Ahad, Oktober 16, 2005

Oleh ROY RASUL
KUALA LUMPUR, 15 Oktober (Hrkh) - Ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Aziz Bari berkata, golongan intelektual yang terlibat atau pun yang simpati dengan gerakan mahasiswa boleh dibilang dengan jari.

Ini katanya kebanyakan mereka lebih cenderung untuk menyokong dasar universiti.
"Saya rasa penyakit ini sudah sampai ke tulang jika orang itu terkena barah dan payah diubati," katanya semasa menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam forum 'Mengasak Demokrasi Kampus' yang diadakan Dewan Masjid UIA, Petaling Jaya, Selangor, hari ini.
Katanya kebanyakan pensyarah lebih teruk daripada guru sekolah bahkan dakwanya perlantikan Rektor atau Naib Canselor (NC) dibuat berdasarkan sesiapa yang di persetujui menteri.
"Mereka yang dilantik bukan lagi berdasarkan senioriti atau penghormatan yang diberikan ahli-ahli, tetapi sesiapa yang dikehendaki menteri.
Sementara itu Mohamad Sabu yang turut berucap dalam majlis berkenaan berkata, mana-mana negara di dunia ini bila mencapai kemerdekaan ia akan menjadi lebih demokratik serta menghormatiti hak asasi manusia
Tetapi negara ini dakwanya selepas hampir 50 tahun merdeka amalan demokrasinya amat merosot.
"Pilihan raya umum tahun 2004 yang lalu adalah pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah pilihan raya Malaysia yang merdeka,
"Kebetulan ia berlaku dalam zaman Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pilihan raya kampus 2005 pula adalah pilihan raya yang paling kotor berlaku ke atas mahasiswa negara ini," katanya.
Katanya lagi, ini bererti penurunan demokrasi berlaku begitu dahsyat sekali.
"Saya kesian kepada pelajar sekarang kerana zaman jika aktif dalam kesatuan pelajar boleh jumpa NC ataupun pengarah untuk tangguh peperiksaan, malah sehingga ada orang yang ambil diploma selama lapan tahun walaupun tempoh sebenar tiga tahun,
"Ini kami nikmati dalam demokrasi di kampus pada zaman dahulu tetapi sekaranga sekarang keadan semakin teruk," katanya.
Oleh itu katanya, rakyat mesti kita perjuangkan kedaulatan rakyat kerana kedalautan rakyat cukup penting .
"Bukan nak bincang siapa menang dalam pilihan raya umum dan siapa menang dalam pilihan raya kampus tetapi yang kita perlu bincang ialah soal kedaualatan yang terhakis begitu dahsyat sekali," katanya lagi.
Forum anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) tersebut membariskan Chang Lih Kang (Suaram), Mohd Hanif Baderun (Gamis) dan Soh Sook Hua (Dema) sebagai ahli panel dan ia dipengerusikan oleh penuntut UIAM, Amin Idris.
Forum tersebut selain dihadiri oleh pelajar universiti tempatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), juga dihadiri parti politik. Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, Hanipa Maidin, Abdullah Karim dan Haji Subky Latif adalah antara yang mewakili PAS. - mns

0 Comments:

Post a Comment