Selasa, November 29, 2005

Galeri PRK Pengkalan Pasir

klik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besar
Gambar Ihsan pengkalanpasir.net.

Baca Selanjutnya...

Isnin, November 28, 2005

PENUH SESAK.....Berpuluh ribu membanjiri ceramah Anwar Ibrahim di Stadium Mini Pasir Mas malam tadi. Dalam ceramah itu Anwar menegaskan pilihan raya kecil Pengkalan Pasir ini akan membuka jalan untuk penubuhan Barisan Alternatif Baru untuk rakyat negara ini.Foto Nasir Sudin dan Wan Zahari.

Baca Selanjutnya...

Ahad, November 27, 2005

Muslimat tetap memberi sokongan padu.

klik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besarklik untuk imej yang lebih besar Gambar Ihsan pengkalanpasir.net.

Baca Selanjutnya...

 
PENUH SEMANGAT.....Berpuluh-puluh ribu mengiringi calon PAS di Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad pagi ini. Perarakan calon PAS diketuai Musyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Aziz, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi, Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan lain-lain. SPR mengumumkan tiga calon yang bertanding iaitu calon PAS, Hanifa Ahmad, calon BN Hanafi Mamat dan calon bebas, Dato' Ibrahim Ali. Dua calon bebas yang cuba mendaftar ditolak kertas pencalunan mereka oleh SPR.Foto Nasir Sudin dan Wan Zahari.

Baca Selanjutnya...

Lima Serah Kertas Pencalonan, Dua Ditolak

PASIR MAS, 27 Nov (Bernama) -- Lima calon menyerahkan kertas pencalonan masing-masing bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pengkalan Pasir di sini Ahad.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak kertas pencalonan dua calon bebas, Fauziah Ghani dan Mohd Suji @ Ahmad bin Awang kerana mereka gagal menyediakan wang deposit tunai untuk pencalonan sebanyak RM5,000.

Difahamkan kedua-dua mereka menyerahkan cek untuk pembayaran deposit berkenaan.

Selepas tamat satu jam tempoh penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) dekat sini, SPR kini memberikan tempoh satu jam sehingga 11 pagi ini kepada orang ramai untuk mengemukakan sebarang bantahan.

Calon PAS, Hanifa Ahmad, 59, paling awal memasuki pusat penamaan pada 9.01 pagi ini bagi menyerahkan kertas pencalonannya.

Sebelum itu, beliau yang diiringi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan kira-kira 5,000 penyokong berarak ke pusat penamaan calon itu.

Hanifa menyerahkan kertas pencalonan dengan dicadang Hussin Ahmad dan disokong Hashim Omar.

Seorang lagi calon bebas, Datuk Ibrahim Ali bersama kira-kira 1,000 penyokongnya tiba di pusat itu pada 9.10 pagi.

Pencalonannya dicadang Ismail Chik dan disokong Muhamad Sayuti Ismail.

Calon Barisan Nasional (BN), Hanafi Mamat, 51, yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas bersama-sama hampir 10,000 penyokongnya tiba di pusat berkenaan 10 minit kemudian.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa, Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kerajaan BN serta menteri-menteri kabinet ialah antara yang mengiringi beliau ke pusat itu.

Kertas pencalonannya dicadang Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan disokong Che Harun Che Ngah.

Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Wan Abdul Aziz Wan Jaafar pada 31 Okt lepas akibat penyakit kanser hati. SPR menetapkan 6 Dis ini sebagai hari pengundian.

Mengikut Daftar Pemilih yang disahkan SPR pada 15 Ogos 2005, seramai 18,411 termasuk 195 pengundi pos layak mengundi melibatkan 10 daerah mengundi iaitu Banggol Chicha, Kubang Badak, Kubang Bemban, Kampung Bharu, Kampung Dangar, Pengkalan Pasir, Jalan Pasir Pekan, Slow Machang, Kasa dan Sakar.

Pihak polis turut mengadakan kawalan keselamatan bagi memastikan proses penamaan calon itu berjalan lancar.

Baca Selanjutnya...

Lebih 20,000 iringi calon PAS

Selain Tuan Guru Nik Abdul Aziz, turut mengiringi calon PAS ialah Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Ustazah Azizah Khatib Mat, anggota jawatankuasa PAS Pusat dan pemimpin tertinggi PKR.
PASIR MAS, 27 Nov (Hrkh) – Lebih 20,000 orang mengiringi calon PAS, Haji Hanifa Ahmad yang bermula di Madrasah An Nur di Kubang Bemban ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1, di sini, pagi ini.

Sebelum perarakan yang bemula jam 8.45 pagi, sebahagian mereka menunaikan solat hajat pada jam 8.20 pagi yang diimami Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat di madrasah itu, kira-kira satu kilometer dari pusat penamaan calon.
Selain Tuan Guru Nik Abdul Aziz, turut mengiringi calon PAS ialah Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Ustazah Azizah Khatib Mat, anggota jawatankuasa PAS Pusat dan pemimpin tertinggi PKR.
Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman dari Pondok Lubuk Tapah, turut serta.
Kehadiran penyokong PAS yang berarak sepanjang 30 minit disemarakkan lagi dengan sokongan ribuan penduduk Cina dan India yang membawa bendera PAS dan PKR.
Dalam pada itu, tiga calon diisytiharkan bertanding bagi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir yang diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan raya tersebut, Abdul Halim Ahmad kira-kira jam 11.15 pagi.
Bagaimanapun sebelum itu, dua calon mewakili Bebas juga hadir bagi mengemukakan borang pencalonan iaitu Mohd Suji @ Mohamad Awang, 57 dan Fauziah Ghani, 45.
Mereka yang hadir bersama pencadang dan penyokong bagaimanapun keluar tidak lama selepas itu apabila tidak membawa wang tunai sebagai deposit.
Kedua-dua bakal calon itu merupakan anak tempatan, bagaimanapun keluar sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta mereka menyediakan wang tunai, namun selepas masa berakhir kira-kira jam 10 pagi.
Kehadiran dua bakal calon Bebas itu bertiup sejak awal pagi lagi apabila wartawan yang sedang menunggu untuk memasuki tempat penamaan calon diberitahu mengenai perkara tersebut.
Difahamkan Mohd Suji adalah penyokong Umno yang pernah bergiat aktif di Gua Musang sebelum ini.
Abdul Haim mengumumkan di depan ribuan penyokong ketiga-tiga pihak dengan menyebut Haji Hanifa Ahmad mewakili PAS, Dato’ Paduka Ibrahim Ali sebagai calon Bebas dan Hanafi Mamat bertanding di atas tiket Barisan Nasional.
Pengumuman itu disambut dengan laungan takbir berkali-kali dan sorakan oleh penyokong masing-masing.
Sebelum itu, Hanifa menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.13 pagi, diikuti Ibrahim jam 9.20 pagi dan Hanafi dua minit kemudian.
Perarakan calon BN yang bermula di Sekolah Menengah Perempuan yang diketuai oleh Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak diiringi kira-kira 5,000 orang.
Ibrahim pula dengan kira-kira 1,000 penyokongnya memulakan perarakan tidak jauh dari kawasan Masjid Besar Pasir Mas.
Ribuan anggota polis termasuk FRU berkawal sejak awal pagi bagi mengawal keadaan manakala kesesakan lalu lintas di bandar ini bermula kira-kira jam 7 pagi. - mj

Baca Selanjutnya...

Wartawan terkejut ramai penduduk Cina, India iringi calon PAS

PASIR MAS, 27 Nov (Hrkh) – Wartawan yang sedang menunggu untuk memasuki tempat penamaan calon di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1 pagi tadi terkejut dengan perarakan beramai-ramai penduduk Cina dan India yang membawa bendera PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke Madrasah An Nur di Kubang Bemban.

Mereka pada awalnya beranggapan perarakan calon PAS sudah bermula, sebaliknya kehadiran ribuan penyokong Barisan Alternatif itu sebenarnya untuk menyertai puluhan ribu penyokong PAS yang sudah berada di Kubang Bemban.
Ekoran itu jurugambar dari pelbagai media menghala kamera mereka kepada perarakan tersebut.
“Ini benar-benar mengejutkan, saya tidak pernah tengok orang Cina dan India begitu ramai mengiringi calon PAS pada pilihan raya kecil sebelum ini. Saya ingat perarakan calon PAS sudah bermula, kerana mereka berarak dalam jumlah yang begitu ramai,” kata seorang wartawan akhbar berbahasa Cina.
Perarakan penyokong bukan Muslim itu menghala ke Kubang Bemban melalui kawasan itu pada jam 8.25 pagi.
Jurugambar akhbar sekali lagi berkejar untuk merakam sudut menarik apabila seorang wanita tua sedang menjunjung bakal buluh yang bertindan-tindan di atas kepalanya ketika melalui kawasan tersebut.
 
Kawasan bandar Pasir Mas mulai sesak sejak jam 7.30 pagi, apabila penyokong dari dua parti dan calon bebas menuju ke tempat perarakan masing-masing. Kesesakan lebih ketara lagi apabila FRU datang bersama kenderaan termasuk trak ‘water-canon’, bas dan trak pengangkut di kawasan terbabit.
Peniaga-peniaga juga mengambil kesempatan membuka gerai perniagaan masing-masing di sekitar tempat penamaan calon. Peniaga makanan tidak ‘menang tangan’ melayan serbuan penyokong parti sejak awal pagi lagi.
Selain itu, Masjid Besar Pasir Mas menjadi ‘hotel’ bagi penyokong parti yang datang dari luar Kelantan sehingga tandas kekeringan air.

Baca Selanjutnya...

Seruan Dan Rayuan

Baca Selanjutnya...

 
Tersungkur Rebah... Inilah nasib papan tanda kempen milik BN. Apakah ini petanda nasib yang bakal diterima calon BN Pengkalan Pasir? Hanya Allah yang lebih tahu. Seluruh negara khasnya di negeri-negeri pantai timur dilanda hujan lebat sejak dua hari lepas. Banyak kawasan dilanda hujan ribut dan dinaiki air termasuk di kawasan pilihan raya Pengkalan Pasir.

Baca Selanjutnya...

Sabtu, November 26, 2005

Haji Hanifa Ahmad calon PAS DUN Pengkalan Pasir

Majlis pengisytiharan yang cukup bersejarah itu diadakan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas dilakukan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
PASIR MAS, 26 Nov (Hrkh) - Haji Hanifa Ahmad, 59 atau lebih mesra sebagai ‘Abang Par’ diisytihar mewakili PAS bertanding pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir pada 6 Disember ini.

Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan.
Ribuan hadir pada majlis berkenaan sehingga dalam dewan penuh sesak,di luar dewan orang ramai bersesak-sesak sehingga ke jalan raya.
Hanifa sebelum ini pada 1978 hingga 1982 pernah menjadi wakil rakyat di DUN Meranti. Ketika itu juga beliau adalah anggota Exco kerajaan negeri yang mempengerusikan jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pentadbiran Awam.
Dilahirkan di Kampung Kubang Bemban pada 8 Ogos 1946, dari keluarga pengasas PAS di Pasir Mas. Begitu juga di sebelah isterinya, Hajah Zaharah Rosminah Amaluddin, 56. Bapa mertuanya, Amaluddin Darus juga pengasas di Kelantan. Seorang tokoh perjuangan Islam yang tidak asing lagi dikenali kawan dan lawan.
Sekarang Abang Par dinobatkan kembali untuk menduduki tempat lama yang sudah menjadi sedarah sedaging dengan keluarganya. Abangnya Daud Yatimee juga seorang bekas wakil rakyat. Begitu juga bapanya, Ahmad Daud.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim, kemudian melanjut pengajian ke Kolej Cima di Kuala Lumpur dan meneruskan pendidikan tinggi di Universiti Malaya, mendapat BA Hons.
Selepas itu menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir diplomatik. Jawatannya yang pertama sebagai Penolong Pegawai Daerah Temerloh pada 1972. Kemudian bertukar sebagai pegawai pembangunan di Negeri Sembilan, Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri.
Pada 1969 – 1978 beliau juga sebagai ahli sosiologis bagi perunding Enex of New Zealand yang membuat kajian berkaitan Kelantan River Base Study. Pada 1982 – 1990 menjalankan perniagaan sendiri di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun menyertai Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pada 1991 dengan berkhidmat sebagai Pengurus Besar KBC Sdn Bhd, kemudian sebagai Pengurus Besar Damai Sdn Bhd dan pada 1999 hingga 2001 dilantik Timbalan Ketua Eksekutif PKINK.
Pada 2001 sehingga 23 November lalu menerajui PKINK sebagai Ketua Eksekutif. Ketika di bawah teraju anak-anak syarikat PKINK berjaya mencatat keuntungan, di mana unjuran keuntungan bersih sebelum cukai tahun dianggar sebanyak RM33.58 juta.
Manakala penglibatan dengan parti bermula sejak awal lagi, di mana pada 1991 – 1993 sebagai anggota jawatankuasa PAS kawasan Pasir Mas, Ketua Penerangan kawasan (1993 – 1995), setiausaha (1995 – 2001) dan sekarang sebagai anggota jawatankuasa PAS kawasan berkenaan.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Jawatankuasa Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ismailiah, Pohon Buluh. Kini rakyat di Pengkalan Pasir cukup beruntung kerana mempunyai seorang pemimpin yang mesra rakyat, berpengalaman dalam pelbagai bidang dan penuh dedikasi.
- mJ

Baca Selanjutnya...

Jumaat, November 25, 2005

Kad rayuan untuk pengundi luar

Baca Selanjutnya...

Khamis, November 24, 2005

 
MELAWAT BILIK GERAKAN...Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melawat Bilik Gerakan PAS di Kampung Jias tengahari tadi (24 November). Beliau yang tiba dari Kuala Terengganu telah diberikan taklimat khas oleh jentera pilihan raya. Abdul Hadi dijangka akan mengumumkan calon PAS dalam satu majlis khas di Markas Besar PAS Kampung Jias malam esok, 25 November. Foto Md Rizal.

Baca Selanjutnya...

Majlis Jamuan Hari Raya PAS Seremban

Majlis Jamuan Hari Raya yang dianjurkan bersama olen PAS Kawasan Seremban, Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Dewan Muslimat Kawasan Seremban yang diadakan pada 23hb November 2005 di Taman Setia Jaya (bersebelahan Masjid Jame' Ampangan) telah mendapat sambutan diluar jangkaan. Dimana kehadiran yang pada mulanya dijangkakan hanya sekitar 200 orang telah menjangkau sehingga lebih 400 orang. Memandangkan sambutan yang luar biasa tersebut, Pihak penganjur ingin momohon maaf kepada para tetamu yang hadir sekiranya terdapat sedikit-sebanyak kelemahan dan kekurangan dalam program tersebut. Majlis pada malam itu bermula dengan solat isya' berjemaah diikuti dengan solat hajat untuk memohon pertolongan Allah untuk menghadapi PRK Pengkalan Pasir. Solat hajat telah di imamkan oleh Ustaz Fuad Osman. Program diteruskan dengan ucapan ringkas oleh YDP Kawasan Seremban, Tn. Hj. Ibrahim Abd Rahman diikuti oleh Tetamu Jemputan Ustaz Jamsari Marsom. Didalam program itu juga telah dilancarkan tabung khas untuk PRK Pengkalan Pasir untuk disampaikan kepada petugas-petugas yang akan pergi kesana nanti.

Diantara tetamu yang hadir pada Majlis Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Seremban. Sedang Mendengar Ceramah oleh penceramah Jemputan, Ustaz Jamsari Marsom, Pengarah Unit Amal Pusat.

YDP Kawasan Seremban, Tetamu Jemputan Ustaz Jamsari Marsom, YDP Dewan Ulama' Negeri Sembilan serta pimpinan kawasan yang lain sedang menghadapi juadah.

Tetamu-tetamu sedang mengambil giliran untuk mendapatkan juadah yang disediakan.

Suasana di bawah khemah yang disediakan untuk muslimat.

Baca Selanjutnya...

Rabu, November 23, 2005

ANNUAR MUSA GAGAL PUJUK IBRAHIM ALI

Oleh Tun Paduka Tuan

Setelah membiarkan Ibrahim Ali ‘terkonting-konting’ seorang diri setelah dipecat daripada menjadi ketua penaja Umno Pasir Mas tanpa sebab jelas, tiba-tiba timbul niat di hati Annuar Musa untuk mendekatinya semula. Ini semua ialah kerana berlakunya pilihan raya kecil Pengkalan Pasir. Pengumuman yang dibuat oleh Ibrahim untuk bertanding atas tiket bebas benar-benar merimaskan Annuar dan juga Umno.

Mulanya Umno merasakan Ibrahim hanya bergurau sahaja. Umno dan Annuar tidak fikir selepas kalah di dalam pilihan raya umum 2004 lalu, Ibrahim berani turun sekali lagi.

Pilihan raya kecil itu dikira sukar untuk Ibrahim menang. Ada juga orang Umno beranggap Ibrahim membuat gempar untuk menjual dirinya.

Tetapi apabila Ibrahim serius, mereka mula gelabah. Banyak rakan-rakan Ibrahim yang masih setia dengan parti jenis lembu itu, (Umno lah!) menghubungi Ibrahim. Ada yang telefon, dan ada yang SMS. Semuanya minta Ibrahim supaya tidak bertanding. Malah ada yang memujuk Ibrahim dengan linangan air mata.

Mereka rupanya arif apa yang terjadi kalau Ibrahim bertanding. Kemasukan Ibrahim akan memecahkan undi mereka. Jadi melalui rakan-rakan terdekat Ibrahim, Annuar gunakan untuk pujuk Ibrahim Ali. Salah seorang tukang pujuk nombor satu ialah Ariffin Buncit.

Boleh dikatakan setiap hari Ariffin Buncit memodek dan memujuk Ibrahim, minta agar jangan bertanding. Macam-macam alasan yang direka dan disumbatkan ke dalam telinga Ibrahim, termasuk maruah Ibrahim akan tercemar, dia akan dilupakan rakyat kalau kalah dan sebagainya, namun Ibrahim tetapi juga dengan keputusannya.

Kegagalan segala usaha untuk memujuk Ibrahim itu menyebabkan Annuar Musa dalam keadaan terdesak. Akhirnya dia mengambil keputusan berani untuk berhadapan sendiri dengan Ibrahim Ali. Tindakan Annuar ini dikira berani kerana sebelum ini walaupun mereka bersua, tetapi tidak pernah bercakap secara serius mengenai politik dan masa depan Ibrahim. Malahan Annuar tidak sedikitpun peduli mengenai nasib Ibrahim! Buktinya dia tidak pernah membela atau membawa cadangan supaya kes pemecatan Ibrahim dirujuk semula.

Pada perhitungan Annuar pula menemui Ibrahim pada saat ini adalah baik. Dia akan untung sekiranya Ibrahim dengar kata-katanya. Manakala Ibrahim pula merasakan dia dihargai. Itulah fikir Annuar Musa. Jadi atas semangat win-win maka beliau menemui Ibrahim Ali pada 20 November lepas.

Pertemuan ini berlaku di sebuah restoran makanan laut di Kuala Lumpur. Turut sama hadir ialah Rohaya Idrus, isteri Ibrahim. Dia menjadi saksi kepada pertemuan di antara kedua orang sahabat ini.

Mulanya Ibrahim ingat pertemuan itu sebagai biasa sahaja, untuk makan, sebab lama mereka tidak makan bersama. Tetapi rupanya lain hajat dan juga warna pertemuan itu. Pertemuan itu khusus membincangkan mengenai politik Ibrahim dan juga perihal pilihan raya kecil Pengkalan Pasir.

Sambil makan Annuar menceritakan latar belakang politik Pengkalan Pasir serta peluang untuk Umno menang. Annuar membawa retorik, kalau Umno menang Kelantan akan berubah, rakyat akan terbela. (Amboi.. yang kau makan wang rakyat PPRT tu apa?). kata Annuar lagi kemenangan di Pengkalan Pasir itu adalah merupakan kunci kepada Umno untuk tawan Kelantan. Kata Annuar, orang yang mencorak atau menjadi faktor ialah Ibrahim Ali. Lima minit pertama Annuar banyak memuji Ibrahim Ali.

Berikut adalah sedutan percakapan mereka berdua:

“Him sungguh ke demo nak tanding?” tanya Annuar.
“Sungguh...!” balas Ibrahim selamba tetapi bersungguh.
“Habis dah ke fikir?” tanya Annuar, semacam tidak percaya.
“Kawan dah buat keputusan!” balas Ibrahim pendek dan tegas.

Mendengar kata-kata ini Annuar jadi terdiam seketika. Dia cuba membaca minda Ibrahim. Lama kemudian baru dia menyambung.

 “Tak leh ke kalau tarik niat tu, kita nak menang ni,?” Annuar membuka isi hatinya.
“Kawan nak menang jugak. Lawanlah, kalau berani, sama-sama lawan, apa nak takut dengan kawannya!” Ibrahim terus mempertahkan prinsipnya.
“Kawe fikir soal demo, masa depan demo. Kawan sayang ke demo...!”

Tidak sempat Annuar habiskan ayatnya Ibrahim menyampuk menyinga; “Nuar, mu balah (henti) kecek. Aku dah cemuh dengan hipokrit mu ni, ba’ lah.” (Sebenarnya Ibrahim sudah lama memendam perasaan ini kepada Annuar. Annuar telah acap kali mempermainkannya).
Annuar jadi terus tergaman dan hilang kata-kata.

“Kawan janji, kalau demo tidak tanding, lepas pilihan raya demo akan diterima jadi ahli Umno!” kata Annuar memberanikan diri membuka isi hatinya dengan harapan Ibrahim menerimanya.

“Hey.. Nuar mu ingat kawan lapar sangat ke nak jadi ahli Umno? Kawan bukan budak Nuar, kawan dah lebih 30 tahun masuk politik...demo jangan nak jadikan kawan budak cabuk...!” balas Ibrahim terus menyinga. Dia tersinggung dengan tawaran dan cara Annuar melayannya. Ibrahim benar-benar tidak dapat mengawal perasaanya, menyebabkan dia menempuk meja. (Macam mesyuarat MT semasa nak pecat Anwar Ibrahim).

Annuar terus membatukan diri. Dia juga tergaman.
 “Nuar mu ingat aku ni anak Tok Gawa Ali... aku tidak akan tunduk kepada sapa-sapa kalau maruah aku tercemar...!” sambung Ibrahim Ali. Isterinya di sisi jadi terkejut.

“Aku tidak jadi ahli Umno pun tak pa Nuar, kalau layan aku macam kucing begitu. Kucing pun manusia tidak buat begitu. Dan mu mari ni tak usah nak pujuk aku... bak politik kita tak ketepi, kita sain (kawan) biasa sahaja. Sain boleh...!” sambung Ibrahim lagi. Annuar terus jadi tidak terkutip dan terkulat-kulat. Air di dalam cawan di hadapannya dingin tanpa dihirup.

Al kisah pertemuan pada malam itu gagal. Ibrahim bukan sahaja tolak tawaran Annuar yang hendak berusaha membawanya masuk semula ke dalam Umno, tetapi Ibrahim beri amaran jangan sesekali cuba hendak permainkan dia. Dia boleh dikatakan apa sahaja, tetapi soal maruah jangan sekali, dia akan mengamuk. Itulah Ibrahim Ali.

Kesimpulannya malam itu Annuar balik dengan tangan kosong. Misinya hendak tawan Ibrahim (agar jangan bertanding) dengan menggunakan senjata nak bawa Ibrahim masuk Umno gagal. Dan paling malang bagi Annuar, niat busuknya telah dianggap sebagai satu penghinaan kepada Ibrahim Ali.

Baca Selanjutnya...

Syed Hussein Alattas sokong Pas

Oleh Es Putra

Pengkalan Pasir: (23 Nov) Penulis buku politik veteran negara, Syed Hussein Alattas telah memecah rekod kebebasannya sendiri apabila beliau telah menggunakan pentas Pas untuk menyalurkan kebebasan pemikirannya.

Syed Hussein, 63 yang dikenali dengan penulis pro Umno sejak lebih 30 tahun lalu telah berceramah untuk Pas bersempena perlancaran Kelab Belia Pasir Mas di dewan majlis Perbandaran Pasir Mas malam tadi bersama Husam Musa, Exco Kerajaan Kelantan.

Sebelum ini Syed Hussein tidak pernah memanjat pentas Pas walaupun beliau sering menunjukkan sikap mengkritik Pas yang tidak konsisten.

Pada dua pilihan raya umum lalu, beliau yang juga ahli jawatankuasa penerangan Umno Malaysia, berceramah aktif untuk Barisan Nasional (BN) terutamanya di kawasan Dr. Mahathir Mohamad.

Semasa pilihan raya kecil Lunas, beliau telah menyumbangkan buku-buku lamanya kepada pos-pos Umno sebagai bahan kempen dan bergerak secara senyap bagi memastikan kemenangan calon BN di pilihan raya itu.

Langkah yang diambil oleh Syed Hussein itu sudah tentu memberi pukulan kepada Barisan Nasional dan ia mengejutkan banyak pemimpin Umno Kelantan.

Antara alasan yang diberikan Syed Hussein kenapa beliau berubah angin kini ialah kerana beliau memilih Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar) sebagai ‘saiful’ apabila parti dokongannya itu tidak mempedulikan nasib para penulis politik.

“Saya kesal dengan Umno yang kita naikkan tetapi nasib kita tidak dipedulikan. Di perhimpunan agung Umno kita dilayan macam pendatang haram, nak jual buku pun tidak boleh,” kata Syed Hussein.

Beliau mengingatkan Umno agar tidak menjadikannya sebagai paku buruk, kerana kalau terpijak nanti buruk padahnya.

Katanya, beliau sudah letih dengan perangai Umno, jadi eloklah kita bersama Pas pula. Mengulas mengenai kehebatan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, beliau juga yang dikenali dengan Pak Belalang, berkata, Mahathir setakat buat Putrajaya, tetapi Nik Aziz buat Islam.

Kira-kira 500 para penyokong beliau hadir pada majlis tersebut.Syed Hussein dijangka akan terus berkempen untuk Pas selepas penamaan calon akan datang. – es putra

Baca Selanjutnya...

Selasa, November 22, 2005

Masyarakat Cina, India serta berketurunan Siam yakin dengan Kerajaan PAS

 
Masyarakat bukan islam memasang poster PAS di jalan Pasar Lama, Pasir Mas
Masyarakat Cina, India serta berketurunan Siam semakin yakin dengan corak pemerintahan kerajaan PAS Kelantan yang disifatkan adil dan saksama.
 
Mereka mula yakin dengan pemerintahan PAS sejak tahun 1990 apabila Angkatan Perpaduan Ummah pada waktu itu berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Kelantan.
 
Hin Hock Bing berkata, kerajaan PAS negeri diyakini oleh mereka kerana corak pemerintahan yang adil serta saksama.Katanya, orang Tionghua di negeri ini turut mendapat tempat kerana dilantik menjadi penghulu mukim, penghulu tanpa mukim dan ahli majlis daerah.“Kita yakin dengan corak pemerintahan kerajaan PAS Kelantan di bawah kepimpinan Dato’ Nik Aziz yang adil dan saksama kepada semua kaum, Tionghua, India dan keturunan Siam.“Kami pun dilantik jadi penghulu mukim, penghulu tanpa mukim dan ahli-ahli majlis daerah kerajaan tempatan sebagai wakil masyarakat bukan Islam dalam kerajaan negeri,” ujarnya ketika ditemui di Bilik Gerakan Penyokong PAS Kaum Tionghua di Jalan Pasar Lama.
 
Sehubungan itu, katanya apabila berlaku pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, sebahagian besar masyarakat bukan Islam di negeri ini akan menyokong serta mengundi PAS.
 
Siri Sena a/l A George, 47, berkata masyarakat India juga yakin dengan cara pemerintahan kerajaan PAS sepanjang tempoh 15 tahun di bawah Menteri Besar, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.“Saya dan beberapa orang rakan setiap malam datang ke Pengkalan Pasir ini untuk bantu dan sokong PAS. Kita yakin dengan cara PAS perintah Kelantan sepanjang masa 15 tahun lalu,” ujarnya.
 

Baca Selanjutnya...

UMNO/BN Makin Terdesak

Pasir Mas, 22 Nov - Tindakan para pemimpin UMNO/BN yang memulakan cabaran agar PAS membubarkan DUN Kelantan sebenarnya menggambarkan kedudukan UMNO Kelantan yang semakin terdesak dan berangan-angan untuk berkuasa bagi memerintah Kelantan.
Keinginan BN untuk mengambilalih teraju pentadbiran disokong penuh oleh Perdana Menteri dan juga Timbalan Menteri yang turut sama mendesak PAS membubarkan DUN Kelantan.
Desakan dari pimpinan tertinggi UMNO ini memberi maksud bahawa keinginan dan nafsu besar UMNO/BN untuk menguasai Kerajaan Kelantan tidak dapat ditahan lagi sehingga mereka lupa bahawa rakyat Kelantan sebenarnya telah memberi isyarat jelas pada tahun 2004 bahawa UMNO/BN masih tiada ruang bertapak semula di Kelantan.
Walaupun PAS menang tipis, 24 daripada 45 kerusi DUN, namun pernyataan hasrat rakyat bagi melihat kesinambungan serta penerusan pentadbiran Islam di Kelantan tidak tergendala dan dicemari oleh politik kotor UMNO/BN adalah jelas.  Rakyat tidak mahu kerajaan yang korup, pecah amanah, cakap tak serupa bikin, kebas wang rakyat (PPRT) dan kerajaan yang zalim (ISA).
Hari ini kita melihat di dada akhbar, UMNO sekali lagi meletakkan syarat kepada PAS bila mendesak PAS membubarkan DUN. Nampak nyata bahawa UMNO sebenarnya sangat tidak ikhlas dan hanya ingin mengaburi mata rakyat Kelantan. Jika benar UMNO anak jantan, usah letakkan sebarang syarat.
Dalam konteks pilihan raya kecil N.12 Pengkalan Pasir, UMNO telah megambil peluang habis-habisan melalui pelbagai instrumen bagi memastikan PAS dapat ditumbangkan. UMNO tahu bahawa, PAS dan rakyat Kelantan tidak boleh ditumbangkan dengan wang ringgit, kain pelikat, projek pembangunan, gula, beras dan segala bentuk habuan material lain.
Kerana itu, UMNO telah menggasak PAS melalui instrumen lain. Media contohnya, menjadi bahan manipulasi dan propaganda bagi mereka bagi meracuni fikiran rakyat Kelantan. Perang psikologi mereka terhadap rakyat Kelantan nyata ada sedikit kesan, namun rakyat sedar, sudah lama sebenarnya rakyat sedar bahawa itu hanyalah perang saraf bagi melunturkan keyakinan rakyat terhadap PAS
Tidak cukup dengan media, jentera Kerajaan lain, polis dan tentera turut sama menjadi alat utama UMNO/BN untuk menumbang dan menghancurkan PAS dalam pilihan raya kecil ini. Semuanya sudah diketahui umum.
SPR, badan bebas, namun diikat kaki dan tangan. Yang menjadi mangsa adalah kakitangan kerajaan yang bekerja secara bebas. Kita tidak salahkan SPR seratus peratus, tetapi mereka yang menjadi tali barut kepada UMNO/BN yang berada dalam SPR. Penipuan daftar pemilih boleh dilakukan sesuka hati. Lihat saja semasa pilihan raya umum 2004 dalam kes negeri Selangor.
Ternyata, UMNO bernafsu besar untuk berkuasa bukan kerana batang tubuh mereka kuat. UMNO telah berpecah belah dan sudah menjadi 3 keratan. Dahulu semangat 46, dan sekarang KeADILan. UMNO/BN hanya kuat bila badan lain yang menjadi penyokong dan penguat. Badan lain tersebut ialah sebagaimana yang disebut tadi. UMNO tidak mampu bergerak sendiri. UMNO umpama orang yang sakit, tapi masih bernafsu besar.
Jika dinilai, UMNO sebenarnya tidak mampu berdepan dengan PAS sebagai anak jantan. UMNO hanya parti Melayu bertopeng. PAS tidak pernah gentar, dan senjata PAS adalah keyakinan yang kuat kepada ideologi perjuangan Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
Jika UMNO sibuk mencabar dan meletakkan syarat, PAS juga boleh mencabar dan meletakkan syarat. Cabarannya ialah, UMNO bertanding secara anak jantan, buanglah 'pistol, pisau, keris, parang dan senjata lain'. Kita bertumbok dengan kekuatan diri kita sendiri. Hantarlah SB pulang, risikan tentera pulang, ini bukan kerja mereka. Biarkan SPR menjalankan kerja dengan adil, telus, bersih dan suci dari pengaruh UMNO.
Rakyat akan buat penentuan dan rakyat hendaklak bebas dari tekanan, ancaman dan sogokan. UMNO jangan ingat rakyat Kelantan bodoh dan boleh dijadikan robot yang di 'diremote control'.
PAS sentiasa bersedia. Keyakinan adalah kepada Allah setelah berusaha sepenuhnya. Pejuang dan jentera PAS mengambil pengiktibaran dan pengajaran yang berkesan dari perang Badar. Walaupun jumlah yang sedikit dengan kelengkapan serba kekurangan, namun ia bukan faktor bagi PAS untuk berundur dan mengaku kalah. UMNO tidak boleh mendabik dada dengan taktik dan strategi mereka. PAS bukannya pejam mata. Jika PAS tertidur sekalipun, UMNO/BN tidak akan terlepas dari diperhatikan. 

Baca Selanjutnya...

Annuar jangan sibuk bina reban sedang telur belum tentu menetas

Oleh : Roslan sms

Semuanya bermula dengan congak-congak cetek dan separuh masak Annuar Musa, Ketua Perhubungan Umno Kelantan. Kata beliau jika PAS kalah dalam PR Kecil DUN Pengkalan Pasir 6 Disember ini maka wajarlah PAS mengambil inisiatif membubarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan kerana ketika itu PAS akan hanya berdiri berkuasa dengan majoriti 1 kerusi.

Tambah beliau sewajarnyalah rakyat diberikan mandat untuk memilih semula sebuah kerajaan baru.

Sergah pukul curi Annuar ini yang disangkakannya paling bijak dan pintar itu dibeli pula oleh Timbalan Presiden Umno, Najib Tun Razak. Kata Najib walaupun tidak ada peruntukkan dalam perlembagaan yang memaksa kerajaan negeri untuk membubarkan dewan namun dari segi moral PAS septutnya memohon mandat baru dari rakyat.

Sondolan buta Najib ini malangnya disambut pula dalam keadaan separuh sedar oleh Pak Lah selaku Presiden Umno. Pak Lah pun bersetuju mengatakan dewan patut dibubarkan.

Melihatkan pimpinan kanannya masing-masing termakan mentah-mentah silat terajang beliau, Annuar maju selangkah lagi dengan mencabar pula ahli-ahli DUN PAS seramai 23 orang itu agar meletakkan jawatan beramai-ramai yang akan diikuti oleh ADUN Umno seramai 21 orang bagi mengukur sokongan rakyat.

Kata Annuar kesemua 21 ADUN Umno telah pun bersetuju menghantar surat perletakkan jawatan masing-masing berkuatkuasa 1 Disember dengan syarat kesemua 23 ADUN PAS berbuat yang sama.

Tak ke pening kepala kita dibuatnya dengan aksi politik caca-marba Annuar ini? Berpusing-pusing macam gasing gelagatnya.

Tiba-tiba akhbar-akhbar tempatan melaporkan hari ini yang pihak SPR memberi amaran melalui Timbalan Pengerusinya Wan Ahmad Wan Omar.

Menurut beliau
, Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan menyebut, seseorang yang meletakkan keahliannya dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh peletakan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat. Kata beliau peruntukkan ini dipakai sama bagi negeri Kelantan.

Oleh itu kalau Annuar dan rakan-rakannya dalam Umno meletakkan jawatan, bermakna mereka merelakan diri masing-masing untuk tidak lagi bertanding semula dan bersetuju memberi laluan kepada calon-calon lain jika tidak kertas-kertas pencalonan mereka semuanya akan ditolak kerana melanggar perlembagaan!

Sejurus itu Pak Lah selaku Presiden Umno pun terpaksalah terkial-kial membuat kenyataan mencuci kotoran yang telah ditabur dan diselerakkan oleh Annuar lantaran keghairahan dan keangkuhannya mahu berlagak pandai itu. Kata Pak Lah sebagaimana dilaporkan BENRAMA:

Abdullah menasihatkan supaya tindakan cabar-mencabar itu dihentikan oleh Adun kedua-dua parti. Tak payahlah nak letak-letak jawatan, katanya selepas melancarkan majlis sambutan Hari Kualiti Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di sini hari ini.

Siapa letak jawatan tidak payah bertanding lagi dah. Takkanlah dah letak jawatan, esok nak bertanding (semula), katanya kepada pemberita di sini semasa ditanya mengenai tindakan cabar-mencabar antara PAS dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir 6 Dis ini.

Rakyat Kelantan dan kita di seluruh negara tahu bahawa segala-galanya bermula dari kegatalan mulut Annuar. Kalau beginilah singkatnya perkiraan dan pertimbangan Annuar, layakkah beliau mahu menuntut takhta MB Kelantan? Saya kira memang tepat sungguh apabila Tok Guru MB Kelantan ketika mengulas isu ini beberapa hari lalu mengatakan:

Jadi, tak payahlah cakap banyak, kami ni bukannya bodoh nak ikut saja apa yang dia cakap

Oleh itu kepada Annuar dan rakan-rakan hadapilah PR Kecil Pengkalan Pasir ini terlebih dahulu dengan penuh gentleman. Keluar keputusan nanti baru kita buat kira-kira. Kalau awal-awal dah buat nanti orang kata telur belum menetas, kita dah sibuk beli kayu dan atap untuk bina reban ayam. Kalau telur tak menetas, jadi tembelang macam mana? Kering-kering sahaja orang perbodohkan kita.

Baca Selanjutnya...

Ahad, November 20, 2005

 
JADI MANGSA... Tangki air di Kampung Kubang Bemban menjadi mangsa kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan melepaskan 'geramnya' semata-mata bagi menarik perhatian pengundi di kawasan berkenaan. Unit Peti Undi kawasan berkenaan dijaga Umno Melaka dan Kota Bharu. Ini bermakna ia diketuai Ketua Umno Melaka, Dato' Wira Mohd Ali Rustam yang sebelum ini melarang pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Melaka melawat Kelantan, namun kali ini beliau sendiri berulang alik ke Pasir Mas. Kata orang cakap tidak serupa bikin. Premis-premis kerajaan juga sekarang menjadi mangsa kepada Umno, bukan lagi sekadar sekolah, malah tangki air juga dijadikan medan politiknya.Foto Nasir Sudin.

Baca Selanjutnya...

Keluarga dedah tentera Thailand bunuh 9 penduduk

Oleh Rohana Mohd Nawi
RANTAU PANJANG: "Kami datang ke sini untuk menceritakan kejadian sebenar berhubung tragedi sembilan penduduk Islam maut dan sembilan lagi cedera dalam serangan dan letupan bom di Kampung Ketong, Narathiwat, Rabu lalu.

"Laporan media Thailand dan Malaysia mengenai kejadian itu tidak betul. Pembunuhan itu sebenarnya didalangi tentera dan bukannya kumpulan pemisah seperti didakwa pihak berkuasa.

"Saya nampak sendiri anggota tentera Thailand berdiri di hadapan rumah ketika terjun menerusi tingkap di rumah kejadian," dakwa lelaki berusia 30 tahun yang enggan mendedahkan identiti bersama empat jirannya yang membawa bersama dua bayi berusia enam bulan dan setahun.

Lelaki yang bekerja sebagai penoreh getah itu mengambil risiko datang ke kawasan Malaysia bagi menceritakan kejadian sebenar di kampung itu, yang terletak kira-kira 100 kilometer dari sini.

Penduduk kampung itu terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 35, serta dua bayi yang menaiki pikap bertolak dari Kampung Ketong, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Mereka tiba di Rantau Panjang kira-kira jam 7 malam, sebelum dibantu penduduk kampung menghubungi wakil media dari Kota Bharu dan bertemu jam 11 malam.

Lelaki yang bertindak sebagai jurucakap itu berkata, mereka datang mendedahkan kejadian itu selepas mendapati laporan media massa Thailand tidak menceritakan keadaan sebenar.

Ketika menceritakan kisah sebenar kejadian itu, dia mendakwa: "Saya terkejut dari tidur kira-kira jam 1.30 pagi sebaik terdengar bunyi tembakan dan letupan bom berhampiran rumah. Saya bergegas terjun menerusi tingkap bagi menyelamatkan diri.

"Ketika itu, saya ternampak lelaki berpakaian tentera bersenjata automatik berdiri di depan rumah. Pada masa sama, saya nampak rumah jiran musnah akibat letupan bom.

"Menyedari kejadian ngeri itu, saya lari dan anggota tentera melepaskan tembakan dan terkena pada kaki kiri, namun saya terus berlari dalam gelap sejauh dua kilometer untuk menyelamatkan diri," katanya yang enggan namanya disiarkan.

Pemuda terbabit mendakwa, penduduk kampung melihat sekumpulan anggota tentera digerakkan keluar dari kampung itu dengan helikopter kira-kira jam 8.30 pagi.

Katanya, pergerakan tentera keluar dari kawasan itu menambahkan kecurigaan penduduk dan percaya pasukan keselamatan yang mendalangi kejadian terbabit.

Jirannya yang berusia 33 pula berkata, dia bersama isteri dan dua anak sedang tidur sebelum dikejutkan bunyi tembakan dan letupan bom terhadap rumah jiran, kira-kira tujuh meter dari rumahnya.

"Dua anak saya berusia lima tahun dan tujuh bulan turut terkejut apabila sebutir peluru tersasar memasuki rumah kami dan terkena pada cermin almari.

"Kami empat beranak berpelukan sambil berlindung di sebalik dinding kerana terlalu takut sehingga bunyi letupan berhenti selepas kira-kira 20 minit," katanya.

Dia yang juga bekerja sebagai penoreh getah itu berkata, kira-kira jam 2.30 pagi, semua penduduk keluar beramai-ramai meninjau sekitar rumah jirannya sebelum menemui sembilan mayat termasuk kanak-kanak mati akibat tembakan tepat di kepala.

"Saya sedih dan marah melihat mereka tergamak membunuh lima anak perempuan jiran saya, berusia 14 hingga 22 tahun dengan menembak mereka di kepala," katanya.

Seorang lagi jirannya berusia 22, berkata ketika kejadian seluruh ahli keluarganya sedang tidur.

"Tiga adik serta seorang sepupu saya berusia 14 hingga 22 tahun tidur di tingkat atas, manakala saya dan ibu bapa tidur dalam bilik berasingan di tingkat bawah.

"Secara tiba-tiba, kami dikejutkan letupan bom, tiga adik dan sepupu saya cedera parah akibat letupan bom yang dipasang di tepi rumah," katanya yang terselamat bersama ibu bapanya.


Baca Selanjutnya...

PAS sudah siap susun jentera hadapi Pengkalan Pasir

Badan Perhubungan PAS Kelantan menempatkan setiap ahli Exco kerajaan negeri, wakil rakyat dan jentera PAS kawasan serta negeri, di setiap unit peti undi (UPU) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir.
 
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh berkata, setiap mereka bertugas di UPU ditetapkan bagi membantu kempen calon PAS yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan tersebut.

Katanya, di DUN berkenaan terdapat 10 UPU yang akan dipantau ahli Exco, wakil rakyat PAS dari setiap kawasan di Kelantan dan PAS negeri-negeri lain.
 
UPU Banggol Chicha diletak di bawah kawalan ahli Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah; ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadok, Haji Shukri Abdul Rahman.
 
UPU Kubang Badak dipertanggungjawab kepada ahli Exco, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat; PAS Pasir Puteh dan Perlis.
 
UPU Kubang Bemban diketuai ahli Exco, Ustaz Hassan Mohamood; Adun Perupuk, Datuk Omar Mohamed dan Adun Demit, Ustaz Mohamed Daud; PAS Bachok, Pahang serta Dewan Ulama PAS Pusat.
 
UPU Kampung Baru – ahli Exco, Haji Zulkifli Mamat; Adun Temangan, Ustaz Hassan Mohamad dan Adun Kemuning, Haji Zakaria Yaakub serta PAS Machang dan Johor.
 
UPU Kampung Dangar – ahli Exco, Takiyuddin Hassan ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ismail Nuh; Adun Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman; PAS Pasir Mas dan Negeri Sembilan.
 
UPU Pengkalan Pasir – ahli Exco, Haji Husam Musa; Adun Salor, Haji Buni Amin Hamzah; Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah; PAS Kubang Kerian dan Selangor.
 
UPU Jalan Pasir Pekan – ahli Exco, Dato’ Anuar Tan Abdullah; Speakar DUN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah; Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim; PAS Kota Bharu dan Wilayah Persekutuan.
 
UPU Slow Machang – ahli Exco, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman; ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub; PAS Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, PAS Terengganu dan Dewan Pemuda PAS Pusat.
 
UPU Kasa – ahli Exco, Abdul Patah Mahmood; Adun Meranti, Ustaz Nusuruddin Daud; ahli Parlimen Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun; PAS Rantau Panjang dan Kedah.
 
UPU Sakar – Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim; PAS Tumpat dan Melaka.
 
Wan Ismail berkata, strategi ini bagi memastikan kemenangan calon PAS dalam pilihanraya kecil itu.

Baca Selanjutnya...

Sabtu, November 19, 2005

Husam nafi PAS ada pakatan dengan Ibrahim Ali

Naib Presiden PAS Haji Husam Musa menafikan desas-desus kononnya wujud pakatan antara PAS dengan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas yang telah dipecat Datuk Ibrahim Ali bagi memecahkan undi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.
Ibrahim telah mengisytiharkan secara rasmi untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil itu. "Ibrahim Ali tiada kena mengena dengan kita. Soal bertanding sebagai calon bebas itu hal dia," katanya kepada Bernama di pejabatnya di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.
Husam (foto) yakin PAS akan dapat mempertahankan kerusi berkenaaan walaupun Ibrahim jika tidak bertanding kerana selain wujudnya kerjasama dengan Keadilan, PAS mendapat sokongan padu daripada pengundi, walaupun calon PAS, Allahyarham Wan Abdul Aziz Wan Jaffar hanya memperolehi kelebihan 56 undi pada pilihanraya umum 2004.
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Wan Abdul Aziz pada 31 Oktober lalu. Penamaan calon bagi pilihanraya kecil itu ditetapkan pada 27 Nov dan pengundian pada 6 Disember jika ada pertandingan.
Anwar turut berkempen
Lagipun, kata Husam, segala keperluan asas penduduk Pengkalan Pasir, termasuk sistem perparitan, jalanraya dan jejambat menyeberangi landasan keretapi Pasir Mas telah dilaksanakan atau dalam perancangan kerajaan negeri.
Sebelum itu, beliau yang juga ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden Keadilan Saifuddin Nasution, dipercayai mengenai perancangan strategi kempen itu.
Husam juga menganggap pilihanraya kecil Pengkalan Pasir sebagai medan terbaik bagi memantapkan lagi kerjasamanya dengan parti Keadilan.
Katanya, persepakatan telah tercapai antara kedua-dua parti untuk sama-sama mengatur strategi kempen bagi memastikan PAS terus mengekalkan kerusi dewan undangan negeri itu.
Husam juga mengesahkan bahawa penasihat Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai kepimpinan PAS dari seluruh negara untuk berkempen bagi calon PAS.
Katanya Anwar akan mula berada di kawasan pilihanraya itu pada 27 November (hari penamaan calon) dan akan mengadakan beberapa siri ceramah.
Selain itu, beberapa pemimpin Keadilan termasuk Saifuddin telah berada di Pengkalan Pasir dan bilik operasi parti itu juga sudah beroperasi.

Baca Selanjutnya...

Jumaat, November 18, 2005

PAS N.Sembilan lancar Tabung & SMS jentera pilihanraya kecil Kelantan

Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan telah melancarkan Tabung Jentera Pilihanraya PAS Negeri Sembilan yang ditugaskan untuk membantu jentera pilihanraya kecil Pengkalan Pasir , Kelantan.
Kumpulan pertama jentera pilihanraya PAS N.Sembilan akan berada di Kelantan pada 19 November ini bersama dengan Kelab Penyokong Cina Negeri Sembilan.
Kepada ahli-ahli di Negeri Sembilan yang ingin memberikan sumbangan untuk menjayakan serta membantu jentera pilihanraya PAS Negeri Sembilan semasa kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun berikut atau dengan menambah nilai panggilan prepaid dua talian berikut untuk memudahkan operasi bilik gerakan PAS N.Sembilan semasa di Kelantan iaitu
012-2267406 atau 019-3920869
atau dengan pemindahan kredit panggilan.
Arahan pemindahan kredit panggilan ini boleh didapati di laman web berikut :
Untuk Maxis : Daftar dahulu No Pin , Taip : PINREG 123456 ANNA hantar ke 22121
Anda akan menerima SMS untuk daftar no PIN.
Hantar nombor pin anda : 123456 ke 22121
Untuk menghantar kredit ke 0122267406
Taip : SHARE 0122267406 5 ( Utk RM 5, 10 utk RM 10 dan seterusnya) hantar ke 22121
Anda akan menerima SMS sebagai pengesahan no PIN anda
Untuk Celcom : Daftar Password , Taip : CAT abcdef ANNA, hantar ke 1019
Untuk berkongsi kredit Taip : RM 1 (utk RM 1, RM 2 dan seterusnya)
dan hantar ke 10193920869
Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Setiausaha Badan Perhubungan PAS N.Sembilan Sdr Shamsul Kamal di akaun berikut :
Bank Islam , No Akaun : 5012010025582
BCB , No Akaun : 05060098360528
Atau akaun Badan Perhubungan PAS N.Sembilan (BPPNS)
Nama : BPPNS
No akaun : 5030 0100 00462 (BIMB)

Baca Selanjutnya...

Khamis, November 17, 2005

Mengekalkan Kepimpinan Ulama: Antara realiti dan kekeliruan Umno

Oleh Roslan SMS
Salah satu slogan yang PAS Kelantan gunakan untuk menghadapi pilihan raya kecil N12 Pengkalan Pasir yang sedang rancak kini adalah 'Mengekalkan Kepimpinan Ulama'. Penggunaan slogan bagi parti-parti politik adalah sesuatu yang lumrah terutama semasa menghadapi pilihan raya seumpama ini. Umno sendiri dijangka akan menjulang dan menjaja slogan Islam Hadharinya serta Cemerlang, Gemilang dan Terbilang yang pernah membawa kejayaan kepadanya pada pilihan raya umum 2004 yang lalu. Mengapa PAS menggunakan slogan ini?
Mengapa tidak, kerana Kelantanlah satu-satunya kerjaan negeri dalam Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh regu ulama, iaitu Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat selaku MB dan Ustaz Hj Ahmad Hj Yaakob selaku Timbalan MB. Memenangkan calon PAS di N12 sudah tentulah bermakna mengekalkan kepimpinan ulama di negeri Serambi Mekah itu. Tambahan pula PAS Kelantan juga menggunakan slogan ini kerana PAS itu sendiri adalah dipimpin oleh Ulama. Selain Presiden dan Timbalannya yang merupakan ulama belaka, parti itu sendiri mendaulatkan Majlis Syuranya yang terdiri dari para ulama semuanya sebagai badan rujukan yang tertinggi dalam parti malah berkebetulan ketua majlis syura ini yang bergelar Mursyidul Am PAS adalah MB Kelantan sendiri. Oleh itu salahkah PAS Kelantan menggunakan slogan tersebut?
Tiba-tiba Ketua Penerangan Umno Kelantan Md Alwi Che Ahmad sesedap mulut mendakwa bahawa slogan PAS itu mengelirukan para pengundi di Pengkalan Pasir. Beliau tanpa usul-periksa berhujah bahawa ianya mengelirukan kerana pada muktamar PAS yang lalu para perwakilan PAS telah mengetepikan calon-calon ulama dan sebaliknya menaikkan golongan teknokrat dan profesional. Contohnya Nasharuddin Mat Isa telah dinaikkan dengan menjatuhkan Ustaz Hassan Shukri seorang tokoh ulama veteran.
Malu rasanya seorang Ketua Penerangan negeri sebuah parti Melayu yang kononnya terbesar di dunia, boleh tanpa segan-silu mengutarakan sesuatu yang salah faktanya dan menerima pula publisiti besar-besaran oleh akhbar saluran perdana. (Akhbar The STAR memberi tajuk besar dimuka 16: 'Clarify slogan Umno tells PAS' dengan gambar warna Ketua Penerangan Kelantan yang salah fakta itu)
Untuk makluman Alwi dan mereka yang buta maklumat seperti beliau, Nasharuddin Mat Isa adalah seorang ulama lulusan Universiti Jordan dengan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan UIA dengan Ijazah Sarjana Undang-undang.
Ketua penerangan yang buta maklumat umpama Alwi inilah yang sebenarnya mengeliru dan menserabutkan fikiran dan pemahaman rakyat Kelantan terutama di Pengkalan Pasir. PAS sememangnya layak dan padan menggunakan slogan ini kerana itulah realitinya dalam parti tersebut dan itulah realitinya di Kelantan.
Biarlah Ketua Penerangan Kelantan itu terjun dengan labu-labunya, bagi rakyat para pengundi di Pengkalan Pasir, sama ada PAS ataupun Umno, BA ataupun BN, berparti atau tidak berparti, keluarlah berama-ramai mempertahankan kepimpinan ulama di negeri anda. Seluruh dunia Islam dewasa ini tahu dan mengiktiraf kepimpinan Tok Guru MB anda dan kerajaan Islamnya, jangan menghampakan mereka dan kami semua.

Baca Selanjutnya...

Umno tetap guna kaedah ‘kotor’ perdaya Adun PAS

Wednesday, November 16 @ 17:13:50 MYT
KOTA BHARU, 16 Nov (Hrkh) – Kalau sebelum ini Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan parti itu berusaha ‘membeli’ wakil rakyat PAS, namun hakikat yang berlaku di bawah tidak seperti digambarkan. Usaha untuk memancing wakil rakyat PAS tetap dilakukan. Sejak selepas pilihan raya umum lalu, sehingga sekarang ia berlaku secara senyap. Umno terpaksa menggunakan pendekatan kotor tersebut selepas menyedari nasib mereka pada pilihan raya umum akan datang tidak seperti dialami pilihan raya umum lalu. Faktur persempadanan pilihan raya dan kecelaruan daftar pemilih pada pilihan raya umum ke-11 benar-benar telah memberi laba yang besar kepada Umno, di seluruh negara termasuk Kelantan. Bagaimanapun situasi yang serupa tidak akan berlaku pada pilihan raya umum ke-12 nanti. Oleh itu usaha ‘menumbangkan’ kerajaan PAS menggunakan kaedah tidak bermoral terpaksa dilakukan. Tiga bulan lalu, seorang Adun PAS di Machang didatangi wakil daripada Umno Pusat dengan menawarkan jutaan ringgit sekiranya berminat melompat kepada parti itu. Oleh itu satu pertemuan sulit cuba diatur di Masjid Telipot, Kota Bharu. Perkara itu didedahkan sendiri Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di mana katanya, wakil rakyat terbabit datang bersama peguam pada pertemuan tersebut. “Orang itu bercakap begitu begini, dan akhirnya sekali dia tawarkan hendak beli Adun berkenaan kira-kira RM4 juta. Ini bukan perkara kecil. Akhirnya Adun terbabit meninggalkan orang berkenaan. “Beliau benci tengok muka dan meluat terhadap orang terbabit” katanya di sini. ( Ikut pendedahan mengenainya dan banyak lagi isu lain dalam Harakah cetak yang akan berada di pasaran 25 November ini. )- mJ

Baca Selanjutnya...

Isu dosa pahala: MB sedia debat dengan ustaz Umno

Wednesday, November 16 @ 17:07:47 MYT
KOTA BHARU, 16 Nov (Hrkh) – Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia pada bila-bila masa sahaja berdebat dengan ‘ustaz’ Umno mengenai isu dosa dan pahala. “Saya merakam ucapan terima kasih banyak kepada pemimpin terbabit yang sanggup hendak berdebat. Dosa dan pahala itu bukan kerja kebangsaan tetapi kerja agama. Ia bukan istilah sains atau kebangsaan tetapi adalah istilah agama. “Macam mana Umno boleh berdebat soal dosa dan pahala kerana fahaman itu tidak ada di dalam agenda perjuangan kebangsaan,” katanya ketika ditemui di sini. Sebelum ini, penceramah Umno, Dato’ Mustapa Taib dilaporkan berkata, pemimpin Umno berlatar belakangkan agama sedia berdebat dengan pemimpin PAS di pentas terbuka berhubung isu mengundi PAS mendapat pahala. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS merakamkan ucapan terima kasih kepada penceramah Umno itu kalau benar-benar beliau mahu berdebat. Sedangkan katanya, ketika muktamar lalu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah mengajak pemimpin Umno berdebat mengenai isu orang Melayu dan surat mengenai pelawaan itu sudah dihantar. Bagaimanapun Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak awal-awal lagi menjawab tidak mahu debat diadakan dengan bermacam-macam alasan diberi termasuk kononnya PAS menipu. “Kita mahu Presiden PAS debat dengan Presiden Umno, timbalan presiden debat sama timbalan presiden. Bila-bila masa sahaja saya juga bersedia, tidak kira di mana sekali pun. Hendak di depan orang ramai atau secara perseorangan atau secara tertutup pun boleh,” ujarnya. - mJ

Baca Selanjutnya...

Rabu, November 16, 2005

MENYIAPKAN MARKAS KAUM TIONGHUA...Masyarakat Cina Pasir Mas bertungkus lumus mempersiapkan bilik gerakan Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir mereka di tengah-tengah bandar Pasir MAS hari ini (16 November). Di Pengkalan Pasir terdapat lebih 863 pengundi Cina. Foto Md Nasir Sudin

Baca Selanjutnya...

Selasa, November 15, 2005

Keengganan ahli hantar anak ke Pasti dikesali

Tuesday, November 15 @ 15:23:29 MYT
MELAKA, 15 Nov (Hrkh) - PAS Kawasan Bukit Katil kesal kerana segelintir ahli PAS tidak menghantar anak mereka belajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), kata Yang Dipertuanya, Haji Mohd Yasin Haji Abd Ghani.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, berkata, amat malang ibu bapa yang menyokong perjuangan Islam tetapi ragu-ragu terhadap kegiatan PAS.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis iftifal dan sambutan hari raya anjuran Pasti Cawangan Bukit Katil, PAS Cawangan Bukit Katil dan PAS Kawasan Bukit Katil di Markas PAS Bukit Katil pagi kelmarin.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 250 tetamu dari seluruh kawasan Bukit Katil. Haji Mohd Yasin berkata, walaupun Pasti sentiasa menghadapi cabaran dan tekanan daripada pihak kerajaan, kepercayaan masyarakat terhadap institusi itu kian meningkat.
Terdahulu Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil yang mewakili PAS Kawasan, Haji Ali Sharif berkata sifat takwa yang dijana pada bulan Ramadan telah menampakkan kejayaan.
"Sifat takwa atau takut kepada Allah mesti ada pada para pejuang agama Allah dan ia perlu dikekalkan," katanya Haji Ali.
Pada majlis tersebut 30 graduan Pasti menerima sijil masing-masing daripada Haji Mohd Yasin. - OS/lanh

Baca Selanjutnya...

Wang Menyerlahkan Sifat Semula Jadi Seseorang

(dipetik dari laman: http://pimpinmelayu.blogspot.com/ )

Ramai mungkin pernah terdengar dan faham ungkapan Inggeris yang berbunyi: Money changes a man. Yang bermaksud, wang ringgit merubah seseorang. Namun, ada satu lagi ungkapan yang hampir sama yang berbunyi: Money reveals a person. Yang bermaksud, wang ringgit menzahirkan sifat semula jadi seseorang. Dalam banyak hal, falsafah peribadi saya dalam menilai perubahan yang berlaku kepada sahabat, handai dan taulan ialah money reveals a person. Pun begitu dalam saya menilai sesuatu perjuangan. Bagi saya, manusia atau organisasi adalah sama sifatnya, jika pada asalnya substance dan nawaitu memang tidak wujud atau tidak seberapa, demi masa, wang ringgit dan kemewahan material akan menyerlah kepalsuan, hipokrisi, lantas merobah dan merobek semangat juang.

Jadual di bawah ialah perubahan undi yang dirakam dalam bentuk peratusan (%) bagi DUN Pengkalan Pasir mengikut peti undi. Angka-angka dalam kurungan membayangkan perubahan negatif. Dalam bahasa pasar, angka dalam kurungan membawa maksud peratusan lunturnya atau terhakisnya pengaruh atau sokongan.

Sebagai contoh, untuk peti undi Banggol Chicha. Dalam tahun 2004 UMNO mendapat 387 undi berbanding dengan 340 dalam tahun 1999. Ini bermaksud, dalam tempoh lima tahun bermula 1999 hingga 2004, pengaruh UMNO bertambah sebanyak 13.82%. Dalam masa yang sama, PAS mendapat 388 undi dalam tahun 2004 berbanding dengan 441 undi dalam tahun 1999. Ini bermaksud pengaruh/sokongan kepada PAS telah menurun sebanyak 12.02%.

Dalam tahun 1995, di peti udi Banggol Chicha, UMNO mendapat 347 undi. Ini bermakna jika dibandingkan undi 340 yang diperolehi dalam tahun 1999, pengaruh atau sokongan terhadap UMNO terhakis sebanyak 2.02% dalam tahun 1999. Dimasa yang sama PAS mendapat 328 undi dalam tahun 1995. Dan jika dibandingkan angka ini dengan undi sebanyak 441 yang diperolehi dalam tahun 1999, ini bermakna sokongan terhadap PAS melonjak sebanyak 34.45%.

Dari mana datang sokongan sebanyak 34.45% itu? Yang pastinya 2.02% datang dari penyokong UMNO yang bertindak memangkah PAS dalam tahun tersebut! 32.43% yang selebehnya datang dari pengundi baru (baik yang baru mendaftar, atau yang lama mendaftar tapi baru kali pertama tergerak hati untuk pergi menggundi kerana melepas geram).

Peti Undi

(Kolum 1) % Perubahan Undi UMNO 99-04

(Kolum 2) % Perubahan Undi UMNO 95-99

(Kolum 3) % Perubahan Undi PAS 99-04

(Kolum 4) % Perubahan Undi PAS 95-99

(Kolum5) % Pengaruh Baru PAS 95-99

(Kolum6) % Hilang Pengaruh PAS 99-04

Banggol Chicha

13.82

(2.02)

(12.02)

34.45

32.43

44.45

Banggol Ara

33.63

(10.08)

(12.55)

38.15

28.07

40.62

Slow Machang

38.04

5.75

(13.59)

24.32

24.00

37.59

Kasa

45.07

(10.23)

(13.08)

27.93

17.70

30.79

Sakar

45.99

5.51

(14.67)

16.46

16.00

30.67

Pengkalan Pasir

51.91

(8.23)

(20.16)

18.29

10.06

30.22

Kubang Badak

28.93

(13.74)

(17.17)

14.57

0.83

18.00

Aur China

54.89

(16.36)

(2.23)

27.92

11.56

13.78

Kubang Gatal

27.93

(9.39)

(11.55)

11.15

1.76

13.31

Jalan Pasir Pekan

9.73

(7.35)

(3.85)

16.73

9.39

13.24

Kubang Bemban

43.33

(2.97)

(1.03)

9.51

6.54

7.57

Lubok Anching

39.53

19.44

39

12.71

13.00

6.61

Kampong Dangar

40.77

-

(12.94)

.

.

.

Kampong Bharu

43.16

(55.84)

(16.07)

(30.48)

.

.

Undi Pos

90.00

(45.31)

34.15

(52.87)

.

.

Purata

37.72

(9.56)

(11.27)

21.53

11.97

23.23

Apa yang dimaksudkan peratusan PAS hilang pengaruh dalam tahun-tahun 1999 hingga 2004 (Kolum 6)? Masih lagi mengambil peti undi Banggol Chicha sebagai contoh, Kolum 3 menunjukan peratusan sokongan yang hilang untuk PAS dalam tahun 2004. Tetapi 12.02% bukanlah gambar sepenuhnya. Sebelum itu dalam tahun 1999 PAS pernah meraih lonjakan sokongan sebanyak 32.43% (kolum 5). Kemana perginya jumlah sokongan itu. Jika hilang semua 32.43% pun, maka dalam tahun 2004, hakisan sokongan adalah 0%. Tapi ini tidak. Bukan sahaja 32.43% sokongan "terlepas," malah negatif pula 12,02%. Maksudnya, dalam tahun 2004, untuk peti undi Banggol Chicha, PAS kehilangan sokongan pada kadar "hakiki" 44.45% berbanding dengan 1999.

Apa sudah jadi dengan PAS? Dengan kepimpinan ulama? Untuk DUN Pengkalan Pasir, pada puratanya UMNO berjaya mendapat lonjakan sokongan sebanyak 37.72% berbanding dengan PAS yang hilang 9.56%. Dan kalau diambil kira sokongan "hakiki" yang hilang, PAS sudah "tidak popular" pada kadar 23.23%.

Bagaimana agaknya nasib PAS dalam pilihan raya kecil yang akan datang?

Baca Selanjutnya...

When Money Whistles All Dogs Come and Play Tricks: Bila Wang Bersiul Semua Anjing Akan Datang Beraksi

(dipetik dari laman: http://pimpinmelayu.blogspot.com/ )

Ungkapan yang menjadi tajuk post kononnya berasal dari bangsa Levant. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa bangsa Levant ialah Yahudi, manakala sesetengah pula mengatakan bahawa mereka itu adalah bangsa Arab Kristian.
Apa dan siapa bangsa Levant tidak penting, namum ungkapan yang dikaitkan dengan mereka itu sungguh jelas, lagi memperihalkan sifat hakiki manusia. Tidak perlu kupasan panjang lebar – bahawa kita semua punyai harga dengan mana kita boleh dibeli.
Khabar angin liar hari ini membayangkan betapa penyokong kedua-dua parti yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir terlalu ingin melihat per-te’wah-an [sila lihat nota kaki] ini menjadi perlawanan satu lawan satu.
Andai kata Tok Heng (Datuk Ibrahim Ali) atas apa sebab sekali pun mengambil keputusan untuk tidak bertanding. Sekali gus, keputusan yang sungguh berwibawa itu akan membolehkan umat Melayu di negara ini, di Singapura, di Selatan Thai, di Afrika Selatan dan di Brunei menyaksikan dengan jelas tanpa apa-apa kacamata atau perspektif, sejauh mana lagi pengaruh PAS masih ada di Kelantan.
Sebelum ini saya telah membincangkan data pilihan raya yang membayangkan bahawa PAS di bawah kepimpinan ulama telah tidak berjaya menahan kelunturan sokongan dalam DUN Pengkalan Pasir pada kadar 4.65% setahun atau 23.23% dalam tempoh lima tahun dari 1999 hingga 2004.
Andai kata kini PAS yang diterajui professional atau PAS-IKD -- mengambil sempena nama pentas di mana Setiausaha Agung PAS yang baru mencipta nama, iaitu Institut Kaji Dasar atau lebih mesra lagi di kenali sebagai IKD – tidak mempunyai masa yang cukup selepas mengambil alih PAS untuk menyekat hakisan; maka itu kita pemerhati bakal saksikan bahawa pada pilihan raya kecil kali ini, paling tidak pun, sokongan terhadap PAS akan luntur juga pada kadar, 4.56%.
Berapa ramai pengundi akal keluar mengundi kali ini? Biasanya untuk DUN Pengkalan Pasir rekod keluar mengundi ialah sekitar 75%. Dan daftar pemilih terbaharu mengandungi nama sejumlah 18,411 orang.
Baiklah, mungkin kerana jentera parti kedua pihak kini boleh menumpu usaha sepenuhnya untuk memastikan semua yang boleh mengundi keluar mengundi, katakan 85% atau 14,280 orang dari yang terdaftar keluar menggundi. Apa akan jadi?
Tanpa mengambil kira faktor calun, yakni UMNO mencalunkan segala nama lain kecuali nama Johan Che Pa seperti yang disebut-sebut, yang mana kalau nama tersebut dicalunkan, maka beliau semestinya akan menjadi laksana “pesta pulut durian” kepada PAS kerana faktor-faktor “kewibawaan yang belum selesai”; dan hanya mengambil kira faktor “mass consciousness” yakni “kesedaran atau keinginan massa yang tersirat” UMNO akan mendapat 9,065 undi berbanding PAS 7,584 undi. Yakni, UMNO akan menang pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir dengan majoriti 1,482 undi.
(Nota: Te’wah = istilah Kelantan yang bermaksud pertandingan. Apostrophe dalam ejaan berfungsi sama seperti “sabdu” dalam ejaan Arab yang ada baris. Seperti juga dengan perkataan “woh topoh” atau "buah topoh" yang berasal dari perkataan Arab “tofrah” atau apple, perkataan te’wah ini mungkin satu bastardization perkataan Arab “tilawah” yang bermaksud pertandingan.)

Baca Selanjutnya...

Isnin, November 14, 2005

Najib perlu letak jawatan sekiranya PAS menang – Husam

Monday, November 14 @ 19:53:54 MYT
Umno perlu buktikan kemampuannya memajukan negeri dengan memajukan terlebih dahulu 21 DUN yang telah mereka menangi sebelum meminta kerajaan negeri membubarkan Dewan
KOTA BHARU, 14 Nov (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa menyifatkan cadangan Dato' Seri Najib Razak supaya Kelantan membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya BN memenangi pilihan raya kecil Pengkalan Pasir seumpama 'belum duduk sudah bersila'. Beliau berkata, cadangan itu bukan sahaja tidak wajar bahkan juga kurang beradab kerana keputusan pilihan raya belum diketahui lagi. "Jangankan nak dapat keputusan pilihan raya, penamaan calon pun belum lagi, jadi tak perlulah nak bangkitkan perkara ni, nampak sangat kita tamak kuasa dan nak kerusi," ujarnya kepada pemberita hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang meminta supaya kerajaan Kelantan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya peringkat negeri jika PAS kalah di Dun Pengkalan Pasir pada 6 Disember ini. Najib dilaporkan berkata, walaupun pembubaran DUN bukan wajib mengikut perlembagaan namun dari segi moral, PAS berkewajipan memberi peluang kepada rakyat Kelantan menyuarakan pandangan melalui pilihan raya negeri. Husam yang anggota Exco kerajaan negeri berkata, kenyataan sedemikian tidak wajar dibuat oleh seorang pemimpin utama negara. "Boleh jadi PAS yang menang dalam pilihan raya itu dan sekiranya PAS menang adakah Najib bersedia melepaskan jawatannya," katanya. Katanya juga, keputusan pilihan raya kecil itu tidak boleh dijadikan gambaran sebenar hasrat rakyat negeri ini kerana PAS terpaksa berhadapan dengan pelbagai kepungan, ugutan dan jentera kerajaan. Menurutnya juga, kenyataan Najib sedemikian menggambarkan parti itu tamak kuasa. “Umno tidak seharusnya berebut untuk menambah jumlah kerusi semata-mata sekiranya 21 kerusi yang dimenangi mereka belum dibuat sebarang tindakan pembangunan. "Cuba berikan contoh pembangunan yang dibuat dalam Parlimen Bachok, sedangkan di situ terdapatnya seorang Timbalan Menteri. Bukan itu sahaja, seorang mangsa hempakan replika menara berkembar dari Bachok yang meninggal, apa bantuan yang diberikan mereka, kerajaan negeri juga yang hulurkan, jadi apa ertinya jika hanya ingin menambahkan jumlah kerusi semata-mata," ujarnya. Katanya, apa yang penting sekarang mereka hendaklah memajukan terlebih dahulu 21 DUN yang telah mereka menangi sebelum meminta kerajaan negeri membubarkan Dewan. - /mj

Baca Selanjutnya...

PAS akan pastikan kemenangan di Pengkalan Pasir

Monday, November 14 @ 14:41:18 MYT

Ini kerana Kelantan merupakan kubu terakhir untuk orang Melayu dan Islam di Malaysia kerana kita melihat kemenangan nanti berkaitan orang Melayu yang dikianati terus menerus.
 
Oleh ROY RASUL
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Hrkh) – Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, erti tewas dalam pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir, Kelantan, tiada langsung dalam kamus PAS, apa lagi untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
 
Menurutnya, perkara paling penting adalah untuk mempertahankan kerusi tersebut malah tegasnya tidak ada hajat langsung melakukan pembubaran. Oleh kerana itu katanya, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak perlu sibuk untuk menyarankan kerajaan Kelantan membubarkan Dunnya.
 
“Lebih baik Najib selesaikan dulu masalahnya dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum menyerang PAS,” katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, permintaan Najib supaya dibubarkan Dun Kelantan menunjukkan beliau cuba menutup perbalahan ‘team’ (pasukan) beliau dengan ‘team’ Abdullah dalam hal politik mereka.
 
Najib hari ini dipetik sebuah akhbar tempatan sebagai berkata bahawa PAS wajar bubar Dun jika tewas di Pengkalan Pasir dalam pilihan raya kecil pada 6 Disember nanti.
Menurut Ustaz Nasharudin, ini menampakkan Najib cuba meletakkan beban mereka kepada PAS di atas percanggahan pendapat sesama sendiri untuk menentukan calon Barisan Nasional (BN).
 
Namun katanya, bagi PAS tidak ada masalah kerana gerak kerja yang diatur cukup kemas bagi menghadapi pihak lawan.Sehubungan itu, katanya pengundi perlu beri keyakinan kepada PAS untuk mengekalkan kerusi tersebut sekali gus melangsungkan agenda negara.
 
“Ini kerana Kelantan merupakan kubu terakhir untuk orang Melayu dan Islam di Malaysia kerana kita melihat kemenangan nanti berkaitan orang Melayu yang dikianati terus menerus bahkan ia makin jelas kelihatan contohnya penjulan ekuiti dalam syarikat-syarikat bumiputera kepada firma Singapura,” dakwanya.
 
Begitu juga katanya, dalam hal yang berkaitan negara menunjukkan banyak harta negara dimiliki warga dan firma asing.“Jika dibandingkan zaman Abdullah dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad banyak ketaranya kerana pada zaman Mahathir, negara lebih ke depan kerana Mahathir dapat pertahan sesetengah hak rakyat,” dakwanya. – lanh

Baca Selanjutnya...

Ahad, November 13, 2005

PAS Yakin BN akan guna rasuah - Presiden PAS

Sunday, November 13 @ 15:52:40 MYT
"Saya yakin pilihan raya kecil ini akan berlakunya rasuah," kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Hrkh) - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir yang dijadualkan 6 Disember ini akan diadaptasi Barisan Nasional (BN) dengan amalan rasuah dan politik wang untuk memancing pengundi merampas kerusi Dun tersebut, kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru, Haji Abdul Hadi Awang."Saya yakin pilihan raya kecil ini akan berlakunya rasuah," kata beliau ketika mempengerusikan sidang media sebelum Majlis Rumah Terbuka PAS di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar di sini sebentar tadi.
Turut serta dalam sidang media itu ialah, Naib Presiden PAS, Husam Musa dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar. Mengulas lanjut kenyataan itu beliau berkata, secara umumnya sebelum ini dalam pilihan raya umum, umno menggunakan pendekatan politik wang dan rasuah untuk terus berkuasa.Malah katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satru pertemuan dengan PAS sebelum ini pernah mengakui bahawa pilihan raya umum yang lalu berlakunya politik wang dan pelbagai penyelewengan oleh parti pemerintah.
Beliau juga turut menyatakan bahawa, dalam pemilihan jawatan parti Umno sendiri berlakunya wabak politik wang dan rasuah yang begitu hebat sekali sehingga beberapa individu telahpun diambil tindakan kerana didapati terlibat dengan politik wang.Tidak cukup dengan itu katanya, sebelum pilihan raya lagi, media cetak dan elektronik sudah muda memburuk-burukkan PAS dan membuat laporan yang berat sebelah.
Bagaimanapun beliau terus berharap agar kerajaan terutamanya SPR agar terus komited memperbaiki ruang demokrasi dan memberi kebebasan kepada pembangkang menyuarakan pandangan mereka, katanya.
Sementara itu Husam pula menyatakan, Umno telahpun mula mengumpulkan 'juak-juak' mereka di Pengkalan Pasir bagi berkempen di sana. Malah ada diantara juak mereka itu adalah orang yang amat disyakki terlibat dalam politik wang ketika pemilihan jawatan dalam Umno sebelum ini, tetapi individu itu katanya terlepas dari tindakan oleh Tatatertib Umno, kata Husam.
Dalam pada itu PAS Kelantan turut dinasihati agar memperhalusi nama-nama calon yang telah diserah kepada PAS Pusat, kata Tuan Guru Abdul Hadi. "Kita mahu calon yang berakhlak, berilmu dan mempunyai pengaruh setempat," katanya ketika diminta mengulas kriteria calon bagi Dun Pengkalan Pasir.
Sehingga kini katanya, PAS Kelantan telah menyerahkan antara empat hingga lima nama sebagai senarai calon PAS yang akan bertanding di Pengkalan Pasir.-wn.

Baca Selanjutnya...

Ezam tidak masuk Umno tetapi tubuh Gerak perjuang demokrasi

Sunday, November 13 @ 11:54:55 MYT
"Gerak membuka penyertaan kepada setiap rakyat Malaysia sebagai sukarelawan Gerak, yang melangkaui batasan politik, bebas dan bukan sebahagian daripada mana-mana parti politik di negara ini, termasuk PKR dalam usaha berkongsi aspirasi dan berjuang bersungguh-sungguh ke arah memperkukuh demokrasi dan menghapus korupsi di negara ini sehingga lahir sebuah negara yang berwibawa dan mampu menghadapi persaingan zaman,"
Oleh ANIS NAZRI
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda Parti KeADILan Rakyat (AMK-PKR ) Mohamad Ezam Mohd Nor, menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau kononnya telah menyertai Umno, sebaliknya menubuhkan sebuah badan bebas bagi memperjuangkan demokrasi dan membanteras rasuah.
Badan bebas tersebut, Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) telah ditubuhkan beliau bagi membina urustadbir bersih (good governance), di mana kedua-dua elemen penting iaitu pengukuhan demokrasi dan penghapusan korupsi sudah terkebelakang di Malaysia.
Malah katanya, media yang menjadi nafas bagi setiap sistem demokrasi masih dibelenggu dengan akta kuno dan zalim seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Percetakan.
Ezam berkata demikian dalam sidang media khasnya kepada wartawan di Pejabat PKR, di Tun Sambanthan, hari ini.
Ezam yang sebelum ini pernah didakwa di bawah OSA berhubung dakwaan rasuahnya terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Rafidah Aziz itu, berkata usaha penghapusan rasuah masih di tahap yang lemah dan tidak bersungguh-sungguh.
Beliau menambah, pendakwaan masih bersifat selektif dan yang paling ketara Badan Pencegah Rasuah (BPR) masih diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang tentunya membataskan kebebasab pegawai BPR untuk melaksanakan tugas tanpa rasa takut.
Beliau berkata, atas sebab berkenaan, maka Gerak ditubuhkan oleh beliau dan beberapa orang temannya dalam usaha berjuang melakukan perubahan, khususnya dalam menjadikan negara ini mampu berdiri sebagai sebuah negara yang berwibawa.
Justeru, katanya, Gerak akan bergerak atas lima asas utama iaitu, pendidikan, di mana program seperti "Gerak Zon Bebas Korupsi" akan dilaksanakan untuk merubah sikap masyarakat terhadap korupsi serta membina budaya yang membenci korupsi.
Seterusnya, badan ini akan memperjuangkan kebebasan institusi kehakiman dan kewibawaan undang-undang, Selain itu asas ytang ketiga, Gerak akan memperjuangkan media yang bebas, di mana bagi Gerak, sebuah negara demokrasi tidak akan berfungsi secara adil sekianya media dikekang.
Asas yang keempat pula Gerak menumpukan kepada institusi anti korupsi yang bebas, di mana ia perlu ditubuhkan seperti di negara-negara lain serta terus berjuang untuk menjadikan BPR sebagai sebuah institusi yang bebas.
Sementara perkara yang kelima, Gerak bercita-cita membentuk jaringan kerjasama antara institusi masyarakat, di mana kerjasama antara golongan akademik, NGO, media, badan agama dan parti politik harus dijuruskan ke arah membina suasana yang terbuka, terutamanya di dalam memperkukuhkan perubahan undang-undang.
Menurut Ezam, Gerak akan dilancarkan di setiap negeri bermula di Kedah pada 18 November akan datang bersempena menghormati dan menyanjungi perjuangan Almarhum mantan Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Nor yang mengasaskan Gerak, sebuah gabungan parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersama menuntut reformasi di negara ini sebaik selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dan ditahan.
"Gerak membuka penyertaan kepada setiap rakyat Malaysia sebagai sukarelawan Gerak, yang melangkaui batasan politik, bebas dan bukan sebahagian daripada mana-mana parti politik di negara ini, termasuk PKR dalam usaha berkongsi aspirasi dan berjuang bersungguh-sungguh ke arah memperkukuh demokrasi dan menghapus korupsi di negara ini sehingga lahir sebuah negara yang berwibawa dan mampu menghadapi persaingan zaman," tegas beliau lagi.-wn.

Baca Selanjutnya...

IKTIBAR PERISTIWA UHUD

خطبة فرتام اوليه
اريس حزلان حاج إسماعيلإ
الحمدَ للهِ نَحمَدُهُ وَنَستَعِينُهُ ونَستَهدِيهِ وَنَستَغفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِن شُرُورِ أَنفُسِنَا وَمِن سَيِّئَاتِ أَعمَالِنَا, مَن يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُّرْشِدًا. نََشهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَنَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا محمدٍ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ, وَعَلَى آَلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِيْنَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ. فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ, وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
واهي همب2 الله! برتقواله كفد الله دغن سبنر2 تقوى دان جاغنله كامو ماتي ملأينكن دالم كادأن كامو منجادي اورغ2 إسلام.مسلمين سيدغ جمعة سكلين!
Ramadhan telah pergi. Kini Syawal menjelma. Semoga Allah menerima segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Semoga Allah menjadikan kita terus istiqomah dalam melakukan ibadat di bulan Syawal dan bulan2 seterusnya. Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa mengambil iktibar dan pengajaran di atas semua perkara yang berlaku...سوداراكو قوم مسلمين سكلين!Semua umat Islam mengetahui bahawa bulan Syawal merakamkan peristiwa yang yangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Peperangan Uhud. Peperangan ini berlaku pada tahun ke-3H.Sebelum itu, umat Islam yang baru 2 tahun mendirikan Negara Islam di Madinah telah mengejut dunia apabila berjaya mengalahkan pasukan tentera musyrikin yang jauh lebih kuat dan lebih besar bilangannya di medan Badar. Kekalahan kaum musyrikin pada 17 Ramadhan tahun ke 2H itu amat memalukan mereka. Perasaan sedih, malu, dendam, rasa terhina dan dihina itu menyelubungi mereka selama setahun dan akhirnya mendorong mereka merancang untuk bertindak membalas dendam ke atas Rasulullah SAW dan umat Islam di Madinah.Mereka bertindak merampas harta-harta dagang milik saudagar Makkah untuk membiayai peperangan menentang umat Islam. Kemudian mereka meminta pemidato-pemidato serta para penyair dan artis untuk untuk meniupkan semangat menentang Islam menerusi pidato, syair dan nyanyian mereka. Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil yang mereka harapkan; seramai 3,000 orang bala tentera yang lengkap bersenjata, 3,000 ekor unta, 200 ekor kuda penyerang dan 700 baju berantai berjaya dikumpulkan untuk memerangi kota Madinah Al Munawwarah. Mereka juga mengumpulkan wanita-wanita cantik untuk mengiringi dan memberikan tiupan semangat kepada tentera musyrikin.Abu Sufyan bin Harb diangkat menjadi komandan tertinggi dengan dibantu oleh Khalid ibnul Walid dan Ikrimah Abu Jahl sebagai ketua pasukan berkuda. Manakala bendera diserah kepada Bani Abdud-Dar. Dengan pasukan yang begitu hebat, mereka bergerak menuju ke Madinah dengan begitu angkuh dan sombong untuk memerangi Allah dan rasul-Nya.
Muslimin sekalian… Di pihak umat Islam, sebaik sahaja menerima berita berkenaan, kota Madinah diletak dalam keadaan berjaga2. Setiap orang membawa senjata sepanjang masa hinggakan ketika masuk ke masjid untuk menunaikan sembahyang juga mereka membawa senjata. Tiga orang Ansar ditugaskan untuk mengawal dan menjaga keselamatan Rasulullah SAW. Di waktu malam mereka bertiga tidur bersama senjata di hadapan pintu rumah Rasulullah SAW. Setiap lorong di Madinah dan jalan masuk ke kota itu dikawal rapi kerana bimbang musuh akan datang secara mengejut.Dalam pada itu Rasulullah SAW mengumpulkan ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi Tentera Islam untuk bermesyuarat membincangkan peperangan yang bakal meletus. Setelah mengadakan perbincangan terperinci akhirnya Rasulullah SAW menerima pandangan para sahabat supaya keluar menentang musuh di luar kota Madinah dan tidak hanya menunggu sehingga musuh masuk ke kota itu.Rasulullah SAW kemudiannya menyampaikan khutbah Jumaat dengan penuh semangat menyeru umat Islam supaya bangun berjihad mempertahankan Islam dan kota Madinah. Ucapan berkenaan menaikkan semangat umat Islam dan penduduk Madinah. Mereka berkumpul di Masjid Nabawi menanti Rasulullah SAW dan Abu Bakar srta Umar yang sdang berada di dalam rumah baginda. Sebaik sahaja Rasulullah SAW keluar, mereka mndapati baginda sudah lengkap berpakaian perang dengan berserban dan dua lapis baju berantai serta membawa pedang. Baginda bersabda: “Tidak sepatutnya bagi seorang nabi, apabila sudah memakai baju berantai (untuk keluar berperang) lalu dia membukanya kembali. Biarlah sehingga Allah menentukan keputusan di antaranya dan musuhnya."Seterusnya tentera Islam yang berjumlah 1,000 orang bergerak keluar daripada Kota Madinah Al Munawwarah untuk bertempur dengan 3,000 tentera musyrikin. 100 orang daripada mujahidin Islam memakai baju besi, 50 orang berkuda. Pasukan Islam turut disertai oleh beberapa orang kanak-kanak yang telah diuji kekuatan mereka oleh Rasulullah SAW. Ketika baginda membenarkan seorang kanak-kanak bernama Rafi’ bin Khadij menyertai peperangan, seorang lagi kanak-kanak bernama Samrah bin Jundub memprotes dengan katanya, “Wahai Rasulullah, walaupun saya lebih kecil daripada Rafi’, tetapi saya lebih kuat daripadanya.” Lalu Rasulullah SAW menyuruh mereka berdua beradu tenaga dan akhirnya Jundub berjaya mengalahkan Rafi’, maka Rasulullah SAW membenarkan Jundub ikut serta dalam peperangan. Demikianlah bersemangatnya umat Islam ketika itu termasuk kanak-kanak yang ingin turut serta berjihad menentang musuh Islam.
Saudaraku kaum Muslimin sekalian... Tentera Islam kemudiannya bermalam di satu tempat bernama Syaikhan. Keesokan harinya, setelah mentari pagi menyinsing mereka dapati mereka sudah begitu hampir dengan kedudukan musuh sehingga dapat melihat antara satu sama lain. Ketika itu orang-orang munafiq pimpinan Abdullah bin Ubay yang turut serta bersama tentera Islam mula merasa takut. Di saat itu Abdullah bin Ubay dan pengikutnya telah menzahirkan sifat nifaq mereka dengan mengajak tentera Islam supaya berundur. Mereka berjaya mempengaruhi 300 orang tentera Islam untuk kembali ke Madinah. Maka tinggallah 700 orang mujahidin yang ikhlas bersama-sama Rasulullah SAW untuk berhadapan dengan 3,000 tentera musyrikin.Sebelum memulakan pertempuran Rasulullah SAW mengarahkan 50 orang pasukan pemanah pimpinan Abdullah bin Jubair naik ke atas sebuah bukit kecil di hadapan gunung Uhud untuk menghalang serangan mengejut pasukan berkuda musyrikin dari belakang. Mereka dilarang meninggalkan bukit berkenaan sehinggalah menerima arahan daripada Rasulullah SAW.Di bawah pula baginda menugaskan pasukan Munzir bin Amru di bahagian sayap kanan dan Zubair bin Awwam di sayap kiri. Baginda kemudiannya menyampaikan ucapan memberikan semangat kepada tentera Islam. Antaranya, sambil menghunuskan pedangnya baginda bersabda, “Siapakah di antara kalian yang mahu menunaikan hak pedang ini?” Beberapa orang sahabat termasuk Umar, Ali dan Zubair bangun untuk merebut pedang Rasulullah SAW. Tetapi baginda tidak menyerahkan pedangnya sehinggalah bangun seorang sahabat yang bernama Abu Dujanah dan bertanya, “Ya Rasulullah, apakah dia hak pedang ini?” Baginda menjawab, “Iaitu kamu menggunakannya untuk menetak musuh sehingga dia menjadi bengkok.” Abu Dujanah berkata, “Sayalah yang mengambilnya dan menunaikan haknya.”Setelah pedang itu diserahkan kepada Abu Dujanah, dia melilitkan kain merah di kepalanya dan berjalan dengan megah. Lilitan kain merah menandakan seseorang itu akan bertempur sehingga mati. Melihat kelakuan Abu Dujanah, Rasulullah SAW bersabda, “Cara berjalan seperti itu adalah dimurkai Allah, kecuali dalam keadaan seperti sekarang.”Saudaraku kaum Muslimin sekalian... Apabila kedua-dua pihak hampir bertembung, seorang panglima quraisy, Talhah bin Abi Talhah Al ‘Abdari tampil dengan menonggang unta mencabar tentera Islam beradu tenaga. Cabarannya disahut oleh Zubair bin Awwam yang terus melompat di atas belakang unta yang ditonggang Talhah. Talhah yang terkenal sebagai panglima quraisy yang gagah berani akhirnya mati menyembah bumi setelah dibunuh oleh Zubair dari atas belakang unta.Rasulullah SAW yang menyaksikan perlawanan yang sangat menarik itu terus melaungkan takbir, “Allahu Akbar!” dan diikuti oleh tentara Islam. Maka berlakulah pertempuran yang dahsyat. Dalam waktu yang singkat tentera musyrikin menjadi begitu lemah. Seorang demi seorang pemegang bendera dibunuh oleh tentera Islam.Para pahlawan Islam yang berbekalkan iman yang cintakan mati syahid terus memburu musuh habis-habisan laksana air bah memecah empangan. Abu Dujanah yang menerima pedang Rasulullah SAW, telah menunaikan hak pedang itu. Beliau membunuh setiap musuh yang melintas di hadapannya. Sehinggalah beliau gugur sebagai salah seorang syuhada’. Tentera musyrikin akhirnya bertempiaran lari meninggalkan segala harta yang mereka bawa. Tentara Islam sangat gembira dengan kemenangan ini dan mereka mula mengumpulkan harta yang ditinggalkan.
Saudaraku kaum Muslimin sekalian... Sesungguhnya umat Islam sering berhadapan dengan ujian apabila berada di ambang kemenangan. Harta yang ditinggalkan musuh menjadi penyebab tertewasnya umat Islam.Apabila melihat tentera Islam di bawah sedang mengumpulkan harta peninggalan itu, 50 orang pemanah yang berada di atas bukit mula merasa resah dan mereka juga ingin mengutip harta berkenaan. Walaupun dilarang oleh ketua mereka Abdullah bin Jubair, mereka tidak mengendahkannya dan terus turun daripada bukit. Mereka lupa kepada pesanan Rasulullah SAW supaya jangan meninggalkan bukit walau apapun berlaku. Tinggallah Abdullah dan 9 orang lagi yang masih berkawal di atas bukit.Melihatkan kelalaian ini, tentera berkuda musyrikin pimpinan Khalid bin Al Walid segera mengambil kesempatan dengan menyerang daripada belakang. Kesemua 10 orang pemanah yang masih tinggal di atas bukit dibunuh oleh mereka. Serangan yang tidak disangka-sangkakan oleh umat Islam ini menyebabkan mereka tidak mampu bertahan. Pertolongan Allah sudah dihentikan lantaran keengkaran sebahagian mereka terhadap hukum Rasulullah. Seorang demi seorang sahabat rebah ke bumi.Di saat-saat genting itu Rasulullah SAW menjadi sasaran serangan musuh. Mereka mengerumuni baginda yang ketika itu hanya dikawal oleh 9 orang sahabat. Seorang demi seorang pengawal berkenaan dibunuh. Namun yang hidup terus mempertahankan Rasulullah SAW. Ada di antara mereka yang menjadikan belakangnya sebagai perisai menghalang anak panah yang dihalakan ke batang tubuh Rasulullah. Akhirnya benteng musyrikin yang melengkongi Rasulullah berjaya ditembusi oleh beberapa orang sahabat termasuk Saidina Abu Bakar, Ali, Abu Ubaidah, Mus’ab bin Umair dan seorang muslimah bernama Nusaibah bin Kaab. Dengan semangat kepahlawanan Islam, mereka berjaya menyelamatkan Rasulullah SAW. Kepala dan pipi Rasulullah SAW berdarah, giginya patah. Baginda bersabda, “Allah sangat murka pada hari ini kepada kaum yang melukakan muka RasulNya.” Baginda diam seketika dan kemudian bersabda:اللهم اهد قومي فإنهم لا يعلمون“Ya Allah, berilah petunjuk hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka melakukan demikian kerana mereka tidak mengerti kebenaran.”Sementara Malik bin Sinan pula menghisap dan menahan darah Rasulullah SAW lalu baginda bersabda, “Sesiapa yang darahnya bersentuh dengan darahku maka dia tidak akan disentuh oleh api neraka.”Di saat cemas itu, Rasulullah SAW berjaya mencederakan sehingga menyebabkan kematian seorangmuyrik yang bernama Ubai bin Khalaf. Amat besarlah azab Allah ke atas orang yang membunuh rasul dan orang yang dibunuh oleh rasul!Peperangan ini juga menyaksikan kekejaman tentera Quraisy yang mencincang tubuh para syuhada’ yang sudah tidak bernyawa. Muka mereka dicincang dan dikelar sehingga tidak dapat dikenali lagi. Manakala bapa saudara Rasulullah SAW, Saidina Hamzah bin Abd Muttalib ditebuk dadanya dan dikeluarkan jantungnya untuk dimamah oleh Hindun.Kaum Muslimin sekalian... Sesungguhnya mengajar kita beberapa perkara, antaranya:
Pertama: Kemenangan umat Islam adalah bergantung kepada sejauh mana mereka taat perintah Allah dan RasulNya. Apabila mereka sudah tidak taat kepada Rasulullah SAW, maka Allah tidak akan menolong mereka.
Kedua: Seseorang pemimpin hendaklah menghidupkan budaya musyawarah dan perbincangan bagi mengambil sesuatu ketetapan.
Ketiga: Kecantikan wanita, seni muzik dan sebagainya sering digunakan oleh musuh Islam untuk merosakkan manusia. Ini dapat dilihat daripada tindakan kaum Musyrikin yang mempergunakan golongan ini meniupkan semangat menentang Islam.
Keempat: Peperangan ini menyaksikan sifat mulia Rasulullah SAW. Walaupun baginda dicederakan, namun baginda masih berdoa kepada Allah supaya diberikan hidayah dan petunjuk kepada kaumnya yang menentangnya.Sidang Jumaat sekalian, Allah berfirman di dalam Surah Al Baqarah, ayat 154-157:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيموَلاَ تَقُولُواْ لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبيلِ اللّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاء وَلَكِن لاَّ تَشْعُرُونَ {2/154} وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ {2/155} الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ {2/156} أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ {2/157}
Maksudnya:“Dan janganlah engkau berkata kepada orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu sebenarnya hidup tetapi kamu tidak menyedarinya. Dan demi sesungguhnya kamu akan uji kamu dengan ujian berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa raga serta buah-buahan, dan berilah berita gembira kepada mereka yang bersabar. Iaitu orang2 yang apabila mereka ditimpa bencana lantas mereka berkata: إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Merekalah beroleh salawat dan rahmat dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah.”
بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ بِالقُرْاَنِ الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِما فيه من الآَيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهَ , إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمَ . أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِى وَلَكُمْ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

Baca Selanjutnya...

AQIDAH ASAS PERJUANGAN ISLAM

Oleh: Ibnu Ismail (ibnuismail@yahoo.com)
Dunia hari ini mempamerkan berbagai-bagai bentuk, corak, dasar dan asas perjuangan. Ada yang berjuang untuk membela kaum atau bangsa tertentu. Ada yang berjuang untuk memperoleh pembangunan material. Ada juga perjuangan yang sekadar untuk menjatuhkan pemimpin tertentu daripada tampuk kekuasaan.Perjuangan Islam adalah: Perjuangan yang meletakkan keredaan Allah sebagai matlamat utama. Visinya ialah: untuk mendaulatkan Islam sebagai agama yang dianuti dan diamalkan oleh masyarakatmenjadikan Islam rujukan dan panduan berpolitik, bernegara, berekonomi dan bersosialjuga dibina atas dasar untuk menentang sebarang unsur yang menghalang pelaksanaan syariat Allah dan menentang musuh-musuh yang cuba menghina, menindas dan menzalimi umat Islam.Dengan matlamat dan wawasan yang begitu besar, maka perjuangan ini perlu di bina di atas tapak (asas) yang kukuh. Tidak ada satu tapak yang lebih kukuh berbanding tapak AQIDAH. Atas asas aqidah inilah Sayidina Bilal merelakan dirinya diheret di padang pasir di bawah terik mentari serta dihempap batu besar. Atas asas ini jugalah Ammar bin Yasir tidak mengubah pengakuan syahadahnya walaupun dipertontonkan pembunuhan bapa (Yasir) dan ibunya (Sumaiyah) di hadapan matanya.Mereka yang berjuang tanpa asas yang kukuh, tidak akan istiqamah di atas jalan perjuangannya. Tiba waktunya, mereka akan bertempiaran melarikan diri daripada perjuangan.APA ITU AQIDAH ISLAM?Aqidah Islam ialah simpulan, ikatan dan tambatan hati yang terhasil daripada keyakinan yang mantap kepada Allah, yakin akan ketuhanan Allah dan menerima secara total perkhabaran dan ajaran Nabi Muhammad SAW tanpa sebarang keraguan serta menolak sebarang unsur syirik dan kufur.Aqidah Islam dibina berdasarkan Al Qur’an dan Sunah. Firman Allah di dalam Surah Al Baqarah ayat 256: فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ {256} “Maka barang siapa yang kufur (tidak percaya dan menolak) kepada taghut dan beriman dengan Allah maka sesungguhnya dia telah berpegang dengan simpulan tali yang kukuh yang tidak akan putus, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”AQIDAH MEMELIHARA PERJUANGANSejarah mencatatkan bahawa di peringkat awal dakwah Rasulullah SAW, baginda menekankan persoalan aqidah. Bahkan ayat-ayat Al Qur’an yang turun pada ketika itu kebanyakannya membincangkan persoalan aqidah. Ayat-ayat Makkiyyah (مكية) menekankan tentang keesaan Allah, menafikan ketuhanan batu berhala, perkhabaran mengenai kehidupan semula sesudah mati, huru-hara, kedahsyatan dan pembalasan pada hari qiamat. Ia juga menyeru manusia supaya memerhatikan makhluk ciptaan Allah, keindahan alam dan cakerawala, nikmat yang terhasil daripada hujan, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Lihatlah firman Allah dalam membina asas aqidah: أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا {6} وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا {7} وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا {8}وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا {9} وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا {10} وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا {11} “Bukankah Kami menjadikan bumi ini terbentang luas sebagai hamparan, dan gunung ganang sebagai pancang pasaknya, dan Kami telah ciptakan kamu berpasang-pasangan. Dan Kami jadikan tidurmu sebagai kerehatan, dan Kami jadikan malam sebagai pakaian (yang melindungi) dan Kami jadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki?” (Surah An Naba’ ayat 6-11)Benih aqidah yang disemai dan ditanam selama 13 tahun di Makkah, menjadikan para sahabat yang berjumlah 313 orang tidak gentar berhadapan dengan musuh di medan Badar pada tahun ke 2 Hijriyyah walaupun bilangan musuh jauh lebih besar (>1,000 orang) dan mempunyai kelengkapan perang yang lengkap.Pegangan aqidah yang kukuh juga menjadikan Nabi Yusuf berjaya menolak godaan kemewahan dan wanita cantik. Asas aqidah yang mantap mendorong baginda untuk lebih rela dikurung di dalam penjara bertahun-tahun lamanya. Ia juga adalah punca ketabahan Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal yang dipenjara hingga ke hujung usia. Kerana yakin janji Allah, Hasan Al Banna rela dibunuh di Kaherah, Syed Qutub rela mati di tali gantung, Tok Janggut rela dadanya ditembusi peluru Inggeris.Dengan pegangan aqidah ini juga, para sarjana Islam telah berjaya mencetuskan satu tamadun baru yang mantap dan terbaik. Ibnu Sina melakukan revolusi dalam bidang perubatan. Al Khawarizmi membuka mata dunia terhadap kepentingan matematik serta mencetuskan teori binari yang menghasilkan penciptaan komputer.Semua ini berpunca daripada keyakinan mereka kepada asas utama aqidah Islam. Antara motivasi aqidah kepada pejuang-pejuang Islam ialah:Iman Kepada Allah Pejuang Islam yakin bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan yang diperintahkan oleh Allah. Mereka sedar walau apa pun natijah yang mendatang, mereka tetap meneruskan perjuangan kerana ia adalah satu kewajipan daripada Allah. Keyakinan terhadap Allah menjadikan mereka tidak gentar berhadapan dengan musuh yang kuat dan gagah kerana mereka ‘ada’ Allah yang Maha Perkasa.Adapun musuh-musuh Islam pula, mereka hanya bergantung pada kekuatan material semata-mata. Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 257: اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ {257} “Allah adalah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman, Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Adapun orang-orang kafir pula, penolong mereka ialah taghut (syaitan dan semua makhluk yang disembah dan dipatuhi selain Allah), yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur); mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al Baqarah 257)Iman Kepada Malaikat Pejuang Islam tidak akan ‘ponteng’ dalam perjuangan kerana mereka yakin bahawa ke mana sahaja mereka pergi dan apa sahaja yang mereka lakukan, ada malaikat yang memerhati dan mencatat. Pejuang Islam juga yakin bahawa mereka tidak keseorangan dalam perjuangan, bahkan makhluk Allah di kalangan para malaikat tetap bersama mereka memberikan pertolongan. إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُم بِأَلْفٍ مِّنَ الْمَلآئِكَةِ مُرْدِفِينَ {9} “Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan dari Tuhanmu, lalu Dia perkenannkan permohonan kamu (dengan firmanNya) Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.” (Al Anfal 9)Iman Kepada Kitab Pejuang Islam tidak akan merasa terhina kerana mereka memiliki ‘buku panduan’ paling baik, paling tepat, paling lengkap dan paling benar iaitu Al Qur’an. Bahkan apa sahaja persoalan yang timbul akan terjawab apabila mereka merujuk kepada Al Qur’an.Iman Kepada Para Rasul Sebarang cabaran dan ujian akan ditempuh oleh pejuang Islam dengan penuh kesabaran kerana mereka tahu bahawa para Rasul AS yang lebih mulia telah berhadapan dengan ujian yang lebih besar dan hebat.Iman Kepada Hari Qiamat Perjuangan Islam akan menghasilkan dua natijah; sama ada menang, atau mati syahid. Pejuang Islam yang beriman kepada hari akhirat yakin bahawa andai kata mereka tidak berjaya dalam perjuangan di dunia ini, mereka pasti akan berjaya di akhirat kelak. Kejayaan bagi mereka di dunia ini ialah kejayaan melaksanakan agenda perjuangan.Iman Kepada Qadha’ Dan Qadar Setelah berusaha dan berhempas pulas di medan perjuangan, pejuang Islam menyerahkan urusan seterusnya kepada Allah SWT. Apa sahaja natijah yang diberikan oleh Allah terserahlah kepada-Nya, Tuhan yang mengetahui segala rahsia dan hikmah. Pejuang Islam tidak akan merasa kecewa dan patah semangat apabila berhadapan dengan kekalahan dan mereka juga tidak akan lupa diri apabila dianugerahkan kemenangan. Firman Allah SWT: بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ * إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ {1}وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا {2} فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا {3} “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (berjaya membebaskan kota Makkah). Dan engkau lihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih memuji Tuhanmu dan istighfarlah (mohonlah keampunan) daripadaNya (kerana) sesungguhnya Dia sangat menerima taubat.” (An Nasr 1-3)PENUTUPPejuang Islam tidak seharusnya tertipu dengan mainan musuh. Adakalanya musuh melancarkan serangan dalam bentuk الـغــــزو الـفــكـــري (serangan pemikiran). Kemenangan dan kekalahan sengaja diatur untuk mengelirukan pejuang Islam. Tanpa iman yang mantap dan aqidah yang sahihah, pejuang mungkin akan tertewas di hadapan ‘serangan’ ini.Islam adalah ibarat sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh subur melainkan di atas tapak yang kukuh dan sentiasa dibajai supaya ia terus hidup subur.

Baca Selanjutnya...

Sabtu, November 12, 2005

Abdullah - Annuar ‘bertembung’ tentukan kriteria calon BN

Saturday, November 12 @ 14:44:22 MYT

PASIR MAS, 12 Nov (Hrkh) - Isu calon nampaknya masih lagi menjadi persoalan besar yang sukar diputuskan Umno, memandangkan sekarang wujud pertembungan di antara presiden dan Pengerusi Perhubungan Umno bagi menentukan kriteria calon. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badiwi dikatakan lebih berminat kepada calon berpendidikan agama. Manakala Dato’ Seri Annuar Musa mahu mengetengahkan kenalan rapatnya, Johan Che Pa. Keadaan itu dapat dilihat apabila Abdullah menyebut “Kita mesti mengemukakan nama calon awal, kita tidak boleh tunggu lama-lama sangat. Itu yang penting,” katanya kepada wartawan Malaysia di Afrika Selatan semalam. Malah katanya juga, tidak pasti sama ada Badan Perhubungan Umno Kelantan yang diketuai Annuar sudah menyenarai atau mengemukakan nama yang dicadangkan. Menurut sumber Umno, Perdana Menteri lebih berminat kepada Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Mas / Tumpat, Kamarulzaman Abdul Ghani, seorang lulusan agama berbanding Johan. “Keadaan ini menimbulkan keresahan yang amat sangat kepada Umno kerana Kamarulzaman dikatakan tidak berminat disebabkan tidak yakin boleh menang,” katanya. Menurutnya, pegawai terbabit kini difahamkan begitu tertekan kerana pemimpin atasan Umno masih mengharapkan persetujuannya untuk diseranai pendekkan. Bagaimanapun kata sumber itu, Annuar tidak berminat dengan calon terbabit kerana beliau kurang dikenali, malah tidak terbabit dengan parti di bahagian Pasir Mas. “Annuar awal-awal lagi mengemukakan nama Johan kerana mereka mempunyai hubungan begitu rapat selepas Johan yang merupakan bekas anak buah kepada Dato’ Ibrahim Ali pulang ke Pasir Mas,” katanya. Johan adalah Naib Ketua Bahagian Pasir Mas. Kemunculan pemimpin muda itu juga dikatakan tidak disenangi Ketua Bahagian, Dato’ Abdul Rahim Abdul Rahman dan timbalannya, Hanafi Mamat.- mJ

Baca Selanjutnya...

Pengkalan Pasir jadi medan Annuar Musa pulihkan imejnya

Saturday, November 12 @ 14:38:37 MYT

KOTA BHARU, 12 Nov (Hrkh) – Pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir dianggap sebagai medan awal bagi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, memulihkan imejnya yang banyak tercalar. Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa berkata, Dato’ Seri Annuar Musa mahu menjadikan tapak permulaan di Pengkalan Pasir sebahagian daripada agenda memulihkan imejnya yang begitu kontroversi sebelum ini. “Sebab itu beliau cuba bekerja bermati-matian bagi mencapai kemenangan dengan melakukan apa sahaja. Matlamatnya mahu merampas DUN Pengkalan Pasir. “Namun sekiranya hasratnya itu gagal, maka ia menjadi petunjuk rakyat Kelantan tidak menerima lagi pemimpin yang begitu kontroversi sebelum ini,” katanya pada majlis sambutan Hari Raya Parlimen Kubang Kerian di Binjai, malam tadi. Hadir sama, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian, Haji Buni Amin Hamzah. Penduduk yang hadir disajikan pelbagai kuih muih dan persembahan dikir barat. Sebelum ini sepanjang lebih 10 tahun Annuar dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, beliau gagal melaksanakan tugasnya. Imej Umno hanya bangkit di bawah kepemimpinan Dato’ Mustapa Mohamed. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, isu kerugian Bank Islam sebanyak RM700 juta begitu sensitif kepada rakyat Kelantan memandangkan sebahagian besar mereka menyimpan wang di bank tersebut. Menurutnya, isu kerugian tersebut lebih menyukarkan lagi hasrat Umno untuk mendekati pengundi di Pengkalan Pasir kerana mereka tidak boleh menerima wang begitu banyak diselewengkan. Buni Amin berkata, sudah kelihatan petanda awal Umno menghadapi kesukaran di Pasir Mas memandangkan petugas parti itu seperti tidak bersedia menghadapi pilihan raya kecil terbabit. “Sehingga kini belum lagi kelihatan petugas Umno menggerakkan pos-pos biar pun Timbalan Prsiden Umno sudah datang berkempen,” ujarnya. Keadaan itu dapat dilihat apabila kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang diwujudkan di bawah Kementerian Penerangan hanya singgah di kedai-kedai kopi di Pasir Mas kerana tidak mempunyai pos untuk dikunjungi. Sumber Umno memberitahu, kakitangan Jasa yang merupakan lantikan politik hanya bermesyurat di kedai-kedai kopi bagi mengatur strategi untuk berdepan dengan PAS. “Sejak awal malam lagi mereka sudah berada di kedai kopi, kemudian menjelang tengah malam mereka pulang ke rumah masing-masing,” katanya. Harakahdaily.net juga difahamkan Persatuan Bekas Anggota Tentera Malaysia juga sudah mengarahkan ahli persatuan datang membantu calon BN di Pengkalan Pasir.- mJ

Baca Selanjutnya...

Jihad Unspun Closed

On November 7, 2001, exactly four years ago today, I began archiving uncensored daily news on the Internet that would soon transform into Jihad Unspun. It would become the largest English daily news portal covering events in the "war on terror" from the Muslim viewpoint. During the 1,460 days that we have published daily news, we have seen a dramatic change in the landscape. In the early days of the invasion of Afghanistan, when communications were in a total lock down and with many Muslim sites shut down, JUS was able to provide valuable information including some of the first casualty reports and photographs made public. Similarly, in the invasion of Iraq, JUS was able to provide the first glimpses inside the Iraqi Resistance, uncover early evidence of detainee abuse, unfold the discovery of mass graves and on a daily basis, we've been a thorn in the side of the US State Department bringing the English speaking world news on the Mujahideen and uncut reports that told the other side of the story. And so it has been as we have strived to bring you the best uncut news possible. read more...

Baca Selanjutnya...

Usah nak bina universiti, YPTIK 'dikuburkan' BN pada 1978

Saturday, November 12 @ 13:32:54 MYT PASIR MAS, 12 Nov (Hrkh) - Ketika menghadapi pilihan raya umum 1978, antara projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Kelantan iaitu mewujudkan sebuah universiti awam di negeri ini. Namun sepanjang 12 tahun pentadbirannya sehingga 1990, hanya tapak unversiti sahaja mampu disediakan di Bachok, sebaliknya cadangan membina universiti pula difaham dipindahkan ke Sintok Kedah.
Lebih mendukacitakan lagi bukan sekadar universiti yang diwujudkan, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) yang begitu popular dikendalikan kerajaan negeri ketika itu pula "dikuburkan".
Kali ini, janji serupa diulang tayang. Khamis lalu, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sekali lagi menabur janji muluk tersebut.
"Pelbagai projek mega termasuk universiti awam, lebuh raya Pantai Timur dan pelaburan akan dibawa masuk ke Kelantan," kata Najib di depan kira-kira 2,000 penduduk dan sebahagian besar anak-anak muda yang hadir menyaksikan persembahan Mawi semasa berkunjung ke Pasir Mas.
Seorang penduduk dari Lorong Rogayah, Othman Daud, 42 berkata, usahlah hendak tabur janji dengan projek besar sangat. Buatlah prasarana asas yang kecil terlebih dahulu.
"Rakyat tidak pernah lupa dengan janji seumpama itu. Di Bachok tapak universiti hanya dibina sekolah menengah sahaja. Takkanlah rakyat Kelantan termakan dengan janji tersebut lagi.
"Buatlah jejantas menyeberangi landasan kereta api dan membina pasar bagi penduduk berniaga dengan lebih selesa daripada menabur janji yang hanya menjadi bahan ketawa orang kampung," ujarnya.
Seorang lagi penduduk, Ali Seman, 60 dari Kampung Aur Duri berkata, Umno nampaknya begitu ketandusan isu untuk berdepan dengan PAS di Pengkalan Pasir sehingga terpaksa mengungkit semula isu lama yang menjadi senjata makan diri.
Beliau yang pencen berkhidmat dengan Keretapi Tanah Melayu menjelaskan sekiranya hanya isu seperti itu mampu dibangkitkan pada pilihan raya ini, ternyata Umno terlalu lemas sekarang.
"Usahlah hendak cerita pasal universiti di Pasir Mas, buat dulu di Bachok kerana tapaknya sudah berpuluh tahun diambil balik kerajaan,” kata anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub. - mJ

Baca Selanjutnya...

Pengundi Pengkalan Pasir ditawar RM1,000 setiap seorang

Pengundi Pengkalan Pasir ditawar RM1,000 setiap seorang(image placeholder)Saturday, November 12 @ 12:27:08 MYT
PASIR MAS, 12 Nov (Hrkh) – Tawaran cukup lumayan sekarang. Seumpama pasaran saham atau ‘cheap sale’ di pasar raya. Sebelum ini, setiap setiap pengundi dikatakan ditawar RM500, namun petang semalam tawaran itu melonjak sehingga RM1,000. Mana buktinya. Seorang penduduk di Slow Machang, Mohamad Noor, 45 memberitahu petugas Umno sudah menerima wang pendahuluan sebanyak RM30 setiap seorang.
“Selepas menerima duit mereka mulai bergerak termasuk mencari rumah-rumah untuk disewakan bagi menempatkan petugas Umno yang bakal datang. Mereka juga sudah mulai membersihkan pos-pos usang yang pernah digunakan pada pilihan raya umum lalu.
“Mereka memberitahu, hanya bersedia bekerja sekiranya duit dihulur dahulu, kalau tidak lebih baik duduk di rumah,” katanya ketika ditemui di sini.
Manakala di Pos Umno di Cabang Tiga Jias ke Slow Machang kelihatan beberapa petugas sedang menyapu sampah. Mereka yang berada di situ memberitahu setiap hari pemuda akan dibayar RM20 dan makan minum ditanggung beres.
Di depan pos itu terdapat pos PAS dan markaz besar sehingga menenggelamkan pos Umno yang berselindung di sebalik pokok rambutan. Pada pusingan awal ini, petugas-petugas Umno nampaknya belum bersemangat, hanya di Jias sahaja pos yang dibuka, sedangkan di tempat lain belum lagi.
Tumpuan gerak kerja Umno sekarang lebih banyak tertumpu di Pejabat Umno Bahagian di bandar Pasir Mas. Petang semalam banyak kereta berjenama mewah kelihatan di letak di sekitar bangunan tersebut.
Poster Umno yang terpampang gambar Dato’ Seri Najib Razak, Dato’ Seri Annuar Musa dan Dato’ Rahim Abdul Rahman kelihatan dipasang bagi menyambut kedatangan Timbalan Presiden Umno, Khamis lalu.
Namun pos-pos PAS sudah banyak kelihatan di sepanjang jalan dari Peti Undi Sakar ke bandar Pasir Mas. Markaz besar sudah bergemelapan lampu di waktu malam. Orang ramai berada di pos tersebut sehingga lewat malam.
Manakala sepanduk milik penyokong Dato’ Ibrahim Ali yang berwarna putih dapat dilihat di merata tempat. Berbagai tulisan yang ‘disembur’ dengan dakwah berwarna bagi mempertahankan kepemimpinan Ibrahim yang menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno dipasang.
Seorang penduduk di Jias, Abdul Rahman berkata, ramai orang sebut setiap pengundi akan dibayar sehingga RM1,000, namun di kampung ini belum didatangi agen mereka.
“Memang diakui Umno mempunyai duit banyak, namun berapa ringgit sampai ke sasaran di bawah, selebihnya diboloti pemimpin Umno peringkat bahagian dan cawangan.
“Tengoklah nanti selepas ini ada di antara mereka yang menukar kereta baru. Perkara seperti ini bukan perkara baru, malah sudah lama berlaku. Umno parti duit dan bukan parti agama,” ujarnya.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, berdasarkan kepada maklumat diterima setiap pengundi di Pengkalan Pasir akan dibayar RM1,000 sebagai habuan sekiranya memilih calon Umno.- mJ

Baca Selanjutnya...

Dewan Pemuda yakin majoriti diraih PAS meningkat

Dewan Pemuda yakin majoriti diraih PAS meningkat
Saturday, November 12 @ 11:45:20 MYT
PASIR MAS, 12 Nov (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Pusat berkeyakinan majoriti yang bakal diraihkan calon PAS pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir, 6 Disember ini meningkat berbanding pilihan raya umum lalu. Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, andaian itu dibuat berdasarkan kepada perkembangan semasa yang berlaku sekarang, di mana pengundi tidak lagi terpengaruh dengan isu pembangunan yang sering dijanjikan pemimpin Umno.
“Lagi pun jentera Pemuda yang datang bagi mempertahankan DUN Pengkalan Pasir berada di dalam keadaan semangat tinggi dan sekarang jentera pilihan raya dipertingkatkan berkali ganda lagi,” katanya selepas pelancaran jentera pilihan raya Dewan Pemuda di sini, petang semalam.
Hadir sama Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim, kepemimpinan Dewan Pemuda dari seluruh Kelantan dan anggota Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ismail Nuh.
Ramai di kalangan mereka memakai baju t-shirt bertulis ‘Kekal Pengkalan Pasir Kekal Tok Guru’. Dewan tempat perhimpunan itu penuh sesak dengan kehadiran pemuda.
Pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Wan Abdul Aziz Wan Jaffar pada 31 Oktober lalu akibat kanser hati. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat dengan majoriti 55 undi.
Salahuddin yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap lebih profesional dengan tidak mengulangi lagi kesilapan yang berlaku pada pilihan raya umum lalu.
Katanya, kepincangan yang begitu ketara berlaku pada pilihan raya umum lalu di mana tempoh mengundi di Selangor dilanjutkan, nama pemilih di bangsal panas tidak sama dengan di bilik mengundi dan banyak lagi.
Beliau juga memberitahu, Dewan Pemuda PAS Pusat akan mendedahkan mengenai salah laku di kalangan pemimpin Umno selepas hari penamaan calon termasuk dari Kelantan yang mana ia disifatkan boleh mengancam keselamatan negara.
“Pendedahan itu membabitkan perbuatan pemimpin Umno termasuk yang berjawatan menteri di mana kelakuan mereka boleh mengancam keselamatan negara serta menimbulkan masalah besar kepada institusi yang menjadi kebanggaan orang Melayu.
“Institusi seperti Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kini menghadapi masalah akibat kerja orang besar Umno ini,” katanya. Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara tersebut sambil berkata, ia adalah antara `senjata sulit' yang akan digunakan Dewan Pemuda PAS pada pilihan raya ini.
Mohd Zaki berkata, Dewan Pemuda PAS Kelantan menerima sesiapa sahaja yang dicalonkan mewakili PAS pada pilihan raya kecil ini.- mJ

Baca Selanjutnya...

PRM Masih Hidup... ???

Media PRM: PERUTUSAN SAMBUTAN PRM KE-50 TAHUN Oleh Hassan Karim, Presiden PRM


50 TAHUN PRM: MENERUSKAN PERJUANGAN RAKYAT

Pada 11 November 2005 ini Parti Rakyat Malaysia menyambut ulang tahun yang ke-50. Bersama-sama PAS dan Umno, PRM merupakan salah satu parti politik tertua di Malaysia yang masih wujud hingga ke hari ini. PRM yang ditubuhkan pada tahun 1955 oleh pengasasnya antara lain Ahmad Boestamam, Dr Burhanudin Al Helmy dan Ishak Hj Muhammad, lahir dalam zaman perjuangan pembebaskan tanahair dari belenggu penjajahan.

Banyak pihak tertanya-tanya apakah PRM masih wujud? Perutusan rasmi ini bersempena Ulangtahun PRM ke-50 adalah jawapan kepada soalan tersebut. PRM masih wujud. PRM tidak bubar. PRM masih ada ahli-ahlinya. PRM masih ada pemimpinnya. Organisasi PRM masih kukuh. Sebagai sebuah parti politik PRM masih berdaftar. Pendek kata, PRM hari ini, masih hidup secara sah dari segi undang-undang negara.

Bersempena ulangtahun ke-50 ini PRM berikrar untuk meneruskan agendanya iaitu perjuangan rakyat untuk kemerdekaan yang tulen dan keadilan sosial, dua matlamat utama yang telah diperjuangkan oleh PRM selama lima dekad ini tanpa kenal erti putus asa atau menyerah kalah. PRM akan meneruskan perjuangan rakyat yang diwarisinya daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

PRM telah mengadakan Kongres Nasionalnya pada 17 April 2005 di Johor Bahru bagi memilih Jawatankuasa Pusat untuk memimpin PRM. Jawatankuasa Pusat terdiri 19 orang itu telah menyelesaikan tugas penting mereka dalam hal pendaftaran PRM dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pusat PRM yang baru telah berjaya menyelamatkan PRM daripada dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan atas sebab teknikal kerana pemimpin-pemimpin lama PRM tidak menghantar kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Penyata Tahunan Kewangan PRM dan lain-lain Laporan Tahunan sejak tahun 2001 hingga tahun 2004.

Setelah masalah teknikal berkaitan dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan diselesaikan, kini barulah PRM dapat menumpukan perhatiannya kepada kerja-kerja politik bagi tujuan kembali cergas dalam arena politik negara.

Tugas utama PRM tentu sekali perlu menyusun organisasinya supaya lebih kuat dengan menambah keahlian dan memperbanyakkan ranting atau cawangan di seluruh tanahair. Kerja-kerja politik PRM di kalangan golongan pekerja yang semakin besar akan diperhebatkan. Begitu juga PRM akan bergerak menyusun sektor-sektor lain masyarakat seperti golongan belia, pelajar, wanita, rakyat miskin bandar, petani dan nelayan.

PRM juga akan sama-sama bergerak memperjuangkan tuntutan adil rakyat kelas menengah yang semakin besar jumlahnya yang sama-sama terhimpit dan tertindas oleh dasar-dasar dan tindakan-tindakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang ternyata mengutamakan golongan atasan yang berkuasa dan kapitalis kaya yang tamak haloba.

Sepanjang 50 tahun, PRM sentiasa berkerjasama dengan parti-parti politik pembangkang dalam menghadapi Barisan Nasional (sebelum ini dikenali sebagai Perikatan). Mula-mula melalui gabungan Fron Sosialis (lewat 50-an hingga awal 60-an); kemudian bergabung di dalam Gagasan Rakyat (1990 hingga 1995); dan seterusnya bersama Barisan Alternatif (1999 hingga 2004). Dalam sejarah PRM yang agak panjang itu, PRM amat menyedari pentingnya parti-parti pembangkang berkerjasama dalam menghadapi Barisan Nasional terutama ketika menghadapi pilihanraya.

Justeru itu bersempena ulangtahun ke-50, PRM berikrar untuk meneruskan kerjasamanya dengan lain-lain parti pembangkang di Malaysia atas prinsip saling hormat menghormati antara satu sama lain.

PRM juga akan berusaha lebih aktif untuk menjalin kerjasama yang lebih bermakna dengan kesatuan-kesatuan sekerja, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penulis, intelektual, seniman dan budayawan bagi tujuan saling sokong menyokong, kuat memperkuat, lengkap melengkapi antara satu sama lain ke arah memperkasa massa rakyat di semua sektor dan lapangan.

PRM percaya perubahan politik, ekonomi dan sosial bagi mencapai matlamat mengwujudkan masyarakat adil, bebas dan demokratik tidak dapat dilakukan oleh satu dua tokoh individu. Perubahan atau reformasi itu hanya dapat dilakukan dengan pernyertaan meluas massa rakyat dari seluruh lapisan dan sektor. Kerana itulah PRM percaya rakyat perlu diperkasakan. Langkah pertama ke arah itu ialah kesedaran rakyat.

PRM yakin apabila rakyat telah cukup sedar mereka akan bangun untuk membuat perubahan. Rakyat yang telah sedar itu akan yakin sendiri bahawa kezaliman, ketidakadilan, penindasan, rasuah, kemiskinan, penyalahgunaan kuasa, pembaziran, kecurangan, keruntuhan moral yang berlaku akibat daripada pemerintahan berterusan Barisan Nasional perlu ditamatkan.

Ketika itu juga rakyat akan percaya bahawa mereka sendiri perlu membebaskan diri mereka daripada cengkaman, penguasaan, kongkongan dan belenggu Barisan Nasional yang telah berlarutan hampir lima dekad ini.

Atas kesedaran inilah PRM percaya ia mempunyai tugas dan peranan dan bersama-sama semua kekuatan demokratik, progresif dan reformis, PRM yakin, dengan izin Allah perjuangan rakyat Malaysia untuk kebebasan, kemerdekaan dan keadilan boleh dicapai.

Hidup Perjuangan Rakyat!

Hidup PRM!

Bertarikh 11 November 2005

Alamat untuk dihubungi: Hassan Karim, D/a Tetuan Hassan Karim & Co. Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat, 82000 Pontian, Johor. Tel:07-6881839 Fax:07-6882369 H/P:012-7931148 E-mail: hakarim2001@yahoo.com

Baca Selanjutnya...

BERTEMU PETUGAS...Timbalan Prsiden PAS, Nasharudin Mat Isa berbincang dengan petugas dan penyokong PAS dari kalangan masyarakat Tionghua di Pengkalan Pasir. Beliau meninjau markas PAS Kampung Jiaz selepas memberikan ceramah sempena Aidil Fitri di kampung berkenaan 8 November lepas.- Foto Wanjo

Baca Selanjutnya...

Komited bantu jentera PAS di Pengkalan Pasir - PKR Kelantan

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyatakan akan membantu jentera pilihan raya PAS bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir 6 Disember ini.

Menurut Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan, PKR Kelantan dalam usaha membantu jentera PAS itu akan membangkitkan isu-isu nasional.
Nik Mahmood berkata, di antara isu utama yang akan diudedahkan PKR ialah, soal rasuah yang semakin bermaharajalela dan ketidakberkesanan jentera kerajaan dalam usaha menyekat wabak rasuah itu di dalam pentadbiran kerajaan.
Selain isu PKR juga akan membangkitkan isu pengurusan negara, diskriminasi biasiswa, kenaikan harga barang dan beberapa isu lain yang berkaitan rakyat khasnya rakyat Kelantan.
“Saya yakin isu-isu ini akan mendapat sambutan hangat di kalangan pengundi terutama orang muda di Pengkalan Pasir,” katanya lagi.
Katanya, PKR akan bertindak mendedahkan isu di peringkat nasional sementara PAS yang memerintah negeri memfokuskan isu-isu setempat seperti masalah sawah terbiar, jalan tidak siap dan kemiskinan mereka yang mana PAS lebih arif mengenai isu itu.
Tambahynya, pihak PKR Kelantan akan memberi sepenuh komitmen untuk memastikan PAS berjaya mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Pasir seterusnya mempertahankan kerajaan Kelantan dengan kelebihan 3 kerusi.
Sementara itu katanya, PKR juga telah mengenalpasti lokasi tertentu yang akan beroperasi sebagai markas jentera pilihan PKR di kawasan Pengkalan Pasir.
“Jumlahnya bergantung kepada keperluan tetapi di kawasan yang ramai penyokong PKR, kami akan membuka markas pilihan raya bagi memudahkan operasi dibuat,” katanya.-wn.

Baca Selanjutnya...

Khamis, November 10, 2005

Eid Mubarak - Salam Idul Fitri

Dpd :
Ketua Pemuda DPPKS & Ahli Jawatankuasa DPPKS

Baca Selanjutnya...

Rabu, November 09, 2005

Pengkalan Pasir: PAS Pahang tubuh tabung khas

Tuesday, November 08 @ 17:03:26 MYT TEMERLOH, 9 Okt (Hrkh)- Badan Perhubungan PAS negeri (BPN) Pahang mengarahkan semua kawasan dan cawangan di seluruh Pahang mengadakan Tabung Pilihan Raya khusus untuk membantu PAS Kelantan dalam pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir, Pasir Mas 6 Disember depan. Dalam surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat perhubungan negeri, menghendaki PAS semua kawasan dan cawangan membuat kutipan segera mulai sekarang dan semua kutipan hendaklah dihantar ke BPN sebelum 20 November.
Pilihan kecil Dun Pengkalan Pasir diadakan berikutan kematian Adun berkenaan Allahyarham Wan Abdul Aziz Jaafar pada 30 Oktober lalu kerana kanser hati.
Abdul Aziz memenangi kerusi Dun berkenaan dengan majoriti 55 undi dalam pilihan raya umun March 2004 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Hanafi Mamat. Abdul Aziz mendapat 7163 undi manakala Hanafi mendapat 7113 undi.
Ekoran itu, kerusi Dun berkenaan diistiharkan kosong maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menetapkan pilihan raya kecil akan diadakan di Dun berkenaan dan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 27 November manakala tarikh pembuangan undi ialah 6 December 2005.
Dalam pilihan raya umum 2004, Dun berkenaan mempunyai 18646 pengundi dengan 94.8 peratus adalah Melayu, Cina 4.89% manakala India 0.3 peratus.
Bagaimanapun jumlah pengundi yang dikelurkan SPR pada Jun 2005 hanya berjumlah 18411 orang berkurangan sebanyak 235 orang berbanding pilihan raya umum 2004.
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan telah menyatakan komitmen PAS Pahang untuk menghantar petugas ke Pengkalan Pasir bagi membantu jentera pilihanraya PAS Kelantan menghadapi pilihan raya kecil tersebut. -BAW/zs

Baca Selanjutnya...

Isnin, November 07, 2005

Fw: [ceramah-net] Penamaan Calon & Hari Pengundian PRK N.12 Pengkalan Pasir

From: t-wahyu
Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Pasir Pada 27 Nov
PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir, Kelantan ditetapkan pada 27 Nov dan pengundian pada 6 Dis, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan di sini, Isnin.
PSU JPN/SU IT
PAS Kelantan

Baca Selanjutnya...

Fw: [ceramah-net] Laman Rasmi Pilihan Raya Kecil N.12 Pengkalan Pasir

From: t-wahyu
Assalamu'alaikum,

Laman rasmi Pilihan Raya Kecil N.12 Pengkalan Pasir,
Pasir Mas Kelantan ialah di:

http://kelantan.parti-pas.org/

http://paskelantan.net/

Maklumat semasa mengenai pilihan raya tersebut akan
disiarkan di laman2 web yang dinyatakan di atas.

Sekian.

Unit IT
Jentera Pilihan Raya Kecil N.12 Pengkalan Pasir

Baca Selanjutnya...

Ahad, November 06, 2005

MERIAH... Orang ramai termasuk kanak-kanak berpusu-pusu bersalaman dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pekarangan masjid selepas menunaikan solat sunat hari raya di Masjid Rusila Kuala Terengganu.

Baca Selanjutnya...

Gambar kenangan perjuangan kemerdekaan sebenar di Kelantan

Oleh : Abu Jihad

Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pasti akan tiba setelah speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan mendapat sijil kematian Allahyarham Wan Abdul Aziz Wan Jaffar untuk dipanjangkan kepada SPR. Dalam pilihan raya ini pasti berlaku lobi melobi siapa yang lebih baik antara BN dan PAS. UMNO yang sudah pasti mewakili BN akan menyatakan bahawa dialah perjuangan orang-orang Melayu; pembela masyarakat Melayu, menjaga kepentingan Melayu kerana UMNO yang membawa kemerdekaan Malaysia. Inilah hujah yang dimainkan saban hari.
Kesedaran tentang perjuangan nasib orang Melayu khususnya orang Islam di bumi Kelantan perlu dipertingkatkan kerana sekarang ini kelantanlah satu-satunya negeri yang masih mempunyai majoriti Melayu yang paling tinggi.
Saya sudah jemu dan jelak dengan omong-omong UMNO mengatakan dialah pembela orang-orang Melayu. Kita semua ditipu oleh sejarah yang memang ditulis oleh penjajah, kemudian diwarisi oleh orang Melayu berjiwa penjajah.
Untuk itu saya mengambil kesempatan daripada kiriman gambar oleh Budak Nakal beberapa bulan lalu kepada saya untuk saya paparkan di sini agar orang Kelantan menginsafi akan nasib perjuangan tanah air dahulu kala, orang-orang dahulu yang mengadaikan nyawa demi Islam dan tanah tumpahya.

Ini adalah gambar Syahidnya Haji Mat Hassan atau di kenali dengan Tok Janggut

Haji Mat Hassan atau Tok Janggut bukan sahaja dibunuh dengan kejam, tetapi mayatnya diarak mengelilingi bandar Kota Bahru kemudian digantung secara songsang untuk tontonan ramai
Perjuangan Tok Janggut bukan kerana ayam itiknya dicuri atau dirampas oleh penjajah tetapi perjuangannya demi menegakkan agama Islam dan hukum hakamnya.
Tok Janggut rela mengadaikan nyawa demi perjuangan, tetapi UMNO mendapatkan kemerdekaan dengan tidak wujudpun pengorbanan. Mereka-mereka yang didotrin dengan fahaman nasionalis sesat yang mewarisi pemikiran penjajah menjadi peminpin UMNO. Tak ada seorang pun dikalangan mereka terseksa dan teruji.
Bagi rakyat Kelantan kesedaran tentang perjuangan Tok Janggut haruslah diinsafi agar anak cucu kita terselamat daripada manusia rakus dan zalim.

Baca Selanjutnya...

Sabtu, November 05, 2005

Sambut raya tapi jangan lupa peristiwa Ahzab

MARANG, 5 Nov (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam yang berada dalam suasana bergembira menyambut hari raya supaya tidak lupa kepada peristiwa Ahzab yang berlaku di zaman Rasulullah. Katanya, peristiwa Ahzab yang menguji umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w. juga akan menguji umat Islam sehingga akhir zaman. "Peristiwa Ahzab yang kita ulangi dengan menyebut wahazamal ahzabawahdah, dan Allah telah membinasakan bala tentera Ahzab dalam keadaan keesaan-Nya," ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, semalam. Beliau berkata, dalam peristiwa itu umat Islam di zaman Rasulullah dikepung oleh dua golongan yang sangat merbahaya iaitu al-maghdhubi 'alaihim dan ad-dholin. Jelasnya, golongan al-maghdhubi 'alaihim ialah mereka yang dimurkai oleh Allah yang terdiri daripada ahli kitab, yang tahu berkenaan dengan kitab, Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. Katanya, pemimpin-pemimpin mereka pergi ke Mekah bertemu dengan pemimpin-pemimpin ad-dholin iaitu golongan sesat di kalangan musyrikin di Mekah. Tambahnya, mereka memberi semangat kepada pemimpin-pemimpin musyrikin ad-dholin supaya menubuhkan bala tentera Ahzab dan mengajak kabilah-kabilah musyrikin yang dibantu oleh golongan ahli kitab. Katanya lagi, mereka menggabungkan bala tentera yang dinamakan Ahzab iaitu barisan kumpulan-kumpulan yang menganut berbagai-bagai ajaran dan fahaman. Tambahnya, mereka mengumpulkan bala tentera yang besar dengan kelengkapan senjata yang secukupnya datang untuk menyerang Madinah bagi menghapuskan Islam, Rasulullah s.a.w. dan penganut agama Islam. "Apabila kumpulan Ahzab itu mengandungi jumlah yang sangat besar, lebih besar daripada jumlah umat Islam di zaman itu, Allah menurunkan ayat-ayat di dalam surah yang dinamakan al-Ahzab, mengambil sempena peristiwa itu untuk mengajar umat Islam di akhir zaman betapa ujian yang dialami oleh umat Islam di masa itu," jelasnya. Katanya lagi, peristiwa Ahzab itu menggoncang iman yang ada di dalam hati umat Islam dengan ujian yang hebat. Bagaimanapun, tambahnya orang-orang yang beriman berdiri tegak dengan teguh dan kuat yang tidak berganjak walau sedikitpun. Menurutnya, mereka menentang bala tentera Ahzab walaupun dengan jumlah yang sedikit tetapi dengan iman yang sangat kuat. Beliau menambah, mereka yang seperti itu dan golongan yang bersedia untuk mati bagi mempertahankan Islam adalah golongan Islam yang sebenarnya yang telah menghasilkan pertolongan Allah yang diulangi oleh umat Islam pada tiap-tiap Syawal dan Zulhijjah. "Fahamlah perlunya kita mengulangi Ahzab. Perkataan Ahzab yang dihancurkan mengingatkan kita umat Islam bahawa cabaran Ahzab ini akan berpanjangan hingga hari kiamat," jelasnya lagi. Beliau berkata, gabungan antara golongan al-maghdhubi 'alaihim dan ad-dholin akan berlaku dengan cara yang lebih besar dan lebih luas, bukan sahaja di kalangan ulama ahli kitab dan orang-orang musyrikin. Katanya, gabungan itu dibesarkan lagi di antara ulama-ulama jahat yang menjual agama dengan harta benda dan pangkat, dengan golongan sekular untuk mengepung Islam di akhir zaman ini. Bagaimanapun, ujarnya pada hari ini kefahaman orang-orang Islam yang mengetahui sudah ada yang luntur dan merasa kecil dan kerdil di hadapan kuasa besar dunia walaupun melaungkan Allahu akbar, Allah Yang Maha Besar. “Di mana ucapan Allah Yang Maha Besar sedangkan kita merasa kecil di hadapan musuh-musuh Allah?” tanya beliau. Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam supaya meneguhkan iman bersama dengan kebesaran Allah Taala. "Sesungguhnya kemuliaan kita di dunia dan akhirat adalah bersama dengan Islam. Kalau tidak bersama dengan Islam, maka kehinaan akan menimpa kita bersama golongan al-maghdhubi 'alaihim dan ad-dholin yang mendapat kehinaan di dunia dan kehinaan di akhirat," katanya lagi. - ayu

Baca Selanjutnya...

Rabu, November 02, 2005

Isteri Nik Aziz Dimasukkan Ke Wad Kerana Kencing Manis

KOTA BAHARU, 1 Nov (Bernama) -- Isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini hari Isnin kerana komplikasi kencing manis.Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata doktor menasihatkan isterinya itu berehat selepas didapati peredaran darahnya tidak lancar."Sebelum masuk wad, isteri saya mengadu huyung-hayang (pening) dan muntah-muntah. Tetapi Alhamdulillah, keadaannya semakin baik."Harap-harap doktor benarkan beliau keluar dari wad sebelum Hari Raya (Aidilfitri) nanti untuk menyambut raya bersama keluarga kerana biasanya ramai tetamu akan datang ke rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Sementara itu Pemangku Pengarah HUSM Dr Zaidun Kamari berkata keadaan Tuan Sabariah, 54, yang dimasukkan ke wad kira-kira pukul 10 pagi, adalah stabil."Kami menahannya di wad bagi memastikan Datin (Tuan Sabariah) mendapat rehat secukupnya," katanya.Nik Aziz pula ketika ditanya perkembangan kesihatannya sendiri, berkata beliau kini bertambah sihat dan telah berjumpa pakar jantung di Institut Jantung Negara (IJN) 24 Okt lepas.Pada 22 Julai tahun lalu, Mursyidul Am PAS berusia 74 tahun itu mengejutkan ramai setelah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat serangan jantung.Berikutan itu beliau menjalani pembedahan di HUSM sebelum dipindahkan ke IJN bagi mendapakan rawatan susulan dan dinasihatkan doktor supaya berehat selama dua bulan.

Baca Selanjutnya...

Selasa, November 01, 2005

Fw: [harakahdaily] Hari Raya terbuka PAS di Taman Melewar, 13 November

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) - PAS Pusat akan mengadakan hari terbuka dan majlis sambutan Aidilfitri di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak, dekat sini pada Ahad, 13 November ini.
Majlis berkenaan akan bermula dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang dan dijangka dihadiri oleh semua pimpinan PAS untuk meraikan para tetamu pada majlis berkenaan.
Menurut Pengarah Program, Mejar Abdul Rashid Hassan Basri, seperti tahun-tahun sebelumnya, para tetamu tanpa mengira kaum dijemput bagi menyemarakkan lagi silaturahim antara pimpinan PAS dengan masyarakat.
Dalam majlis itu juga, para tetamu berkesempatan untuk bertemu dan beramah mesra dengan pimpinan PAS secara dekat.
Selain itu, tetamu-tetamu kehormat juga dijemput seperti wakil kedutaan, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).- AN/lanh

Baca Selanjutnya...