Rabu, November 26, 2008

Suara N9,

Percaya atau tidak N.Sembilan adalah negeri ketiga terbanyak yang mempunyai Projek Perumahan Terbengkalai , iaitu sebanyak 29 Projek Perumahan Terbengkalai ? Sementara dari segi peratusan Projek Yang Masih Terbengkalai N.Sembilan adalah kedua tertinggi peratusannya iaitu 55%. Apo nak jadi N.Sembilan ni , pemimpin Umno nya sibuk berebut jawatan , sibuk buat laporan BPR sesama sendiri , akhirnya rakyat N.Sembilan sendiri tidak terbela.

Laman web khusus untuk Perumahan Terbengkalai di Negeri Sembilan http://terbengkalai.blogspot.com

( SEREMBAN: Seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan didakwa terbabit menyogok seorang ketua Puteri Umno sebuah bahagian di negeri ini sebanyak RM500 agar mengundinya pada pemilihan jawatan parti di peringkat bahagian itu bulan lalu. http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081124090620/Article/index_html )

( BAHAU: Tiga ahli Puteri Umno Bahagian Jempol membuat laporan polis terhadap pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa mereka disoal siasat dengan cara pelik selain dipaksa membuat perakuan palsu di bilik sebuah hotel bajet di pekan ini pada 18 November lalu. http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081124090751/Article/index_html )

( Di Jelebu, Yunus Rahmat (EXCO Kerajaan Negeri Sembilan) tewas ditangan Rais Yatim. Di Jempul, Aziz Shamsudin (ADUN Palong) dan Shamsul (EXCO Kerajaan Negeri Sembilan) juga tewas. http://colroseli.blogspot.com/2008/10/mohamad-hassan-takut-pada-bayang-bayang.html )

Rujukan : http://teresakok.com/2008/11/10/pernyataan-mengenai-projek-terbengkalai-mengikut-pecahan-negeri-di-seluruh-malaysia/

Soalan : 24
YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan projek terbengkalai mengikut pecahan negeri di seluruh Malaysia. Apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menyelamatkan projek perumahan yang terbengkalai dan berapakah projek perumahan terbengkalai telah pun dipulihkan melalui campur tangan pihak Kementerian.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Bagi tempoh 1990 sehingga Jun 2008, terdapat sejumlah 270 projek perumahan terbengkalai di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 126 projek telah disiapkan dengan Sijil Layak Menduduki, 29 projek sedang dalam pembinaan manakala 115 projek masih terbengakalai. Pecahan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Negeri - Siap Dipuilihkan - Sedang Dalam Pembinaan - Masih Terbengkalai -
Jumlah
Selangor – 27 – 4 – 35 – 66 – 53%
Johor - 5 – 9 – 23 – 37 – 62%
N.Sembilan – 9 – 4 – 16 - 29 – 55%
Pulau Pinang – 16 – 2 – 8 – 26 – 30%
Pahang – 10 – 2 – 9 – 21 – 42%
Kedah – 11 - 2 – 7 – 20 – 35%
Perak - 14 - 1 - 5 - 20 - 25%
W.Persekutuan, KL – 12 – 3 – 3 – 18 – 16%
Melaka – 7 – 1 – 6 – 14 – 42%
Terengganu – 7 – 0 – 1 – 8 – 12%
Kelantan – 5 – 1 – 2 – 8 – 25%
Perlis – 3 – 0 - 0 - 3 – 0%
Jumlah – 126 – 29 – 115 - 270

Cuba kita tanya secara rambang rakyat Malaysia ketika ini apa masalah
mereka. Adakah masalah utama mereka akan diberhentikan kerja , harga getah
dan sawit merudum jatuh , harga barang naik ? Atau mereka akan jawab ladang
babi berhampiran rumah mereka , papan tanda jalan pelbagai bahasa depan
rumah mereka , mereka tak dapat mengamalkan Yoga ?

Nampaknya rakyat Malaysia sekarang ini dialihkan perhatian oleh media , baik
media pro BN mahu pun media pro Pakatan Rakyat (kerana menghabiskan masa
menepis serangan media pro BN) terhadap isu-isu yang remeh temeh. Sedangkan
banyak isu lain yang lebih besar.

Tanya seorang isteri apa masalah mereka ? Mereka akan jawab suami mereka tak
beri nafkah , suami mereka gila perempuan , suami mereka gila judi

Tanya seorang suami apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga barang naik
, elaun dipotong , harga getah turun.

Tanya seorang anak apa masalah mereka ? Mereka akan jawab tak lama lagi nak
buka sekolah , tapi ayah tak mampu nak bayar yuran , tak mampu nak bayar
tambang bas.

Tanya seorang ibu apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga ikan naik ,
anak perempuan mereka selalu keluar malam , anak lelaki mereka sudah mula
berjinak dengan dadah.

Tanya seorang ayah apa masalah mereka ? Mereka akan jawab rumah yang dibeli
terbengkalai , pinjaman bank perlu dibayar , duit sewa rumah juga perlu
dibayar.

Tanya seorang polis apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes samun makin
meningkat , kes rogol makin meningkat , kes macam-macam lagilah.

Tanya seorang imam masjid pula apa masalah mereka ? Mereka akan jawab jemaah
solat semakin berkurangan , kehadiran kuliah agama semakin berkurangan.

Tanya seorang doktor apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes pembuangan
bayi semakin banyak , kes bayi lahir tanpa bapa semakin banyak.

Tapi bila kita tanya ahli politik , kita tanya menteri apa masalah mereka ?
Mereka akan jawab papan tanda jalan mesti Bahasa Melayu , ketuanan Melayu
mesti dipertahankan , lapangan terbang perlu di bina di Negeri Sembilan dan
macam-macam isu lagi yang digembar gemburkan.

Jadilah rakyat yang bijak dan berfikiran terbuka serta rasional.

Bersama Ustaz Hanafi Abd Rahman Fesfanji

Tarikh : 25 Disember 2008 ( Khamis/Cuti Umum )
Masa : 8 pg - 1tgh
Tempat : Al-Hufaz Training and Services , Tmn Sri Pulai 3 , Seremban, N.Sembilan 

Yuran Penyertaan : RM 35 (Kertas kerja dan makan)
( Tiada had umur penyertaan )

Pengesahan Penyertaan sebelum 20 Disember melalui SMS atau tel.
019 365 6203 ( Ust. Ayub )
019 224 5321 ( Ust. Khairul Azhar )
019 640 0062 ( Ust. Nor Azman )
019 323 1429 ( Ust. Khir  )
 
Info lanjut di laman web http://alhufaz.blogspot.com

Rawatan penyakit yang berpunca dari gangguan makhluk halus adalah satu bidang yang amat rumit ,sama rumitnya dengan penyakit itu sendiri.Pada kebiasaannya penyakit yang sedemikian tidak dapat dikesan oleh perubatan Alopty. Bidang rawatan ini memerlukan persediaan rohani dan jasmani dengan pengetahuan yang menyeluruh tentang hakikat kejadian dan kewujudan makhluk tersebut yang dipelajari dari Al-Quran dan As-Sunnah

Ustaz Haji Hanafi Abd Rahman Fesfanji adalah merupakan aktivis Islam yang bergiat sekitar Kuala Lumpur. Pernah menjadi panel forum Ehwal Islam RTM dan pengkuliah tetap beberapa masjid utama di Wilayah Persekutuan. Beliau memperolehi BA Shariah Universiti Al-Azhar, Diploma Tinggi Pengajian Islam di Maahad Aly Lil Dirasat Islamiyyah , Mesir. Beliau menyambung ke peringkat Master dalam bidang Islamic Studies di University of Portsmouth, UK. Pernah menjadi pensyarah sambilan di UTP, KUIM, Upitaj dan Kudqi.

Sekarang beliau mengendalikan Rawatan Islam dan Alternatif di samping aktif dalam beberapa pertubuhan NGO Islam.

</span>

Suara N9

Belum reda lagi dengan wabak denggi , wabak Chikungunya , kini Negeri Sembilan ditambah dengan satu lagi wabak , iaitu wabak Malaria. Semua wabak ini disebarkan oleh nyamuk. Dulu wabak JE , juga nyamuk. Apalah bala atau musibah yang melanda N.Sembilan pada ketika ini ? Marilah kita sama-sama bertaubat , perbanyakkan amal serta menjaga kebersihan rumah dan kejiranan kita. Apa sudah jadi dengan semangat gotong royong kita ?

Kes malaria tertinggi di Jempol - Berita Harian 25 Nov 2008 SEREMBAN: Sebanyak 69 kes malaria dilaporkan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga pertengahan bulan ini dengan kes tertinggi dikesan di daerah Jempol dan Seremban.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), Dr Zainal Ariffin Omar, berkata dua daerah itu masing-masing mencatatkan 46 dan 16 kes, diikuti Kuala Pilah dengan tiga kes serta masing-masing dua kes di Jelebu dan Port Dickson.

"Setakat 15 November lalu juga, tiada kes malaria dilaporkan di daerah Rembau dan Tampin, manakala dua lokaliti wabak malaria ialah di Felda Serting Hilir 3 dengan enam kes, membabitkan empat warga asing dan dua tempatan selain di Felda Palong 13 dengan lima kes, semuanya membabitkan warga asing.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20081125080620/Article/index_html

Rabu, Oktober 15, 2008

KUALA LUMPUR:Sehari selepas disahkan bebas daripada cabaran perundangan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin menafikan beliau ada ditawarkan supaya menyertai Umno.

Sebaliknya tegas wakil rakyat itu beliau masih bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen semalam, Zulkifli juga menegaskan beliau akan bersama dengan parti yang memperjuangkan Islam.

Ekoran keputusan mahkamah semalam banyak pihak membuat andaian bahawa beliau akan menyertai Umno.

Malah komen pengunjung blognya juga menyentuh kemungkinan tersebut.

Menurut beliau, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan parti itu masih memperjuangkan Islam.

"Setakat ini belum lagi (tawaran dari Umno). Saya ambil pendirian dan konsisten dengan pendirian saya untuk memartabatkan Islam dan mana-mana platform yang memperjuangkan Islam.

"Kalau DAP memperjuangkan Islam, saya pilih bersama DAP” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Ditanya sama ada kenyataannya itu bermakna beliau akan menyertai PAS, Zulkifli berkata, beliau tidak bermaksud demikian.

"Saya masih duduk di kerusi PKR. Cuma ada sedikit hiccup atas perjuangan dengan Islam tapi tak timbul soal melompat parti.

"Saya masih berhubung dengan Datuk Seri Anwar dan beliau memberi jaminan pada saya yang perjuangan Islam masih diiktiraf," katanya.

Zulkifli berkata, beliau telah dipanggil mengadap jawatankuasa disiplin partinya berhubung penyertaannya dalam perhimpunan membantah penganjuran forum ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu dan tiada tindakan yang dikenakan ke atasnya.

"Saya telah memberikan penjelasan yang cukup jelas tentang pendirian saya bahawa saya utamakan perjuangan Islam dan kalau PKR utamakan Islam, saya tiada masalah.

"Saya tiada halangan khususnya dari (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang telah banyak kali berjumpa dan berhubung.

"Saya tak dikenakan sebarang sekatan untuk teruskan perjuangan Islam saya khususnya berkaitan dengan bangsa," katanya.

Zulkifli berkata, beliau bersyukur atas penarikan balik petisyen tersebut dan selalu meletakkan keyakinan bahawa kebenaran akan terserlah.

"Walaupun kita bersedia untuk menghadapi perbicaraan tersebut dengan persediaan rapi dan saksi yang kita ada tapi keputusan yang dibuat oleh BN untuk menarik balik petisyen tersebut, kita terima dengan dada yang lapang," katanya.

Sementara itu, Anwar ketika diminta mengulas mengenai hal itu berkata Zulkifli masih menjadi wakil rakyat PKR bagi kawasan Kulim-Bandar Baharu.

Katanya, dakwaan bahawa Zulkiffli keluar daripada PKR dan menyertai parti lain adalah khabar angin semata-mata, tambahan pula mereka sering berhubung dan tidak pernah dimaklumkan pengerusi Persatuan Peguam Islam itu mahu keluar daripada parti.

Berhubung tindakan calon BN kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menarik balik petisyen pilihan raya bagi mencabar kemenangan Zulkiffli, Anwar berkata, perkara itu mungkin disebabkan BN tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk menang atau mereka juga tidak yakin bahawa akan ada pilihan raya kecil diadakan.

"Banyak pandangan mengatakan kes itu kuat (untuk BN menang). Itu yang saya dengar daripada peguam mereka dan mereka akan lawan habis-habisan tetapi memandangkan keadaaan politik dan ekonomi sekarang, BN dan Umno tidak bersedia menghadapi pilihan raya kecil sebab itu mereka tarik petisyen terhadap Zulkifli di Kulim-Bandar Baharu," katanya.

Semalam, Zulkifli berjaya mengekalkan kerusi Kulim-Bandar Baharu apabila Mahkamah Tinggi Alor Star menolak petisyen tersebut selepas Barisan Nasional (BN) memohon untuk menarik balik petisyen berkenaan.

Pada 27 April lepas, bekas calon BN bagi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Mohd Hafarizam Harun memfailkan petisyen memohon keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas bagi kerusi itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah.

KOTA BAHRU: Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.

"Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama... belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar... bukan cerita baru," kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini.

Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.

Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Malah Anwar juga meminta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan sokongan anggota Dewan Rakyat pada 23 September lalu.

Kedua-dua permintaan itu telah ditolak oleh Abdulllah.

Ketika ditanya tentang peluang dan kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat, Nik Aziz berkata: "Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah."

Tambah beliau, jika demokrasi dilaksana dengan sepenuhnya, sudah lama Umno digantikan dengan kerajaan baru.

"Kami yakin, syaratnya demokrasi diberi peluang penuh, tiada gangguan ISA, tiada ditangkap, kecuali dia ditangkap macam komunis," katanya.

Apabila ditanya mengenai perbezaan pandangan dan tidak puas hati dalam isu pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat dan diketuai Anwar jika menjadi, Nik Aziz berkata, masalah itu tidak wujud secara keseluruhan.

Cuma, jelas Nik Aziz, wujud sedikit perasaan ragu-ragu memandangkan Anwar dituduh kerana dituduh liwat sedangkan mahkamah sudah lepaskan beliau.

Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, pernah berhadapan dengan kes liwat 10 tahun lalu tetapi dibebaskan dan berhadapan dengan tuduhan buat kali kedua Ogos lalu.

Jumaat, Oktober 10, 2008

KOTA BHARU, 10 Okt (Hrkh) - Rakyat tidak seharusnya gusar biar pun tarikh pertukaran kerajaan yang diuar-uarkan 16 September lalu belum menjadi kenyataan, kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, lagi pun rakyat sebelum ini sanggup menunggu puluhan tahun bagi membolehkan Pakatan Rakyat bangkit pada pilihan raya umum lalu.

"Puluhan tahun kita sanggup tunggu, tak kan hendak tunggu sekejap lagi pun tidak boleh," katanya pada ceramah perdana Aidilfitri di Padang Perdana, malam tadi.

Padang tempat berlangsung ceramah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai. Ceramah itu turut mendapat liputan sebuah stesen televisyen dari Australia yang memfokuskan segmen kebangkitan semula Anwar.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail dan wakil-wakil rakyat Kelantan.

Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu pertukaran kerajaan berlaku seperti di Bangkok dan Filipina secara tidak aman.

"Kita pilih secara aman biar pun usaha Pakatan Rakyat sebelum ini mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri tidak diendahkan. Begitu juga permohonan untuk mengadakan sidang parlimen khas juga tidak dihiraukan.

"Malah Pakatan Rakyat sudah menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memaklumkan perkembangan terkini dalam Pakatan Rakyat yang sudah ada simple majority bagi membentuk kerajaan," katanya.

Pada ceramah itu sekali lagi beliau menegaskan Islam menjadi tunggak utama kerajaan baru sebagaimana yang termaktud dalam perlembagaan.

Katanya menjadi keutamaan Pakatan Rakyat untuk terus memartabatkan Islam dan PAS tetap menjadi penaju utama kepada kerajaan baru.

Menurutnya, setiap dasar kerajaan akan diputuskan bersama dengan parti-parti Pakatan Rakyat dan bukan menjadi dominan kepada pihak tertentu sahaja.

Anwar juga memberitahu beliau tidak setuju dengan cara pemimpin Umno menghina begitu rupa presiden mereka sehingga terpaksa membuat keputusan berundur Mac depan.

"Oleh itu baki lima bulan yang ada sekarang Perdana Menteri hendaklah menggunakan ruang tersebut bagi memulihkan kembali reputasinya. Pertama membebaskan mereka yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kemunting.

"Dato' Seri Abdulllah tidak perlu lagi takut kepada pemimpin lain dalam Umno kerana mereka sudah meneranjangnya sekarang," tambahnya.

Beliau berkata, sekiranya Abdullah tidak menggunakan peluang tersebut, Pakatan Rakyat akan melakukannya dengan membebaskan semua tahanan ISA apabila dapat membentuk kerajaan kelak.

Hujah itu turut disokong Husam yang mahu Perdana Menteri menggunakan baki kuasa yang ada sekarang kerana penggunaan ISA muktahir ini begitu meragukan sekali.

"Tidak pernah berlaku orang yang dikatakan kena ugut ditahan dan orang yang mengugut pula bebas di luar," katanya.

Beliau juga berkata, petanda-petanda kejatuhan kerajaan BN semakin jelas sekarang apabila perpecahan dalam parti semakin ketara.

Sebab itulah sekarang menurutnya, rakyat tidak sabar lagi menunggu kerajaan baru dibentuk dan bukan lagi sekadar pertukaran Abdullah kepada Najib.

Saifuddin menjelaskan biar pun Najib menggantikan Abdullah pada Mac depan ia tidak menjanji apa-apa perubahan kepada rakyat kerana dasar parti tetap sama.

"Institusi polis, peguam negara, badan rasuah masih lagi terkial-kial sekarang. Kerajaan yang diketuai Najib juga tidak menjanjikan masa depan yang baik.

"Oleh itu anggota-anggota parlimen BN dipelawa menyertai Pakatan Rakyat bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar telus dan adil dapat dibentuk melalui simple majority," ujarnya.