Ahad, Oktober 09, 2005

 


SALAH satu daripada tiga Menara Margalla di Islamabad runtuh selepas gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter menggegarkan bandar berkenaan semalam. - AP.

SIRNAGAR, India 8 Okt. - Siri gempa bumi yang menggegarkan tiga buah negara di Asia Selatan awal pagi tadi merupakan paling buruk dalam tempoh 70 tahun.

Seorang penduduk tempatan, Aisha Begum, 84, berkata, dia tidak pernah merasai gegaran gempa bumi sekuat hari ini.

``Setahu saya, ini merupakan kali pertama kawasan berkenaan digegarkan dengan gempa yang begitu kuat,'' jelasnya.

Bagi seorang pekedai tempatan, Aminbin Khaliq pula, dia bersyukur kepada Allah kerana terselamat daripada bencana itu.

Menurutnya, mujurlah gempa bumi tersebut berlaku hari ini dan bukannya semalam.

``Jika tidak, lebih ramai mangsa akan terkorban kerana majoriti penduduk sibuk mengerjakan sembahyang Jumaat di masjid-masjid. Keadaan di kawasan bencana mungkin tidak terkawal,'' katanya.

Bagi sekumpulan penduduk yang menetap di salah satu daripada tiga Menara Margalla, Islamabad, kejadian gempa bumi pagi ini bagaikan satu mimpi buruk buat mereka.

Salah seorang penduduk yang terselamat, Sajida Burki memberitahu, dia bersama-sama penduduk lain bergegas keluar dari rumah mereka selepas gegaran itu berlaku.

Katanya, kebanyakan daripada penduduk tidak sempat menukar pakaian apatah lagi menyelamatkan barang-barang berharga mereka.

``Kami nampak ramai penduduk bergegas keluar dari Menara Margalla namun ketika mereka sedang bergegas keluar, bangunan berkenaan runtuh sekali gus menyebabkan kebanyakan penduduk tadi tertimbus.

``Jeritan kanak-kanak dan wanita kedengaran. Ramai daripada mereka mengerang kesakitan dan menjerit meminta tolong. Suasana di sana sangat tragis,'' jelas Sajida.

Kali terakhir Asia Selatan digegarkan dengan gempa bumi yang begitu kuat ialah pada 31 Mei 1935 apabila gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter memusnahkan bandar Quetta mengorbankan kira-kira 30,000 hingga 60,000 orang. - AFP

 

ISLAMABAD 8 Okt. - Lebih 2,100 orang dipercayai terkorban dan banyak lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter yang menggegarkan benua kecil Asia Selatan, terutama kawasan utara Pakistan dan India serta timur Afghanistan pagi ini.

Berdasarkan maklumat yang diterima setakat 12 tengah malam ini (waktu Malaysia) hampir 2,000 orang disahkan terkorban di ketiga-tiga negara tersebut.

Sebanyak 14 gegaran susulan turut dirasai dan ia diramalkan akan berlarutan sehingga Isnin ini.

Gempa bumi juga terjadi di kawasan selatan Aceh.

Beberapa kampung di Pakistan ranap manakala di ibu negara, Islamabad, berpuluh-puluh orang dikhuatiri terbunuh atau terperangkap apabila dua bangunan pangsapuri runtuh.

``Kerosakan dan bilangan kemalangan jiwa dijangka sangat besar.

``Inilah gempa bumi terburuk di Pakistan sejak kebelakangan ini,'' kata ketua jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Shaukat Sultan di sini, hari ini.

Pihak berkuasa memberi amaran angka kemalangan jiwa dijangka meningkat di utara Pakistan, tetapi maklumat lanjut sukar diperoleh kerana talian komunikasi terputus.

Gempa bumi berlaku pada pukul 9.50 pagi waktu tempatan (11.50 pagi waktu Malaysia) dan berpusat di kawasan pergunungan Kashmir Pakistan, dekat sempadan India, kira-kira 95 kilometer ke timur laut Islamabad.

Ia diikuti empat gegaran susulan berukuran 5.4 hingga 5.9 pada skala Richter.

Gegarannya dirasai di seluruh utara dan timur Pakistan di samping wilayah Kashmir dan beberapa bahagian Afghanistan.

Berpuluh-puluh orang dikhuatiri terbunuh atau terperangkap dalam runtuhan satu blok pangsapuri 12 tingkat yang roboh di sini.

Pihak berkuasa berkata, dua blok itu mengandungi 75 unit.

``Beratus-ratus penghuni dipercayai berada dalam 75 unit itu,'' kata seorang pegawai kerajaan, Mohammad Ali.

Di bandar Lahore, timur Pakistan, sekurang-kurangnya sembilan orang cedera termasuk lapan pegawai renjer tentera terperangkap apabila bumbung pejabat runtuh. Seramai 1,000 orang disahkan terbunuh di Muzaffarabad, ibu negeri wilayah Kashmir yang dikuasai Pakistan manakala lebih 600 lagi maut di kawasan Hazara, North West Frontier Province, utara Pakistan.

Saksi di Islamabad juga berkata, bumi bergegar selama lebih 30 saat, menggoncangkan bangunan dan mencetuskan panik.

Masjid-masjid di ibu negara Pakistan turut memperdengarkan ayat-ayat suci sejurus kemudian.

Di Kashmir India, sekurang-kurangnya 36 askar dan 164 penduduk awam terkorban manakala lebih 300 lagi cedera dirawat di hospital.

``Askar berkenaan terbunuh di Garisan Kawalan (LOC),'' kata seorang jurucakap tentera India, P. Sehgal dengan merujuk kepada garisan sempadan yang memisahkan wilayah Kashmir di antara India dan Pakistan.

Penduduk di ibu kota Kashmir India, Srinagar berkata, gempa bumi melanda kawasan itu sekitar 9.25 pagi (11.55 pagi waktu Malaysia).

``Inilah gempa bumi paling kuat pernah saya alami sepanjang hayat saya,'' kata Aisha Begum.

Gegaran itu turut menggoncangkan bangunan di ibu negara India, New Delhi.

Dalam pada itu di Afghanistan, dua kanak-kanak terbunuh dan hampir 12 rumah musnah.

Pusat Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyifatkan gempa bumi itu sebagai `kuat' dan menyatakan ia berlaku sedalam 10 kilometer di perut bumi.

Pegawai USGS, David Applegate memberitahu CNN, kerana pusat gempa itu agak dekat dengan permukaan bumi, gegarannya dirasai di kawasan yang luas. - Agensi

Oleh SALMAH MAT HUSEIN KOTA BHARU, 7 Okt (Hrkh) – Pentadbiran kerajaan Kelantan yang diterajui PAS sejak 15 tahun lalu, telah mencapai rekod kecemerlangan apabila tiada seorang pun pemimpin kerajaan itu ditangkap kerana rasuah.Mohd Zaki Ibrahim (PAS – Kelaburan) berkata, biarpun usaha pihak tertentu termasuk pemimpin Umno berusaha untuk membawa pemimpin PAS ditangkap kerana rasuah atau seumpamanya, namun sehingga sekarang usaha tersebut masih gagal. Beliau berkata demikian ketika berucap membahas ucapan Belanjawan 2006 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang ke-11. Belanjawan tersebut telah dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Zaki berkata lagi, sejak 15 tahun lalu sehingga sekarang belum ada pemimpin kerajaan negeri sama ada wakil-wakil rakyatnya, anggota exco atau Timbalan Menteri Besar dan Menteri Besar ditangkap kerana masalah yang serupa. “Kelantan telah mencatat ‘record’ dalam pentadbirannya di mana ia telah mencapai kejayaan yang besar tanpa sebarang kes rasuah oleh pemimpinnya atau salah laku yang lain. “Kalau ada sudah tentu perkara ini tidak adakan didiamkan kerana pihak lawan sedaya mungkin berusaha untuk menghebohkan perkara ini, jadi oleh kerana ia tidak berlaku, maka usaha tersebut gagal,” ujarnya. Sementara itu sewaktu Adun Kelaburan itu berucap, beberapa wakil Barisan Nasional (BN) bangun untuk meminta laluan. Antara mereka ialah, Tendong, Paloh, Manik Urai, Pengkalan Kubur, Guchil termasuk Ketua Pembangkangnya. Mereka tidak berpuas hati ekoran wakil PAS itu mendedahkan ada seorang ibu di Melaka terpaksa menjual anaknya kepada warga Singapura semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan anaknya yang sakit jantung. Menurut Zaki lagi, rakyat Kelantan biarpun seringkali dikatakan susah, namun belum seorangpun menjual anak mereka semata-mata untuk mendapatkan wang. Wakil Tendong, biarpun tidak diberi laluan, namun tetap bangun untuk mencelah sewaktu Zaki berucap, menyebabkan kekecohan berlaku. Biarpun Timbalan Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud berulangkali menyuruh wakil Tendong itu duduk namun dia tetap ‘berdegil’ tidak mahu duduk sehingga exco kerajaan negeri, Takiyuddin Hassan menunjukkan buku merah ‘standing order’. Nasaruddin menyuruh Tendong duduk ikut peraturan sekiranya ingin berucakap. “Saya tidak mahu menggunakan kuasa yang ada pada saya, jadi minta duduk sebab yang berhormat Kelaburan tidak beri laluan,”ujarnya. Suasana semakin riuh rendah apabila Adun Kelaburan itu mendedahkan pelajar sekolah di Sabah terpaksa menjadi tarzan berikutan tiada jambatan yang menghubungkan kampung mereka menuju ke sekolah. “Mereka saban hari terdedah dengan bahaya kerana meniti jambatan gantung di mana di bawahnya pula buaya sedang menunggu untuk membaham mereka. “Pendedahan ini bukan dibuat oleh akhbar Harakah, sebaliknya akhbar milik BN juga,”ujarnya. Suasana yang tegang itu juga menyebabkan Takiyuddin sekali lagi menunjukkan buku peraturan berhubung perkara 121, iaitu apabila seseorang ahli dewan sedang berucap, yang lain diminta diam. Sementara itu sewaktu Zaki berucap, wakil PAS-Chetok yang mendapat laluan mencadangkan supaya diadakan muzakarah antara ulama PAS dan Umno bagi menghuraikan sesuatu isu termasuk Islam Hadhari bagi menyelesaikan masalah kekeliruan yang timbul dalam masyarkat. Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Adun Kelaburan itu yang juga turut menyentuh soal Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan BN yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya oleh masyarakat berhubung perkara itu. Zaki seterusnya memberitahu, PAS sejak sekian lamanya sudah bersedia untuk bermuzakarah dengan pemimpin Umno tetapi sehingga sekarang usaha itu gagal kerana pemimpin mereka tidak bersedia. “Mereka takut untuk berhadapan dengan pemimpin PAS dalam semua isu yang diciptakan oleh mereka sendiri,”ujarnya. Terdahulu mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan ini (BN –Kok Lanas) Dato’ Anuar Musa dan (PAS – Kemuning. - zs

Memorandum Bantahan kepada Kerajaan Thailand yang telah diserahkan kepada Kedutaan Besar Thailand di Kuala Lumpur pada Isnin 3 Oktober 2005 jam 12 tengahari Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia dan di Selatan Thailand tidak akan lupa akan peristiwa bulan Ramadhan 2004 di mana berpuluh-puluh warganegara Thailand beragama Islam telah meninggal dunia akibat lemas setelah ditimbun di dalam trak-trak askar. Mereka juga tidak akan dapat melupakan layanan buruk askar-askar Thailand – samada yang telah tersiar mahupun tidak tersiar melalui media massa - terhadap umat Islam. Umat Islam tidak akan lupa dan sentiasa akan merasa tersentuh tatkala mengenangkan nasib beratus-ratus mangsa yang dipaksa meniarap dan merangkak sambil dibelasah dengan senjata serta tindakan-tindakan tidak berperikemanusiaan lain arahan Perdana Menteri Thaksin. Kini Ramadhan muncul kembali dan umat Islam di negara itu masih lagi tidak sunyi dari ditindas oleh kerajaan Thaksin - malah ianya digerakkan secara lebih halus dan kejam lagi. Pelanggaran hak asasi manusia ini haruslah dipandang lebih serius oleh kerajaan-kerajaan ASEAN kerana ia boleh menimbulkan ketidakstabilan di rantau ini. Oleh yang demikian: (01) Persatuan Pengguna Islam Malaysia sekali lagi mengecam tindakan askar-askar Thailand dan Perdana Menteri Thaksin yang telah secara membabi buta menyerang dan memburu orang-orang Islam yang tidak berdosa terutamanya golongan yang berkait rapat dengan institusi agama Islam di keempat-empat wilayah Islam itu. (05) Persatuan Pengguna Islam Malaysia menuntut agar semua umat Islam diberikan perlindungan sewajarnya di atas dasar perikemanusiaan serta diberikan layanan yang adil dalam apa jua kemelut yang melanda di selatan negara itu. (06) Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan terus mendesak kerajaan Malaysia agar melindungi mereka yang masuk ke negara ini untuk mendapatkan perlindungan sehingga mereka berjaya dihantar ke negara ketiga. (07) Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan terus mengaturkan tindakan pemulauan ekonomi serta lain-lain program yang sewajarnya untuk memberikan isyarat yang yang jelas dan keras kepada kerajaan Thailand agar memberhentikan segala kegiatan berbau kebinatangan dan biadap terhadap umat Islam. Ketika ini kami telah pun menganjurkan boikot terpilih barangan Thailand iaitu Ubat Gigi Colgate dan Ayam CP Lima Bintang . Dato' Dr. Ma'amor Osman Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia www.muslimconsumer.org

Isnin, Oktober 03, 2005

Ceramah Umum

CERAMAH UMUM USTAZ DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN TARIKH : 3/10/2005 (ISNIN) TEMPAT : GEDUNG LALANG 162. MASA : 9.00 MLM SEMUA DIJEMPUT HADIR ANJURAN DPPKS

Ahad, Oktober 02, 2005

 
BERSEJARAH'.... DULI Yang Amat Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Tuanku Yahya Petra menerima Watikah Perisytiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam daripada Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu, lebih kurang jam 10 malam, Sabtu 1 Oktober. Tuanku merasmikan dengan cara memanah sebagai simbolik menghapuskan lima kejahatan.
Foto: Mohd Nasir Sudin
Lagi gambar

Sifat Puasa Nabi SAW (صفـة صـوم النبي صلى الله عليه وسلم ) karangan Syiekh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin Terjemahan dan olahan oleh Khairol Amin (kamin) بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه ، أما بعد: Ini merupakan ringkasan sifat Puasa Nabi saw - dimana didalammnya meliputi kewajipan, adab2, do'a2, hukum2 bersekitar puasa, jenis manusia yang berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, dan faedah2 lain. Kita memohon petunjuk Allah agar orang2 Islam mengamalkan sunnah Nabi saw pada semua peringkat, dari yang kecil sehinggalah yang dewasa/tua. Demi Allah yang memberi petunjuknya. Ta'rif Puasa : merupakan ibadat kepada Allah dengan meninggalkan perkara2 yang dilarang dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. Nabi saw bersabda : بني الإسلام على خمس: شهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمداً رسول الله، وإقام الصلاة، وإيتاء الزكاة، وصوم رمضان، وحج البيت الحرام "Islam dibina atas 5 perkara : mengucap syahadah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram" [mutafaq 'alaih]. Orang2 yang berpuasa :- * Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh dan berakal dan bermukim. * Orang kafir tidak wajib puasa, dan mereka tidak perlu qadha' puasa jika mereka memeluk Islam. * Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa, akan tetapi disuruh melakukannya agar merekaa menjadi biasa dengan berpuasa. * Pesakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan sedang menunggu sembuh boleh bebuka puasanya dan setelah sembuh boleh mengqadha'nya kembali. * Orang gila tidak wajib puasa, dan tidak boleh memberi dia makan jika dia sudah besar, dan orang yang 'insane' contohnya tiada diskriminasi terhadapnya, dan orang tua yang nyayuk tidak juga ada diskriminasi terhadap mereka. * Orang yang tak berupaya ('aajuz) berpuasa atas sebab kekal (permanent) sebagaimana orang tua atau pesakit yang tiada harapan sembuh - setiap hari yang tidak berpuasa diberi makan kepada orang miskin. * Wanita yang hamil dan menyusu jika menhadapi kesukaran keatasnya berpuasa disebabkan mengandung atau menyusu, boleh berbuka dan boleh menqadha' puasanya apabila datang keringanan dan hilangnya kebimbangan. * Wanita datang haidh dan Nifas tidak boleh berpuasa didalam sedemikian, dan mengqadha' apa yang tertinggal. * Melakukan operasi penyelamat (rescue) dari mati lemas atau kebakaran boleh berbuka untuk menyelamatkannya dan hendaklah diqadha' puasa. * Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa atau berbuka, dan wajib mengqadha' sekiranya berbuka didalam permusafiran, samada bermusafiran yang 'emergency', atau sepertimana Umrah, atau sentiasa bermusafir seperti pemandu teksi, mereka boleh berbuka selama mana mereka tidak berada dinegara mereka. Hukum-hukum didalam berpuasa 1-Niat : Wajib berniat didalam puasa. Kewajipannya sebelum terbit fajar, Nabi saw bersabda : من لم يُجمِع الصيام قبل الفجر فلا صيام له "Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya"[Shahih Abi Daud] Sabda Nabi saw didalam hadith lain :- من لم يبيت الصيام من الليل فلا صيام له "Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya" [Sahih al-Nasaa'i]. Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang dari nabi saw, dan tiadalah mana-mana para sahabat Nabi ra. melakukannya. [Komentar : Umumnya, masyarakat Islam masih bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu Sauma ghadin..." dan bukannya azam untuk melakukan puasa pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun adalah niat yang berbentuk azam] 2- Waktu berpuasa : Firman Allah swt : وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر "Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang (garis) hitam, iaitu fajar" [surah al-Baqarah : 187] * Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat fajar, tidak diharamkan makan dan minum. Ia merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi empat (komentar : seperti tiang cahaya putih yang menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat fajar). * Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi yang berpuasa, dibenarkan solat fajar, kelihatan segi empat merah diatas puncak gunung ganang.(komentar : garis putih bertebaran secara mendatar). Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu dari arah barat, dan matahari terbenam, maka boleh berbuka puasa. Nabi saw bersabda : إذا أقبل الليل من هاهنا وأدبر النهار من هاهنا، وغربت الشمس فقد أفطر الصائم "Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya siang dari sini, dan terbenamnya matahari, maka berbukalah puasa" [Hadith Mutafaq a'alaih]. Perintah ini bermula apabila bebola matahari hilang dan jika zahirnya zahir. 3-Sahur Sabda Nabi saw : فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر "Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur:" [Hadith Riwayat Muslim]. Bersabda Nabi saw didalam hadith yang lain : البركة في ثلاثة: الجماعة، والثريد، والسحور "Barakah ada didalam 3 perkara : Jemaah, bubur dan sahur" [Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir]. Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak harus ditinggalkan, kerana patuh kepada Sunnah. Sahur memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan makanan yang diberkati sebagaimana Nabi saw menyebut namanya : "Anda telah sampai kepada makanan yang diberkati" [Sahih Abu Daud]. Sabda Nabi saw lagi : السحور أكلة بركة فلا تدعوه ولو أن يجرع أحدكم جرعة من ماء، فإن الله وملائكته يصلون على المتسحرين "Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah seorang dari muka yang meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat keatas orang2 yang bersahur" [Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad]. Sabda Nabi saw lagi : نعم سحور المؤمن التمور "Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma" [Sahih Riwayat Abi Daud]. Dan telah menjadi petunjuk Nabi saw agar melewatkan sahur sebaik2 sebelum subuh/fajar. [Komentar : waktu Imsak yang diamalkan seperti 10min sebelum masuk waktu fajar bukanlah diamalkan oleh para2 salaf. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakkan ulama Salaf bertolanransi didalam bab makan sahur sehingga hampir fajar. Begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan hajatnya dan bukan meludahkan air. Sabda Nabi saw : (إذا سمع أحدكم النداء، والإناء على يده، فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه) "Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" [Hadith Riwayat al-Hakim]] 4-Apa yang orang berpuasa perlu tinggalkan : * Menipu : Nabi saw bersabda : من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله عز وجل حاجة أن يدع طعامه وشرابه "Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah swt berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya" [Hadith Riwayat al-Bukhari]. * Percakapan yang karut dan kotor. Nabi saw bersabda : ليس الصيام من الأكل والشراب ، وإنما الصيام من اللغو والرفث ، فإن سابَّـك أحد أو جَهِل عليك فقل : إني صائم "Bukanlah dari itu dari makan dan minum, namum puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa" [Hadith Sahih Ibn Khuzaimahj]. 5- Apa yang dibenarkan didalam berpuasa : * Orang berpuasa yang masih berjunub : dari 'Aisyah ra : كان يدركه الفجر وهو جنب من أهله ثم يغتسل ويصوم "Telah masuk fajar dan baginda masih berjunub dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa" [Hadith Muttafaq a'alaih]. * Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi saw bersabda : لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل وضوء "Jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kali berwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih]. Nabi saw tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu' dan setiap kali solat, pada setiap waktu samada sebelum tergelincir atau selepasnya. * berkumur2 dan memasukkan air melalui hidung : Nabi saw berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukannya secara melampau-lampau. Sabda Nabi saw : وبالغ في الاستنشاق إلا أن تكون صائماً "Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung melainkan ia sedang berpuasa" [hadith Shahih Abu Daud] * Orang berpuasa bercumbu dan bercium : Dari 'Aisyah ra. berkata : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقبّل وهو صائم، ويباشر وهو صائم، ولكنه كان أملككم لإربه "Rasulullah saw pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih]. Baginda tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecuali yang tua. Baginda bersabda : إن الشيخ يملك نفسه "Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" [Hadith Sahih Riwayat Ahmad]. * Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut tidak bermaksud makanan, ia tidak membatalkan puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung. * Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa * Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada halkum, dan begitu juga dengan penggunaan ubat gigi. Dari Abbas ra. berkata : لا باس أن يذوق الخل أو الشيء ما لم يدخل حلقه وهو صائم "'Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan dia masih berpuasa" [Riwayat al-Bukhari[ * Memakai celak dan ubat mata (drops) yang memasuki mata - perkara ini tidak membatalkan puasa, samada menjumpai makanan di tekak, atau tidak menjumpainya. Berkata Imam al-Bukhari didalam sahihnya : ولم ير أنس والحسن وإبراهيم بالكحل للصائم باساً "Tidak tidak melihat apa2 masalah bagi Anas, hasan dan Ibrahim dengan bercelak memcacatkan orang berpuasa" [Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korek telinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakan perkara2 yang membatalkan puasa.] 6- Berbuka Puasa : * Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi saw dan juga larangan kaum Yahudi dan Nasrani, mereka melewat2kannya, mereka melambat-lambatkan waktunya. Nabi saw bersabda : لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر "Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan selama dia mendahulukan berbuka puasa" [Hadith Muttafaq 'alaih]. * Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas ra. berkata : كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يفطر قبل أن يصلي "Rasulullah saw pernah berbuka sebelum bersolat' [Hadith hasan riwayat Abu Daud]. Apa yang baginda makan sewaktu berbuka? Dari Anas bin Malik ra. berkata : كان النبي - صلى الله عليه وسلم - يفطر على رطبات قبل أن يصلي، فإن لم يكن رطبات فتمرات، فإن لم يكن تمرات حسا حسوات من ماء "Nabi saw berbuka dengan Rutbaat (kurma matang) sebelum solat, dan jika tidak ada kurma matang maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada kurma biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air" [Hadith Sahih Abi Daud]. * Apa yang baginda ucapkan ketika berpuasa? Nabi saw berkata : للصائم عند فطره دعوة لا ترد "bagi orang yang berbuka, do'anya tidak akan tertolak" [Hadith Sahih Ibn Majah]. Nabi saw semasa berbuka puasa berdo'a : ذهب الظمأ وابتلت العروق، وثبت الأجر إن شاء الله "Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak Allah" [Hadith Sahih Abi Daud] [Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkan baginya azan maghrib masih berkumandang. Begitu juga dengan do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita :(اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت)- Allahumma laka Sumtu ....." yang sebenarnya status hadith tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih bagi menggantikan do'a ini adalah seperti diatas dan transliterasinya adalah : "Dhahaba al-zama’ wa abtalat al-‘urooq wa thabata al-ajr in sha Allaah"] 7 - Perkara yang membatalkan puasa * Makan dan minum dengan sengaja : samaada ianya bermunafaat atau mudharat seperti asap. Jika dia terlupa atau tersilap atau dipaksa maka tidaklah mengapa dengan kehendak Allah. Nabi saw bersabda : إذا نسي فأكل وشرب فليتم صومه ، فإنما أطعمه الله وسقاه "Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum air, maka sempurnakanlah puasanya, kerana sesungguhnya Allah lah yang memberi dia makan dan minum" [Hadith Muttafaq 'alaih]. * Muntah dengan sengaja : iaitu mengeluarkan apa yang ada didalam perut melalui mulut. Sabda Nabi saw : من ذرعه القيء فليس عليه قضاء، ومن استقاء فليقض "Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan dia sedang berpuasa) tidak ada qadha' baginya, dan barangsiapa yang sengaja maka baginya qadha'"[Hadith Sahih Abu Daud]. Maka jika muntah tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa. * Berjima' : jika berlaku pada siang hari Ramadhan dari orang yang berpuasa wajib, maka keatasnya qadha' kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba, dan jika tidak menjumpai hendaklah berpuasa 2 bulan berturut2, dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin. * Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan makanan melalui usus atau darah dengan tujuan pemakanan keatas pesakit, dan jenis-jenis ini membatalkan puasa, kerana ini masuk melalui rongga. * Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita sebahagian hari siang samaada menjumpainya awal atau akhir, dia harus berbuka dan mengqadha'nya. * Mengeluarkan mani : melakukan onani (masturbation) atau bercumbu atau bercium, atau apa perbuatan kearah itu, dan jika ia bersangkutan dengan pendewasaan, maka ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukanlah diatas kehendak mereka yang berpuasa. * Keluarnya darah : contohnya pendarahan berlaku kepada yang berpuasa, diberikan ganti atas apa yang dikeluarkan. 8-Qadha' Puasa Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri untuk qadha' puasa dan tidak disukai melewatkannya, tidak wajib berturut2 didalam Qadha'. Pada ulama' bersetuju secara ijma' bahawa barangsiapa yang mati dan dia juga meninggalkan solat maka tiada qadha' baginya. Begitulah dari golongan yang lemah ('ajuz) yang tidak berpuasa sekalipun didalam hidupnya, mereka dikehendaki memberi makan hari-hari yang ditinggalkan kepada orang miskin. Akan tetapi, barangsiapa yang sedang berpuasa mati, maka wajib puasa keatasnya. Sabda Nabi saw : من مات وعليه صوم صام عنه وليه "Barangsiapa yang mati sedangkan ia masih mempunyai puasa wajib, maka berpuasalah walinya untuknya" [Hadith Muttafqa 'Alaih] 9-Berpuasa tetapi meninggalkan solat : Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting didalam rukun2 Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak bermunafaat apa2 selama-mana dia meninggalkan solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya. Meninggalkan solat telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir tidak diterima amalannya sebagaimana hadith Nabi saw: العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة، فمن تركها فقد كفر "Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah kafir" [Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad] 10-Solat Malam yang optional ( Tarawih ) : Rasulullah saw telah melakukan Qiam Ramadhan (Solat Tarawih) secara berjemaah, kemudian baginda telah meninggalkannya kerana takut umatnya akan mewajibkannya, maka sesiapapun tidaklah boleh mewajib solat ini. Bilangan rakaat ialah 8 (lapan) rakaat tanpa witir sebagaimana hadith dari A'isyah ra, : ما كان النبي -صلى الله عليه وسلم- يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة "Nabi saw tidak menambah pada malam Ramadhan dan selainnya sebanyak 11 rakaat" [Hadith Muttafaq 'alaih] Umar bin al-Khattab ra menghidupkan sunnah Solat berjemaah 11 rakaat ini, dan beliau bersolat pada zamannya sebanyak 23 rakaat, dan mereka bersolat selepasnya sebanyak 39 rakaat. Amalan 23 rakaat dilakukan sebagaimana solat di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi, ini merupakan pandangan 3 Imam dan mereka2 yang lain. Apa yang wujud pada umat Islam sekarang adalah Solat Tarawih dilakukan secara laju bacaannya, termasuklah ruku' dan sujudnya, dan ini telah bertentangan dengan solat, iaitu kaifiat khyusuk, dan dalam keadaan2 yang lain boleh mengakibatkan solat tersebut batal. 11-Zakat Fitrah Zakat Fitrah merupakan amalan fardu, Nabi saw bersabda : فرض رسول الله - صلى الله عليه وسلم - زكاة الفطر من رمضان على الناس "Rasulullah saw telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan keatas manusia" [Hadith Muttafaq 'alaih] Diwajibkan Zakat Fitrah keatas kanak2 dan orang dewasa, lelaki dan perempuan, manusia bebas dan hamba dari orang2 Islam, dan kadarnya diukur menurut negara tempat tinggal masing2, yang afdalnya tempat tinggal siang dan malam mereka bersama keluarga. Yang paling afdal diberikan kepada golongan miskin.
Waktu mengeluarkannya : Pada Hari Raya (Eid) sebelum solat, dan boleh juga sehari atau 2 hari sebelumnya, dan tidak boleh melewatkannya dari hari Eid. ========== kamin Sekian, wassalam