Selasa, Oktober 11, 2005
TG Nik Aziz pamer sikap rasional ketika jadi wakil pembangkang
Di hantar oleh dppks pada 10/11/2005 12:02:00 PGOleh Salmah Mat Hussain
KOTA BHARU, 10 Okt (Hrkh) Wakil-wakil rakyat pembangkang diam membisu ketika Dato Omar Mohammad (PAS Perupuk) mendedahkan bagaimana sikap rasional ditunjukkan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjadi pembangkang pada 1986.
Beliau berkata, ketika itu pihak kerajaan BN menyindirnya konon tidak layak menjadi pemimpin dan hanya mampu menjadi imam sahaja. Malah katanya, wakil kerajaan BN turut menyifatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz seperti burung kakak tua yang tidak mengerti apa-apa.
KOTA BHARU, 10 Okt (Hrkh) Wakil-wakil rakyat pembangkang diam membisu ketika Dato Omar Mohammad (PAS Perupuk) mendedahkan bagaimana sikap rasional ditunjukkan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjadi pembangkang pada 1986.
Beliau berkata, ketika itu pihak kerajaan BN menyindirnya konon tidak layak menjadi pemimpin dan hanya mampu menjadi imam sahaja. Malah katanya, wakil kerajaan BN turut menyifatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz seperti burung kakak tua yang tidak mengerti apa-apa.
Sebagai seorang pemimpin ulama, Tok Guru menyahut sindirian tersebut dengan terbuka dan tenang. Tok Guru hanya berkata, sayangnya orang muda, mereka diibarat mengutip daun kayu kering di jalanan kemudian mengisinya sehingga penuh poket, kalau macam ni bagaimana wang nak masuk, ujarnya ketika mengimbau peristiwa itu pada persidangan DUN petang semalam.
Omar berkata, kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu mempunyai seribu pengertian yang harus difikir semua pihak khususnya pembangkang agar tidak mudah mengukur orang lain dengan fakta tidak berasas.
Jika tidak kita hanya akan mendapat dosa, ujarnya. Kata beliau begitu juga pihak pembangkang jangan sekali-kali mengulangi perbuatan itu dengan menuduh golongan ulama tidak pandai memerintah.
Kita berada di sini untuk berbincang bukan untuk mengutuk sesiapa atau mencari salah siapa, kalau ada yang tak kena sama-sama kita betulkan, jangan sampai kita salah perkiraan. Rakyat nak tahu apa yang kita buat dalam dewan ni, katanya.
Sewaktu Adun Perupuk bangun berucap tiada seorang pun wakil rakyat mencelah sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang, bahkan dewan menjadi sunyi seketika tanpa sebarang gangguan.
Sebelum ini Omar menghidapi masalah kesihatan sehingga terlantar sakit begitu lama. Bagaimanapun keadaannya sekarang hampir pulih sepenuh dan dapat berjalan seperti orang lain.
Sementara itu, Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) mengingatkan pemimpin Umno dan BN tidak mengulangi sejarah pemerintahan yang diperkenalkan Kamal Atartuk, membelakangkan Islam sebagaimana pernah berlaku di Turki.
Menurutnya, akibat membelakangkan Islam semasa menjadi ketua kerajaan, pemimpin sekular Turki itu menerima bala Allah ketika di atas dunia lagi.
Beliau juga berkata, wakil rakyat pembangkang sewajarnya mendesak pemimpin mereka mengembalikan hak rakyat di negeri ini dengan penuh adil tanpa sebarang sekatan.
Beliau juga turut mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak perlu berbangga dengan peruntukan besar dimiliki kerajaan Pusat, memandangkan masih ramai lagi rakyat dihimpit kemiskinan.
Tidak perlu berbangga dengan peruntukan besar sehingga membandingkan dengan kerajaan Kelantan sekiranya masih ramai lagi rakyat hidup dalam kemiskinan.
Kita berbangga bercakap dalam dewan kononnya Kerajaan Pusat mempunyai peruntukan besar untuk rakyat, namun masih ada di kalangan mereka yang makan siput babi kerana tidak mempunyai wang, ujarnya.
Turut mengambil bahagian membahas bajet 2006 petang semalam iaitu Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi, (BN-Guchil) dan Dato Hashim Safin (BN-Gual Ipoh).
- /mj
- /mj
0 Comments:
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)