Rabu, Mei 03, 2006

Oleh : Ishar Hamka Ismail
 
TAWAU, 30 April : Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) telah manganjurkan satu demonstrasi bagi membantah kenaikan harga minyak yang telah melampau baru-baru ini.
 
Demonstrasi itu dianggotai oleh lebih kurang 100 orang Pemuda Sabah bagi menyampaikan maklumat yang tepat kepada orang ramai.
 
Antara pimpinan yang memberi ucapan ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman, Ketua Pemuda PAS Sabah, Ust. Annuar Alie dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kawasan Tawau, Sdr. Kadir Karisman.
 
Demonstrasi tersebut dimulakan dengan mengedarkan beberapa ratus risalah  kepada orang ramai lebih kurang pukul 4.00 ptg. Kemudian, semua ahli berkumpul di depan bangunan MARA. Ketiga-tiga pimpinan mengambil masa selama lebih kurang 45 minit dengan disusuli oleh laungan Takbir, dan Harga Minyak Turun.
 
Orang ramai yang pada mulanya tidak memandang endah kemudiannya berasa terpegun apabila mendengar ucapan dan penerangan oleh para pimpinan. Keaadan bertambah resah sedikit apabila hampir 50 orang polis dan SB berkumpul dan bersiap sedia dan seakan-akan mengepung kawasan tersebut.
 
Turut juga kelihatan unit FRU siap dengan lori yang bersiap sedia untuk mengangkut sesiapa. Lebih kurang pukul 5ptg, semua orang bersurai setelah Sdr. Mat Husin selaku Yang Di-Pertua Pas Kawasan Tawau berbincang dengan pihak Polis.
 
Akhirnya, dapat dikatakan orang ramai agak tergamam sedikit memandangkan budaya demonstrasi begini belum lagi sebati di daerah Tawau ini. Namun begitu, DPPNS pastinya begitu berasa puas hati kerana telah berjaya menyampaikan sedikit maklumat kepada orang ramai.

0 Comments:

Post a Comment