnya kena bertindak terlebih dahulu, menjadi contoh kepada rakyat.
Mahligai Abdullah dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri tidak berapa jauh. Abdullah boleh menunjukkan contoh suspen kepada kakitangan dan rakyat dengan tiba-tiba muncul berbasikal ke pejabat, sebagai langkah pengajaran.
Perbuatan tersebut tidak bermaksud menyuruh Abdullah berbasikal setiap hari tetapi memadai beliau menjadikan amalan baik kerana sekurangnya Perdana Menteri dapat menjiwai rakyat bawahan yang miskin dan berbasikal.
Jika amalan tersebut berterusan bolehlah rakyat anugerahkan pemimpin berjiwa rakyat. Kalau dahulu beliau turun padang dikatakan berjiwa rakyat tetapi ia tidak lebih daripada lakonan seperti berlakon naik basikal tadi.
Sahabat Rasulullah s.a.w yang memimpin kerajaan dahulu bukan berlakon naik basikal tetapi memang kehidupannya sama dengan rakyat biasa sehingga mereka menjiwai perasaan rakyat yang hidup miskin.
Dalam Sahih Bukhari ada menyatakan ketika Rasulullah saw pulang daripada mendapat wahyu pertama, Khadijah berkata: "Seseungguhnya anda itu betul-betul menyambungkan kekeluargaan, suka menanggung beban orang yang sedang dalam kesukaran, memberi pertolongan kepada orang miskin, gemar menghormati tetamu dan menolong orang yang ditimpa bencana sama ada diperlakukan secara tidak adil oleh orang lain."
Falsafah pemimpin Islam berlumba menjadi paling miskin daripada rakyatnya yang miskin bukan berlumba menjadi paling kaya daripada rakyatnya yang kaya.
Abu Bakar, Umar dan lain-lain tidak melakukan demand untuk diri sendiri sebagai pemimpin sebaliknya memastikan rakyat terlebih dahulu menikmati kehidupan sempurna barulah beliau merasa selesa untuk hidup senang.
Diriwayatkan Ibn Sa'd, pada tahun kelaparan pemerintahan Umar bahawa unta disembelih lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga kepada Umar.
Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu Umar bertanya: "Dari mana diperolehi ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa." Dalam riwayat al-Tabari, Umar juga tidak makan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai terlebih dahulu dapat memakannya. Umar mengambil sikap sedemkian kerana barangan makanan berkurangan di pasar.
Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?".
Bersediakah Abdullah mengambil Umar sebagai idola beliau untuk diterapkan dalam pemerintahannya?
Allah berfirman dalam surah al-Isra ayat 26-27: "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya." Selain itu kerajaan juga kena meningkatkan prasarana laluan berbasikal dan pejalan kaki. Prasarana jalan ibu kota dan peraturan tidak memberi keutamaan kepada penjalan kaki dan berbasikal kerana itu kenderaan tidak menghormati pihak yang kecil sehingga mengancam nyawa.
Koridor jalan mesti selesa untuk kemudahan laluan basikal supaya tidak menganggu kenderaan lain dan perasaan penunggang lebih tenteram berbasikal tanpa rasa takut dirempuh kereta atau kenderaan berat. - mns_
Khamis, Jun 26, 2008
Mensabotaj Kerajaan Pakatan atau menderak rakyat Selangor
0 komen Di hantar oleh dppks pada 6/26/2008 12:41:00 PGSebelum PRU lalu ramai pemimpin Bn dengan sombong mencabar rakyat agar membuktikan dengan undi ketika pilihanraya.
Bn tidak akan berhenti, mereka tidak faham isyarat rakyat. Md Taib, selaku Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah sehingga kini masih gagal menafikan berita Malaysiakini.com yang menyatakan bagaimana beliau menggunakan kemudahan (termasuk wang) kementerian dibawah beliau untuk menaja JKKK yang ditaja kerajaan Pusat untuk mensabotaj kerajaan Selangor.
Sebanar mungkin bagi Bn mereka cuba mensabotaj kerajaan PAKATAN tanpa dia sedar dia sedang mensabotaj dan mendera rakyat. Jika mereka sedarpun mereka pasti akan meneruskan usaha tersebut kerana nafsu politik rakus. Malah terbaru ada diberikatan betapa Bn bersama dengan orang bekas keADILan sedang dalam usaha serius mempengaruhi pemimpin PAS Selangor menyertai usaha mereka secara terus terang menyeberang atau sebagai pengacau dalam selimut.
che'GuBard yakin usaha mereka sia - sia. Rakan dalam PAS akan terus teguh berdiri bersama rakyat. Namun kerajaan negeri dan gabungan PAKATAN pula jangan ambil mudah teruskan usaha memperkasakan rakyat. Jangan ulang kesilapan Bn yang tamak dan rakus. Tidak dinafikan sudah ramai orang PAKATAN mula bincang pasal berniagaan itu tidak salah tetapi itu bukan sehausnya jadi tajuk utama.
che'GuBard sekali lagi seru untuk semua pimpinan tumpu terus pada rakyat bukan masalah kecil yang melarikan perhatian. Jangan ulang kesilapan bagaimana Barisan Alternatif terpisah selepas PRU 1999 oleh kerana sesuatu pertikaian tak perlu
--
Inter-Asia Graduate School of NGO Studies, Songkonghoe University,
1-1 Hang-Dong, Guro-Gu, Seoul152-716 South Korea
http://chegubard.blogspot.com
mobile phone : +8210 28975133
profile url : http://chegubard.blogspot.com/2006/12/chegubard-profile.html
