Isnin, Disember 26, 2005

Majelis Mujahidin mahu laksanakan di Indonesia bagi perangi jenayah dan korupsi
Oleh Salim Osman

JAKARTA – Sebuah kumpulan Islam sedang meningkatkan kempen bagi perlaksanaan undang-undang syariah di seluruh negara.

Majelis Mujahidin Indonesia (MMI) melancarkan kempennya baru-baru ini dengan mengadakan sebuah dialog dengan kumpulan-kumpulan Islam lain mengenai hudud, atau kod jenayah, dalam undang-undang syariah.

Kumpulan tersebut berkata bahawa Indonesia perlukan undang-undang seperti itu untuk tangani peningkatan kadar jenayah, korupsi dan malah, keganasan.

MMI mahu Jakarta menguatkuasakan hudud.

Hudud juga mengharamkan kesedudukan kalangan pasangan Islam yang tidak berkahwin, berjudi dan pelacuran.

“Ia merupakan usaha yang panjang bagi syariah dilaksanakan di Indonesia,” kata Ustaz Fau- zan Al-Anshari, ketua penerangan MMI.

“Ini adalah kerana setengah orang masih mengaitkan kami dengan keganasan dan pengeboman walaupun kami menentang keganasan, katanya.

Para analis berkata bahawa Islam sederhana agak sangsi terhadap MMI kerana ia sebuah pertubuhan yang terdiri daripada pengikut yang keras

Ia juga diasaskan oleh ulama’ Abu Bakar Bashir, yang kini sedang menjalani hukuman penjara kerana didakwa terlibat dalam pengeboman di Bali pada tahun 2002.

MMI dipercayai mempunyai keahlian beberapa ribu, dan majlis tersebut dihormati oleh ramai kumpulan Islam lain.

Ustaz Fauzan memberitahu wartawan bahawa majlis akan mengadakan seminar-seminar di serata negara bagi memaklumkan kepada semua Islam dan bukan Islam akan keperluan kepada melaksanakan undang-undang syariah bagi menangani masalah jenayah, korupsi dan keganasan.”

Sesi-sesi serupa, katanya, akan diadakan bersama pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli politik di Parlimen.

Katanya, mereka akan memulakan usaha untuk mengadakan 'referendum' mengenai undang-undnag syariah atau memujuk pemimpin-pemimpin serantau bagi melaksanakannya di wilayah mereka.

“Kita berasa gembira ramai pemimpin-pemimpin serantau telah melaksanakan syariah di kawasan masing-masing,” katanya.

Wilayah yang telah melaksanakan undang-undnag syariah termasuk Bulukumba di selatan wilayah Sulawesi dan Cianjur di Jawa Barat.

Penguatkuasaan undang-undang seperti itu telah dibuat melalui enakmen undang-undang, atau perintah daerah, oleh ketua kerajaan di bawah undang-undang autonomi serantau.

Ustaz Fauzan menjelaskan bahawa di kawasan-kaawasan di mana undang-undnag Islam tidak disepadukan dalam rang undang-undang, “Orang-orang Islam di situ mengambil undang-undang ke dalam tangan mereka dengan menjalankan hukuman ke atas kesalahan seperti zina, pelacuran dan mencuri.”

Di kawasan-kawasan tersebut, katanya, pihak polis selalunya menghadapi kesukaran mengawal keadaan apabila orang ramai mula menghukum mereka yang disyaki melakukan kesalahan.

Dr Syafi'i Anwar, pengarah eksekutif Pusat Antarabangsa bagi Islam dan Pluralisme, berkata, perkara tersebut perlahan-lahan telah meningkatkan pertumbuhan undang-undang syariah di Indonesia.

“Tetapi Indonesia ialah sebuah negara pluralis.”

“Mana-mana usaha mengubah sistem perundangan negara ini akan ditentang dengan keras, bukan saja oleh bukan Islam, tetapi oleh majoriti orang Islam,” katanya.

Kini, hanya undnag-undang keluarga Islam dalam syariah diamalkan bagi penduduk Islam di Indonesia.

Ia mentadbir perkahwinan, perceraian dan harta.

Kumpulan tersebut mahu syariah dilaksanakan sepenuhnya, termasuk hudud, dan merangkumi semua termasuk bukan Islam.

0 Comments:

Post a Comment