Jumaat, April 28, 2006

Berita IT

"The Star (25/04/2006) hari ini di muka hadapan melaporkan bahawa beribu-ribu kalau tak pun berjuta-juta pengguna komputer di negara ini yang bersistem operasi Windows cetak rompak akan diberikan peringatan apabila pemberitahuan tentang cetak rompak itu tertera di skrin setiapkali mereka menghidupkan komputer mereka.

Ciri ini akan terpasang di dalam sistem operasi Windows oleh Microsoft Corp mulai esok dan tidak boleh dipadam. Sepastinya ia tamparan hebat kepada pengguna Windows versi cetak rompak dan amat mengaibkan bagi pengguna korporat.

Mengikut satu anggaran, terdapat 6 juta pengguna Windows di negara ini, dan Business Software Alliance melaporkan bahawa 61% daripada perisian yang digunakan di sektor perniagaan adalah cetak rompak.

Pengguna Windows cetak rompak akan menemui satu tampalan pada waktu mereka mengemaskinikan Windows mereka.

Asasnya, satu mesej menyatakan “This copy of Windows is not genuine ...” akan dilekatkan secara kekal di skrin login Windows, dan mesej yang serupa akan wujud dalam bentuk popup pada bila-bila masa sewaktu komputer itu digunakan.

Langkah anti-cetakrompak ini bermula di lima negara esok – Amerika Syarikat, Britain, New Zealand, Australia dan Malaysia.

Pengguna yang telah dikenakan tampalan tersebut hanya boleh memadamnya dengan memasang perisian Windows asli. Harga di sekitar RM320 untuk sesalinan Windows XP Home (versi OEM) hingga RM510 untuk Windows XP Pro (versi OEM ).

“Atau mereka sedia terima peringatan dengan mesej popup berkenaan,” kata K.T. Ng, Pengurus Kumpulan untuk Windows Client solutions di Microsoft Malaysia.

Jika mereka golongan peniaga atau eksekutif korporat, pasti ia memalukan jika pelanggan mereka menemui yang syarikat berkenaan menggunakan Windows cetak rompak ini, tambah beliau.

Menurut Ng, langkah itu bertujuan untuk melayani pengguna perisian Microsoft’s yang tulen dengan lebih baik.

Contohnya kata beliau, pemalsu telah berjaya menyalin produk Microsoft pada peringkat di mana pengguna tidak dapat membezakan diatara yang tulen dan tiruan.

“Mesej pop-up akan segera mengingatkan pengguna tentang cetak rompak berkenaan misalnya sewaktu mereka membeli komputer atau notebook baru,” kata beliau lagi.

Jika seorang pengguna tidak menyedari yang ia dibekalkan dengan sistem operasi yang tidak sah, dia boleh melaporkan vendor berkenaan dengan mengklik butang “Get Genuine” di skrin login.

Komputer yang telah ditampalkan dengan mesej ini masih boleh menerima pengemaskinian perisian untuk sistem operasi, tetapi tidak dibenarkan memuat-turun Internet Explorer 7.0 (IE7) dan Windows Defender. (Baca seterusnya dari akhbar The Star bahagian Komputer hari ini)

IE7 ialah browser Microsoft terbaru, yang lebih selamat sementara Microsoft Defender ialah sebuah program anti-spyware.

Sementara itu, saya telah menerima beberapa email dari pengguna-pengguna menyatakan keresahan ini.

Kita dukacita kerana langkah mundur yang diambil oleh Microsoft ini kerana buat masa ini kesemua syarikat sedang berusaha untuk menjadikan perisian mereka sebagai Open-Source.

Kita tidak pasti mengapa Microsoft Malaysia mampu melaporkan perkara yang buruk kepada ibu pejabat mereka tentang penggunaan Windows di Malaysia, kerana jika bukan maklumat dari mereka, mengapa Malaysia tersenarai di dalam 5 negara yang akan dikuatkuasakan mesej tampalan tersebut? Mengapa tidak negara lain seperti Thailand, Filipina, China dan India yang kada penggunaan cetakrompak mereka jauh lebih tinggi dari Malaysia?

Micrsoft Windows versi tulen terlalu mahal untuk dibeli oleh sekalian rakyat Malaysia (RM320-RM510) untuk sebuah pc. Bayangkan rakyat negara ini yang dihimpit dan dibelenggu dengan pelbagai kenaikan harga, tiba-tiba kini dipaksa untuk membeli versi tulen untuk sistem operasi komputer mereka.

LPZH kesal dengan tindakan Kerajaan yang lebih membela golongan korporat yang kaya raya serta membelakangkan rakyat terbanyak. Telah banyak langkah-langkah kerajaan di zaman era PM yang baru ini (dengan maaf) mencekik dan mencerut leher rakyat.

Jika benar kerajaan merestui langkah Microsoft ini dilaksanakan, ini bererti maka makin mundurlah rakyat negara ini di bidang ICT. Pelajar manakah yang mampu membeli versi tulen sistem operasi ini sedangkan telah diketahui 60%-70% pengguna komputer di negara ini adalah terdiri dari golongan pelajar? Apakah Kerajaan suka dengan fenomena kemunduran sebegini berlaku di kalangan pelajar Malaysia? Akan berkuburlah cita-cita Kerajaan untuk mewujudkan K-itu K-ini (knowledge-based) apabila langkah terbaru ini tidak di atasi segera.

Saya tidak menyatakan bahawa saya menyokong cetak-rompak ini berleluasa di negara ini, tapi saya KESAL sangat kerana tiada langkah proaktif kerajaan yang ada untuk membela rakyat. Jika benar versi tulen perlu digunakan maka Kerajaan perlu memberikan subsidi agar lebih ramai rakyat yang mampu membelinya. Jika subsidi boleh diberikan kepada penternak ayam, golongan petani beras, gas memasak, pemilik syarikat pengangkutan, pemilik kereta mewah, golongan peniaga dan sebagainya, mengapa di bidang sepenting ini kerajaan memejam mata dan berlepas tangan?

Saya merayu Kerajaan bertindak dengan tidak membelakangkan kepentingan berjuta pengguna komputer di negara ini dengan melakukan sesuatu agar rakyat terbanyak mampu memiiliki sistem operasi untuk digunakan di komputer-komputer.

Saya menasihatkan agar pengguna-pengguna bersabar dan memboikot penggunaan Microsoft Windows secara berperingkat-peringkat. Usah UPDATE sebarang produk Microsoft untuk tempoh ini kerana dengan berbuat demikian anda akan memperolehi kenyataan tampalan jijik itu di skrin anda. Kita akan dapat perhatikan juga nanti terdapat komputer-komputer di jabatan-jebatan Kerajaan yang bakal mempunyai tanda yang demikian juga.
InsyaAllah LPZH akan memulakan satu tutorial baru menegenai pemasangan dan penggunaan Linux dalam tempoh yang terdekat sebagai satu langkah protes kita terhadap kerajaan dan Microsoft.

Petikan dari laman web:-
http://www.zulkiflyharun.com/php/index.php

0 Comments:

Post a Comment