Selasa, Oktober 25, 2005

Seremban 25 Okt , 21 Ramadhan 1426 - Ustaz Ghazali Abdul Kadir, bekas Pesuruhjaya PAS N.Sembilan telah meninggal dunia sekitar jam 11 pagi tadi di Hospital , Seremban. Al Marhum adalah merupakan seorang tokoh agama yang tidak asing lagi di Negeri Sembilan, kerana sering menerima undangan memberikan kuliah dan ceramah di masjid-masjid dan surau di negeri ini. Menurut Sdr Shamsul Kamal Setiausaha Badan Perhubungan PAS N.Sembilan, jenazah Al Marhum akan dibawa ke rumahnya di Taman Guru , Jalan Senawang - Paroi , Seremban selepas zuhr. Dan dijangka akan dikebumikan di Makam Hj Said Seremban sebelum solat Maghrib hari ini. Menurut Sdr Shamsul lagi, Al Marhum pada malam tadi kelihatan sihat , tetapi telah mengalami kesesakan nafas pada sebelah pagi dirumahnya dan telah meninggal dunia sekitar jam 11 pagi tadi di Hospital Seremban. Kepada mereka yang ingin menziarahi jenazah Al Marhum bolehlah ke rumah beliau di Taman Guru, berhampiran Surau Taman Guru.

0 Comments:

Post a Comment